orang tengah stalk

Tuesday, September 28, 2010

Beri Saya Masa..


Okay, sekarang ini aku nak letakkan diri aku sendiri dalam situasi begini,

Ada seorang jejaka nak mengayat aku, gentle habis, caring habis.. dan jika aku ialah seorang yang gemar mengeluarkan kata-kata seperti "BERI SAYA MASA", aku sebenarnya bermaksud;

1) Aku memang tak nak langsung buka hati aku dekat lelaki itu, boleh tahan menyampah jugalah.. cuma sebab dah terlanjur terbagi dia harapan dan terbuat dia feeling dekat aku, aku macam kesian gila babi nak kecewakan dia.. tak sampai hati nak tengok dia merana kerana ditolak cintanya olehku.. orang macam aku ini ialah orang dari kategori wanita yang suka melayan mana-mana sahaja lelaki yang cuba merapatiku.. may be macam aku bosanlah kalau hidup tiada peminat-peminat yang berduyun-duyun.. kenalah recruit fans banyak-banyakkan.. baru nampak hot chick sikit.. kan sekarang aku rasakan..bila mamat itu dah sangkut dekat aku, mana mau lari hahhh?? Bila mamat yang kita tak suka itu acting manja-manja, sure geli siott!! Dah itu engkau pergi gatal layan buat apa hoh??!!

2) Aku memang betul suka gila dekat mamat itu.. memang dah jatuh cinta pandang pertama dan ibarat bulan jatuh ke riba bila aku tahu yang dia juga menyukaiku.. macam nak berlari-lari anak dari ruang tamu ke dapur tanpa henti weh!! excited gila ni weh!! Okay lepas itu dia pula, sama naik.. nak jadi boyfriend aku pula..aduhhhh.. gugur jantung wehhh!! Okay.. relax..relax.. perempuan mesti jual mahal.. kalau dia betul-betul suka aku and sayang aku mesti dia boleh terima bila aku cakap macam ini..

"hmmmmm.. I rasa kita baru kenal kan? Berilah I masa untuk kenal you betul-betul dan tak naklah terburu-buru.. I tak nak terjebak dalam relationship sia-sia..kita mesti saling kenal antara satu sama lain dulu dan kemudiannya baru boleh buat keputusan untuk jadi serious.."

huh! poyo la hang!! padahal..

"arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. bodohnya.. siapa tak nak jadi awek engkau??!! Mestilah aku nak!!! Engkau dah la cute gila!! tolonglah jadi boyfriend aku cepat!!"

Secara jujurnya, aku merasakan diri aku ini ialah seorang yang sombong, dan kurang suka bersosial, tak mudah ramah, dan mama aku sendiri cakap aku tak reti nak flirt dengan orang dan dia kata macam mana aku nak jumpa jodoh yang sesuai kalau tidak cari? Aduiii mama ini.. jadi tidak mungkin aku dari golongan yang pertama tadikan?? Aku, kalau aku rasa mamat itu macam dah start-start nak mengayat aku dan aku rasa macam tidak berkenan, terus-terang aku cakap, AKU TOLAK TERUS, AKU TAK LAYAN TERUS, AKU SENYAP TERUS.. malas aku nak layan kot.. terukkan aku ini.. tak baik sebenarnya.. negative sokmo.. tapi aku memang tak minat nak melayan-layan ini.. macam penat jee.. lebih baik aku buat puding roti bersos.. hey, kalau engkau nak cakap aku perempuan perasan hot pun engkau punya pasallah.. aku peduli apa.. hati dan perasaan tak boleh dipaksa-paksa okay!! Dan jangan engkau sekali-kali jebakkan diri engkau dalam memberi harapan palsu kepada orang lain..

ENGKAU SAKITKAN ORANG SEKARANG, ESOK LUSA, ORANG LAIN SAKITKAN ENGKAU SEMULA..

Sekian..



