orang tengah stalk

Thursday, December 29, 2011

Rindu singgah secara tiba-tiba..

Dan rindu singgah secara tiba-tiba mengenang my good old days.


Suatu ketika berjalan malam di Taiping sekitar Disember 2009.


Mungkin kita dah tak spend masa banyak sama-sama lagi dah sekarang sebab masing-masing dengan komitmen masing-masing, tapi.. kepada kawan-kawan sekarang dan kawan-kawan terdahulu dan bakal kawan-kawan, aku doakan semoga kau orang berbahagia selalu disamping orang tersayang.. aku kawan dengan kau orang sebab aku hanya kawan dengan orang-orang best jaa..

Bye :)


Banyak sangat gambar-gambar lama dengan kawan-kawan, bukan 2 ketui wanita tu jaa kawan aku yang best ok.. ada lagi.. kalau nak letak semua, mahu boleh menangis aku..


Thursday, December 15, 2011

aku yang kuat merajuk dan tak suka perasan bagus..

Antara perilaku yang paling aku takut ialah BERLAGAK ALIM, PERASAN BAGUS, PERASAN BESEDERHANA, PERASAN LOW PROFILE sampai kadang-kadang kata-kata dari mulut orang macam tu mampu menggores hati dan perasaan orang lain terkadang boleh secara spontan mematikan moment-moment yang bermakna dalam hidup.

Sebelum rasa nak perasan bagus tu, tanya diri kita dulu, kita memang tak kan buat ke benda-benda yang kita cakap tu? hahahahaha... mustahillllll... tapi kalau kita betul-betul tak buat baguslah.. takdak la kita termalu sendiri bila terkantoi dengan orang lain.. ye la.. dulu kau kata lagu ni.. sampai orang lain pun macam malas dah nak cakap apa-apa sebab ye la, golongan cetek agama macam aku tambah-tambah kan, memang aku diam je laa.. sekarang ni aku nampak kau sendiri yang buat macam tu.. kau dulu bercakap macam dah perfect sangat.. haha!! bukan pe tau.. aku rasa kelakar je..

hahahaha.. k la... letih la.. bye!

Monday, December 12, 2011

Hey, kau tak penat ke weh?

Aku dah rasa aku dah jadi jahat gila dengan kau, macam-macam perangai aku buat.. aku tak sweet, aku suka jerit-jerit kat kau, aku pukul-pukul kau, lepas tu pula ikut suka hati aku jaa apa aku nak buat.. ikut suka hati aku jaa aku nak makan apa yang aku suka, ikut suka benak hati aku jaa nak merajuk-merajuk lepas tu merepek-merepek tah apa jadah tah..

Aku nak tanya sikit ni?

Bila kau nak letih menjadi 'tangan yang memberi' sedangkan kadang-kadang kau tak dapat pun something in return?

Bila kau nak letih layan karenah aku yang macam mengada-ngada pun ada?

Kadang-kadang aku sampai nak menangis fikir.. hadoiiii... pelik la kau ni..

kalau aku jadi kau, aku dah letih dah..

Sayang kau..

kbye!

Tuesday, December 6, 2011

Ustazah Aishah

Aku sekarang memang addicted dan obses gila mencari makna-makna bacaan ayat-ayat atau potongan ayat-ayat Al-Quran yang lazim kita baca sehari-harian. Kau tau sebab apa? Aku ni dah penat main baca jaa.. orang suruh baca aku baca, orang suruh hafal, aku hafal tapi aku tak tau pun tujuan aku buat semua tu.. yang aku tau benda tu bagus.. rasa baguskah kalau kau hafal tapi kau tak tau pun apa yang kau hafal tu? best kah? time muda-muda dulu best lah.. nak lulus exam, hafal ayat kursi, hafal ayat-ayat yang boleh kasi senang jawab exam.. makna takyah tau pun takpa.. dah tua and dah nak menikah ni, jiwa aku memberontak suruh aku sedar diri sikit.. buka mata jangan selalu sangat buat benda sia-sia walaupun kadang-kadang tertewas juga dengan keindahan sementara dunia..

So sekarang ni, aku nak share dengan kau orang makna ayat kursi. Aku start hafal ayat kursi time aku darjah 6. Aku memang nak ucapkan jutaan terima kasih kepasa Ustazah Aishah merangkap guru sekolah agama aku time darjah 6 dulu.. aku tak tau la ini berita bohong ke tidak tapi aku dengar Ustazah Aishah dah meninggal.. dah lama meninggal..Aku memang dah terus lost contact dengan arwah lepas darjah 6.. kalau betul, aku doa agar roh arwah di tempat kan di kalangan orang-orang beriman. Arwah memang ustazah yang tegas, hari-hari masuk kelas bawa rotan, arwah akan pastikan kami semua hafal ayat kursi, tak hafal siap la kena rotan. Alhamdullilah weh, berkat usaha dan ketegasan arwah mendidik aku, sampai sekarang aku hafal dan amalkan ayat kursi. Terima kasih sangat-sangat yang tidak terhingga kepada Ustazah Aishah..

Tapi tu la dia, dulu dok main hafal jaa.. lately baru ada kesedaran nak google maksud dia.. teruk kan? meh la tengok sama-sama dengan aku:

Maksudnya :

Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS : Al-Baqarah : 255)


Penjelasan:

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.


Khasiat Ayat Kursi:

  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)




Monday, December 5, 2011

Deruan Ombak..

Lately, dan semalam paling dashat, aku buka FB, sana sini dok cerita pasal deruan ombak.. hero dia cute laa.. cerita dia best la.. menangis-nangis lah.. yang paling aku tak tahan, member jantan aku post status Aaron Aziz cute dalam deruan ombak tu!! omg!! tolong weh!! jantan tu weh!! luruh rambut aku baca status beliau..

Aku tak tau la aku ni kenapa kan, but aku memang jarang nak suka perkara yang terlalu ramai orang suka.. contohnya filem terbaru Deruan Ombak ni laa.. rimas aku tengok status kawan-kawan kat FB..

Eh, Ombak Rindu laaa.. silap, Deruan Ombak plak.. nampak sangat betapa aku teramat don't give a damn kepada deruan ombak itu.. eh silap lagi.. Ombak Rindu..

kbye.. free2 nanti aku tengok la eh.. tak pun kalau ada yang nak belanja, aku ok jaa..

Thursday, December 1, 2011

Crying Shoulder..

A shoulder to cry on, but when the shoulder itself that gives you the pain, that is when the real pain and cry you will have felt and made..

Until certain point, we are the best crying shoulder to ourself.. yesss.. memang betul pun..

Wahhh.. cakak omputih.. :P

Monday, November 28, 2011

Sedih sangat sampai rasa nak post entry ni weh.. lantaklah nak marah ke hapa ke.. (T___T)

Aku sangat bersedih hari ini.. sangat sedih.. i really mean it.. Tired of explaining thus, let silent be the best treatment to an angry heart..




















































p/s: tak sedih kalau tak sayang.. kfinebye!

