orang tengah stalk

Wednesday, March 30, 2011

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

Hey, macam inilah, memandangkan aku macam penat memikirkan masalah aku yang entah dari segala sudut nak datang serang kepala hotak aku, maka aku ambil keputusan tak nak fikir lebih-lebih tentang Akmal Firdaus.. aku tau, selaras dengan pengaliran masa, dia akan semakin lama semakin berjaya menyesuaikan diri di tempat baru dia itu.. aku yakin laa.. kalau aku boleh buat masa mula-mula aku masuk asrama dulu, walaupun for the first week, hari-hari aku berendam air mata sebab homesick, akhirnya aku survived jaa, aku jadi manuisa berguna jaa.. cehhcehh.. jadi aku yakin seyakin-yakinnya yang Akmal pun boleh!! Aku yakin!!

Tuesday, March 29, 2011

Rindu ke?


Budak di atas itu namanya ialah Akmal Firdaus. Umur beliau ialah 12 nak masuk 13 tahun bulan November ini. Beliau seorang yang bermulut laser, suka membebel dengan ton suara yang kuat dan annoying. Beliau pernah di rotan oleh papa saya akibat suka mengacau abang kandungnya. Saya tidak tahu mengapa dia suka mengacau abang kandungnya. Mungkin abang kandungnya tidak menunjukkan sebarang perasaan teruja lalu membuatkan lagi beliau bersemangat untuk menganggunya.

Disebalik kelaseran mulut beliau, beliau sebenarnya seorang pelajar yang cerdik. Beliau telah di terima belajar di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, di Raub iaitu sekolah lama kakak kandungnya lebih kurang 4-5 tahun yang lepas. Beliau pergi ke Raub pagi-pagi buta tadi dan tuhan sahaja yang tahu perasaan saya pada ketika itu.. saya tidak ikut kerana saya pergi training. Saya tidak faham perasaan saya pada ketika itu, yang saya tahu saya sedih tahap gila!!

Bagaimanakah beliau mahu menyesuaikan diri di sana? Bagaimanakah beliau ingin makan? Bagaimanakah beliau ingin tidur? Bagaimanakah beliau mahu bangun pagi-pagi buta? bagaimanakah beliau mahu mencuci seluar dalam beliau sendiri? owhhhhhhhhhh bagaimanakah??!!!! Beliau terlalu kerdil dan kementot untuk itu-itu semua!!

Lepas ini, saya sudah tidak boleh cium pipi beliau ganas-ganas bila saya pulang dari kerja yang memenatkan.. lepas ini dah susah nak kesat air liur dekat kaklong dan kak long kesat air liur kat akmal pula.. lepas ni dah susah nak cari moment kak long yang seberat 49 kg ni, duduk atas akmal yang seberat 18kg dan akmal jerit-jerit lepas tu kau cubit kecik semut api kat aku baru aku bangun.. huahuahauah!! dah susah dah!!

Belajar rajin-rajin ye akmal.. pandai-pandai cari kawan.. kawan dengan manusia jangan kawan dengan lembu yee..


Bye!!


Sunday, March 27, 2011

Entry Paling Kuang Hajaq Dan Sentap!

Antara situasi di hadapan mata kepala aku yang mana sampai sekarang aku tidak tahu apa yang ada dalam benak kepala otak mereka sehingga mereka mengambil tindakan sedemikan:

Situasi pertama : Boyfriend menggalas handbag girlfriend.

Aku di shopping mall, lalu sebelah sweet couple, bf bawak handbag gf. Aku cari tengok si gf ada ja bahu, ada ja tangan. Handbag pula, sepanjang aku berjodoh dengan dia orang tu, tak pernahlah handbag yang boleh buatkan aku kata 'wow'.. nasib baik semuanya setakat Prada, LV yang confirm-comfirm depa beli dekat pasar malam besi cepat karat punya. Mungkinlah sebab itu depa tak kisah orang lain bawakan handbag depa kot.. hmm.. boleh jadi.. Sepanjang aku berjodoh lagi dengan couple-couple itu, tak pernah la aku nampak bf mereka yang handsome dan macho yang bawakan handbag gf depa.. semuanya type-type yang selain type itu.. sila jangan minta aku jelaskan.. kau paham-pahamlah..

Dari sudut positivenya, may be itu salah satu cara untuk menunjukkan yang hang romantik. Konon tak nak gf hang penat kot.. Tapi, pada aku itu menampakkan kedayusan hang. Lebih baik hang gendong gf hang jaa.. baru la gagah.. Sorry hang nampak dayus pada aku..

Situasi kedua : Pakai tudung ber t-shirt lengan pendek yang extreme.

Aku cakap extreme sebab aku pernah nampak mereka pakai baju dah macam pakai singlet lagi ok. Pening aku tengok.. x sejuk kaa?
Aku tiada eloberasi panjang untuk situasi ini.. kau orang mungkin ada alasan kau orang.
Aku dulu pernah juga pakai lagu tu, semuanya sebab aku memang tak ikhlas nak bertudung tapi kena paksa pakai.. senang aku bukak terus!! itu alasan bangang aku laa..

