orang tengah stalk

Wednesday, August 25, 2010

Apa Yang Lebih Best Dari Semua Di bawah?









Well, itu semua mungkin cara mereka untuk bersosial, menghilangkan tekanan bekerja, tekanan bergaduh dengan orang tersayang, tekanan bos jahat, tekanan mempunyai keluarga yang tidak best langsung dan macam-macam masalah lagi..

Ataupun might be, ada sesetengah mereka rasa cool bila mereka bersosial dengan cara ini.. anyway, aku nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab, aku mungkin masih belum menemui kenikmatan bersosial dengan cara ini.. mungkin seronok bersosial begini.. belum cuba belum tahu kan?

Buat masa sekarang ini, aku tidak rasa untuk melakukan perkara-perkara di atas.. aku tidak menemui apa-apa keseronokan melakukan perkara itu.. sebab itu aku tak buat..

Selalualau aku tension aku akan,

1) Masuk bilik, tidur, tengok TV, kira aktiviti di rumah sahaja..aku sayang duit nak pergi tempat-tempat macam itu..macam mahal je..huahua!

2) Bergayut dengan manusia kegemaran aku ataupun keluar bersama manusia kegemaran dari pagi sampai malam pergi tengok wayang, makan-makan, main archery, main bowling (suck gila aku main bowling), keluar pergi maple atau restoran menjual satay..tak buat apa-apa pun, cuma buat benda yang aku rasa tak merosakkan organ-organ dalaman aku..

3) Main Facebook (walaupun dah macam nak boring) , baca/update blog, lagi aktiviti di rumah sahaja..

4) Lepak-lepak kat umah, sms,call, video call manusia-manusia kegemaran, tetiba dah malam..

Kesimpulannya, JANGAN MEROSAKKAN ORGAN DALAMAN BADAN KITA..

Sekian..

Saturday, August 21, 2010

Ustaz Tanya Je..Aku Sebak..


Hari itu, aku dengan nenek pergi terawikh di masjid dekat rumah kami ini..

Lepas empat rakaat terawikh, ada selingan tazkirah..secara jujurnya, aku rasa malasnyalah nak dengar tazkirah sebab ada juga tajuk tazkirah yang aku tak berminat nak dengar walaupun aku cuba untuk fokus point-point penting dalam tazkirah itu tapi kalau isu yang dikupas tidak menarik perhatian aku, aku boleh jadi senang sangat hilang focus..

Aku lihat ramai juga ibu-ibu dan mak cik-mak cik yang mungkin berasa bosan juga dengan tazkirah itu lalu ada juga yang mengambil inisiatif membaca Al-Quran, menyusukan anak (yang ini tak boleh belah betul okay..) dan berbual-bual.. yang kanak-kanak pula, ada yang bawa homework ada yang main kejar-kejar di kala tazkirah itu berlangsung.. aku? Aku hanya duduk dan termenung dan buat-buat focus padahal apa yang aku absorb aku pun tak tahu.. :P

Tapi, ada satu tazkirah ini, betul-betul buat aku focus, cara penyampaian ustaz itu pun bagus, ada unsur-unsur humor dan ramai juga yang ketawa..

Ustaz itu tanya, kita ini pergi terawikh sebab nak melakukan ibadat atau kerana adat? Adakah kerana kita mahu mendapat keredhaan Allah atau pun sebab kita malu kalau tidak pergi nanti kalau orang tanya, malu pula nak jawab tak pergi terawikh? Kira terpaksa lah..macam itu ke?

Ustaz itu kata, adat masyarakat kita sekarang ini, bulan puasa, awal-awal puasa, berpusu-pusu orang ke masjid atau surau untuk terawikh, dah nak raya, semakin hari semakin sikit orang terawikh, semuanya sibuk melakukan persiapan raya, ada yang dah balik kampung (yang ini okay laa..may be boleh terawikh dekat kampung)..itu adat la tu..kira aku boleh simpulkan di sini, segelintir orang beribadat ikut adat..terikat dengan adat..kalau tidak ikut adat seolah-olah akan tertinggal di belakang..kalau tidak beli baju raya awal-awal nanti tidak dapat saiz..pakailah engkau baju macam sarung guni..macam itu laa..