Wednesday, November 23, 2011

Lagi Entry Emo..

Weh, tension sungguh kan weh kalau kau tengah tengok cerita kegemaran kau orang dekat ASTRO lepas tu hujan turun lebat sampai siaran tergendala.. biasalah.. itulah kelemahan tegar ASTRO pun!

Tapi, daripada kau orang dan juga aku (aku memang selalu hangin dan suka maki memaki) marah-marah dengan hujan sebab tak boleh tengok ASTRO, aku rasa lepas ni aku dah tak nak dah lah marah-marah sebab aku baru tahu yang antara waktu-waktu doa kita paling mustajab ialah apabila ketika hujan turun.. kalau kau tak percaya kau google laa.. aku google sebab tu aku tahu.. huahuahaua!!

So lepas ni marilah kita doa banyak-banyak time hujan.. doa sampai tepercik-percik air liur tak pa.. daripada tepercik-percik air liur kutuk-kutuk ASTRO yang memang tak kan bagi aku income sebanyak rm8k sebulan dan tak kan tolong bayar duit kenduri kahwin aku pun!!

Bye~

Tuesday, November 22, 2011

Islam Itu Simple dan Indah..

Entry aku sebelum ini, aku cilok dan share dengan kau orang makna bacaan solat ketika duduk di antara 2 sujud kan.. entry kali ini, aku nak share semua makna bacaan as a whole.. sampai habislah..

Aku kira, kita akan appreciate solat, setiap masa tak sabar rasa nak solat jika kita tahu makna bacaan dalam solat itu... dan setelah aku go through blog mamat ni, aku rasa alangkah indahnya aturan dan makna bacaan di dalam solat.. penuh dengan ayat-ayat pujian-pujian kepada Allah dan Rasullullah.. indah sangat wehhh.. sebab itulah aku pernah dengar, solat tu perkara paling mudah untuk kita tunjukkan rasa syukur kepada Allah.. patutlah.. kau orang bacalah sendiri.. aku ni dah sampai tahap speechless dah ni.. indah sangat-sangat..


Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.



Rahsia Solat:

  1. Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
  2. Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
  3. Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
  4. Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
  5. Ruqu’ : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
  6. I’tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
  7. Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
  8. Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
  9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
  10. Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
  11. Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
  12. Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
  13. Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Renung-renungkan dan selamat beramal... (^_^)v

Saturday, November 19, 2011

Eh.. sama la weh dengan aku..!!!


Aku memang dari dulu bukan seorang yang flirtatious pun.. sebab tu aku tak banyak bf.. tapi status kawan aku ni memang cute gila..nasib baik aku memang selama ni flirt dengan tunang aku jaa.. huahuahu.. vavi.. (^_^)v

Tuesday, November 15, 2011

Weh!! Sentapnya aku!!

Nah.. aku nak share dengan kau orang jugak benda ni walaupun aku tau benda ni boleh senang-senang dapat dalam FB..

Kadang-kadang kita terlepas pandang atau ambil mudah, kita nampak remeh tapi sebenarnya sangat besar impak pembacaannya jika yakin dengan sepenuh hati dan keimanan dan kita faham betul-betul..

Aku cilok dari FB.. memang kerja aku cilok mencilok je.. sebab aku memang tak kreatif pun..


Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah maksudnya??

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Renung2 kan, selamat beramal......


So lepas ni baca elok-elok naa kawan-kawan.. bye!



Saturday, November 12, 2011

How are you?

Adik perempuan aku yang belajar dekat UIA Kuantan tanya aku,

Ya, kalau orang tanya kau "Kai fa ha l u ka?" Kau jawab apa?

Aku dengan penuh confident, aku jawab "Kai fa ha lu ki.."

hoi.. ka tu untuk lelaki, ki tu untuk perempuan laa.. adik aku bagitau.. dia tanya aku soalan, aku tanya dia balik.. haha!!

Aku bukan tak tau langsung, aku pernah je dengar tapi macam tak pernah praktik so lupa..

ooooooooooooo.. baru aku tau..

Tak pa la.. tak rasa apa pun sebenarnya.. tak berminat.. Malah aku terlupa juga nak tanya adik aku apa jawapan yang sepatutnya aku jawab kalau orang tanya aku "kai fa ha lu ki?"

Owh ye.. bila orang tanya kau,

"Khai fa halukee?" and the answer can be "ana bikhair" (i am fine..) <-- semangat aku google ni weh!

Friday, November 4, 2011

....

Pagi ni lepas babai..babai..babai.. dan saling membabai antara satu sama lain, dan dari mula masuk office sampai ke petang, aku memang rasa macam tenang sebab tak dak orang nak ym aku lepas tu tanya soalan yang sama banyak-banyak kali sampai hang laptop aku, kacau-kacau aku sampai aku sakit hati dan merajuk gila babi, tak dak orang nak kelentong aku sampai aku nak nanges, tak dak orang lalu lalang depan aku nak pi berak..

tapi sebenarnya aku bukan tenang pun.. ianyanya ialah satu perasaan yang..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
KOSONG..

yeahhh... serious..
.
.
macam tengah miss u je ni.. kfinebye!

Saturday, October 29, 2011

Aku rasa aku tak sweet gila.. kbye!

Aku serious tak sweet kot sebab kalau aku naturally sweet, aku tak kan pernah penat berkorban demi cinta.. aku tak kan pernah bosan memberi.. aku tak kan pernah mempersoalkan pengorbanan aku ini berbalas atau tidak..

To me, sweet tu bodoh, romantik pun macam bodoh juga.. enough!!

Bye!


Friday, October 21, 2011

Saya Sebiji Tomato.. Hai.. Makanlah Saya!

TOMATO atau nama saintifiknyaIycopersicon esculetumsememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.

Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.

Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.

Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki.

Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.

Anda boleh cuba petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato.

Mengecilkan liang roma

Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.

Merawat jerawat

Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

Membersihkan kulit muka

Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.

Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

Menyejukkan kulit yang rosak

Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.

Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.

Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

.

.

.

.

.

.

.

Facts dekat atas aku cilok from sini..

Sejak dari bulan ramadhan tahun lepas, aku train diri aku minum air tomato, kalau kau orang semua nak tau, aku sumpah tak boleh makan begitu sahaja buah tomato itu kerana kelembikan struktur fizikalnya amat menggelikan aku.. tapi memandangkan aku sangat aware dengan khasiatnya maka aku minum air tomato hampir setiap hari sehingga ke hari ini.. gigihlah kadang-kadang aku belender tomato dan kadang-kadang nenek aku yang tolong belender kan.. haih nama pun spoil bratkan.. cucu manja..

