orang tengah stalk

Friday, December 31, 2010

Pisang Sepi

Memandangkan aku cuti sepanjang minggu ini, maka kegilaan aku terhadap masakan agak memuncak.. tatkala pasukan Malaysia sedang ber'laser'an dengan pasukan Indonesia dekat Indon pada Piala Suzuki yang lepas, aku pula buat kek pisang dan ingredients dia kalau aku tengok, dah sama macam nak buat cekodok pisang sepi laa.. lebih kurang jaa.. dipersilakan lihat gambarajah di bawah dan nilailah sendiri betapa determined nya aku nak buat kek ini..

Aku guna 7 biji pisang, puas dah aku cari lesung batu nak lenyek pisang ni, tak jumpa, itu yang aku guna blender tu.. senang kerja aku, tambah air sikit, letak pisang terus blender sampai lumat.. lepas itu aku letak esen vanilla, secawan gula dan secubit garam dalam pisang sepi yang sudah dikisar tu.. wahh..!


Ramuan-ramuan aku susun baik punya atas meja, ala-ala rancangan masakan gitu.. aku kacau 2 biji telur sampai kembang, gaul sabati tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat (sebenarnya kalau dah ada baking powder, soda bikarbonat itu tak dak pun tak apa.. tapi kalau nak mantap bubuh ja dua-dua..).. lepas itu aku campur semua dalam lenyekan pisang itu (walaupun aku tak lenyek tapi aku blender.. cara orang malas.. huhu)..

Aku sebenarnya tak sure yang patutkah aku letakkan kek ini dalam peti sejuk atau tak, so aku main letak jaa.. ala-ala dalam rancangan masak-masak lah konon.. lepas dah sejuk, aku letak dalam oven, bakar selama 50-55 minit.. tryla 180-200 degree celsius sebab aku pun tak ingat dah about suhu ni.. try ja.. kalau hangus, kek hang yang hangus.. kehkeh..

Hasilnya.. tadaaa!!


Aku peliklah, kenapa kek aku tak nak mengembang dengan jayanya.. lepas itu pula, kalau engkau orang tengok kek pisang dekat kedai, ada garis-garis hitam dekat kek itu kan.. mungkin sebab aku blender pisang itu so dah hancur la garis hitam itu.. padahal yang hitam-hitam itulah yang mencantikkan rupa kek..

Menurut para juri yang menilai.. cehwah! mereka kata sedap tapi dah macam kek lapis Sarawak la pula.. ada pula yang kata dah macam kek pisang kukus.. ada yang kata macam kek gula hangus pun ada.. hehehehe.. tak apa.. sedap itu yang penting.. :)

Akan aku cuba lagi next time dan akan aku perbaiki kelemahan kek pisang sepi ini.. mungkinkah sebab pisang ini sepi? Maka dia tak naik? What the fish am I typing about?

Walaupun tak berapa jadi, habis jugalah kek ini, aku berikan kepada ahli keluarga, kawan-kawan dan kawan yang masing-masing sedang mengenali hati budi :B

haaaaaaa..

Ada satu lagi info dari mama aku yang aku nak share, kepada yang belum tahulah.. kalau engkau orang perasan dalam rancangan masakan, kadang-kadang , chef akan asingkan telur kuning dengan putih lepas itu dia kisar telur putih sampai kembang, ada yang pukul terus jaa dua-dua telur putih dan kuning itu sekali.. engkau orang tak pelik kah?(pada yang peliklah..).. bak kata mama, asingkan portion kuning from putih so that putih itu akan kembang dengan sangat cantiklah.. tiada halangan dari telur kuning.. itu jaa.. tak lebih dari itu.. hang rajin sangat hang asingkanlah.. aku tak berapa rajin :P

Sekian..



Tuesday, December 28, 2010

Muka Anda Deserves Middle Finger

* Cubaan tudung Dato' Siti tapi aku pakai yang anak tudung dalam tu la.. baik tak yah pakai tudung kalau nak pakai yang luar tu ja, sikit-sikit terlucut.. maklumlah, rambut licin.. tekananlah..! *


Bila aku tanya member aku, hari ini nak lunch dekat mana, dia jawab, hari ini makan dekat tet..tet..teett.. (tempat dirahsiakan)..

