orang tengah stalk

Thursday, July 29, 2010

Tindakan Bodoh Yang Menggembirakan..


Kadang-kadang, aku tak tahu la apa yang kau orang rasa, tapi pada aku, akan ada slot masa dalam kehidupan kita, kita akan terasa macam nak buat something yang might nampak or sounds bodoh and membazir duit mahupun masa tetapi kita PUAS dan kepuasan itu boleh sampai tahap yang klimaks dan maximum..tambahan pula kalau benda itu untuk orang yang kita betul-betul sayang lagi la sanggup buat apa sahaja..mesti kita akan seronok je buat benda tu walau apa pun rintangan yang datang.. bodoh pun bodoh laa..betul tak..? kan? kan?

Contohnya benda bangang yang memberi kepuasan yg extreme ialah seperti,

1) Menggunakan kayu besbol untuk memecahkan semua bekas2 kaca yang di jual di shopping mall sambil menjerit..

2) Melempang muka orang dari arah bertentangan ketika menaiki escalator di shopping mall sampai tersembur air liur dia terkena dekat muka kawan sebelah dia..

3) Berenang-renang didalam bekas isi pop corn (alaaa..yg staff wyg cedok pop corn dari bekas tu la kalau kita order pop corn)..lepas tu siap baling-baling ke arah customer yang datang sambil tersenyum..

4) Memasuk kan muka kita ke dalam baju2 atau seluar2 yang bersangkutan dan berderet kemas di butik2..mcm duduk dalam ruang vacuum..heaven sangat..

Kalau nak buat something tu, pastikan anda sememangnya seorang yang mampu untuk melakukannya, pastikan tidak menyusahkan orang lain, tidak menggunakan duit gaji orang lain dan tidak menyalahi undang-undang..ada otak, guna otak..jangan buat tempoyak pula..

Sekian..

p/s: Aku kadang-kadang memang malas nak layan manusia yang tidak faham..lebih baik aku save air liur aku..penat nak memahamkan kamu..

Friday, July 23, 2010

Nak Cium Ke Tak Nak?


Kaum keluarga aku, dah jadi budaya hidup kami untuk bersalam-salaman apabila kita pergi rumah seseorang, atau seseorang datang ke rumah atau berjumpa dengan sesiapa sahaja yang kami kenal yang kami terjumpa di mana2..kami telah di latih macam ini sejak kecil..di latih menjadi seorang orang melayu yang bersopan dan menghormati orang tua..dan aku boleh berbangga la dengan level ketabahan dan kehipokritan aku bila aku berdepan dengan orang tua..bukan tak jadi diri sendiri..jadi je..cuma aku rasa aku boleh laa adapt dengan orang lebih berumur dari aku..aku rasa laa..confident ni..hehe..

Tapi, aku ada satu masalah yang agak sukar hendak di selesaikan..

Kalau kita perasan, ada sesetengah orang yang bila kita salam dia dan selalunya kalau orang itu lebih sangat berumur dari kita laa.. dia akan tarik cepat2 tangan dia supaya kita tak dapat cium tangan dia..aku yakin semua tahu tentang itu..bila tiba masa aku nak bersalam dengan seseorang, aku akan terfikir, mesti terfikir punya lah..nak cium ke tak nak? nak ke tak nak? nak ke? tah yah laa..macam dia tak suka je..eh mesti cium tangan ni...macam2 laaa..haishhh!!

Rimas and malas nak bersalam kadang2 aku rasa..tapi macam rude la pula kan kalau kita tidak bersalam dengan orang lebih berumur..tambah2 kalau kita terserempak dan berborak2 sakan pula..

Tapi..aku rasa orang yang cepat2 tarik tu lagi 5 juta kali ganda lagi rude ok!!! Dia tak fikir ke..kalau ramai orang kat situ tengok dia tarik laju2 tangan dia time kita nak salam dia..dia dah malukan kita..malu nyaaa!!! malu sangat!!

ENGKAU MEMANG MANUSIA PALING RUDE DAN AKU BENCI ENGKAU!! ENGKAU FAHAM??!!! ENGKAU LAGI BUSUK DARI AIR LONGKANG HITAM!!