Bye!!




Saturday, March 26, 2011


INI IALAH WAJAH SAYA KETIKA TAHAP KELAPARAN MEMUNCAK DAN TIADA SEBARANG MAKE UP..

Tengoklah, macam muka orang tak mandikan?? Sangat tertekan.. Sebab tu aku tak confident kalau pergi ke mana-mana tanpa make-up tapi light make-up jeee..

Sila lihat ayam kampung goreng di hadapan saya itu, lokasi makan tengahari adalah di Awan Besar, RnR dekat dengan Bukit Jalil..

Bye!!


Friday, March 25, 2011

Wah.. sudah lama aku tak update new entry kan..?
Sebab aku memang tak dak idea nak update. So, memandangkan semua orang dekat office ni, yang jantan pergi solat jumaat, yang perempuan keluar pergi ke mana entah, yang aku pula tengah tunggu Cik Bulan meeting tak habis-habis untuk keluar lunch maka aku mengambil keputusan untuk post new entry yang bertajuk:

HAIWAN YANG PALING AKU GELI.

Aku akan menyenaraikan haiwan-haiwan terpilih itu mengikut level of kegelian yang semakin meningkat.

Yang pertama, kucing.. dulu time kecil-kecil aku boleh belah lagi dengan kucing ini, tapi semenjak depa pi kencing dekat kasut sekolah aku. time aku tingkatan satu, aku terus membenci species itu dan amat takut.. boleh melompat juga la kalau mereka lalu di sebelah aku..

Yang kedua, tikus dan sebarang jenis tikus, mungkin juga kerana mereka mempunyai bulu seperti kucing dan kerana wajah mereka juga dan ekor mereka juga membuatkan aku sangat geli dan takut.. arrghhhhhhhhhh.. the moment aku type ni pun aku dah boleh rasa geli..

Yang ketiga dengan darjah kegelian tertinggi, haiwan-haiwan dari species reptilia yang berupa paras seakan-akan cicak, yang berbadan kesat dan kelihatan lembap, berkaki bercabang. Sangat geli sampai boleh pitam ataupun boleh tersawan babi. Cukuplah dengan hanya melihat mereka di dalam majalah ataupun mana-mana medium media yang lain.. cukup memualkan dan boleh mengkejangkan otot-otot badan..

*Hai cicak, kamu buat apa tu?

Apa-apa pun, kegeliaan ini ada hikmahnya pada aku, at least aku tidak menyiksa kehidupan mereka kerana aku tidak berani mempunyai sebarang body contact dengan mereka.. cuma mereka yang menyeksa kehidupan aku kerana amat terseksa bila berasa geli..

p/s: Siapa geli kepada lipas memang pondanlah weii.. aku setakat lipas, aku siap boleh main tepok amai-amai, sep2 tom2 laa dengan dia orang..


Sunday, March 13, 2011

Aku lihat dan analisis, marah betul segelintir masyarakat kepada lawak yang tidak berapa nak lawak Encik Fizz Fairuz mempertikaikan kehilangan superhero-superhero Jepun dikala Tsunami melanda Jepun..

Tidak kurang juga, aku lihat keratan akhbar, Berita Harian yang telahpun memohon maaf diatas karikatur mengenai Tsunami, yang mana, karikatur itu kalau aku boleh letakkan di bawah:


Dan aku rasa entry aku ini juga akan mengundang kemarahan segelintir pembacanya juga kerana saja jaa aku nak cakap..

Kau orang jangan sentap sangat boleh tak??!!! Gelabah sangatlah kau orang ni..

Selama ini kau orang tengok tak cerita superhero-superhero Jepun.. ? Depa buat cerita-cerita itu semua, kalau kau orang amati betul-betullah kan, datanglah malapetaka macam mana sekali pun, datanglah raksasa hodoh sehodohnya makhluk pun.. superhero-superhero depa pasti akan dapat settlekan semuanya.. seakan-akan tidak ada kuasa dapat menghalang..

First time aku baca ayat Encik Fiz Fairuz tu, aku rasa apa yang beliau cuba maksudkan ialah tidak ada kuasa yang dapat melawan kuasa Allah Taala.. kau kamekaze macam mana pun, kalau Allah kata engkau mati time Tsunami tu, engkau akan mati.. eh come onlah!! Kau orang lebih sentap marahkan benda remeh ni berbanding untuk bersedih mengenangkan nasib mangsa-mangsa tsunami ke macam mana? Bawa bertenang yaa anda-anda semua..

Cuma ye lah.. artis kan.. once kau jadi artis, kau kenalah hipokrit, kena jadi malaikat, salah cakap sikit, kau kena banned.. kesian artis..