Terus aku akan jawab macam ini, " tak naklah, banyak mata keranjang dekat situ!!"..

Engkau tahu, setiap kali aku pergi lunch dekat situ, aku rasa aku ini dah macam, anak rusa yang kecil datang nak minum air kerana kering tekak dekat kolam yang banyak gila buaya tembaga yang memang tengah lapar macam 5 tahun tak makan, lepas tu pula, pandang anak rusa dengan pandangan yang penuh bernafsu serakah lapar tunggu nak baham je.. ye la 5 tahun tak makan kot..!

Serious aku tak selesa and come on lah, engkau orang, tak kira lelaki atau perempuan, kalau engkau jalan dan melalui sekumpulan lawan jantina yang sedang lepak-lepak, as a normal person, engkau orang mesti akan rasa tak selesa punya, cubalah nak react as cool as possible pun, engkau orang akan still rasa semacam punya.. normal laa.. wanita dan lelaki tulen.. :P

Lagi tak selesa kalau lalu sebelah kumpulan lawan jantina itu, tetiba mereka gelak besar, bunyi-bunyi cencurut, pandang dengan pandangan manusia pervert (aku rasa lelaki yang selalu macam ini, sebab aku perempuan, aku come out lah dengan statement ini..).. langkah kaki terus jadi tak betul, pakai flip-flop pun silap-silap boleh terkehel gak.. haishh!!

Dan situasi seperti ini , membuatkan aku rasa seperti mahu mengangkat middle finger betul-betul depan muka mereka yang memperlakukan aku sedemikian.. kalau lawan jantina yang muda lagi ganteng, okay la lagi kan.. cuba kalau dapat yang tua ganyut tak sedar diri?? Tidakkah anda rasa mereka harus dipersembahkan dengan sebijik middle finger?

Bak kata officemate aku " biarlah, dia ada mata..dia pandanglah.."..
Okay.. okay.. ada betulnya wehh.. tapi cara nak pandang orang itu janganlah sampai muka engkau tu dah jadi macam muka jantan lapar perempuan.. atau perempuan dahaga kasih sayang.. pandanglah lawan jantina secara berkhemah ye anda-anda semua..

Tapi, aku perasan juga kadang-kadang diri aku suka juga mengusha orang, tapi mungkin cara aku mengusha adalah dengan cara berkhemah.. pandang sekejap-sekejap je suda, tapi pandang banyak kali.. janganlah pandang lepas itu tersengih-sengih macam kerang busuk je tiba-tiba.. macam gelilah..

Entry ini, lantak engkau oranglah nak cakap aku perempuan perasan ke tak, yang penting pandanglah lawan jantina dengan raut wajah yang sewajarnya, barulah best nak hidup..

Sekian..

Thursday, December 23, 2010

Rasa Macam Tak Best Langsung Kot..



Hari ini hari terakhir minah ni dekat office aku ni haaa.. minah ni dah nak kerja dekat negeri kelahirannya, Terengganu yee..

Alasan beliau ialah kerana beliau mahu lebih dekat dengan suami beliau nanti dan beliau bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan Mac nanti..

Beliau amat gila-gila, idea merepek aku bergabung dengan idea beliau mampu menghasilkan letupan supernova yang amat dasyat.. sampai aku rasa kalau aku bawa beliau jumpa dengan membe-membe belajar aku dulu, mesti dia orang suka.. :D

Thanks ye Nurul Masraf.. you memang kelakar dan amat menghargai makanan.. terhibur okay!

Sampai berjumpa lagi.. All the best to you and your future hubby.. :)

Sekian..

p/s: Serious aku benci betul perasaan member-member nak pindah.. siot la! Bf nak pindah lagi la dasyat!! Nasib baik dah tak long distance dah dengan Hasrul.. \(^__^)/

Thursday, December 16, 2010

Jual Ikan

Semalam aku dah susahkan banyak orang..

