orang tengah stalk

Saturday, October 30, 2010

BODOH

Dah pukul 1.30pm. Aku rasa aku dah lambat nak pergi meeting dengan customer.. meeting pula dekat Plaza IBM Bandar Utama nun.. so kalau meeting start pukul 3 pm, tak kan aku nak gerak pukul 2.55 pm pula kan?

Aku pun naiklah surau, nak solat zohor, sampai dekat surau, Aku pun terbau ayam goreng sedap, aku belum sampai dekat pintu surau lagi tapi aku dah boleh agak mesti ada ceramah dekat surau hari ini. Dan memang betul pun ada ceramah weh.. aku try buka pintu, dan agak berbunyi pintu itu lalu mengganggu konsentrasi peserta ceramah, semua tengok aku dekat pintu tu, aku tutup balik pintu.. aku naik office semula.. entahlah, memang takdak kesedaran aku nak masuk dengar sekali.. ish..ish..ish..

Memang ada ceramah once a week dekat surau office aku ini, ceramah pula mesti ramai yang datang, penuh sampai ke belakang surau, makan space sampai kawasan solat lelaki jadi kaum lelaki yang suka sangat solat on time, hari ini kenalah depa sembahyang lambat sikit..

Aku naik office, aku terus mengadu dekat officemate aku.. kenapa macam ini? Tak fikir ke orang lain yang ada kerja nak cepat sembahyang semua? At least dia orang itu, leave some spacelah untuk orang yang ada hal nak sembahyang, ini tak, duduk tahu nak menyandar ke dinding je.. tak sensitivelah dia orang ini! Officemate aku pula, apa sangatlah dia boleh buat, dia suruh aku sabar je la.. and dia suggestlah aku sembahyang dekat surau office aku ini, bukan official surau but sembahyang dalam store, bersih la tapi.. ramai jaa kakak-kakak office aku sembahyang dekat situ cuma aku sebagai orang baru, macam masih segan lagi nak sembahyang dekat situ.. macam lawan tokey pula.. so sanggup lagi aku naik surau official..

Aku duduk dekat kerusi, dan duduk diam, dan terus aku berfikir-fikir.. hmmm.. hey Anida, kenapa marah sangat ni kan? Engkau tak rasa ke engkau ada banyak gila solution to your problem sejak dari tadi engkau marah-marah? eh tu laa.. bila aku cuba bertenang, baru aku tahu yang ada banyak pilihan rupanya..

Time aku buka pintu surau tadi, kenapa aku tak teruskan jaa masuk dan cakaplah dengan wanita-wanita yang duduk area belakang surau, suruh dia orang ke depan sedikit so that aku boleh solat, aku dah lambat, mustahil meraka tidak boleh bertoleransi dengan kondisi aku ini kan..?

Lepas aku naik semula office, aku marah-marah, kenapa aku tak fikir yang, ada banyak jaa surau dekat bangunan ini.. contohnya store tadi? Masalah aku cuma aku segan nak minta solat dekat situ alasan takut lawan tokey.. kalau aku minta kebenaran, tak kan dia orang tidak boleh bertoleransi kan?

Ada moment aku jadi kurang bijak seketika di mana aku seolah-olah menggunakan sentimen agama untuk menunjukkan aku tidak salah.. Aku boleh pula terfikir, apa hukum dia kalau aku nak solat zohor, solat yang wajib itu, tapi ada ceramah dekat surau dan surau sempit, dan mereka tidak bagi space.. hey come on Anida!!! ENGKAU ADA MULUT, ENGKAU BOLEH MINTA RUANG UNTUK SOLAT OKAY!!!

Hmmm.. sekarang aku dah boleh nampak, kalau aku berani menyuarakan sesuatu dan sesuatu itu perkara biasa sahaja seperti di dalam kes aku tadi, mesti masalah dapat diselesaikan.. mesti aku dapat solat dekat surau official on time.. semuanya salah aku! kenapa aku sibuk-sibuk nak salahkan ceramah itu eh? bodohnya aku.. macam tak educated betul kepala hotak ni..

Yeah.. itulah dia, kadang-kadang sesuatu masalah itu tidak patut dikategorikan sebagai masalah kerana teramat remeh, cuma mentality yang telah diprovok telah membuatkan kita melihat ia sebagai satu masalah yang berat dan dapat menimbulkan kemarahanlah kononnya.. apada!!
Apa-apa pun, kalau dikaji selidik, memang salah sendiri okay.. serious aku cakap! Dan bila aku sedar yang salah aku sendiri, aku terus jadi tenang tak jadi nak marah.. serious okay!