Ustaz itu kata lagi, dia ada dengar orang complaint, kenapalah pergi letak tazkirah dekat tengah-tengah solat terawikh 8 rakaat? Kenapa tidak harung terus ja sampai 8 terus, tak la buang masa, orang lain pun ada komitmen lain juga..tazkirah pula sampai sejam pun ada..excited gila nak deliver tazkirah..mula-mula, aku sokong juga dengan complaint orang ramai ini, sebab aku pun duduk lama-lama, aku ngantuk, kaki jadi semut-semut..tak sabar nak balik, nak gayut.. :P

Tapi ustaz itu cakap, tak mengapalah, lama sikit kita duduk dalam rumah Allah.. bila aku fikir balik, dan aku relatekan dengan diri aku, aku jadi sebak, kalau tidak di sebabkan bulan ramadhan dan terawikh, takdak nya aku nak start kereta aku dan masuk rumah Allah sembahyang berjemaah di sana, dengar tazkirah hari-hari di masjid? Takdak punya aku akan buat, mesti aku rasa penat sebab baru balik kerja..lebih baik aku solat dekat rumah sahaja..lepas solat tengok TV.

Kenapa aku harus complaint kalau tazkirah ini terlalu lama? Kenapa aku tidak boleh luangkan sedikit masa menikmati ketenangan berada di dalam rumah Allah, sedangkan aku sanggup keluar habiskan masa berjam-jam keluar dating, keluar shopping, keluar tengok wayang?? kenapa Anida? Kenapa? Allah sudah beri aku berbagai-bagai bentuk kesenangan dan kegembiraan dalam hidup aku..tuhan beri aku orang tersayang dan aku disayangi, pendidikan serta kerjaya, apa sahaja aku minta Dia beri..namun diminta luangkan sedikit masa di rumahNya menceduk sedikit ilmu..ustaz berucap lama sikit, aku mengomel??? Apa berat sangatkah permintaan itu? Astaghfirullah.. serious aku sebak.. sebak sangat-sangat.. sedikit saja kalau hendak di bandingkan dengan apa yang Allah sudah bagi dekat aku.. (-__-).. hina gila aku ini..

Semua yang Allah kasi dekat aku itu Dia yang punya wehhh..Aku pinjam jaa rupanya wehh.. Dia boleh ambil semula SEMUA bila-bila Dia nak wehhh..takut sangat wehh..

Terima kasih ustaz, tazkirah anda benar-banar menyentuh hati saya..kan best kalau hari-hari saya di situ, ustaz ada memberi tazkirah, ustaz kelakar okay.. :D

Sekian dan selamat berpuasa :)

opss..opsss.. antara kuih raya tersedap di dunia dan favourite aku.. sahur tadi aku makan 2 bijik, mama aku beli.. macam nak pengsan sedap sangat.. :D

P/S: Ada juga tazkirah tidak menarik dimana dia berunsur politik.. hentam sana.. hentam sini.. sangat tidak suka.. tazkirah ke itu? malas aku nak dengar!!

Monday, August 16, 2010

Raimy Ishak, Pasha Sandah dan Rosnah Mat Deris


Raimy Ishak sedang tidur di atas sofa di rumahnya yang sangat empuk..al-maklumlah, bulan puasa mestilah letihkan..bangun sembahyang kejap lepas tu dia sambung tidur semula dekat sofa itu..dia letih memandu dan pergi ke bazaar membeli juadah may be..bulan puasa memang lah letih..

