orang tengah stalk

Monday, November 28, 2011

Sedih sangat sampai rasa nak post entry ni weh.. lantaklah nak marah ke hapa ke.. (T___T)

Aku sangat bersedih hari ini.. sangat sedih.. i really mean it.. Tired of explaining thus, let silent be the best treatment to an angry heart..




















































p/s: tak sedih kalau tak sayang.. kfinebye!

Wednesday, November 23, 2011

Lagi Entry Emo..

Weh, tension sungguh kan weh kalau kau tengah tengok cerita kegemaran kau orang dekat ASTRO lepas tu hujan turun lebat sampai siaran tergendala.. biasalah.. itulah kelemahan tegar ASTRO pun!

Tapi, daripada kau orang dan juga aku (aku memang selalu hangin dan suka maki memaki) marah-marah dengan hujan sebab tak boleh tengok ASTRO, aku rasa lepas ni aku dah tak nak dah lah marah-marah sebab aku baru tahu yang antara waktu-waktu doa kita paling mustajab ialah apabila ketika hujan turun.. kalau kau tak percaya kau google laa.. aku google sebab tu aku tahu.. huahuahaua!!

So lepas ni marilah kita doa banyak-banyak time hujan.. doa sampai tepercik-percik air liur tak pa.. daripada tepercik-percik air liur kutuk-kutuk ASTRO yang memang tak kan bagi aku income sebanyak rm8k sebulan dan tak kan tolong bayar duit kenduri kahwin aku pun!!

Bye~

Tuesday, November 22, 2011

Islam Itu Simple dan Indah..

Entry aku sebelum ini, aku cilok dan share dengan kau orang makna bacaan solat ketika duduk di antara 2 sujud kan.. entry kali ini, aku nak share semua makna bacaan as a whole.. sampai habislah..

Aku kira, kita akan appreciate solat, setiap masa tak sabar rasa nak solat jika kita tahu makna bacaan dalam solat itu... dan setelah aku go through blog mamat ni, aku rasa alangkah indahnya aturan dan makna bacaan di dalam solat.. penuh dengan ayat-ayat pujian-pujian kepada Allah dan Rasullullah.. indah sangat wehhh.. sebab itulah aku pernah dengar, solat tu perkara paling mudah untuk kita tunjukkan rasa syukur kepada Allah.. patutlah.. kau orang bacalah sendiri.. aku ni dah sampai tahap speechless dah ni.. indah sangat-sangat..


Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.



Rahsia Solat:

  1. Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
  2. Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
  3. Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
  4. Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
  5. Ruqu’ : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
  6. I’tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
  7. Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
  8. Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
  9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
  10. Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
  11. Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
  12. Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
  13. Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Renung-renungkan dan selamat beramal... (^_^)v

Saturday, November 19, 2011

Eh.. sama la weh dengan aku..!!!


Aku memang dari dulu bukan seorang yang flirtatious pun.. sebab tu aku tak banyak bf.. tapi status kawan aku ni memang cute gila..nasib baik aku memang selama ni flirt dengan tunang aku jaa.. huahuahu.. vavi.. (^_^)v

Tuesday, November 15, 2011

Weh!! Sentapnya aku!!

Nah.. aku nak share dengan kau orang jugak benda ni walaupun aku tau benda ni boleh senang-senang dapat dalam FB..

Kadang-kadang kita terlepas pandang atau ambil mudah, kita nampak remeh tapi sebenarnya sangat besar impak pembacaannya jika yakin dengan sepenuh hati dan keimanan dan kita faham betul-betul..

Aku cilok dari FB.. memang kerja aku cilok mencilok je.. sebab aku memang tak kreatif pun..


Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah maksudnya??

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Renung2 kan, selamat beramal......


So lepas ni baca elok-elok naa kawan-kawan.. bye!



Saturday, November 12, 2011

How are you?

Adik perempuan aku yang belajar dekat UIA Kuantan tanya aku,

Ya, kalau orang tanya kau "Kai fa ha l u ka?" Kau jawab apa?

Aku dengan penuh confident, aku jawab "Kai fa ha lu ki.."

hoi.. ka tu untuk lelaki, ki tu untuk perempuan laa.. adik aku bagitau.. dia tanya aku soalan, aku tanya dia balik.. haha!!

Aku bukan tak tau langsung, aku pernah je dengar tapi macam tak pernah praktik so lupa..

ooooooooooooo.. baru aku tau..

Tak pa la.. tak rasa apa pun sebenarnya.. tak berminat.. Malah aku terlupa juga nak tanya adik aku apa jawapan yang sepatutnya aku jawab kalau orang tanya aku "kai fa ha lu ki?"

Owh ye.. bila orang tanya kau,

"Khai fa halukee?" and the answer can be "ana bikhair" (i am fine..) <-- semangat aku google ni weh!

Friday, November 4, 2011

....

Pagi ni lepas babai..babai..babai.. dan saling membabai antara satu sama lain, dan dari mula masuk office sampai ke petang, aku memang rasa macam tenang sebab tak dak orang nak ym aku lepas tu tanya soalan yang sama banyak-banyak kali sampai hang laptop aku, kacau-kacau aku sampai aku sakit hati dan merajuk gila babi, tak dak orang nak kelentong aku sampai aku nak nanges, tak dak orang lalu lalang depan aku nak pi berak..

tapi sebenarnya aku bukan tenang pun.. ianyanya ialah satu perasaan yang..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
KOSONG..

yeahhh... serious..
.
.
macam tengah miss u je ni.. kfinebye!