Monday, September 20, 2010

Entry Yang Teramat Emo : Sensitif Yang Tidak Sensitif

Atas permintaan adik aku, aku pun postlah entry ini..

Aku nak cerita fasal satu situasi yang berlaku kepada aku dan orang-orang kesayangan aku ketika musim world cup yang baru ja sudah.. tak dak la baru mana pun kan..

Malam itu kami semua lepak rumah my auntie untuk sama-sama menjerit-jerit terpekik terlolong menyokong team masing-masing but aku tak ingat malam itu team apa vs apa sebab aku tak layan sangat pun.. mengikut jaa..

Sampai-sampai jaa.. masing-masing ambil port masing-masing, aku duduk atas lantai, letak bantal banyak- banyak dekat tepi.. lepas tu main order jaa spagheti dari untie aku.. huhu.. cousin-cousin aku pun sama.. yang paling tak boleh belah ialah mama aku, siap duduk dan urut kaki pakai mesin Ogawa uncle aku.. Ogawa ke? tak ingat laa.. pengurut kaki la yang penting.. papa and uncle bantai TV kat family hall floor atas.. hmmm.. masing-masing dengan port masing.. best la..

but that is not my point!!

Point aku ialah.. tiba-tiba kami diberitahu yang kami bakal didatangi olah tetamu lain juga.. okay.. tak kisahlah.. kami pun dah biasa dengan Cik Temah and her family itu.. tapi memang agak potong gak laa.. ish! Gua memang tak ngam betul la ngan lu Temah!! potong tau tak!!

If I can tell you.. Cik Temah and the family ini memanglah amat kaya dan protokolnya pada aku.. kereta 2 ke 3 ke 4 ke 5 biji.. tak kisah la kaya itu.. yang kehidupan berprotokol mereka yang aku tak tahan tu.. buat apa-apa jaa mesti beradab sopan.. minum air ada adab depa sendiri.. bila dia mai jaa.. semua jadi senyap.. semua jadi macam ikut rentak dia.. kenapa tah aku pun pelik.. tengok world cup dah jadi macam tengok siaran tunggu result time pilihan raya umum.. nervous jaa.. bunyi cengkerik.. bunyi angin bertiup sepoi-sepoi bahasa..

World cup pun dah start.. Cik Temah duduk dengan kami di bawah.. nak dijadikan cerita, mama aku apply la minyak angin.. may be sebab time itu mama aku tengah selsema or sakit kepala.. memang agak berbau jugalaa satu ruang tamu itu.. tapi kami semua okay jaa..

Tiba-tiba...........

Cik Temah : Eh.. eh.. eh.. ada orang pakai minyak angin..

Aku : Mama yang pakai..

Cik Temah : Eh.. eh.. eh.. jauh.. jauh.. simpan.. simpan.. tak boleh bau.. migrain.. (sambil tangan halau-halau bau minyak angin itu dan amat annoying aksi dia okay!! seriously annoying!! Macam hina sangat jaa perbuatan mama aku itu.. ini bukan provokasi tau..)

Okay.. Cik Temah.. engkau nak suruh mama aku keluar dari rumah itu ke so that engkau tak kan bau ubat angin itu? Engkau beraksi sedemikian terhadap mama aku di hadapan orang ramai yang mana engkau seorang sahaja yang tidak boleh bau minyak angin itu? Engkau ingat engkau siapa? Gedik yang extreme!! Meluat aku!! Menyirap jugalah darah aku time itu tengok reaksi macam g**pa*g engkau itu..