Lalu Pasha Sandah datang menyapa;

"Ish..tau nak tidur je..orang lain, bulan Ramadhan ni, duduk baca Al-Quran"

Raimy Ishak hanya terus memejamkan mata tanpa mempedulikan Pasha Sandah.

Sekali-sekala Raimy Ishak bergerak-gerak, bunyi bising di sekelilingnya mungkin..Pasha Sandah lagi sekali bersuara..

"Tidur jee..pergi la baca Al-Quran ke.."

Namun, tiada apa-apa respon dari Raimy Ishak..dia hanya terus memejamkan mata dan berehat..seakan-akan malas gila nak melayan bebelan Pasha Sandah..

Kelihatan Rosnah Mat Deris, lalu hati Rosnah berkata;

"Hey Pasha Sandah, kenapa engkau sibuk-sibuk nak suruh Si Raimy baca Al-Quran lah apa lah..apa kata engkau je yang baca Al-Quran? Apa kata??!! Sakit hati dan telinga aku dengar engkau tak habis-habis perli-perli Si Raimy Ishak tu.. engkau buruk-burukkan Raimy Ishak depan aku tu elok sangat kah??"

OOOOOOOOOO..I see..Rosnah Mat Deris ni pun macam aku jugalah..tidak boleh kena perli..panas hati..huhu..

Pada akulah, kalau kita nak orang sekeliling kita berbuat kebaikan, kita ni, diri kita sendiri harus terlebih dahulu mencuba berbuat kebaikan itu..kenapa kita nak menharapkan orang lain berubah kalau kita sendiri tiada keinginan untuk berubah??!!! Sibuk cakap orang ni salah, orang ni tak perfect..Ya Allah..Engkau tunjukkanlah jalan yang benar kepada Pasha Sandah..beritahu dia yang bukan orang lain pun tak bagus, dia juga tak bagus..Kita sama-sama kena berubah dan kita diri sendirilah bertanggungjawab kepada diri masing-masing sebelum menyalahkan orang lain..apa tah aku merepek ni? Aduiiiii...

Aku harap Encik Raimy Ishak tabah dan tak usah dilayan karenah Si Pasha Sandah tu.. sebab dia pun sama.. 2x5.. ishhh.. sedih sebab Rosnah Mat Deris tidak boleh hendak berbuat apa-apa kerana dia hanya pemerhati yang mungkin boleh dimarahi jika dia bersuara..

Sekian..


p/s: Aku nak tengok laut jauh-jauh..nak bercuti, jauh dari semua-semua yang serabutkan aku..bercuti bersama orang yang best!

Friday, August 13, 2010

Ramadhan dan Baju Kurung dan Bersopan


Dah dua hari berturut-turut aku pakai baju kurung pergi office..macam nak jadi sopan sikitlah pada bulan ramadhan yang mulia ini..bukan selama ini tak sopan..selama ini pun belum pernah lagi aku pakai skirt pendek atau baju tak berlengan pergi office..cuma nak nampak sopanlah berbaju kurungkan..lagi pun tak tahulah kenapa aku memang excited gila sambut first ramadhan hari tu..lebih happy dari sambut first raya..huhu..

Tiba-tiba, aku dapat tahu, ada ja soalan cepu emas..

1) Kenapa baru nak pakai baju kurung? Nak tunggu bulan puasa baru nak berbaju kurung ke?

2) Nak tunggu bulan puasa baru nak jaga tingkah laku / bersopan ke? Bulan-bulan lain tak yah ke?


Hmmmmm..Alamak! macam mana ni? Aku just senyum-senyum je..Macam malas nak layan soalan-soalan mereka itu..tapi..

