orang tengah stalk

Monday, February 21, 2011

Pemerhatian secara rambang, jika kau cun atau perasan cun dan kau letak banyak gambar kau dalam entry-entry kau, kau akan mempunyai ramai pembaca atau followers.. sebab aku pun rasa aku suka baca blog seseorang kalau blog dia banyak gambar yang comel-comel.. gambar capture sendiri pakai handphone, gambar ambil depan cermin sambil buat bibir mungil.. cerita dia tak berapa best adakala macam sampah ke laut pun orang baca juga sebab ya lah... tak perlu aku explain lagi sekalilah..

So aku nak letak jugalah gambar aku dalam entry ni.. tak reti nk buat bibir sexy mungil.. nah!!


Okay, point aku bukanlah ingin memperkatakan tentang bibir mungil atau wajah yang cun, aku cuma nak khabarkan yang aku baru sahaja membeli kasut baru!!! omg!! Aku beli kasut baruuu!!! Kau tak kan tahu betapa susahnya aku nak reward diri aku dengan kasut baru, dengan baju baru yang cantik-cantik, dengan handbag mahal sebab aku rasa duit aku boleh digunakan untuk benda yang lebih penting lagi.. seperti membayar hutang piutang, masuk tabung..huhu.. aku ialah seorang yang akan beli sesuatu benda, dan aku akan pakai benda itu sampai jahanam.. bukan kedekut but i have to save my money untuk benda lain.. kadang-kadang sangat pathetic kan my life.. :|

Ini kasutnya, beli dekat NOSE Sunway Pyramid jaa.. puaslah dok cari NOSE dekat sana, patah kaki aku, besar sangat Sunwaynya!! (Nada macam baru first timelah datang Sunway)..


NOSE tengah SALE sekarang ni but tak tahu until bila, pakat pi lah shopping ramai-ramai yee.. :)


Punyalah esoknya aku pakai pergi office, macam gambar dekat atas tu.. bukan main lagi, kasut baru semangat baru.. bau kedai jaa :P

last-last..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadddaaaaaa!!!


Siot jeee!! Orang kata kalau tak nak melecet bila pakai kasut baru, kau gigit kasut baru tu, banyaklah kau gigit, bangang kah apa mahu gigit? last- last, aku pakai jaa selipar jepun yang aku pakai sejak dari aku belajar dekat universiti dulu.. aduiiii.. selipar jepun juga yang best!

Wednesday, February 16, 2011

Meluat aku dengar bila engkau berbicara mengenai maksiat dan dosa yang telah aku lakukan seakan-akan engkau itu dari golongan Al-Amin..

Aku dah lama kenal engkau.. engkau pun sama 2x5.. malah lagi teruk dari aku kot.. selagi aku boleh sabar, aku sabar.. aku zip mulut aku selagi aku mampu untuk zip.. katalah apa kau nak kata.. go ahead!! I will kept myself praying to god supaya apa yang berlaku dalam hidup aku dan orang di sekeliling aku ini ialah hanya yang terbaik.. engkau tak percaya tuhan itu engkau punya pasal!!

Thanks so much for the reminder.. ye laa.. sesama muslim kena beringat-ingat.. but aku cukup MELUAT dengan pendekatan yang ko gunakan!!

p/s: aku sebenarnya amat bersungguh-sungguh nak tunjuk ke kau orang semua gambar-gambar aku pergi Universal Studio Singapore.. tapi setiap kali aku lepak rumah my cousin, dia asyik takdak jaa.. macam mana mahu ambil gambar-gambar itu dari beliau?? haduiii.. sabar yee kawan-kawan..


Tuesday, February 15, 2011

Silent Treatment kepada yang selayaknya menerima treatment itu amat memberi ketenangan kepada aku..

Tidaklah lagi aku mendengar kebisingan dan hamburan kata-kata kurang senang atau kata-kata penuh kenegatifitian atau juga boleh diklasifikasikan sebagai kata-kata hamburan pemikiran kelas ketiga yang tiada unsur-unsur tanda penghormatan yang amat boleh menghiris perasaan aku..

Bukan aku sahaja, manusia yang bakal mencecah umur 25 tahun tahun ini juga amat menuntut dihargai dan dilayani sebagai mana relevannya layanan untuk manusia berumur 25 tahun.. tak banyak, just treat me with respect.. itu jaa..

Bukan apa, sebab aku memang telah dididik untuk respect orang dan aku rasa tak susah pun nak respect orang.. pandai-pandailah sesuaikan diri dengan keadaan yaa..

Sekian..

Thursday, February 10, 2011

Eeeeeeee.. Aku Geli Gilalah Weiiii..!!!

Okay, sekarang ini aku sedang geli dengan 2 perkara..

Pertama, aku geli dengan orang-orang yang suka sangat tukar-tukar status dalam facebook.. kejap 'single', esok 'it's complicated', lusa 'in a relationship', ini tak lain tak bukan gaduh baik lepas itu gaduh baik semula dan begitulah seterusnya.. geli dow!! macam bapok ayam!!

Gaduh dengan balak, dari 'married' tukar 'single'.. balak jaa kott.. eeeuuuu.. geli dow!! sumpah geli!! Profile picture, dari gambar peluk-peluk terus jadi gambar permandangan tepi pantai.. esok baik semula, tukar gambar peluk cium semula.. eeeuuu..

Kedua, aku geli dengan diri aku sendiri sebab aku pun sibuk-sibuklah nak usha-usha FB mereka itu.. dan mengutuk-ngutuk mereka.. haduii!!

Sekian..

Saturday, February 5, 2011

Mak Bapak Tutup-tutup Anak Buka-buka

Aku dan family cousin aku tengah breakfast.. belakang kami adalah satu family ini, dari breakfast semalam we all dok usha depa sekeluarga.. anak dara 3 orang and the parents.. anak dara comel-comel yee.. mak dia pun comel.. bapak muka macam setahun tak mandi..

Cousin aku yang jantan dok usha-usha anak dara tu dengan obvoiusnya mereka tidak tahu untuk meng'cover' yee, aku rasa anak dara tu pun dah naik segan and control-control ayu dah.. sila jangan bagi middle finger dekat muka cousin aku dah lah.. macam ni!

"Tak faham betullah, mak bapak macam tu, tapi anak sexy gila"

" Mak bapak macam mana? Mak bapak tutup aurat ke?"

" haaaaa.."

" Yaya lagi suka macam itu, mak bapak tak paksa-paksa anak, as long as si anak know their limit and tak over step the border.. kira jangan break their trust towards you ja laa.. once broken, they will not going to trust you anymore.."

" Samalah macam untie.."

" yessss.. yaya tau untie memang macam itu.. thats why your sons memang baik-baik belaka.. they all know the do and don't, because you baik dan sporting dengan mereka.. i believe they all tak kan sampai hati nak sakitkan you selepas you dah beri 90% (banyak okay!) kepercayaan kepada mereka.. "

Jika ada diantara anda yang cuba untuk mengomel selepas membaca entry ini dengan menyelitkan isu-isu atau sentimen agama, sila berhenti, kerana aku sudah tahu.. dan tidak perlu diingatkan buat masa sekarang ini.. terima kasih.. xie xie nin..

hey, perbualan ini ialah di johor yang mana aku telah bercuti selama 3 hari 2 malam di JB.. aku pergi Singapore.. kalau aku rajin, aku akan ceritalah dekat engkau orang aktiviti aku sepanjang cuti ini yee.. aku tak biasa sebenarnya post entry tentang aktiviti aku sangat, aku segan.. huhueheh..

Sekian..