orang tengah stalk

Thursday, September 29, 2011

Benda Yang Memang Tengah Buat Aku Rasa Fucked Up Sangat Semenjak Dua Menjak ini....

Tak tahulah kau orang setuju dengan aku ke tidak kan, tapi aku rasa masa yang bergerak memang dah banyak merubah segala macam perkara dalam hidup kita ni.. sedari kita dilahirkan dan selari dengan perjalanan hidup kita melalui fasa-fasa kehidupan, tanpa kita sedari, setiap fasa yang kita lalui itu, kita akan mendapat dan pada masa yang sama akan kehilangan sesuatu yang mungkin kita suka dan kita tidak suka.. haaaaaa... complicatedkan ayat aku.. lantak kau orang.. hehe..

Klasifikasi terhadap fasa-fasa kehidupan ni agak subjektif.. sebagai contoh, aku ambil fasa-fasa kehidupan yang berubah-ubah dari segi umur yee.. masa berumur 20 tahun, budak-budak, single mingle lagi, so lepak-lepak, huhahuha dengan kawan-kawan, dengan scandal, dah nama pun single kan, setiap masa nak keluar lepak dengan depa.. memang BFF laa.. apa-apa jaa share sama-sama.. setiap masa ada untuk dia, dan dia ada untuk kita..

umur 22, habis belajar, masuk kerja, kenal kawan baru.. hari-hari keluar makan sama-sama, share macam-macam.. fasa baru ni.. kawan lama yang kurang kental, sentap, cakap kita dah tak ingat dekat dia.. aduiii.. lagu mana nak buat ni..

Masuk umur 23, dah ada boypren pula dah.. sayang bukan main dekat dia.. commit tak hengat punya.. dah sekarang ni fasa baru la ni pada aku okay.. dah kena bahagi mana nak keluar dengan BFF, mana nak keluar dengan boypren pula.. aduiii.. keluar dengan boypren teringat dekat BFF, dia dok makan apa la kan? selama ni dok makan dengan kita.. keluar dengan BFF teringat boypren.. rindu boypren so much pula dah.. BFF pula, kalau dapat yang tak berapa nak faham, confirm tuduh kita lupa ke dia.. lagi worst kalau boypren cakap kita dok busy keluar dengan BFF pula.. aduiiii.. pening.. pening..

Aku nampak, semakin kita tua dan perlahan-lahan dimamah waktu, janganlah kita tidak pernah untuk expect sesuatu itu untuk tidak berubah langsung kerana itu akan amat-amat mengecewakan hati sanubari.. sedangkan dari hari ke hari muara sungai boleh terhakis dan membentuk bentuk muka bumi baru, inikan hati manusia..

So macam inilah, sekarang ini, aku sayang semua orang yang sayang dekat aku.. aku tak boleh hidup tanpa kawan-kawan dan juga tanpa lelaki yang bertakhta di hati.. aku sayang dua-dua.. sayang gila babi okay.. tolonglah percaya..

Bye semua..

Sunday, September 25, 2011

Silakan Muntah Hijau..

Cepatlah sikit kahwin weh!! Penatlah nak duduk jauh-jauh, rindu-rindu.. tak boleh peluk-peluk, duduk kena renggang-renggang.. asal rindu jaa dah nak kena pakai cantik-cantik, masuk dalam kereta, tekan pedal minyak pergi fetch pasangan yang duduk sangatlah jauh dari rumah kita.. lepas dah pergi jalan-jalan, dah nak kena hantar anak orang tu dekat rumah semula.. kalau malas nak jumpa, tahan je la rindu.. makan rindu sumbat-sumbat dalam mulut lepas tu telan tak yah kunyah-kunyah dah.. selagi tak nikah, haa lagu tu laa hidup kita kepada kita-kita yang memilih untuk hidup sebegini.. kesian sungguhlah keadaan sebegini.. macam kesian sangat kepada mereka-mereka yang terpaksa menghadapi situasi sebegini espacially kepada pihak yang harus mengambil dan menghantar anak orang itu.. penat tau!! semoga kita dan pasangan sentiasa menjaga kesucian perhubungan dan akan sayang-sayang antara satu sama lain sampai forever and ever la yee.. barulah berbaloi kepenatan kita ini.. :)

Macam dah nak termuntah hijau ke hape entry aku ni kan??? hahahhahha!!!

Bye!

Sunday, September 11, 2011

Dilarang Mencarut-carut Secara Obvious...


Aku ni kan geli dan betul-betul dengan seikhlas hati geli dengan budak-budak yang bercinta lepas tu guna kata ganti diri 'papa' and 'mama'.. nak muntah darahlah aku rasa.. tolong!!

Tapi aku suka juga nak annoy diri aku sendiri dengan membaca status budak-budak kecil tu.. haishhh..

Hey budak!