Okay macam inilah,

At least aku nak berubah ke arah kebaikan so boleh tak jangan nak perli-perli aku? Aku pantang betul la dengar ayat-ayat perli ni.. panas telinga.. hati menggelegak jaa..anda tak kan ubah apa-apa..buat aku bertambah keras hati lagi adalah.. aku tahu aku bukan sempurna.. tapi aku nak buat baik dan tolong jangan pudarkan semangat saya ehhh..atau jangan sibuk hal saya..nak nasihat, nasihat betul-betul.. aku boleh terima..serious boleh terima sebab aku tahu ilmu aku pun tak banyak.. dan aku rela belajar dari kesilapan.. :)

Selamat Berpuasa..dah hari ke-3 dah..cepat sangat masa berlalu.. :D

Sekian.. :)

Wednesday, August 11, 2010

Biarkan Lembu Itu Pergi Dulu..


Situasi ini akan hampir setiap hari aku alami kerana hampir setiap hari aku memandu kereta. Situasi di mana aku hendak menukar lorong..tak kiralah dari lorong laju ke perlahan atau sebaliknya..kira macam dah bosan duduk lorong yang ini, aku pi lorong sinun..ataupun kereta depan aku bawak macam siput kena penyakit kayap, aku tukarlah ke lorong yang laju sikit..

Aku kadang-kadang agak kesal dengan perangai pemandu-pemandu malaysia apabila mereka perlu 'handle' pemandu lain yang nak cuba tukar lorong..dari pemerhatian aku, ada yang busuk hati, dia dah nampak kita bagi signal light, dan dah ekor-ekor ke lorong itu, dia lagi nak lajukan kereta dia..padahal aku dah habis laju dah so that dia tak perlu brake la bila aku nak masuk lorong dia..aduiiii..kenapalah engkau macam tu macha/minachi dey??!!

Selalunya, dari pemerhatian aku lagi, perangai busuk hati dan selfish akan muncul dengan rakusnya dalam pemandu Malaysia bila trafik tengah sesak..time-time orang semua penat nak balik kerja dan sesak pula jalan..time inilah kalau aku nak tukar lorong, memang kadang-kadang boleh termencarut tahap neraka jahannam dekat dia orang yang busuk hati itu..kadang-kadang aku terfikir..aku ke yang tak reti tukar lorong? atau engkau yang memang tak nak bagi aku chance? Okay..okaylaa..aku yang sengal.. :(

Kadang tu, dia boleh buat muka tak dak perasaan je bila tak bagi aku tukar lorong..annoying gila okay..tak kiralah engkau itu pangkat mamat handsome ke, awek cun ke, mak orang ke, engkau mengandung ke, nenek tua ke..aku still rasa annoying..kalau iya pun tak boleh buat muka manis sikit? errghh!!

Dekat plaza tol lagi satu..kalau time aku tersilap masuk lorong..atau aku terlupa yang touch n go aku dah habis, aku panik dan akan tukar lorong lain, memang nampak macam nak buat jahat tapi lagi jahat kalau tiada seorang manusia pun yang nak mengalah dan bagi aku laluan..malu tau tak..muka sorang-sorang macam jamban tak nak bagi aku jalan..

Bukan nak cakap aku baik, kalau aku berada dalam situasi orang lain mahu menukar lorong, atau dari simpang dan mahu masuk lorong atau situasi di plaza tol tadi, aku akan bertolak-ansur, aku akan bagilah kereta tu belah dulu, tapi setakat sebuah ke 2 buah je laa..kalau sampai semua nak bagi laluan, memang tak lah aku nak buat macam itu..aku pun pengguna jalan raya gak..aku rasa gembira dapat melepaskan mereka keluar simpang, rasa gembira tidak terkata kerana mereka mesti rasa lega sebab lepas..aku faham perasaan orang nak keluar simpang atau tukar lane, perasaan bercampur-baur memikirkan pemandu itu bagi ke aku tukar lane? Kenapa dia tak stop kan kereta? Dah lama tunggu ni, tak kan tak nak bagi chance aku nak keluar? Kesian kan..dan sebab tu aku bertolak-ansur..aku faham kerana aku pun melaluinya..