Aku belender dan aku minum tampa campur dengan apa-apa pun okay.. gula tak pakai, madu pun tak pakai.. pernahlah dulu try madu, but leceh la.. sekarang ni just naked tomato.. sampai tahap kalau aku tak minum sehari, aku akan rasa tension..

Ada perubahan ke? Pada aku dah setahun lebih aku ambil, macam tak nampak perubahan pun.. tak tau la macam mana orang lain tengok aku.. nanti aku nak tanya dia orang.. aku tengok cermin, macam biasa je.. cute dan jelita seperti biasa.. babiz kan statement.. hahahah!!! Tapi aku yakin, pasti kesan dia akan kelihatan dalam jangka masa panjang..

Walauapa pun terjadi, aku akan tetap setia minum air tomato.. dulu memang rasa macam tak sedap langsung sampai nak muntah-muntah, tapi sekarang dah boleh terimalah.. minum air tomato tau.. bukan ratah tomato macam makan epal tu, tu memang sampai sekarang tekak aku tak boleh terima.. wek!wek!

Oklah.. nak mandi.. bye..


..Aku ada exam CCNA pagi ni tapi aku rasa macam aku akan fail..

Tuesday, October 18, 2011

Single..

Aku ni kan, sebenarnya aku kena study sebab jumaat ni aku exam.. dan mentang-mentanglah company aku yang bayarkan exam tu, aku buat main-main je kan.. kuang hajaq sungguh kau anida!!! Aku lebih tertarik nak post entry ni, lepas post ni aku studylah okay?

Dengan sungguh lajunya jari-jemari aku menaip walaupun idea sangkut but aku still nak share sesuatu yang aku rasa..

Aku nak share apa yang aku nampak bila kita baru lepas putus dengan pasangan kita.. tak kira la putus couple ke, putus tunang ke, bercerai-berai ke tapi apa yang aku nampak, macam memang normal sangat langkah-langkah menghilangkan kesedihan yang diambil oleh kebanyakan orang.

1) Kalau dekat FB tu kan, post status yang nak motivatekan diri atau ada unsur-unsur keagamaan sikit, konon macam sangat tabah menghadapi dugaanlah.. malas aku nak kasi contoh kot..

2) Kalau yang jantan tu kan, kalau jenis yang cepat melatah dengan kekecewaan tu kan, lepas dah putus tu, huish, busy sebok add perempuan-perempuan, tak tau la dia ke yang add atau perempuan tu yang add.. hmmm.. lepas tu comment-comment tak payah cakaplah, berbau miang-miang, konon-konon moved on la sebab comment-comment miang dengan perempuan lain.. kira macam nak try others possibilities la..

3) status dekat FB, konon busy menjalani hidup dengan rakan-rakan.. sibuk betullah.. contoh, "Shopping time with memey with love", "berjimba bersama rakan-rakan ge girlzzzz <3" dan banyak lagi la.. checked in merata-rata.. kira macam nak bagitau EX depa yang depa tak dak takdak masa nak sedih..

4) time dah single ni lah nak buat apa yang kita tak boleh buat time berdua dulu pun, colour rambut jadi perang, pakai sexy-sexy (sebab dulu suami marah).. sekarang dah bebas, suka hati aku nak hidup macam mana aku suka..

5) Mungkin point ini redundant dengan point #2, lepas je putus, cepat-cepat nak cari perempuan lain, dah jumpa, cepat-cepat tukar profile picture.. nak bagitau dekat EX, aku dah ada yang barulah.. Ini, cara paling berkesan nak heal luka putus hubungan ye.. mencari pengganti dengan kadar yang segera.. sebab apa tau, hidup kita akan jadi sangat bahagia bila kita disayangi oleh orang lain, bahagia gila bila ada orang ambil berat tentang kita tambah-tambah lelaki dan lelaki itu lebih jauh lagi bagus dari lelaki terdahulu.. (Uit para perempuan, tok sah tipulah!).

hoooo dah la.. bye..

Monday, October 17, 2011

Siapa yang boleh bagitau aku, apa yang lebih best daripada moment-moment bersama keluarga tersayang?

PRICELESS.. JUST PRICELESS..

Setahun yang lepas, suatu hari di hari raya di cheras..
Rambut aku pun pendek kemain lagi.. aauuuwww..!!

Saturday, October 15, 2011

Bila Aku Marah..

Hari ni aku marah + sentap sangat-sangat dengan kawan aku yang dah macam tak pernah nak faham dengan kemarahan+kesedihan+ kekecewaan yang mendalam dan keberanian yang memuncak terhadap perkara yang telah berlaku dalam hidup aku sebelum ni..

So sekarang ni, tugas aku ialah hanya untuk diam.. diam dan akan terus diam dan menganggap yang beliau tidak merasa apa yang aku rasa sebelum ini.. in case kau lupa, ianya ialah satu perasaan yang sangat EXHAUSTED!!!! tau kau tak faham, apa yang kau nampak, aku ni jahat sebab ambil keputusan macam tu..

In case you read this, please jangan mention apa-apa lagi about that.. sebab memang boleh trigger kemarahan aku sangat-sangat.. bila aku emo, kau kata aku tak bersyukurlah apalah.. tapi memang batang hidung aku yang merasa semua tu weh, aku rasa macam mana sakitnya hidung patah dan berdarah, memanglah aku emo.. you know what, aku bukan emo sebab kau dah remind me of him, instead biarlah beliau dan cara hidup yang beliau pilih.. aku emo sebab kenapalah kau, kawan yang aku sayang gila, kawan yang aku expect untuk faham keadaan aku, dok kondem-kondem aku pasal benda ni.. but still, thanks for the advise..

Bila aku marah and sedih, aku diam je la.. sebab diam ni memang berkesan weh! try la!! bila kau orang fight dengan bf ka, tunang ka, suami ka, kau orang diam je.. silent treatment.. sms and call jangan layan.. sure terseksa punyala dia orang.. hahahahahaha!!! Tapi tu la, kalau kau dah sayang orang tu, kau orang sanggup ke nak buat dia orang risau pasal kau kan? so silent treatment tak perlulah lama-lama.. nanti rindu sangat.. wuuuuuu..
.
.
.
.
.
.
.
Cilok quote dibawah dari entry Cik Bulan :

"An EX should stay an EX. They're an EXample of someone we need to let go & an EXplanation for why we deserve better!"
.
.
Puas hati aku baca ayat tu!
.
.
.
.
.
Melempiaskan kemarahan aku dalam blog ni kira DIAMlah juga kan?? sebab aku diam je time aku menaip ni.. huahua!!
Emo ni!!! Sebab period kot!!!

Friday, October 7, 2011

Ex Kau Nak Jumpa Sebelum Kau Menikah Dengan Orang Lain? Jumpa??!!!!! Face-to-face??!!