Comel kan haiwan di atas? :)


25 Tahun Dah Ke???!!!!! Ish!!

10/9/2011, genap umur aku 25 tahun.. rasa macam tua dan nombor itu sangat kejam.. jiwa aku masih berumur 22 tahun.. kejap gila weh dah 25 tahun!! Apa yang aku dah lakukan sepanjang umur aku nak boleh sampai ke 25 tahun tu eh? Macam tak buat apa-apa jaa.. hmmm...

Dekat facebook orang wish aku, banyak sangat, ada wishes yang sweet, ada yang kelakar, tersengih-sengih macam kerang busuk aku baca, tak sangka aku ada banyak kawan-kawan yang sweet dan adorable.. sesetengah orang akan cakap, "eleh, kalo tak dak birthday's reminder dekat FB tu mampuih kau orang tak wish kan?" tapi kan pada aku, itu semua tak penting, effort seseorang nak type birthday wishes tu yang buat anda-anda dan aku (yang bergantung kepada b'day reminder itu juga.. :P) sebagai seorang yang sangat sweet. Sayang kau orang okay.. (^_^)v

Yang sms pun ada.. many thanks to all.. tak terucap dan tertype laa.. kira you guys know who you are la kan.. :)

Bye..

Wednesday, September 7, 2011

BARU SEMALAM AKU P TREATMENT RAMBUT SAMPAI BERRATUS-RATUS RINGGIT, HARI NI DAH BUAT HAL SEMULA DAH RAMBUT NI!!!

Serious rasa macam nak mencarut-carut.. tapi macam tak manis ye tuan-tuan dan puan-puan... .
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
..
.
.
.

bodoh! bodoh!! vavi!!! (vavi macam comel sikit.. )

Monday, September 5, 2011

Kawan Aku Kata..

Tiba-tiba member lama call, borak-borak nak dekat sejam jugalah kan.. saling bertukar-tukar pendapat mengenai perspektif masing-masing terhadap kehidupan yang penuh pancaroba ini.. cehhh!!

Tengah-tengah aku dok membebel mengenai keputusan hidup aku, yang pada sesetengah manusia agak drastik, lalu dia mencelah..

"owhhhh.. all this while i thought, love is about being childish"

5 saat pertama aku dengar ayat dia tu, ada rasa macam nak cubit perut beliau sampai terbentuk pendarahan dalaman.. tapi aku fikir balik, may be dia membawa maksud lain..

Maksud beliau, bercinta ni kena relax-relax, tak boleh serious nanti tension..

YES! YESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!! aku memang 19864% setuju dengan beliau..

Apa yang aku nampak sekarang ni, being a childish in a relationship dah terbelah kepada 2 jenis yang sangat berbeza..

Being a childish pada definisi pertama ialah untuk menjadi seorang yang relax ketika bercinta, menjadi seorang yang relax untuk handle any problem/ dugaan yang occur dalam relationship dan menjadi seorang yang bisa berfikiran jauh dan bisa mengambil keputusan yang bernas dengan bisa memikirkan sebab dan akibat dari tindakan mereka itu.. so yang pertama, RELAX!! JANGAN PANIK MACAM ORANG TUA HILANG TONGKAT..

Being a childish untuk definasi kedua, ini yang paling aku nak tekan kan, sebab ini yang penting kot.. KALAU KAU TAK NAK KAHWIN LAGI, TAK NAK SERIOUS DENGAN ANAK DARA ORANG, JANGAN NAK JADI BUDAK-BUDAK, MACAM SYAITAN NAK PI ROSAKKAN ANAK DARA ORANG.. HANTU BONCENG BETUL LAA!! <-- aku ingat member aku maksud kan definasi childish yang ni.. nasib baik aku bisa berfikir dengan laju.. hohohohoh!!

Secara kesimpulannya, being a childish in a relationship is not for us to put ourself in a comfort zone, perasan yang hang tu muda lagi..!!suka-suka keluar dating perabih duit, tipu mak bapak, usung anak dara/teruna orang ke sana ke mari but its all about being mentally (physically pun boleh) ready to move forward to aim better and brighter future but in a cool and relax way.. biar ada progress and at the same time kita tau limit kita yang masih tak kahwin ni.. :)

So kau orang pilihlah nak jadi childish yang macam mana...

Bye.. :)

Saturday, September 3, 2011

Aiyak!

Dah lama betul aku tak update blog kan.. bukan apa, sebab utama ialah aku memang tak tahu nak post entry berkenaan dengan apa.. daripada aku dok post entry pasal incik tunang, incik suami, incik osman, incik kassim.. incik! incik! incik! yekkkkkk, pasal merenyam, yang akan buat aku rasa macam sangatlah tidak perlunya maka aku post je la entry ni.. hahahah!!!

Belum dapat lagi memang la aku cakap tak perlu post kan.. tengok nanti macam mana.. entah-entah setiap entry aku dok upload gambar incik-incik.. huhuhuhu.. (^__^)v
tapi buat masa sekarang ni still geli lah..

Selamat hari raya aidilfitri semua.. maaf zahir dan batin.. :)