Lagi dari pemerhatian aku, tabiat sesetengah pemandu yang tak bagi pemandu lain tukar lane inilah yang akan menyumbang kepada kesesakan jalan raya..jalan raya dah memang sesak, orang ramai dah ramai yang selfish sibuk-sibuk nak tukar lane, jangan la kita turut sama buat perangai, bagi je depa yang sengal tukar lane..

Aku ni kadang-kadang, nak tukar lane, aku rasa aku dah tahap polite gila, tapi orang tak kasi juga ataupun orang selfish nak potong Q, i will tell myself, "takpalaa..bagi lembu itu pi dulu, lembu busuk".. kan senang, kalau aku sibuk-sibuk sondol-sondol kereta aku, konon nak tunjuk keras kepala aku, apa aku dapat, seekor lembu tambah seekor lembu jadilah dua ekor lembu so bertambah sesak lah jalan raya..no..no..no..biar lembu itu pi dulu..

Dan tidak semena-mena juga, aku harus terima kenyataan dan tidak boleh kecil hati kalau aku pun jadi lembu juga kerana aku pun pemandu di Malaysia yang hampir setiap hari bergelumang dengan kesesakan jalan raya dan aku juga ialah seorang yang mudah marah jika aku kepenatan atau nak cepat tapi aku lembut hati..most of the time, aku akan bertolak-ansur..
muahahahahah!! :D

Sekian..

P/S: Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak..Jangan ponteng puasa okayy!! Tak cool!! Aku reject orang yang saja-saja tak puasa..lembu jugalah tu..mmuuuuuuuuuuwww..

Monday, August 9, 2010

Gila Babs Laa Lagu Ini..

Okay..aku ni kan..kadang-kadang kena jadi model tudung kepada nenek, adik mahupun ibu aku bila mereka nak beli tudung..may be agak leceh apabila mereka hendak memborong tudung di mana apabila mereka mahu mencuba tudung itu, mereka harus membuka tudung mereka di depan ramai kemudian pakai semula..jadi aku akan cubakan untuk mereka..cantik pada muka aku cantik la pada muka mereka sebab muka kami lebih kurang sama sahaja..

Mereka suruh aku cuba, aku cuba dengan rela walaupun aku perasan ramai orang yang lalu lalang macam tengah usha-usha aku yang nak cuba pakai tudung itu..may be sebab nampak pelik kot sebab aku cuba terang-terangan sedangkan orang lain cuba dia akan pergi belakang tempat tertutup sikit..may be laa..

Hasil daripada itu, aku telah menjadi seorang yang pantang bila tengok tudung-tudung dengan design baru..aku mesti nak cuba letak kat kepala aku..tambah-tambah sekarang ni, industri fesyen tudung tanah air sedang berkembang dengan sangat pesat..macam-macam fesyen tudung sekarang ini weh! Kreatif gila..teruja aku..

Ini yang latest dan memang well engineered laa (walaupun nampak jerawat aku..)..tak payah pergi Ariani ke, Ratu ke, beli mahal-mahal..RM38 je tak silap aku.. :)


Dan main entry aku ialah ini..aku sudah jatuh cinta dengan lagu nasyid ini..tetiba rasa best gila ini lagu..asal ah? Tapi lagu ini untuk perempuan..takpa lah..aku tujukan lagu ini untuk orang jantan juga..



Hanya Tuhan Yang Tahu

Album : You And I See
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

C/o:
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih

Lagu : Manis Helma
Lirik : Manis Alia & Atie

Sekian.. :)

Saturday, August 7, 2010

Never Expect Something In return When You Do Good Things To People..

Ceh..ceh..tajuk entry English kau..huhu..

Aku selalu dengar orang lain cakap janganlah kita mengharapkan sesuatu pembalasan dari seseorang yang telah kita berbuat kebaikan ke atasnya..tak manis la pula kan..tambah-tambah kita orang melayu dan orang islam yang penuh dengan adat dan adab murni tolong-menolong..kalau nak tolong biar ikhlas..kalau nak pembalasan, kira tak ikhlas la tu cik kiah oii..gila glamor je lebih..