Hoi Cik Temah, engkau ingat engkau seorang ja kah yang ada perasaan? Engkau je kah yang kena migrain.. Engkau tak fikir kah mama aku kecil hati bila engkau buat macam itu? Jangan ingat engkau lebih kaya engkau boleh treat orang lain macam keldai okay!!! Memang mama aku dah berkecil hati pun.. mama sendiri sudah cerita dekat aku dan aku sendiri yang tengok kejadian itu pun aku boleh tau mama aku kecil hati.. sebab aku sensitive terhadap perasaan mama aku time itu..eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... sangat rude kot..
Kalau engkau tak boleh bau dan engkau seorang jaa yang tak boleh bau, engkau seorang ja lah yang belah dari situ.. dan better if engkau tak buat aksi mak datin gedik engkau itu, engkau belah jaa senyap-senyap so that semua orang tak kecil hati.. eeeeeeeeeeeeeeeeeee... dah la mama aku!! mama aku weh!!! Cik Temah.. Cik Temah.. sebab aku fikir engkau lagi tua dari aku dan parents aku memang dah didik aku supaya hormat orang tua jaa.. kalau tak.. memang aku halau jaa engkau dari situ.. ceh!! padahal itu rumah orang lain.. over aku ini.. but aku memang emo sangat time itu may be sebab mama aku kan.. kesian mama aku.. :(

Aduh.. tolonglah.. tolonglah kalau hendak berbuat sesuatu, gunakanlah otak dan kalau tak all the time pun, sekali sekala fikirkanlah hati dan perasaan orang lain.. fikirkanlah sensitivity agama, dan budaya hidup orang lain.. jangan ingat kita seorang jaa yang ada hati dan perasaan.. tolong la jadi sensitive sikit.. otak? otak letak mana? Belajar jaa tinggi-tinggi.. otak tinggal kasi lori gelek atas jalan tar..

woopp..woooppp.. nak cerita sikit, my dad bought mamat-mamat ini on my 24th birthday.. first time aku tengok dan makan mamats ini.. gatal-gatal lidah yee.. tapi sedap gila makan cicah air asam.. aduiii.. meleleh air liur aku..





Sekian..








Thursday, September 16, 2010

Puding Roti Bersos Saya

Owh.. sudah lama tidak menulis entry berunsurkan penelitian, pemikiran dan perspektif aku terhadap sesuatu perkara.. ingat senang ke?

Semalam aku buat puding roti, memandangkan ada orang-orang dan rakan-rakan aku nak datang beraya rumah, aku pun gunakanlah kesempatan ini untuk mengasah bakat memasak aku..

Sedang aku bersiap sedia untuk memasak, ada seorang orang kegemaran aku telefonlah aku..

Orang kegemaran: Haahhh!! Tidur ehhhhh??

Aku: Eh tak lah.. I tengah nak masak ni..

Orang kegemaran: errr.. eh.. pandai masak ke? ( cett.. ragu-ragu lak dia ni..)

Aku: Heyyyyyyyyyyyyyyyy.. tengok tangan la okay..

Selepas berborak sepatah dua patah lagi, lalu kami babai la each other..

Aku pun dengan tabahnya sambung memasak puding roti bersos..

Inilah hasilnya..

Esok paginya, aku sibuk pula buat sos kastard puding ini.. maklumlah, first timerkan, semua sukatan aku tak sure, main campak jee.. sesuka benak hati aku jee..

Bak kata untie aku semenjak aku mula memasak puding roti ini,

" Yang yaya ni, tak habis-habis dengan puding rotinya dari semalam" <-- agak lawak okay statement ini.. gelak aku.. hehe.. Mama aku pula mencelah, " Ye laa.. orang sepuluh tahun sekali masak.. " <-- okay, mama memang gemar keluarkan statement hiperbola.. padahal aku masak jee sebelum ini.. Dan yang paling aku terharu, rakan office aku yang bagi aku recipe puding roti ini, siap call aku tanya update puding aku.. haaaaaa.. terharu okay.. gila concerned.. :) Secara keseluruhannya, puding roti aku ini, tidak lah menjadi mana pun, keras sikit (kurang susu kottt..) tapi pada aku, sos kastardnya agak bombastik.. huhu..

Ada beberapa points penting yang aku telah belajar dari otai-otai memasak puding:

1) Time masak sos itu, kacau sehingga mendidih, kalau tidak, akan terasa tepung jagungnya mentah..