First sekali persoalan ini dirungkaikan kepada aku oleh Cik Bulan, aku rasa macam tak tahu nak cakap apa sebab aku belum nak menikah lagi walaupun tarikh itu semakin hampir dan ex aku tak dak pun contact aku kata nak ajak lepak pekena teh ais kurang ais..

Tapi aku cuba bersifat empathy yang mana jika aku berada di tempat mereka, apa yang akan timbul di benak fikiran aku:

1) Aku putus pun sebab aku rasa dia jahat.. susah kan hidup aku kaw-kaw punya.. so minta putus direct tanpa belas kasihan, memang la sentap ex tu kan.. so kalau dia mintak nak jumpa aku sebelum aku menikah, aku akan fikir, dia ni mesti nak buat benda-benda tak elok kat aku ni.. ye la, kena dumb kan.. banyak yang akan berdendam.. kalau tak panggil gang-gang dia belasah aku, paling-paling koman dia nak curah asid kat aku.. takutlah aku nak jumpa!! Baik aku duduk rumah diam-diam..

2) Yang seterusnya, yang gatal nak jumpa tu kenapa? kau nak pujuk ex kau tu semula ke? kau nak cakap yang kau akan berubah kalau dia terima kau balik? oooooooo.. kau nak minta maaflah kan dekat ex kau sebab kau pernah sakitkan dia dulu eh.. owh tidak.. drama apakah itu??
dah-dah.. lupakan je la eh.. jangan nak menggatal.. orang tu dah jadi tunang orang dah weh.. haram kacau tunang orang.. dulu time elok-elok dia sayang gila dekat kau, kau sia-siakan dia.. kau sedihkan dia hampir setiap masa.. Now, menjejeh-jejeh air liur kau frust menonggeng ex kau nak menikah..

Dengan sungguh rasa negativenya.. tak perlulah jumpa.. sms je la eh.. sms lagi senang.. nyet nyet nyet nyet nyet.. send! delivered!! baca!!

Bye!

Wednesday, October 5, 2011

Cik Bulan, Hamek ni!!

As per my conversation with cik bulan time breakfast tadi kami akhirnya end up dengan sebuah agreement untuk masing-masing post satu entry mengenai BEST FRIEND.

Apa-apa sahaja, aku akan menaip isi karangan aku ni berdasarkan pengalaman aku, so kalau tak setuju. ini tetap pengalaman hidup aku.. hohohohoho!!!

ARghhhhhhhhhhhhhh!! shit tak dak idea!!

tarik nafas.. hembus nafas.. datanglah kau wahai idea..

okay!!

Best buddy ialah someone yang tak perlu sama dari segi berfesyen, tak perlulah kalau kawan kau pakai tudung lilit leher sampai tercekik terbelahak terjojol anak mata kau pun nak pakai lagu tu juga.. tak perlulah kalau kawan kau suka pakai baju mahal-mahal beli dekat butik, kau pun nak ikut pakai sama sampai tengah bulan makan habuk ikan bilik rempeyek jaa.. itu tidak perlu melainkan kau memang jenis rasa best friend tu semua benda kena sama..

Ada orang pernah tanya aku, kenapa aku tak bertudung sedangkan kawan-kawan aku sangat ramai yang bertudung.. dengan kedegilan yang menebal dalam diri, aku akan cakap, aku tak suka ikut orang even kawan rapat aku pun.. orang tu akan cakap balik, dosa dia kerana aku.. aku nak diam je la boleh kan.. <-- ini macam dah lari tajuk ni.. tak pa lah!

My best buddy ialah someone yang tak perlu sama, tetapi dia ialah seorang yang tahu apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka dan dia kan cuba sedaya upaya untuk tidak melukakan hati aku.. pada masa yang sama, aku pun kenalah juga study apa yang dia suka dan tidak suka..

Apa-apa yang dia dan aku suka, kami akan saling terima dan respect cara masing-masing walaupun bukan cara itu yang kami pilih tetapi telah menjadi cara dan keselesaan best buddy itu kami akan respect juga.. senang cerita, selagi mereka tahu bagaimana untuk menjaga maruah diri, keluarga, bangsa dan agama, maka sokonglah apa sahaja dan jika diminta beri pendapat, berilah dengan jujur..

BFF ni kan, tak perlu melekat macam belangkas setiap masa pun pada aku walaupun sekarang ini melekat seperti belangkas itulah definasi standard BFF. Apa yang penting, bila kita nak telinga untuk dipinjamkan, shoulder to cry on, baju untuk hingus dilap when everytime kita berasa sangat sedih dengan kehidupan, dia sudi meluangkan masa walaupun sanggup korbankan sesuatu yang dia suka pada ketika itu..

oklaa.. hamek ko cik bulan.. jangan cilok idea i.. hahahah!!!

bye..

Tuesday, October 4, 2011

Lagi Benda Meluat Tetapi Speechless Sebab Kalau Kita Bersuara Kita Terkadang Boleh Sounds Sangat Bodoh..

Meluat betul aku dengan statement orang:

"Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah dicari.."

ada lagi..

"Time susah kau cari aku, time senang kau lari tinggal aku.. harkkk tuih!"

hoi...!!!

Siapa suruh time kau susah kau tak cari aku!! tuihhh kat muka kau balik!!! tuih! tuihtuih!! Dan percayalah, bila kita susah, kita tend untuk menjadi emo yee.. kawan buat muka pelik sikit dah kata kawan tak mau tolong.. mintalah tolong elok-elok, slow talk.. kalau berkesempatan, confirm boleh tolong wehh.. aduiiii..

Bye..


Monday, October 3, 2011

Antara Perkara Remeh Yang Boleh Trigger Kemarahan Aku..

1) Getah urat dekat atas lantai atau di mana sahaja asalkan dia tidak layak berada di situ.

Alah, getah urat, getah yang orang guna nak bungkus nasi lemak tu.. aku memang pantang tengok dia duduk dekat atas lantai ke atas meja ke... memang aku ambil dan buang dalam tong sampah terus! Annoying sangat but aku memang susah sangat nak explain kenapa.. getah urat sangkut dekat tombol pintu or tombol drawer pun aku pantang gak tengok.. memang aku ambil, aku buang!! Bagi aku, sangat-sangat mencacatkan pemandangan kot..

2) Pintu jamban tak bertutup.

Kalau kau masuk dapur, lepas tu kau sedang menikmati hidangan ayam goreng peha yang amat sedap dan rangup tiba-tiba kau terpandang mangkuk jamban.. amacam? So, sila pastikan pintu jamban anda sentiasa bertutup dengan sangat rapat yee..

3) Pintu bilik tidur yang tak bertutup dengan rapat.

Pintu bilik aku, kalau terkuak setengah inci pun aku dah tak boleh terima.. tambah-tambah kalau aku tengah tidur, dan terpaksa dikejutkan kemudian orang yang kejut aku tu, turun bawah tanpa menutup pintu dengan rapat, maka aku akan menjadi sangat marah lalu aku bangun dan..................menutup pintu.. dan sambung tidur.. tak boleh dengar pergerakan udara dari luar.. hahahah!!