Eh aku ada cerita lagi sebenarnya pasal salah seorang peserta ceramah tapi aku cerita dalam entry lainlah sebab macam dah lapar sangat dah aku ini.. huhu..

Sekian

Thursday, October 28, 2010

Ketupat Sotong

Aku sudah mencecah usia 24 tahun dan baru dinner tadi aku tengok dengan mata kepala aku sendiri KETUPAT SOTONG..!!!

Nenek kesayangan aku yang masak yee.. nak harap aku, memang tak kan menjadi la ketupat sotong tu kan.. ketupat sotong ini, setelah aku menemuramah pakar, ialah makanan orang pantai timur.. nenek cakap lagi, kita boleh masak dia manis, kalau tak nak manis, biar masin pun okay.. tapi kalau dah nenek orang kelantan, or course dia pilih kuah manis okay..

Kemudian, nenek sumbatkan pulut dekat dalam abdomen sotong itu dengan padatnya.. alah, macam ketupat daun palaslah, it just that daun palas itu tukar jadi sotong..

Aku dengar nenek beritahu mama,

"Aku bubuh gulo meroh setoko.." *Aku bubuh gula melaka sebiji bulat tuu..*

Hmmm.. no wonder manis kuahnya.. dan aku antara yang paling excited nak rasa, aku rasalah dalam dua ekor, memang ingat nak proceed dengan yang ketiga but fikir-fikir mengenai kandungan kalorinya, maka niat terpaksa dibatalkan.. okay, memang sedap!!

Sekian



Tuesday, October 26, 2010

Sepesennnnnnnnnn jaa.. bosanlah!!

Hmmm.. aku tak tahulah aku patut luahkan benda ini ataupun tidak tapi aku rasa macam nak luah jugalah sebab blog ini aku punya, aku punya suka hatilah kan..

Banyak benda yang mampu membosankan aku.. banyak sangat.. first sekali bila jauh dengan orang-orang yang aku happy bila bersama mereka.. kedua, bila aku tengok manusia yang tidak variety.. hmm.. haaaa.. tak fahamlah tu kan? haha!

Aku sangat bosan berdepan dengan situasi di mana aku harus berselisih dengan sekumpulan manusia yang sama jaa cara atau style berpakaian mereka.. okay, aku bagi satu situasi yang pernah aku alami, aku terserempak dengan sekumpulan gadis, jalan ramai-ramai, gelak-gelak entah apa yang digelakkan aku tak tahulah kan.. cara berpakaian semua sama jaa, selendang ala-ala Yuna, pakai tight dan kalau yang betis lawa takpalah.. ini dah macam peha badak sumbu afrika pun masih nak pakai juga.. mata kasi bubuh celak hitam sikit baru mata nampak galak.. bak kata, bila tengok mereka, aku nampak ada beberapa Yuna-yuna yang tidak macam Yuna yee itu sudah tentu.. mana ada manusia sama.. dull okay.. dull sangat..

Lagi satu, kalau jejantan pula, kalau dah semua mamat-mamat dalam kumpulan itu jenis pakai sport shoes, habis semua nak kena pakai sport shoe yang hampir sama.. kalau membe itu pakai Quiksilver, habis semua pakat nak pakai brand itu.. biarlah beli yang stock-stock 70% diskaun / stock clearence pun asalkan dia quiksilver and may be menampakkan mereka amat bergaya..

Budak-budak sekolah yang baru nak kenal dunia pun lagi satu group yang aku rasa nak gelak guling-guling bila tengok ke depa ni.. jalan dalam satu group, mesti ada kepala ketua seorang muka macam mesti lebih kacak dari semua atau lebih bengis dari semua, pakai cap, kasi terangkat sikit, kira tak pakai cap tekan sampai kena kepala habis, kira ada udara terperangkap di tengah.

Aku tak sure laa siapa yang tanya tapi dari kalangan ahli keluarga aku jugalah;

" kawan-kawan kak long semua bertudung, kenapa kak long tak?"

" Nanti pergi rumah Si polan- si polan ini, pakailah tudung sebab dia pakai tudung.."

WHAT??!! Mengapakah? kenapa cara berpakaian aku menentukan dengan siapa aku berkawan?

Weh.. come on lah!! engkau tak bosan ke ikut-ikut orang ini? tertekan kot hidup macam itu..!!