2) Tidak semestinya guna susu UHT je.. susu Ideal pun boleh dan susu pekat manis pun boleh..

3) Tepung jagung boleh ganti tepung kastard yee.. tak dak masalah.. :)

Haaaaaaa.. best memasak ini sebenarnya.. terima kasih kepada yang membantu.. puding roti bersos ini tak kan terjadi jika hanya aku seorang sahaja yang berusaha..

Sekian..

P/S: Ramai orang-orang yang ambil puding roti aku, tak perasan kewujudan sos dia yang best itu.. memang bertambah keras la jawabnya.. huhu..





Wednesday, September 8, 2010

Salam Lebaran :)

Assalamualaikum..

Semakin aku meningkat dewasa, semakin tiada rasa sangat keterujaan menyambut hari raya.. but still teruja laa sikit-sikit kan..kalau tak, tak kan aku sanggup berhabis beli baju raya..huahua!! Tapi baju raya aku satu pasang ja okay.. boleh rasa tak betapa aku tak berapa teruja sangat? haha!!

Hari raya pada aku, adalah hari untuk meraikan kemenangan aku berpuasa.. hari untuk merapatkan semula relationship dengan siapa-siapa sahaja yang sudah lama tak jumpa.. pagi-pagi je la excited sikit.. dah tengahari nak ke petang, ketiak dah berpeluh, hilang dah mood.. tahu nak tidur jaa.. :P

Dah ada blog, aku wish lah dalam blog ini, membazir ja kalau tak wish..

Kepada pembaca-pembaca blog aku (walaupun tak la ramai kan), Aku nak mengucap kan,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin (amat cliche kalau engkau buat lawak pasal 'batin' itu okay, so tak yah buat).
Semoga Aidilfitri kali ini, memberi seribu makna buat kau orang..

dan... (dalam keadaan blushing tak ingat)

lalalalalalaaaaaaa.. tiada sebarang penerangan akan dilampirkan untuk rentetan rajah yang dua terakhir ini kerana aku dah teramat over-excited.. bunga itu.. ermmm.. haishhh.. *blushing*.. long distance ini tak dak la sucks sangat kalau pandai handle.. but still sucks laaa.. R.I.N.D.U.. Ape ni weh??!!!

Sekian..








Tuesday, September 7, 2010

Aku Tangguhkan Dulu Hasratku..

Aku seringkali dikecewakan oleh situasi.. situasi di mana aku sedang berjalan-jalan di shopping mall dan aku ternampak benda yang aku rasa aku betul-betul nak, betul-betul cantik, betul-betul sudah lama aku inginkan, betul-betul aku impikan kerana selama ini aku hanya mampu tengok jaa orang lain memilikinya.. then I have to say NO of having them mine.. sangat sedih.. :(

Aku bukan nak merintih nasib aku macam orang tak tahu bersyukur.. tapi kadang-kadang terkeluar juga di benak fikiran aku, kenapalah aku tidak kaya, gaji aku kecillah.. atau kenapalah ayah aku bukan seorang bussinessman yang berpendapatan ratusan ribu ringgit sebulan? Yang memang type tidur atas duit, berak pun sapu pakai duit.. senang aku pow duit dia..ish..ish..ish..

Okay perenggan second aku itu memang macam siot..

Aku ini, macam itu lah, selalunya aku akan berfikiran seperti seekor evil dahulu sebelum aku boleh berfikir dengan betul-betul rasional dan matang.. mana boleh terus-terus berfikiran jauh dan positif tentang sesuatu perkara.. tak best laa.. kena la jadi negative dulu.. mestilah kena curiga dulu..