4) Bunyi isi air dalam bekas kosong.

Macam nak toreh-toreh pokok getah bila dengar bunyi air yang memenuhi bekas kosong. Dulu, dekat office, aku pernah duduk sebelah water cooler. Orang lalu lalang isi air dekat sebelah aku, so kau orang boleh bayangkan tak tekanan aku dengar bunyi tu?? Kau orang tak faham kot..

5) Kereta tak ber'service'.

Ini memang boleh effect mood aku gila-gila punya.. kesian dekat kereta.. kalau dah sampai masa aku kena pergi service kereta dan aku tak pergi atas sebab-sebab tertentu, maka aku memang senang rasa nak marah.. pape je la.. pada aku, biar pokai service kereta jangan pokai nak repair kereta akibat tak pernah pi sevice kereta..


Eh.. banyak lagi nak type ni.. tapi cukup la.. malas dah.. hihihi..

Bye!




Thursday, September 29, 2011

Benda Yang Memang Tengah Buat Aku Rasa Fucked Up Sangat Semenjak Dua Menjak ini....

Tak tahulah kau orang setuju dengan aku ke tidak kan, tapi aku rasa masa yang bergerak memang dah banyak merubah segala macam perkara dalam hidup kita ni.. sedari kita dilahirkan dan selari dengan perjalanan hidup kita melalui fasa-fasa kehidupan, tanpa kita sedari, setiap fasa yang kita lalui itu, kita akan mendapat dan pada masa yang sama akan kehilangan sesuatu yang mungkin kita suka dan kita tidak suka.. haaaaaa... complicatedkan ayat aku.. lantak kau orang.. hehe..

Klasifikasi terhadap fasa-fasa kehidupan ni agak subjektif.. sebagai contoh, aku ambil fasa-fasa kehidupan yang berubah-ubah dari segi umur yee.. masa berumur 20 tahun, budak-budak, single mingle lagi, so lepak-lepak, huhahuha dengan kawan-kawan, dengan scandal, dah nama pun single kan, setiap masa nak keluar lepak dengan depa.. memang BFF laa.. apa-apa jaa share sama-sama.. setiap masa ada untuk dia, dan dia ada untuk kita..

umur 22, habis belajar, masuk kerja, kenal kawan baru.. hari-hari keluar makan sama-sama, share macam-macam.. fasa baru ni.. kawan lama yang kurang kental, sentap, cakap kita dah tak ingat dekat dia.. aduiii.. lagu mana nak buat ni..

Masuk umur 23, dah ada boypren pula dah.. sayang bukan main dekat dia.. commit tak hengat punya.. dah sekarang ni fasa baru la ni pada aku okay.. dah kena bahagi mana nak keluar dengan BFF, mana nak keluar dengan boypren pula.. aduiii.. keluar dengan boypren teringat dekat BFF, dia dok makan apa la kan? selama ni dok makan dengan kita.. keluar dengan BFF teringat boypren.. rindu boypren so much pula dah.. BFF pula, kalau dapat yang tak berapa nak faham, confirm tuduh kita lupa ke dia.. lagi worst kalau boypren cakap kita dok busy keluar dengan BFF pula.. aduiiii.. pening.. pening..

Aku nampak, semakin kita tua dan perlahan-lahan dimamah waktu, janganlah kita tidak pernah untuk expect sesuatu itu untuk tidak berubah langsung kerana itu akan amat-amat mengecewakan hati sanubari.. sedangkan dari hari ke hari muara sungai boleh terhakis dan membentuk bentuk muka bumi baru, inikan hati manusia..

So macam inilah, sekarang ini, aku sayang semua orang yang sayang dekat aku.. aku tak boleh hidup tanpa kawan-kawan dan juga tanpa lelaki yang bertakhta di hati.. aku sayang dua-dua.. sayang gila babi okay.. tolonglah percaya..

Bye semua..

Sunday, September 25, 2011

Silakan Muntah Hijau..

Cepatlah sikit kahwin weh!! Penatlah nak duduk jauh-jauh, rindu-rindu.. tak boleh peluk-peluk, duduk kena renggang-renggang.. asal rindu jaa dah nak kena pakai cantik-cantik, masuk dalam kereta, tekan pedal minyak pergi fetch pasangan yang duduk sangatlah jauh dari rumah kita.. lepas dah pergi jalan-jalan, dah nak kena hantar anak orang tu dekat rumah semula.. kalau malas nak jumpa, tahan je la rindu.. makan rindu sumbat-sumbat dalam mulut lepas tu telan tak yah kunyah-kunyah dah.. selagi tak nikah, haa lagu tu laa hidup kita kepada kita-kita yang memilih untuk hidup sebegini.. kesian sungguhlah keadaan sebegini.. macam kesian sangat kepada mereka-mereka yang terpaksa menghadapi situasi sebegini espacially kepada pihak yang harus mengambil dan menghantar anak orang itu.. penat tau!! semoga kita dan pasangan sentiasa menjaga kesucian perhubungan dan akan sayang-sayang antara satu sama lain sampai forever and ever la yee.. barulah berbaloi kepenatan kita ini.. :)

Macam dah nak termuntah hijau ke hape entry aku ni kan??? hahahhahha!!!

Bye!

Sunday, September 11, 2011

Dilarang Mencarut-carut Secara Obvious...


Aku ni kan geli dan betul-betul dengan seikhlas hati geli dengan budak-budak yang bercinta lepas tu guna kata ganti diri 'papa' and 'mama'.. nak muntah darahlah aku rasa.. tolong!!

Tapi aku suka juga nak annoy diri aku sendiri dengan membaca status budak-budak kecil tu.. haishhh..

Hey budak!

Comel kan haiwan di atas? :)


25 Tahun Dah Ke???!!!!! Ish!!

10/9/2011, genap umur aku 25 tahun.. rasa macam tua dan nombor itu sangat kejam.. jiwa aku masih berumur 22 tahun.. kejap gila weh dah 25 tahun!! Apa yang aku dah lakukan sepanjang umur aku nak boleh sampai ke 25 tahun tu eh? Macam tak buat apa-apa jaa.. hmmm...

Dekat facebook orang wish aku, banyak sangat, ada wishes yang sweet, ada yang kelakar, tersengih-sengih macam kerang busuk aku baca, tak sangka aku ada banyak kawan-kawan yang sweet dan adorable.. sesetengah orang akan cakap, "eleh, kalo tak dak birthday's reminder dekat FB tu mampuih kau orang tak wish kan?" tapi kan pada aku, itu semua tak penting, effort seseorang nak type birthday wishes tu yang buat anda-anda dan aku (yang bergantung kepada b'day reminder itu juga.. :P) sebagai seorang yang sangat sweet. Sayang kau orang okay.. (^_^)v

Yang sms pun ada.. many thanks to all.. tak terucap dan tertype laa.. kira you guys know who you are la kan.. :)

Bye..