Hmmmm..macam mana eh nak jadikan masalah ini a win-win situation? Macam mana nak buat supaya kita tak cium tangan dia dan dia tak malukan kita? Ke kita salam je tapi tok sah cium?? Tapi ada jugak sesetengah orang yang sangat particular bab2 cium2 tangan ni..bersalam mesti cium..rude kalau tak cium..pulak dahhh..macam mana yaa..aku masih tercari-cari solution kepada permasalahan ini..esok-esok nak jumpe bakal mak mertua, nak kena cium ke tak?

Aku suka budak2 salam aku and aku rasa adorable bila diorang cium tangan aku..tapi sejujurnya aku kurang gemar kalau depa pi cium tangan aku dengan bibir depa tau2 ada air liur sikit bertempek kat tangan aku..geli la kan..aku suka, tapi kalau boleh aku prefer diorg ambil tangan aku dan letak kat dahi or hidung diorang sahaja..macam aku kalau bersalam dengan orang yang lebih tua, aku akan tunduk dan kasi dahi..

Tapi..tapi..kalau orang tu dah salam tangan aku dan nak cium dengan bibir dia..aku let go kan je..AKU TAK AKAN TARIK LAJU2 ok..sumpah aku cakap aku tak kan tarik..aku tak kan malukan mereka seperti mana aku pernah di malukan..aku biar jelaa air liur mereka bertempek sikit dekat tangan aku ni..boleh je lap dekat baju orang sebelah..hahahahaha.. :D

Dulu time aku sekolah dulu, ada sesi bersalam dengan cikgu ni, sebab dia dah nak pindah ke apa ntah..aku lupa..tapi dia terus terang cakap dekat kitorang satu kelas..

"Kalau nak salam saya, please jangan cium tangan yee."

Jujur kan? Well then kami salam dan tak cium tangan dia dan aku respect request dia tu..at least we know..tapi dalam case yg lain, tak kan laa orang tu nak kena cakap "jangan cium tangan aku" setiap kali orang lain nak salam dia pula kan? Haishhhh!! Macam mana ini..?

Ntah laa..lantak laa..Baca Adab bertemu.doc ini..aku rasa sangat berguna untuk kita semua.. :)

Sekian..

Wednesday, July 21, 2010

Fasih Tapi Sampah Pun Tak Guna


Hari itu, aku berborak dengan seorang jejaka tampan..dia cakap dia takut nak pergi job interview sebab dia kena speak english nanti..

Lepas itu aku terus cakap dekat dia,

"Owh sayangku, engkau speaking tamil ke, mandarin ke, arab ke..it is the content that matters..One might have an ability to speak english very fluently but the content might be just a rubbish.."

lebih kurang macam itu la ayat aku kepada jejaka tampan itu..kira aku cuba untuk naikkan semangat dia laa..kasi confident sikit maaa..tapi mmg betul pun kan?

Ini pendapat aku je laa kannnnn..pendapat aku ehh..

English memang teramat babilah pentingnya..tambah-tambah bila kerajaan menyeru kita berbahasa inggeris sekarang ini kan..time aku belajar dulu, subject di sekolah+universiti pun dah dalam bahasa inggeris kan..so jangan la jadi seseorang yang ketinggalan..kita kena juga membiasakan diri berbahasa inggeris ini..

Banyakkan baca buku2 inggeris dan yang paling penting BERCAKAP..BERCAKAP INGGERIS..

Oklah..pada masa yang sama..ini pun teramat babi penting juga..kita kena banyak menambah ilmu pengetahuan..banyakkan membaca mengenai apa2 sahaja pengetahuan..sejarah ke, geografi ke, agama ke..dan macam2 lagi..tuntutlah ilmu hingga ke negeri China lah katakan..ilmu pengetahuan ini tak kan pernah habis sayangku.. :)

Tambah2 sekarang.. we live in a borderless world..info is just on your finger tip kan..kite google je..dah dapat info apa sahaja yang kita nak..aku salah cakap ke? Aku rasa tak..

Consider this situation, di satu pertandingan memasak dimana peserta harus boleh berbahasa inggeris dan tiba2 sahaja mereka di suruh masak lempeng..mmg bonus la kalau kau 'sekiping london'.. Samion boleh berbahasa inggeris dengan fasih sekali..tetapi dia tidak tahu hendak menerangkan bagaimana caranya untuk menggoreng lempeng..dia ingat dia kena masak western food..memang zero knowledge laa..dia memang tidak reti goreng lempeng.. Halimah pula hanya boleh berbahasa inggeris sikit2 je..tapi memang otai gila goreng lempeng..siap ada special recipe nak buat lempeng lagi.. jadi penerangan mana yang kita akan puas hati?