Semalam hari last bayar saman PDRM kalau engkau orang nak dapatkan diskaun 50%, so aku pun sms papa, minta papa bayarkan dulu.. alangkah happy gila aku bila papa reply 'K'.. means dia willing to pay first la later aku bayarlah balik.. dalam waktu lunch, papa call, suara agak termengah-mengah, dia kata ramai gila orang dekat pos office, beratur, kaunter bayar lain, kaunter fotostat lain, aku imagine adalah dah macam konsert Jom Heboh dah post office tu semalam, last day payment la katakan, mestilah semua orang menggelabah..

Papa kata, dia kena balik dulu sebab dia ada hal, dah lama sangat dia dekat post office tu.. lagipun aku belum black-list lagi, aku ada satu je kot saman, RM300 je.. tapi 50% less jadi RM150.. banyak beza tu!! Tapi takpalah.. kesian dekat papa, dia dah tunggu lama.. nanti-nantilah aku bayar..

Seriously serious, aku sentap gila, rasa bersalah gila dengan papa, aku tak sangkalah pula papa akan keluar nak bayar, aku ingat papa akan simply bayar guna MYEG je.. serious aku rasa guilty gila.. aku dah menyusahkan orang lain sedangkan aku bergelak ketawa dengan kawan-kawan, lunch ayam goreng berempah.. Argghhhhhhhhhhhhhh!! so selfishlah aku!!

Orang kedua ialah nenek aku, aku dah inform nenek aku nak dinner dekat rumah malam semalam, end upnya aku balik rumah lambat sebab teman orang pergi klinik, demam nak check darah, balik agak lambat, bodoh bangangnya aku, aku tak call pun nenek cakap aku balik lambat, kalau aku call taklah nenek masak peha ayam besar gajah dan lauk sayur kobis.. agak banyak lauk aku tengok dekat dapur semalam.. nenek takut mama cakap apa je masak-masak tapi cucu dia tak makan.. aku tak call nenek tu kenapa? So selfish again!!

Cik bulan, sepatutnya kami paksa sekeras-kerasnya awak dinner bersama kami dan bukan biarkan awak seorang diri terus naik rumah awak.. I tengok muka you semalam, kalau I paksa you lagi, you akan ikut kami keluar kot, sebab you macam seorang diri ja semalam.. dah la bersusah-payah teman we all pergi klinik, tak fahamlah aku dengan Cik Bulan ni, siap nak bagi pinjam duit dulu tu.. Cik Bulan, anda betul-betul buat saya terharu.. awak tahu tak itu?? Tapi saya selfish, boleh ja kita keluar dinner semalam.. aku selfish lagi..!!

Kepada papa, nenek and Cik Bulan, sorry sangat-sangat.. :(
Amat terharu dengan anda-anda bertiga!!

Pleaselah ada orang berdiri depan aku dan sepak muka aku laju-laju, aku tak kesah..

Sekian..


Monday, December 13, 2010

Okaylaa Fine!! Aku Mengakulah..!! Aku Dengki!!

Tatkala statistik kanak-kanak dan remaja-remaja memakai blackberry ( tidak kiralah model mana pun), iphone (samalah juga, tak kira model apa pun) semakin meningkat.. mana-mana aku pergi, gadjet-gadjet itu berada di tapak tangan mereka dengan pelbagai casing-casing yang sentap dan menarik..

Aku..


Depan..


Belakang, aku beli 'blink-blink' ni dan aku lekatkan je dekat belakang mobile phone aku sebab aku dah tak tahu nak lekat dekat mana lagi dah.. papa amat tertekan dan telah mempersoalkan tindakan aku melekatkan benda alah ini di belakang mobile phone aku.. dah la aku tampal senget-benget.. tah hape-hape.. :P

Aku amat tertekan sekali-sekala melihat mereka yang telah memakai gadjet-gadjet yang canggih dan aku masih memakai si kenit ini tambah-tambah yang pakai tu pula lebih muda dari aku.. tapi aku sedap kanlah hati aku, at least aku beli insan kenit ni pakai duit gaji aku, kau orang pakai duit parents.. so aku tak jadilah nak dengki sangat.. tak semua, may be segelintir laa.. i mean, come on, engkau sekolah menengah dah pakai iphone? terang lagi bersuluh bukan engkau yang beli.. (si pendengki nak sedapkan hati lagi nampaknya)..