Wednesday, September 7, 2011

BARU SEMALAM AKU P TREATMENT RAMBUT SAMPAI BERRATUS-RATUS RINGGIT, HARI NI DAH BUAT HAL SEMULA DAH RAMBUT NI!!!

Serious rasa macam nak mencarut-carut.. tapi macam tak manis ye tuan-tuan dan puan-puan... .
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
..
.
.
.

bodoh! bodoh!! vavi!!! (vavi macam comel sikit.. )

Monday, September 5, 2011

Kawan Aku Kata..

Tiba-tiba member lama call, borak-borak nak dekat sejam jugalah kan.. saling bertukar-tukar pendapat mengenai perspektif masing-masing terhadap kehidupan yang penuh pancaroba ini.. cehhh!!

Tengah-tengah aku dok membebel mengenai keputusan hidup aku, yang pada sesetengah manusia agak drastik, lalu dia mencelah..

"owhhhh.. all this while i thought, love is about being childish"

5 saat pertama aku dengar ayat dia tu, ada rasa macam nak cubit perut beliau sampai terbentuk pendarahan dalaman.. tapi aku fikir balik, may be dia membawa maksud lain..

Maksud beliau, bercinta ni kena relax-relax, tak boleh serious nanti tension..

YES! YESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!! aku memang 19864% setuju dengan beliau..

Apa yang aku nampak sekarang ni, being a childish in a relationship dah terbelah kepada 2 jenis yang sangat berbeza..

Being a childish pada definisi pertama ialah untuk menjadi seorang yang relax ketika bercinta, menjadi seorang yang relax untuk handle any problem/ dugaan yang occur dalam relationship dan menjadi seorang yang bisa berfikiran jauh dan bisa mengambil keputusan yang bernas dengan bisa memikirkan sebab dan akibat dari tindakan mereka itu.. so yang pertama, RELAX!! JANGAN PANIK MACAM ORANG TUA HILANG TONGKAT..

Being a childish untuk definasi kedua, ini yang paling aku nak tekan kan, sebab ini yang penting kot.. KALAU KAU TAK NAK KAHWIN LAGI, TAK NAK SERIOUS DENGAN ANAK DARA ORANG, JANGAN NAK JADI BUDAK-BUDAK, MACAM SYAITAN NAK PI ROSAKKAN ANAK DARA ORANG.. HANTU BONCENG BETUL LAA!! <-- aku ingat member aku maksud kan definasi childish yang ni.. nasib baik aku bisa berfikir dengan laju.. hohohohoh!!

Secara kesimpulannya, being a childish in a relationship is not for us to put ourself in a comfort zone, perasan yang hang tu muda lagi..!!suka-suka keluar dating perabih duit, tipu mak bapak, usung anak dara/teruna orang ke sana ke mari but its all about being mentally (physically pun boleh) ready to move forward to aim better and brighter future but in a cool and relax way.. biar ada progress and at the same time kita tau limit kita yang masih tak kahwin ni.. :)

So kau orang pilihlah nak jadi childish yang macam mana...

Bye.. :)

Saturday, September 3, 2011

Aiyak!

Dah lama betul aku tak update blog kan.. bukan apa, sebab utama ialah aku memang tak tahu nak post entry berkenaan dengan apa.. daripada aku dok post entry pasal incik tunang, incik suami, incik osman, incik kassim.. incik! incik! incik! yekkkkkk, pasal merenyam, yang akan buat aku rasa macam sangatlah tidak perlunya maka aku post je la entry ni.. hahahah!!!

Belum dapat lagi memang la aku cakap tak perlu post kan.. tengok nanti macam mana.. entah-entah setiap entry aku dok upload gambar incik-incik.. huhuhuhu.. (^__^)v
tapi buat masa sekarang ni still geli lah..

Selamat hari raya aidilfitri semua.. maaf zahir dan batin.. :)

Thursday, August 18, 2011

Tongkat Dagu, Anak Mata Pandang Siling..

Aku fikir-fikirlah kan.. if nanti aku dah ada tunang, instead of addressing him as 'Encik Tunang' macam sesetengah orang buat, I would prefer to address him as 'Mr Fiancee'.. wow!! sounds sexier kan.. hmmm..

Sebab macam geli sangat orang sebut Encik Tunang ni.. tak tau laa.. sebut tunang je dah la.. apa masalah aku pun aku tak tau laa.. yang penting geli.. haha!


Bye!


Wednesday, August 17, 2011

Aku Tengah Dalam Keadaan Yang Amat Ketakutan..

Terkadang kita harus berfikir kenapa tuhan beri kita rasa happy yang berpanjangan, ini mungkin ujian dari Dia nak uji kita ni tau nak bersyukur ke tak atau kita terus lupakan Dia dan Dia mungkin boleh tarik balik nikmat tu..

Aku tengah takut ni.. hmmm.. diam je la..

Just don't expect too much beautiful things to occur in life, but at the same time, be grateful, keep on praying and hope for the very best to happen..

Bye..


Wednesday, August 10, 2011

Best Gila Duduk Dekat Malaysia.. Banyak Gila Makanan!!!!!

Menu buka puasa aku..

Ramadhan 6 : Rumah untie..















Ramadhan 8 : Ayam Golek Pantai Dalam dengan rakan-rakan..







Sunday, July 31, 2011

Janganlah Macam Ni Wehhhh...

Siang tadi, aku makan dekat Kenny Rogers dekat Plaza Alam Sentral dengan adik aku.. duduk mengadap pintu masuk, maka mengadaplah aku dengan pengunjung-pengunjung Plaza Alam Sentral yang lalu lalang di hadapanku dan yang bermacam-macam jenis itu.. Aku memang suka tengok ragam orang weh.. kalau bernasib baik aku diam, nasib tak baik, kena gosip.. hahahah!!

Ok, aku tengok satu persatu orang yang lalu lalang, maklumlah, tengah tunggu ayam peha quarter meal aku tak sampai-sampai.. lalulah sekeluarga depan kami, si bapak tolak stroller, ada anak dalam itu stroller tengah dok mengomel apa tah.. anak lagi satu, pangkat abang long kot, dok jalan dekat depan, yang si mak pula, dok dukung baby kecil lagi jalan paling belakang, masing-masing muka macam tak dak perasaan.. atau aku kah yang tak faham mereka? hmmm...

Banyak kali dah aku diserempakkan dengan situasi sebegini depan 2 biji mata aku, tapi kali ni, aku tak tahan aku terus tanya adik aku..