Dalam situasi di atas, di samping meneruskan recipe kejayaan lempengnya..Halimah harus memperbaiki kelancaran beliau berbahasa ingeris dengan membiasakan diri dengan term2 inggeris mengenai lempeng..lempeng dalam enggeris ialah pan cake..kemudian, kacau adunan, Halimah boleh practice cakap.. " next, stir the mixture".. practice makes perfect ye Halimah.. :)

Kadang2 bila aku terserempak dengan budak yang speaking inggeris dekat shopping complex, mmg nampak smart..tambah2 yang ada loghat ala2 united kingdom gitu..hmmm..may be aku xyah bersusah payah nak rasa jealous dengan kebolehan mereka..apa kata aku just balik umah, teruskan membaca buku2 inggeris dan surf wikipedia untuk ilmu pengetahuan berguna demi masa depan hidup aku..lantak la diorg..nak ckp kuat2 nak kasi semua orang dengar perbualan mereka itu..nak kasi tau org yang kau org melayu tapi engkau cool sebab kau fluent gila ckp inggeris..meluat tapi sebenarnya aku x patot rasa mcm itu..xelok..sangat macam buang masa dan busuk hati kan..lebih baik tiap2 pagi aku guna masa aku skejap untuk buka paper inggeris dekat internet dan kamus kalau2 aku terjumpa word2 yg aku x faham maksudnya..
Sekian :)


Monday, July 19, 2010

Mungkinkah Engkau dan Aku Sama Sahaja?

Hmmmm..aku tak nak attached apa-apa gambar untuk entry ni..sebab aku tak nak malukan siapa2 walaupun gambar itu sekadar gambar hiasan..

Aku baca paper last week dan terbaca laa satu part, di mana ada gambar perempuan, dia ditemuramah.. bertudung berjubah dan berpurdah, melayu yeeee..sgt obvious dia orang melayu..

Oklaa..I admit that she is beautiful..bertudung dan berpurdah..make-up tebal sangat..dah nama nya pun berpurdah..make-up mata dia je la yg aku boleh judge kan..dia make-up mata dia..hmmmm..memang sangat la macam nak pergi annual grand dinner company besar2 babe wacakap luuu!! Cantek sgt2 mata dia..memang menarik perhatian..dengan contact lens colour biru/kelabu nya..bulu mata lentik bagai macam boleh sangkut hanger baju, kulit lawa..ok..jubah cun siot..mesti mahal jubah tu..mmg cantik..aku mengaku..:)

Tapi..ntah kenapa aku terfikir..kenapa engkau pakai mcm ni? Aku tahu kau antara manusia terkaya di malaysia tapi kau pernah kata kau nak jadi manusia sederhana..tapi kenapa pakaian kau lebih over dari aku? kenapa pakaian kau lebih over dari Dato Siti bila dia perform kat atas pentas? Kenapa over sangat sayang? mata kau? over sangat..jubah kau, sarat sangat..Sederhana kah itu?

Ok laa..may be aku tak kenal kau..dan kenapa kau buat mcm tu semua..may be kau ada sebab kau sendiri..tak kenal maka tak cinta kan..tapi aku harap kau faham makna besederhana yg pernah kau war-war kan dl..siapalah aku ni..aku ni hanya manusia biasa yg serba kekurangan yg selalu memerhati dan berfikir dan menganalisis dan aku gunakan blog aku ni untuk meluahkan isi hati aku..

Cuma kadang-kadang, bila aku tengok kau, aku rasa kau dan aku sama sahaja..aku sexy kau pun sexy..maafkan saya :)

Ini pendapat aku yang ikhlas terhadap dia..aku mengalu-alukan pendapat orang lain juga.. :)

Sekian..

Wednesday, July 14, 2010

Entry Tak Dak Tajuk


Bila aku rasa sangat kecewa dengan kulit kaki aku yang kering serta penyakit Eczema di kaki kadang2 sampai sakit nak berjalan (aku dapat penyakit ni dari aku form 4 lagi)..

Allah tak nak kasi aku pakai seluar pendek atau skirt pendek bila aku keluar..malu kot kalau orang tengok kaki kering aku kat betis ni..dah macam kulit ikan duyung pun ada..