Doa aku, agar Allah permudahkan segala-galanya urusan saudara kita yang ditimpa musibah di Jepun.. takut juga, ramai juga kawan-kawan aku dekat sana.. Allah, please lindungi mereka yang tidak berdosa dan yang beriman kepadaMu..

Amin..

Wednesday, March 9, 2011

Mata aku ialah kegemaran aku, aku merasakan diri aku tidak perlu tempek bedak tebal-tebal macam pelakon opera cina, aku merasakan aku hanya perlu letak eyeliner dan maskara dekat mata, lip bum dan lip gloss yang berwarna natural di bibir dan sedikit blusher di pipi kasi terjojol sikit pipi tu..!! Barulah membuatkan aku berasa yakin untuk berdepan dengan orang-orang sekeliling. Aku tak over makeup kan?

Sekarang ini aku nak share maskara and eyeliner yang aku baru beli yang aku dah guna dalam hampir sebulan dan ternyata aku berpuas hati.


Untuk lebih info tentang maskara dan eyeliner pilihan aku ini, sila klik link ini:

Eyeliner kegemaran aku.
Maskara kegemaran aku.

Kau orang tahu kenapa aku suka? Sebab utamanya ialah, everytime aku nak solat, eyeliner dan maskara ini, senang gila babi nak ditanggalkan ketika aku berwuduk.. tak perlu pakai sabun bagai nak hilangkan.. tak percaya cubalah.. aku pun pelik, kata water proof tapi senang nak dihilangkan dan tidak akan mencomotkan muka kau.. ish, suka betullah aku dengan benda dua ketul ini.. :)

Monday, March 7, 2011

Autopay machine walau dimana sahaja ia berada akan selamanya menjadi satu teknologi yang amat menjengkelkan aku..
Bila memandu dan masuk ke parking tidak kira ke basement mahupun ke roof top, jika aku harus memicit butang keluaran tiket dan Touch N Go tidak mahu berfungsi, maka aku amatlah boleh menjadi berang sekali..
Memang malas sangat-sanagt bila kau penat-penat membeli-belah atau apa-apa saja, lepas itu time nak balik kau kena pergi cari autopay machine untuk bayar, kalau tak rosak okaylaa.. kalau rosak mahu kena menunggu.. tidakkah itu amat annoying?
Dan-danlah time nak bayar, kita takdak duit kecil, kena bayar RM5 tapi aku ada RM50, dah kena patah balik pergi jusco beli Kek kopi gulung kegemaran adik aku nak pecah duit punya pasal..what the hey??!!
Tak pun, kalau hal tak jumpa autopay machine, kenalah pi ambil kereta dulu melilau-lilau cari machine itu, dah jumpa, parking dekat tepi, terhegeh-hegeh turun bayar.. kau orang bayangkan betapa bosannya buat kerja itu.. errghhh!!
Aku preferlah kalau ada orang jaga kaunter tiket macam kalau kau orang pergi parking kereta dekat Mid Valley Zon U, time keluar bagi kad dekat kaunter dan terus bayar dekat orang itu.. kan senang!!
Ish, tertekanlah autopay machine!! Anda memang teknologi yang annoying!!
Penambahan yee.. kalau kau dah bayar parking, lepas tu nak keluar, dan-dan itulah jamm macam haram, dah la dekat kad tu tulis tak boleh lebih 15-30 minit untuk keluar, kalau tak , ambil kau, charge baru, stuck dalam jamm mahu lebih sejam memandangkan situasi trafik Kuala Lumpur yang sawan itu kan.. Memamg entah apa-apalah Autopay machine.. troublesome jaa..

Saturday, March 5, 2011

Sebelum ini aku pernah beria-ria nak tunjukkan gambar-gambar aku pergi Singapore dan lawatan aku ke Universal Studiokan? So aku pun dah berjaya mendesak my cousin untuk memberikan foto-foto tersebut.. so sekarang bersedialah untuk entry yang terpaling terbanyak tergambar terdan tertanpa tercaption terini tersebab teraku teramat termalas teruntuk termenulis.. kau tengok dan buatlah andaian sendiri, aku happy ke tak during that time yaa, tak kesah la kau orang nak cakap apa, kau orang ada otak kau orang fikir sendiri.. tak faham sila tanya, aku rajin, aku jawab..








Dari pagi buta sampai ke malam baru balik Malaysia. Macam kodok penatnya weh..
Okay bye!

Wednesday, March 2, 2011

Kegilaan aku kepada 2 benda alah ini iaitu soccer table dan hockey table, sampai aku rasa bila aku dah kahwin dan dah ada rumah sendiri, aku nak letak 2 benda alah tu dalam rumah aku, baru meriah sikit aktiviti aku dengan husband aku.

Soccer table

Hockey table

Okaylah, dekat rumah family aku pun aku nak letaklah satu.. aku pilih hockey table.. perghh!! time balik rumah family, confirm menjerit-jerit main hockey tablekan.. kan.. best dow!