Hari itu, aku ke IKEA and THE CURVE dengan adik aku and her boypren.. aku ade terjumpa sebuah sling bag dan aku memang dah jatuh hati gila dengan sling bag itu.. harga dia RM50.. tapi sebelum itu, aku dah belanja macam-macam dekat IKEA.. aku memang dah bajed nak belanja RM150 sahaja hari itu.. tak nak lebih.. nak jimat.. kena betul-betul berjimat.. cuba bayangkan kalau aku orang kaya, gaji besar, mesti aku dengan selambanya keluarkan lagi RM50 aku dan terus bayar dan bag itu milik aku.. tapi, kenyataannya banyak benda aku kena consider.. gaji aku tidak lah besar mana, aku pakai kereta, hutang kereta, bil telefon, minyak lagi, tol lagi..plus, aku bukan jenis minta duit dari mama and papa aku.. dah lama tak minta sejak dari zaman belajar dekat U lagi dah segan-segan dah.. tiba-tiba time dah kerja tak dak duit, segan gila nak minta kan?? So aku kena consider itu semua..

Banyak laa benda yanga aku terpaksa tangguh.. aku nak pakai baju cantik-cantik, aku kena tangguh, nak beli kasut dan bag baru aku kena tangguh, kira hasrat nak beli barang-barang nak glamorkan diri kena simpan dulu lah sebab aku kena consider banyak benda yang lebih penting..

Mula-mula jaa rasa tekanan tak dapat beli.. tekanan sebab orang lain dah dapat benda itu.. tapi lama-lama, penting sangat kah benda alah itu semua kepada aku? Aku perlukan sangatkah.. nak beli handbag? Handbag aku sebelum ini dah kena gigit dengan anjing sampai terkoyak ke? Perlu sangat ke kasut baru sebab yang lama ini okay lagi malah menjadi favourite rakan-rakan office aku lagi.. tak penting sangat pun..

Aku lagi happy, walaupun aku tak dak duit sangat tapi aku masih boleh ikhlas buka dompet aku dan hulurkan la sedikit wang kepada adik-adik aku yang meningkat remaja itu.. rasa puas sangat.. puas dapat happykan orang lain.. tak dapat handbag pun tak pa lah..

Aku lagi happy bila fikir, lantaklah tak dapat beli barang-barang itu pun, asal hutang bulan-bulan berbayar..

Aku lagi happy bila aku decide untuk allocate beberapa ringgit duit gaji untuk membeli satu persatu benda alah ini, setiap bulan, macam gaji bulan ini, aku nak beli backpack, okay dah! Tunggu gaji bulan depan pula baru beli benda alah lain.. bersabar dan terus bersabar menanti.. barulah aku rasa aku belajar menghargai benda yang aku miliki itu, barulah aku belajar hidup sederhana.. kesederhanaan itu perlu yaa.. kita orang Islam yaa.. bukan hanya sebab aku Islam, tapi sebab bertapa bestnya jadi sederhana.. :)

Di bawah ini aku attachkan foto-foto benda alah yang aku dah lama aim.. tak sabar nak beli sahaja.. dan tunggu kewangan yang stable jaa.. tiap-tiap bulan nak cuba dapatkan satu demi satu tapi dengan syarat, settle hutang gua dulu!!!






Macam biasa, terkadang berfikiran seperti syaitan, tetapi, jauh di sudut hati aku, aku rasa aku sudah cukup bertuah dengan apa yang aku miliki sekarang ini.. Alhamdullilah.. :)

Perlahan-lahan kayuh adalah lagi bagus dari menggunakan motor berkuasa tinggi dan memecut laju kerana kalau terlanggar tembok, adalah amat besar impact pelanggarannya pada halaju tinggi.. ini kerana,

p= mv

Kesan momentum (p) adalah berkadar langsung dengan halaju (v) sesutu objek.. Do not ignore Physic in our daily life..

Sekian..

P/S: Rindu gila babi kat ko!! Lond distance BODOH!!








Saturday, September 4, 2010

Menerujakan!

Di sini aku lampirkan beberapa keping photo yang mana mereka menunjukkan perkara-perkara yang aku lalui semenjak dua menjak ini dan menerujakan aku..