Bila aku rasa down gila dengan lengan aku yang besar dan bergegar2..

Allah nak suruh aku pakai lengan panjang je bila keluar dan selalu senaman untuk kecilkan nya..senaman kan baik untuk kesihatan.. :)

Bila aku rasa orang lain nak berkawan dengan aku dan macam nak ambil kesempatan ke atas aku, selalu menyusahkan aku tanpa segan dan tidak kira masa, selalu sedihkan aku, selalu buang masa aku dan pelbagai lagi benda yang mampu menjengkelkan hati..

Allah nak ajar aku bersabar dan berani berkata 'NO' untuk benda yang aku tak mampu nak buat..sabar ialah separuh dari iman..selagi tak cakap 'NO' selagi itu manusia yang tak reti segan atau tak faham bahasa akan memburu kita..jadi elakkan cakap belakang, terus terang sahaja
( which aku rasa ni yang paling aku lemah tenaga zahir dan batin untuk melakukan nya)..

Bila aku rasa aku tak suka dengan rambut aku yang kering dan lambat panjang..kdg2 sgt benci tengak rambut awek2 lain boleh jadi sgt panjang dan cantik dan sgt stylo..

Allah nak suruh aku tutup rambut aku, bukan setakat itu, may be aku kena rajin pergi saloon, buat treatment..:)

Bila aku rasa jodoh aku yang tidak sampai2, sampai sedih dan tension sbb tgk hari demi hari org dah kahwin..

hmmmm..lebih baik tunggu dari kau jadi isteri lelaki tidak bertangggungjawab!
dia dah ada dah..cuma tak datang jeee..

Bila orang sekeliling aku argue2, point2 of argument yang sangat la tidak educatednya dan aku kecewa dengan argument mereka tapi aku tidak mampu untuk mencampuri..

Sayangilah mereka, ambil yang baik dari mereka, yang tidak baik dari mereka, kita buang jauh2..jangan contohi..kita ada akal, boleh bezakan..Orang macam ini lah yang akan membuatkan aku menjadi insan yang lebih baik dengan memberi tahu aku supaya jangan menjadi seperti mereka..aku tak nak jadi macam mereka..Terima kasih kerana bergaduh depan aku :)

Lepas ni aku nak jadi manusia yang garang sikit lah!!

Sekian..

Monday, July 12, 2010

Buih-buih Cinta

Memandangkan kereta saya berwarna putih, maka ianya amatlah senang untuk kelihatan kotor..

Saya memang suka cuci kereta dekat car wash dekat dengan Shell dekat2 dengan rumah saya ni..pada saya mereka cuci kereta saya dengan bersungguh2 dan mereka sangat lah ramahnya dengan saya, murah senyuman lagi..ye laa..saya ni dah kira macam regular customer depa laaa..

Kenapa saya rasa ia menenangkan?



Cuba lihat rajah di atas..

Macam tenang dan indah gila hidup saya di saat buih2 cinta itu menyelubungi kereta saya dan saya pula berada di dalam kereta saya..hilang semua serabut di hati..kebanyakan customer yang datang ke car wash tu prefer untuk keluar dari kereta tetapi tidak bagi saya kerana saya tidak mahu melepaskan ketenangan yang extreme seperti ni..

Mcm..waaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. tenang nyaaaa.. cuci la kereta saya sampai kol 12 tengah mlm pleaseeee..

Sekian.. :)



Thursday, July 8, 2010

Coretan Paling Ikhlas Mengenai Mr Right


Lunch time td bersama rakan sekerja..kami berbincang kalau lah gaji perempuan mcm aku ni naik jadi rm10k..bukan rm1ok dlm lagi 10 tahun tapi rm10k utk aku yg berumur 23+ ni..ade tak lelaki yg berani nk dekat dengan aku? ade tak yg berani nak buat aku jadi bini?

Bak kata Mr Hafiz my officemate, kalau gaji dia byk tu, mesti dia dah lama tak jadi manusia..hmm..sebab tu tuhan tak kasi kau gaji byk tu kot..dia nak kau jadi manusia yg berguna..hehehehe..

Aku tak tahu laa pendirian aku ni bijak atau tidak tapi sejujur dan seikhlas hati nya,

Aku tidak kisah langsung kalau seseorang lelaki itu kurang berpendidikan, berpangkat, berpendapatan rendah mahupun yang lebih muda dari aku..aku x kesah..sebenarnya, bukan aku tak kesah..AKU DAH TAK KESAH DAH..meaning to say, aku pernah kesah la dulu..