Prinsip orang ini, telah membuatkan aku berfikir..memang ada betulnya..dan memang sangatlah betulnya..

Pada aku lah, kalau aku buat baik atau membantu seseorang yang di dalam kesusahan dan aku harapkan balasan dari dia, hidup aku tidak tenteram..asyik rasa nak marah je..asyik rasa nak mencari kesalahan orang itu je..tuduh orang itu tidak kenang budilah..apalah..ish..kira boleh kata, asyik makan hati je laa..

Sebaliknya, cuba kalau aku buat sesuatu, contohnya, aku tolong rakan aku yang di dalam kesusahan, bila aku tolong, mesti dia akan gembira dan berasa senang dengan aku, bila dia gembira dan senang, aku juga akan turut rasa lapang dada dan gembira..kenapa aku tak ambil perasaan gembira aku tolong dia itu sebagai reward? Kan lagi puas sebab aku dah berjaya buat dia happy..kan..kan..

Aku happy kalau aku berjaya buat orang sekeliling aku happy dan inilah reward yang sebenarnya reward daripada pertolongan aku itu..dan bukannya minta dibalas dengan harta benda.. :)

Sekian :)

p/s: Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi.. tak susah pun..:)

Thursday, August 5, 2010

Aku Nak Privacy..!


Sampai satu tahap dalam hari-hari aku, aku tak nak bercakap dengan orang atau aku malas nak berbual-bual dengan orang, tak nak start any conversation tambah-tambahan dengan orang yang aku tak berapa rapat atau apabila aku merasakan orang itu lebih tinggi jawatannya dari aku atau pun orang itu lebih tua dari aku.. kerana mulut dan otak aku memang nak berehat..sampai satu tahap masa, aku malas nak fikir, point-point klise apa yang aku nak borakkan dengan dia orang ini supaya takda la bunyi cengkerik je yang kedengaran..malas laa..sebab kami tidak close to each other..kalau close macam aku dengan rakan-rakan rapat aku, memang berair-air mata, setiap hari ada je point, tak pernah kering idea..kadang-kadang, bila kami cerita semula cerita yang dah 20 kali kami share, kami boleh tergelak lagi..haduiii..tapi itu kawan rapat..

Dalam culture bekerja aku sekarang ini, ada masa aku kena bekerja dengan orang yang aku tidak kenal, baru kenal dan memang malas nak berkenalan..hmmm..huhu..thats why kadang-kadang otak aku penat..

Aku tak tahu la ini perangai aku seorang je yang buat atau kau orang pun buat, tapi ada ketika, aku seboleh-bolehnya nak avoid diri aku dari terserampak dengan someone yang aku kenal atau pernah terserempak sebelum ini, sebab aku malas nak fikir, apakah respon sewajarnya yang harus aku berikan kepada dia..boleh tak? Aku sanggup ambil lif lain dari duduk satu lif dengan dia..pura-pura nak pergi toilet dulu kaa..haaaa..

Tambah-tambah lagi kalau orang yang engkau terserempak tu, kau orang pernah ada kes dengan dia, macam kau orang pernah di job interview dengan dia dulu, tapi engkau gagal and sampai sekarang engkau jobless @ tak dapat kerja yang best, engkau nak ke tengok muka dia lagi? kalau aku, aku tak nak.. kalau kau tu professional lain laa..tapi hipokrit je tu semua..