Aku tanya dia, macam mana, couple, dah kahwin, ada 2 3 orang anak, lepas tu, yang si bapak still lagi hot, tapi si mak, memang dah out of shape weh.. macam mana eh? masih ada sayang ke weh? Kalau tengah jalan-jalan dekat shopping complex, lepas tu laki hang yang tengah dok tolak stroller lepas tu dok melirik mata dengan perempuan muda lain, apa kes tu weh? Takutnyaaa.. takutkannnn..

Hidup ni memang macam inikah? Kita akan ada tendency untuk berasa bosankah dengan sesuatu yang telah menjadi milik kita? Kalau handphone pun setahun pakai dah tak sabar-sabar nak tunggu bonus nak tukar baru, kalau bini/laki, same cases kah?

Kenapalah akak tak jaga body kak.. akak sibuk dok jaga anak, laki akak tak nak jaga, kesian aku tengok laki kau kak, kesian, dia dok usha perempuan muda lain yang lalu sebelah dia jaa kak.. aduiiii..

ok, aku memang sesedap jari aku menaip dan sesedap otak aku nak fikir apa sebab aku anak dara lagi.. kau tunggu anida! kau tunggu masa kau nanti.. hahahahahahahah!!!! Takut wehhhh!!!
Aku tak nak laki aku pandang perempuan lainnnnnnnnnnnn!!! Aku kena jadi se hot mungkin ni!! nak jadi hot gila sampaiiiiiiiiiiiiii tua.. huhuhuhu!!!

Bye!

Sunday, July 24, 2011

Tah Hapa-hapa Tah..

Aku pergi Nilai 3 dengan the beloved family semalam. Nak beli barang sikit. Mula-mula sampai memanglah rasa macam rambang mata sampai nak terkeluar biji mata sebab rasa macam semua aku nak beli walaupun duit dah tinggal taik gigi duit jaa hujung-hujung bulan ni..

Kami masuk satu persatu kedai cari barang yee.. sampai naik pecah tumit kaki aku al-maklumlah aku ni kan penderita eczema yang tegar, so aku memang tak boleh jalan banyak sangat..

Satu perangai aku yang memang aku mengaku itu memang perangai aku, aku tak suka survey-survey barang.. aku penat.. aku prefer masuk satu kedai dan bila aku nak barang tu, aku ambil dan aku bayar terus.. i repeat, aku tak suka survey-survey.. aku malas nak buang masa nak kasi sakit otak, nak survey-survey harga.. aku tau harga lebih kurang sama jaa dekat mana-mana kedai pun.. nak jalan lagi sampai pecah tapak kaki ke kedai lain-lain.. adoiiiiiiiiiiiiiiiiii... pedih kaki lepas itu aku mengantuk laaaaaa... :P

Tapi, akibat dari perangai aku tu, aku terpaksa menanggung perasaan terkilan dan sedih apabila aku singgah kedai lain dan aku jumpa barang yang lebih cantik dan memang barang tu lah yang aku nak tapi aku pula dah beli barang lain dekat kedai lain.. aduiiiiiiiiiiiiii!!! macam nak mencarut-carut wehhh!!!! kenapalah selalu macam ni weh?? dari dulu lagi kot!!

Akibat dari perangai aku ini juga, aku yang pada mulanya seorang yang sangat beria-ia dan penuh dengan angan-angan tentang sesuatu tetapi akhirnya aku hanya menjadi seorang yang ala kadar jaa.. disebabkan dah penat dan malas nak fikir.. asal ada barang lepas tu jalan!! hahahahahah!!!

Tapi, Allah pun suruh bersederhana dalam segala hal jaa kannn.. Semoga bakal laki aku nanti tak macam aku.. kalau tak memang ala kadar je la rumah kami nanti.. pintu jamban tak dak pun tak pa.. tak nakkkkkkkkkk... hohohohoho!! (^o^)v

Bye..


Saturday, July 9, 2011

Rama-rama Dalam Perut..

Pagi Sabtu yang kebiasaannya aku bangun lambat, aku bangun awal, lepas solat subuh, aku terus tak tidur sebab rasa macam tegang perut.. rasa nak muntah.. huarrgghhhhhhhhhh!!!

Dia tanya kenapa remove dia dari friendlist aku, dia kata aku dah berubahlah apalah.. ini jawapannya:

Kalau aku tak remove kau dari FB friend list aku, hari-hari aku rasa aku nak stalk kau.. lepas tu mungkin ada potensi untuk aku sentap.. so untuk mengelakkan potensi itu, i think that is the best move for me to take..

Yang lagi seorang itu, sentap juga sebab aku remove dia, 5 minit sekali post status dekat FB dok kutuk-kutuk aku.. otak hang otak 3 suku betul la.. lantak hang la..

Sekarang ni biarlah aku focus dengan kerjaya dan personal life aku yang mana aku rasa kenapalah aku tak dapat life yang macam ni dari dulu lagi?? kalau tak, tak lah aku bazir masa, buang duit ke arah sesuatu yang tak pasti.. dosa pun betimpa-timpa jatuh atas bahu.. tak dak aku sampai terpaksa bermusuh dengan orang yang tak sepatutnya aku bermusuh, tarik muka dan tak bercakap dengan dia.. tak bau syurga woooo!!!! takutnyaaa!!!

Tapi aku tau, Allah knows the best.. thank you Allah :)

Bye!!


Thursday, June 30, 2011

Menghitung Hari Adalah Agak Persetan Perasaannya..

Aku nak pergi kedai beli buah..

Aku nak pergi kedai jual buah..

Aku nak pergi kedai jual beli buah!!

Senang!!

Bye!

Wednesday, June 15, 2011

Dia Datang Lagi!!! Haih!!

Orang-orang yang terlalu baik, mengapa harus disakiti hati dan jiwanya? Ya Allah.. ternyata sangat sukar untuk mempertahankan kepentingan diri.. (T__T)

Tapi..

Jiwa dan hati aku macammana yaa?? Aku tak mahu buat silap lagi.. aku tak mahu dengan apa sahaja keputusan yang aku ambil, aku ternyata silap dalam keputusan itu.. aku tidak mahu.. Ya Allah.. Tolong berikan aku jalan.. tolong.. aku tak nak buat silap lagi.. tak nak.. aku sudah penat..
Sumpah penat.. sumpah..

wah.. tiada perkataan mencarut di dalam entry ini.. ada improvement.. :)

Thursday, June 9, 2011

Terpaku Diriku..

Lepak atas sofa seorang diri di carwash petang tadi, sedang asyik melihat lelaki berbangsa india cuci kereta aku, datang seorang lelaki warga cina.. aku rasa depa dua orang tu dah lama kenal dan memang suka berborak-borak.. alah, borak macam engkau borak dengan jiran kau time terjumpa beliau dekat supermarket..

Aku tengok je depa, bertambah berkerut dahi aku bila aku cuba focus on apa yang depa cakap kan..
memang terperanjat bila lelaki Cina tu berbahasa tamil dengan lelaki india tu!! omg!! gila fluent gila ok!! gila-gila!! tak tau nak cakap apa.. terpaku.. terpaku sampai aku rasa nak menangis.. tak sangka ada juga orang macam tu kan?? 1Malaysia sungguh laa..