Bila aku fikir2 balik, apa hak kita untuk mengadili mereka apabila mereka bekerja dan menjawat sesuatu pekerjaan itu? siapa kita? Siapa kita nak mengadili orang jika mereka mempunyai level of education yg lebih rendah dari kita? Siapa kita nak mengadili institusi pengajian mereka? Siapa kita nak mengadili kenderaan apa yang mereka ada? dan yg paling penting, siapa kita untuk mengadili lelaki yg mencintai wanita yg lebih dominan darinya?

hmmm..mcm complicated..kenapa aku rasa tak kesah sebab, aku rasa yang paling penting ialah lelaki itu haruslah mempunyai rasa BERTANGGUNGJAWAB..seriously character ini kena ada dalam diri seseorang lelaki..bertanggungjawab dari segi membangunkan dan memajukan diri sendiri sekali gus bertanggungjawab dalam membina masa depan bersama wanita yang dicintai..

Bila rasa tanggungjawab itu ada, pada aku laa..apa jua kekurangan yg ada padanya dah tak nampak mcm kekurangan..mana tak nya..bila dia seorang yang bertanggungjawab, mestila dia akan berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki kekurangan itu kan..aku rasa bahagia gila kot hidup dengan orang yg mcm ni..terjamin masa depan aku dengan anak2 aku..

Aku tgk drama apa tah semalam kat TV3, isteri susah2 kerja, perah susu lembu, si suami duduk rumah, pemalas nak kerja, tunggu duit gaji isteri..siap rampas duit gaji isteri lagi..takut sangat..gila horror k situasi itu..mintak simpang laaa..ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB yeeeee..sila buang 'anu' anda jauh2..anda tak layak jadi lelaki pelindung wanita..apa laa perasaan isteri bila dia seorang ja yg bersusah payah membangun kan keluarga..x aci doww!

Wahai kaum hawa, anda fikir laa..yang kau sibuk2 serabut kan perut tgk lelaki tu kerja apa, byk duit ke tak tu buat apa? kalau lelaki itu ada rasa bertanggungjawab, ada ke dia nak ambil kesempatan ke atas anda, ada ke dia nak kikis duit anda? Ada ke die hanya membiarkan anda seorang sahaja yg membuat kerja rumah dan mencari rezeki? Ada ka dia nak kasi kita makan makanan haram? Ada ke dia nak mengedar dadah? Ada ke dia sesuka hati xnak g solat jumaat? Segala yang para wanita cakap2 pasal PRINCE CHARMING mahupun MR RIGHT mahupun SOULMATE atau JEJAKA IDAMAN..pada aku semuanya bermula dengan LELAKI YANG BERTANGGUNGJAWAB.. seriously aku rasa cm ni..

Jadi, dengan sempoi+ikhlas+jujur+putih bersih lagi sucinya, aku tidak kisah siapa kamu, pekerjaan kamu, asalmu..hanya memerlukan kamu yang penuh rasa BERTANGGUNGJAWAB dalam menjaga maruah kamu, keluarga kamu, maruah saya dan keluarga saya..Ya Allah, Kau yg lebih tahu.. please..please..aku tak nak banyak..nak yang mcm ni je.. :)

Sotong? hmmmm.. Hello Paul The Octopus.. Tak pasal2 kau popular kan World Cup tahun ni.. :)


Sekian :)




Sunday, July 4, 2010

Hukum Karma


Aku ni kadang2, sedang aku duduk dan boring, aku akan berfikir dengan sgt extreme..dan pernah aku terfikir pasal hukum karma..hukum karma ni pernah aku belajar dalam subject sejarah time form4 or form5 laa..xingat dah sebab aku benci gile sejarah.. :P


Apa yg aku faham, secara simplenya, karma ni ialah satu bentuk pembalasan laa..kalau kau buat baik, kau akan dapat ganjaran atau balasan baik..kire sama lah mcm konsep 'what u give u get back' haaaaa..

Ok ..itu la serba sedikit pasal karma yg aku tau..tapi cuba consider situasi ni,

Ada seorang wanita ini, yg sgtlah playernya, suka rampas laki org, kira dia ni org kata selalu jadi punca keretakan hubungan sesebuah pasangan, bila dia ada bf pun, dia akan dumb bf dia, semata2 nak pi bercinta dengan balak lain..hmmm..annoying kan wanita seperti ini..dan consider lagi satu situasi tapi kali ni lelaki pula k..