Silalah tengok.. tak nak tengok, tok sah tengok..


Balik kampung last week and aku baru tahu yang adik lelaki aku sudah pandai merempit..hmm..ini mesti influence sepupu-sepupu dia setiap kali balik kampung ini..aku cakap dekat dia, dekat rumah nanti jangan pula engkau pergi bawa motor papa..polis merata-rata meronda dekat kawasan rumah kita..engkau tak dak lesen..hmm..aku harap sedikit sebanyak itu dapat mencuakkan beliau.. :P



Ini memang terbaik, pergi jalan-jalan dekat KL Central semalam bersama-sama rakan sekerja dan tiba-tiba aku terjumpa patung ini..macam Rozita Che Wan kan? Aku terus cakap dekat rakan-rakan aku itu..

"You!! Ini first time i tgk patung ber'aset' macam ini!"
"Eh ye laaaaaaaaaaaaaa..." <-- mereka amat agree sekali dengan aku.. :P "Eh ambil gambar i cepat.."


Gambar ini aku baru snap time bangun sahur tadi bila aku ternampak bear ini..Dan ini yang paling menerujakan dan nostalgik..ada apa dengan bear ini? Ini ialah teddy bear yang nenek aku belikan untuk aku dari aku belum umur setahun lagi okay!! Dan sekarang aku dah nak masuk 24 tahun okay!! Bear ini lebih kurang sebaya dengan aku weh!! Tahan gila babi ini bear dan nenek aku memang telah berjaya menjaga ini bear dengan baik sekali..

Cayunk nenek caye!! Muahhh!

More surprisingly, baju yang bear ini pakai ialah baju aku time baby okay!! Aku teruja betul ni weh!! Semuanya masih bertahan! wow! :D

Sekian dan Selamat Berpuasa..dah nk raya weh! :D

Wednesday, September 1, 2010

Padan Muka Hang!!


Aku langgar kereta orang pagi tadi.. bumper kereta dia sahaja.. fortunately kereta aku tidak ada apa-apa pun.. Cayalah kereta beta.. tidak sia-sia beta memiliki mika..

Aku nak ikut pak cik itu pergi repair dan aku bayar..tak dak masalah keluarkan duit walaupun gaji aku ciput, aku adalah simpan duit sikit-sikit.. tukar bumper bak kata orang-orang, tak lah mahal mana.. sabar je laa..

Aku ingin mengucapkan tahniah kepada diri aku.. dan juga padan muka kepada diri aku.. ini baru balasan tuhan di dunia.. ini baru aku langgar kereta orang, itu pun langgar buntut dia sikit jaa.. duit aku melayang.. may be duit yang melayang itu duit hasil daripada aku curi tulang time kerja.. update blog time kerja..bergosip time kerja.. lunch lebih masa..

Padan muka juga kerana aku merasakan diri aku ni, semenjak 2 menjak ini macam jahat sangat, agak pentingkan diri sendiri, suka berfikiran negatif, berlagak, perasan bagus dan tahniah sekali lagi di atas keme'layang'ngan duit aku itu.. tahniah!

Sekarang engkau dah nampak kan Allah boleh tarik nikmat Dia bagi bila-bila masa dia nak?? Engkau nampak kan?? Ini baru yang simple-simple je..

Semoga aku lebih berhati-hati memandu kereta selepas ini.. DAN AKU MEMANG PHOBIA DAH PUNNNNNNNNNNNNNNNNNN.. arghhhhh!!

Alhamdullilah.. ujian ini masih boleh aku tempuh dan Allah tak kan beri ujian yang hamba dia tak kan boleh hadapi.. Alhamdullilah..

Sekian :)

P/S: Malas gila aku nak pergi mengadap muka tuan empunya kereta yang aku langgar tu sabtu ini.. rasa dia nak ambil kesempatan kat duit aku pun ada.. engkau tipu engkau siap!