Bye..

Memang Gila Betullah Weh!!

Apa benda yang boleh kalahkan dan mematahkan kehebatan dan betapa bombastiknnya hati dan perasaan? Even keegoaan yang melampau pun boleh kecundang dek kerana hati dan perasaan..

Tak boleh tipulah weh.. Kau rasa dan kau boleh simpan tapi kau sakitlah.. hahahahaha!!

Haishhh.. (-__-)7 <-- tongkat dagu..

Monday, June 6, 2011

Tampar-tampar mulut sambil muncung-muncungkan mulut..!!!

Eeeeeee.. aku tengok cerita melayu mana tah dulu, yang erra fazira dengan afdlin shauki.. adalah satu quote dia..

"Tanpa keberanian mimpi takkan menjadi kenyataan"

eeeeeeeeeeeeeeeeeee yek!! yek!! tah napa tah aku tiba-tiba jaa teringat quotes tu..

TAPI MEMANG BETUL PUN KAN??

Aku bodoh! Kau bodoh!! Kau duduk la diam-diam bawah tempurung tu sampai ada orang datang selamat kan ko!! tu pun kalau adalah!!

Bye!

Thursday, June 2, 2011

Tersepit..

Tersepit di antara serigala jadian yang kacak+sweet dan vampire yang macho+berhati mulia..

Bye!

Monday, May 30, 2011

Lepas solat zohor semalam dekat Pavillion, aku pergi toilet nak touched up muka sikit, kau faham-faham ja lah kan, aku memang tak confident kalau aku tak make up, muka kering hitam macam bontot gajah jaa aku rasa.. Nak touched dalam surau, Si Minah mana tah, macamlah cermin tu bapak dia yang beli!! Nak conquer terus cermin tu.. hangin aku!

Masuk toilet, aku keluarkan barang jadah make up aku.. process make over wajah sendiri diiringi dengan suara-suara gosip-gosip antara kakak cleaner toilet dengan minah yang aku yakin kerja dekat kedai dalam Pavillion tu.. aku dengar jaa weh sebab dah sangat jelas depa borak-borak dengan kuat dan lantangnya..

Minah tu cerita dekat kakak cleaner tu, dia ada member, beranak seorang, anak baru umur 9 bulan dia dah mengandung lagi lepas tu dia gugurkan pregnancy dia tu dengan alasan dia orang susah.. kakak cleaner tu cakap time beromen tu memanglah sedap bila dah jadi macam ni.. haishhh.. lepas tu, tersipu-sipu minah dua orang tu cakap pasal beromen-romen.. habis tu aku yang tengah dok pasang telinga ni kau ingat telinga aku macam mana??!! Aku ni lagilah dah rasa macam nak masuk toilet lepas tu aku nak tekan flush banyak-banyak kali supaya aku tak dengar apa yang kau orang cerita tu okay!!

Tapi betul-betul banganglah.. cerita minah tu ialah cerita yang aku tak pernah expect untuk berlaku dan tak pernah aku expect untuk aku tahu.. sangat sedih dan pendeknya akal member dia tu.. selalunya anak luar nikah ja orang gugurkan, ni anak halal pun orang gugurkan!! wth??!! Kesian baby.. :(

Bodoh!! bodoh!! sebab tu mak ayah hantar pi sekolah kottt..

Bye!








Wednesday, May 25, 2011

Hoi!! hoi!!

Semalam aku cakap dekat seseorang, buat masa sekarang ini aku ada 2 sebab jaa yang aku rasa perempuan patut dumb laki-laki.. atau laki-laki patut dumb perempuan..

1) Kahwin tak nak, main nak, mintak suruh kahwin cepat, kata tunggulah tak stabil lah.. usaha tak nampak pun.. bontot kau laa.. ok fine, tak nak kahwin lagi jangan nak ajak main, jangan nak ajak pegang itu pegang tang ni!! Kau jangan nak jahanamkan anak orang!! faham!! Kau tahan jaa ok!! kau boleh??!! Dumb jaa orang ni!!

2) CURANG!! Ini memang aku sangat tak boleh terimalah yee.. Kalau dah gatal sangat pun, hidup memang tak boleh nak ada satu pasangan jaa.. lonely jaa kalau bf/gf jauhkan.. kenalah ada backup kononnya.. tolonglah cuba.. cubalah jangan curang.. Orang curang harus di dumbkan saja!! aaauummm!! auumm!!

bye!

Monday, May 16, 2011

Eh.. b*bi laa!!

Tak payahlah kot engkau nak promote-promote budak tu dekat aku!! Ingat aku ni tak laku ke?? I am a woman with almost everything laa!! Aku boleh cari sendirilaa!! entah apalah yang kau cakap dekat budak tu kan? mesti kau cakap aku nak berkenalan dengan budak tu lepas tu tiba-tiba budak tu cakap dia dah ada gf kan.. kan.. dah nampak aku ni macam desparate kan?? babi laa!!!
Kau ingat anak kau kahwin dengan doktor, aku ni kena kawin dengan budak tu? persetan dengan 'tengku' dia tu la!!

Yes!! memang aku nak kahwin.. Aku dah ada boyfriend laa, aku nak kahwin dengan boyfriend aku laa.. semua benda aku nak buat dengan boyfriend aku laa!! cuba bagi masa sikit!! Hoi boyfriend!! Kau cepat sikit boleh tak??!!! Kau main-main dengan aku, aku sepak laju-laju muka kau!! Kau tak rasa kita tengah membazir masa??!!

AKU TAK BERMINAT LANGSUNG NAK BERKENALAN DENGAN MANA-MANA JANTAN BUAT MASA INI DAN TIDAK JUGA BERMINAT DENGAN USAHA-USAHA PIHAK LUAR UNTUK MENYATUKAN AKU DENGAN MANA- MANA JANTAN!! TOLONG PAHAM!! AKU TUNGGU BF AKU DULU..!!

Kalau kau orang pressure, aku lagi pressure sebab aku yang tuan empunya badan yang menghadapi masalah so jangan tambah lagi masalah serabut kepala aku okay!!

Bye..!

Tuesday, May 10, 2011

Retarded

Venue : Phi Phi Island, Thailand.
Date : 27-28/4/11.



Makanan kami sepanjang dekat Thailand ni, tak Tom Yam Kung/ Seafood, mesti Nasi Goreng Seafood.. tu je la yang kami order.. yang lain nak order memang tak terbuka selera..
Makan dekat restoran Muslim laa.. dekat Phi Phi Island ni, ada ja orang islam, siap ada masjid lagi.. sebak dan tenang jaa rasa dengar azan berkumandang.. so beautiful.. so proud of it.. :)