Dah lah.. malaslah.. macam bodoh jaa entry ini..

Sekian..

Tuesday, October 19, 2010

I HATE YOU..

Dear so-called 'khalifah Allah' on an earth,

You have been disappointing me all this while but today is the biggest disappointment you have brought me into.. sorry to say but I instantly seriously HATE you when noticing him crying..

Bare this, you will get your revenge from god..!

Sekian.. *tak tau nak translate dalam english 'sekian' ni.. malas aku nak fikir dah.. tak dak mood..*

Saturday, October 16, 2010

Kalah, Tewas, Kecundang

Mungkin ada orang kata aku lebih cun dari engkau, mungkin juga ada orang kata pelajaran aku lebih tinggi dari engkau dan kalau setaraf pun, may be aku lebih perform dari engkau.

Orang lain boleh kata peminat aku lebih banyak dari peminat engkau, orang boleh kata aku boleh dressed up dengan lebih stylo dari engkau..

In terms of kerjaya pula, aku ada rezeki boleh kerja di syarikat stabil dan bergaji okay.. dan may be gaji aku boleh jadi lebih banyak dari gaji engkau.. senang cerita aku sentiasa dalam segala aspek, aku menanglah..

tapi terkadang aku rasa aku KALAH, TEWAS, KECUNDANG dengan engkau bila..

Engkau hantar kad kahwin engkau dekat aku, Aku happy sebab aku tahu engkau dah jumpa dengan seseorang yang mampu happykan engkau dan bila dah kahwin, semuanya halal, engkau boleh pegang-pegang, cium-cium, garu-garu laki or bini engkau bila-bila masa engkau nak tanpa rasa berdosa kepada tuhan dan mak bapak engkau orang.. hmmmm.. engkau pun dah tak perlu lagi sibuk-sibuk nak plan pergi dating menghabiskan masa dan duit sebab engkau orang boleh duduk dekat rumah, cuddling atas sofa tengok TV or DVD..

Bila tengok gambar-gambar kahwin engkau, aku happy jaa campur JELOUS sikit.. huhu.. sumpah jelous sebab semua dah halal!! huhu..

I am not telling that I am desparate.. instead aku rasa aku macam belum ready je lagi nak pikul tanggungjawab itu.. tapi kadang-kadang macam dah bersedia tapi calon belum sampai.. kadang-kadang menjadi amat tension bila orang lain tanya "bila mau kahwin?".. haishh.. standard ke apa perasaan aku macam ini? perempuan..perempuan.. :P

"Ntahlah.. malas nak fikir pasal kahwin!" <-- jangan nak tipulah.. akan terfikir gak.. engkau nak sedapkan hati engkau jaa..

ENGKAU MENANG!! TAHNIAH!!

Sekian..

P/S: Aku ada My name is Earl season 4 weh!! Nak bantai tengok!! Nak bantai gelak!!

Thursday, October 14, 2010

Hai Orang-orang, Sorry lah..

Eh..eh.. awakkkkkkkkkk.. sorrylah if some of you rasa ada one of my entries macam nasty but it's not my fault, to control your mind and perspectives are not within my juridiction..

Orang pervert would take that this way..

Orang alim would think that way..

Si nerdie might say nothing.. mungkin laa..

Ada yang simpan dalam hati jaa.. lepas itu mengata belakang..

Perempuan typical dan tidak cool macam aku maksudkan lain..

It's subjectivelah kan..

Thanks to a friend who reminds me that no one is the same.. :)

Sekian..

Wednesday, October 6, 2010

Telur Dan Susu

Perempuan hebat sebab boleh bawa susu tapi tak tumpah langsung pun..

Tapi lelaki lagi hebat sebab jalan kepit telur tapi tak pecah pun!! wow!!

Rosyam Nor yang kata macam itu.. pandai juga mamat itu melawak.. dah nama pun pelakon kot.. tapi tergeli perut seketika aku dibuatnya..

Tak kisahlah siapa hebat, yang penting..

SILA HORMAT-MENGHORMATI ANTARA KITA DAN TERIMALAH KRITIKAN DENGAN HATI TERBUKA.. JANGAN MENDERHAKA KEPADA SESIAPA YANG TELAH DITETAPKAN KITA TIDAK BOLEH MENDERHAKA KEPADANYA..

I hate you but I cannot hate you nanti masuk neraka.. I takut Allah marah dengan I.. lucky you sebab I takut dengan Allah.. lalalalalaaaallala.. :)

Sekian..