Ada satu hari, aku pergi meeting, aku boleh bercakap-cakap dengan seorang mamat dalam meeting room itu sambil memusing-musingkan tangan aku sambil memegang insan kenit ini, mamat tu pandang je phone aku, aku peduli apa!! Sila meeting dengan serious yee.. malu gak but pergi mati.. huhu..

Bila dah semakin lama dalam bidang aku ini, orang dah semakin kenal aku, email-email panas, aku mula mempertimbangkan hasrat untuk memiliki sebuah gadjet yang membolehkan aku email meng'email' walau di mana sahaja aku berada.. amat penting pada aku sekarang ini.. mungkinkah aku akan tidak menjadi pendengki lagi selepas ini kerana aku bakal memiliki satu?

Apa-apa pun.. aku cuba suka apa yang aku miliki.. dan aku akan memiliki sesuatu yang aku kehendaki itu hanya jika aku mampu memilikinya dengan wang aku sendiri.. aku takkan harap wang orang lain.. aku sedar, keluarga aku bukan orang senang-senang sangat, aku kena pandai-pandai dan tidak mahu menyusahkan mereka..aku dah besar!!

Sekian..




Saturday, December 11, 2010

Kadang-kadang Ada Banyak Setan Tengah Bisik-bisik Dekat Telinga Aku..

Macam biasa.. tak habis-habis aku memperkatakan tentang situasi yang berlaku dalam dalam hidup aku.. sibuk betul aku nak fikirkan benda-benda yang mungkin aku tak perlu fikirkan pun.. tapi untuk mengisi kekosongan kotak fikiran, kadang-kala ianya terdetik.. dan mungkin entry kali ini aku rasa macam berdosa sedikit..

Situasi A:

Aku berhenti solat dekat RnR Gurun, aku buka pintu surau, dalam surau ada minah ni baru sudah sembahyang, dia dok pegang tudung dia.. tiba-tiba dia macam menggelabah tengok aku.. aku tengok dia balik, rupanya dia menggelabah sebab dia tak pakai tudung dan pintu terbuka luas, takut lelaki bukan muhrim kat luar surau nampak aurat dia la tu, kira macam lagi sikit nak terpeleot la minah tu aku tengok semata-mata nak elak dari rambut dia kelihatan dari luar surau.. kira macam reaksi pesalah baru keluar dari mahkamah, cover-cover muka tak hengat dengan media.. sort of.. lepas tu, dia buat hal dia, aku teruskan solat..

Situasi B:

Ada tetamu nak datang rumah, tapi kita tak suka, sebab kita kena bersusah-payah nak kena ambil tudung dan pakai tudung.. kesian tetamu tu..

Situasi C:

Kalau order pizza delivery, aku yang selalu kena buli, keluar ambil pizza.. alasannya sebab aku sexy tak cover aurat, kalau orang lain susah, nak kena ambil tudung nak kena sarung dan baru boleh keluar jumpa brother pizza..

Aku tak nak cakap lebih-lebih, tak nak berhujah panjang-panjang tentang agama kerana aku tahu dan dapat rasa yang pengetahuan aku cetek mengenai perkara ini..

Aku tak surelah tapi aku yakin mungkin syaitan sedang berbisik ke telinga aku.. sampai aku boleh kata macam ni kepada diri aku setiap kali aku berdepan dengan situasi di atas..

"Susahnya jadi engkau ini, kenapalah engkau nak susahkan benda yang senang? Kenapa engkau mesti jadikan tudung engkau itu alasan eh? tudung engkau tu menyusahkan engkau ke? Tudung engkau telah membataskan kegiatan engkau ke? Nasib baik aku bukan macam engkau.. "

Betulkan aku jika aku salah.. astaghfirullah.. aku kadang-kadang merasakan aku dah tersasar jauh.. fikir benda bukan-bukan.. :(

Sekian..