Mesti akan ada org ckp,

"xpe..hari ni dia buat mcm ni kat org lain..esok2 org buat kat dia balik..karma..what u give u get back"

tetiba aku terfikir balik la kan, terutama nya dalam bab2 mencari cinta..selagi kita belum kahwin, kita berhak mencari someone yg the best utk jadi soulmate kite..kite kalau boleh nak hidup dengan dia sampai mati, susah senang semua buat sama2..ada org tuhan kasi kenal dengan byk2 org as their pasangan before they really meet the best one..ada pulak yg jumpa2 je dah dapat yg the best which i consider them as lucky la..xde la nak buang2 masa, buang duit, menyakit kan jiwa bercinta2 ni..betol x?

Bercakap pasal bercinta banyak kali, dumb2 org, dumb org pun sbb terpaksa..sebab dah jumpa org yg lagi ok dan mampu membahagiakan kita..dumb sbb xsuka nak tipu hati dan perasaan kita dan hati pihak yg satu lagi, x sampai hati nak simpan rahsia lama2..

Lantak korang lah kalau korang x nak admit..tapi better kalau bf/gf korang berterus-terang kat korang yg dia dah jmpa org lain awl2 berbanding dia main belakang kau..tetiba kantol ngan ko..kena main belakang lagi sakit kan..dan orang yg main belakang tu mmg lakhanat la kan..lebih baik sakit kena tinggal kan kekasih dari sakit kena tipu..at least dia dah berterus terang dan dah clear everything yg dia dah xnak kat kau..so move on je laa walaupun it takes time and kdg2 rasa mcm nak bunuh diri kann..

Ok, now, bf/gf dah berterus terang, dah xnak dekat kau sbb he/she is seeing someone else, dia jujur, xnak tipu korang, korang sure sakit kan, untuk case ini, adakah golongan yg berterus terang ini akan menghadapi KARMA? Adakah gf/bf baru diorg akan buat benda yg sama juga kepada mereka? dan apabila ianya berlaku, adakah bf/gf yg baru itu juga akan mengalami KARMA? dan bila ianya berlaku lagi, adakah gf/bf baru itu akan mengahadapi KARMA juga? hahahahahaa..tetiba mcm kelakar laaa..maknanya, semua orang yg bertukar2, dumb2 kekasih semata2 telah berjumpa dgn yg lebih ok akan berlumba2 akan di dumb di masa hadapannya..what u give u get back la katakan..hmmmm..asal mcm kelaka eh pemikiran aku ini?

Bila aku fikir2 balik, dalam percintaan kedua2 belah pihak mesti matang, jgn cengeng sangat, mana ada org perfect dan terima lah pasangan kita seadanya dan jgn selalu expect pasangan kita tu untuk sentiasa menjadi seperti mana yg kita nak..dia manusia yg ada hati gak..jgn letak harapan tinggi..xde org perfect k..yg paling penting, bila bergaduh, sila la berbincang dgn baik..jgn biarkan masalah terus jd masalah yg lama2 jadi luka darah yg bernanah..tu yg hati senang berubah bila kita claim kita x bahagia..hmmm..

Satu lagi, tak suka cakap x suka..jangan mainkan hati dan perasaan orang..sgt keji..sangat2..

Aku x panggil ini karma..tapi pada aku...kalau aku buat baik, Allah akan balas baik pada aku..mungkin Allah x balas dalam bentuk wang ringgit, tapi Allah boleh balas kebaikan dalam mcm2 bentuk, may be Dia akan kasi adik aku (Akmal Firdaus) dapat 5As dlm UPSR dia, dan aku pun bangga, mungkin juga bila aku berbuat kebaikan, Allah balas dengan memberi kesihatan yg baik kepada aku..dan kalau aku jujur dan ikhlas dalam percintaan, Dia mungkin akan kurniakan aku jodoh yg baik..paling baik untuk aku.. :) mcm2 laa balasan kebaikan yg Dia boleh kasi kepada hamba2Nya..cuma bergantung pada aku nak perasan ke tak..dan bersyukur..Allah maha Adil, maha Mengatahui..

Hmmm..smpai disini sahaja mengenai KARMA..

Sekian.. :)