Kalau jamm kat jalan raya, and kereta dia ada kat sebelah kereta aku, aku lebih rela pura-pura tak nampak daripada aku dok sibuk-sibuk nak tunggu dia pandang aku and kami saling bersenyuman..errrghhh!! Macam tak dak jalan lain ke yang hang nak lalu..malas aku nak senyum..rasa macam nak tinted cermin kereta 100%..aku nak berehat..huhuhu..aku bercakap ni, untuk someone yang aku tak berapa rapat..kalau membe rapat, aku tak kesah..

haishhh..kadang-kadang aku rasa aku nak bersendirian je..atau pun nak hidup dalam kumpulan masyarakat yang tak pernah kenal aku dan aku tak kenal mereka..baru lah rasa hidup ini privacy gilaaa!! kan..kan.. (bukan perasan popular okayy!)

Sekian :)

Monday, August 2, 2010

Stop laa Menunjuk-nunjuk..

Aku pernah kenal dengan seseorang yang sangat la berpengetahuan luas..luas melangkaui pelbagai batasan..kau orang bukalah topik apa pun..dengan yakinnya, most of the time, dia boleh get along dengan kau orang..memberikan idea-idea dia sekali dan kadang-kadang, dia nak dia je menang, point-point dia je yang betul..orang lain salah..dialah yang paling knowledgeable sekali..dia mesti menang..

Sampai satu tahap, bila aku ber'argue' dengan dia dan aku seakan-akan dah lost my point, dia boleh cakap,"hmmmm..belum pernah saya kalah bila argue dengan siapa-siapa.."

Ok..aku stop argue dengan engkau sebab aku dah malas nak argue dengan engkau bukan sebab aku setuju dengan point-point engkau dan topik yang dibincangkan pun memang tak minat aku nak bincang panjang lebar..okaylaa..engkau memang tahu macam-macam..keluar je dari perut mak kau, kau dah pandai baca buku..

Serious weh, aku secara jujurnya memang kagum la dengan memory capacity dalam kepala otak dia tu yang mampu store banyak info..kadang-kadang aku terfikir, macam mana dia boleh tahu benda itu benda ini..kenapa aku tak tahu? Aku bukan tension sebab aku tidak tahu perkara yang dia tahu, tapi aku tension dengan memory capacity dia dan bertambah tension bila dia mula bercakap dengan aku mengenai benda yang dia tahu dan aku pada kennyataannya tak nak tahu dan mungkin kalau terdesak baru aku ambil tahu..

Kau orang tension tak kalau kau orang sakit otak and nak keluar lepak dengan kawan-kawan nak release tension, tiba-tiba salah seorang dari dia orang sibuk sangat laa nak borak something yang sangat la berilmiahnya..aduiiii..macam nak gigit jalan raya jee weh!

Dia pernah bagitahu aku, dia tension sangat sebab banyak sangat benda yang dia nak tahu..bila dia nak study, dia akan surf internet dan cari bahan bacaan dan bila ada hyperlink ke mana2 website mengenai benda yang menarik perhatian dia, dia akan go through until la dia terlupa yang dia sepatutnya kena study..hahahhaaa..nak tergelak aku..pada aku ada juga buruknya orang yang tergopoh nak tahu semua ni..SAKIT OTAK! paham tak..pada aku otak aku boleh sakit..rilex-rilex laa..tak payah la tergopoh-gapah..

Dia ini juga yang sangat tahu semua benda ini, akan bercakap dengan sesiapa sahaja tanpa mengira orang itu memang berminat atau tidak berminat nak tahu..urrrghhh!! tension la aku orang macam ni..cuba la engkau fikir hati and perasaan orang lain juga..orang lain pun tahu nak jaga hati kau dengan pura-pura dengar cerita engkau..tolong laa consider responden engkau..tak kan nak cerita pasal cara-cara nak bina jambatan dekat siswa undang-undang dengan menggunakan term-term power engineering kan..kan..kan..tak kan kau nak cerita macam mana engkau calculate tiang itu tiang ini dekat dia orang dengan sangat detail kan..kan..rilex laa..bawak bertenang..

Aku sebenarnya kurang gemar orang yang tahu macam-macam tapi suka menunjuk-nunjuk..tak cool pun macam tu..please laaa..

Sekian :)