orang tengah stalk

Thursday, December 29, 2011

Rindu singgah secara tiba-tiba..

Dan rindu singgah secara tiba-tiba mengenang my good old days.


Suatu ketika berjalan malam di Taiping sekitar Disember 2009.


Mungkin kita dah tak spend masa banyak sama-sama lagi dah sekarang sebab masing-masing dengan komitmen masing-masing, tapi.. kepada kawan-kawan sekarang dan kawan-kawan terdahulu dan bakal kawan-kawan, aku doakan semoga kau orang berbahagia selalu disamping orang tersayang.. aku kawan dengan kau orang sebab aku hanya kawan dengan orang-orang best jaa..

Bye :)


Banyak sangat gambar-gambar lama dengan kawan-kawan, bukan 2 ketui wanita tu jaa kawan aku yang best ok.. ada lagi.. kalau nak letak semua, mahu boleh menangis aku..


Thursday, December 15, 2011

aku yang kuat merajuk dan tak suka perasan bagus..

Antara perilaku yang paling aku takut ialah BERLAGAK ALIM, PERASAN BAGUS, PERASAN BESEDERHANA, PERASAN LOW PROFILE sampai kadang-kadang kata-kata dari mulut orang macam tu mampu menggores hati dan perasaan orang lain terkadang boleh secara spontan mematikan moment-moment yang bermakna dalam hidup.

Sebelum rasa nak perasan bagus tu, tanya diri kita dulu, kita memang tak kan buat ke benda-benda yang kita cakap tu? hahahahaha... mustahillllll... tapi kalau kita betul-betul tak buat baguslah.. takdak la kita termalu sendiri bila terkantoi dengan orang lain.. ye la.. dulu kau kata lagu ni.. sampai orang lain pun macam malas dah nak cakap apa-apa sebab ye la, golongan cetek agama macam aku tambah-tambah kan, memang aku diam je laa.. sekarang ni aku nampak kau sendiri yang buat macam tu.. kau dulu bercakap macam dah perfect sangat.. haha!! bukan pe tau.. aku rasa kelakar je..

hahahaha.. k la... letih la.. bye!

Monday, December 12, 2011

Hey, kau tak penat ke weh?

Aku dah rasa aku dah jadi jahat gila dengan kau, macam-macam perangai aku buat.. aku tak sweet, aku suka jerit-jerit kat kau, aku pukul-pukul kau, lepas tu pula ikut suka hati aku jaa apa aku nak buat.. ikut suka hati aku jaa aku nak makan apa yang aku suka, ikut suka benak hati aku jaa nak merajuk-merajuk lepas tu merepek-merepek tah apa jadah tah..

Aku nak tanya sikit ni?

Bila kau nak letih menjadi 'tangan yang memberi' sedangkan kadang-kadang kau tak dapat pun something in return?

Bila kau nak letih layan karenah aku yang macam mengada-ngada pun ada?

Kadang-kadang aku sampai nak menangis fikir.. hadoiiii... pelik la kau ni..

kalau aku jadi kau, aku dah letih dah..

Sayang kau..

kbye!

Tuesday, December 6, 2011

Ustazah Aishah

Aku sekarang memang addicted dan obses gila mencari makna-makna bacaan ayat-ayat atau potongan ayat-ayat Al-Quran yang lazim kita baca sehari-harian. Kau tau sebab apa? Aku ni dah penat main baca jaa.. orang suruh baca aku baca, orang suruh hafal, aku hafal tapi aku tak tau pun tujuan aku buat semua tu.. yang aku tau benda tu bagus.. rasa baguskah kalau kau hafal tapi kau tak tau pun apa yang kau hafal tu? best kah? time muda-muda dulu best lah.. nak lulus exam, hafal ayat kursi, hafal ayat-ayat yang boleh kasi senang jawab exam.. makna takyah tau pun takpa.. dah tua and dah nak menikah ni, jiwa aku memberontak suruh aku sedar diri sikit.. buka mata jangan selalu sangat buat benda sia-sia walaupun kadang-kadang tertewas juga dengan keindahan sementara dunia..

So sekarang ni, aku nak share dengan kau orang makna ayat kursi. Aku start hafal ayat kursi time aku darjah 6. Aku memang nak ucapkan jutaan terima kasih kepasa Ustazah Aishah merangkap guru sekolah agama aku time darjah 6 dulu.. aku tak tau la ini berita bohong ke tidak tapi aku dengar Ustazah Aishah dah meninggal.. dah lama meninggal..Aku memang dah terus lost contact dengan arwah lepas darjah 6.. kalau betul, aku doa agar roh arwah di tempat kan di kalangan orang-orang beriman. Arwah memang ustazah yang tegas, hari-hari masuk kelas bawa rotan, arwah akan pastikan kami semua hafal ayat kursi, tak hafal siap la kena rotan. Alhamdullilah weh, berkat usaha dan ketegasan arwah mendidik aku, sampai sekarang aku hafal dan amalkan ayat kursi. Terima kasih sangat-sangat yang tidak terhingga kepada Ustazah Aishah..

Tapi tu la dia, dulu dok main hafal jaa.. lately baru ada kesedaran nak google maksud dia.. teruk kan? meh la tengok sama-sama dengan aku:

Maksudnya :

Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS : Al-Baqarah : 255)


Penjelasan:

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.


Khasiat Ayat Kursi:

  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)




Monday, December 5, 2011

Deruan Ombak..

Lately, dan semalam paling dashat, aku buka FB, sana sini dok cerita pasal deruan ombak.. hero dia cute laa.. cerita dia best la.. menangis-nangis lah.. yang paling aku tak tahan, member jantan aku post status Aaron Aziz cute dalam deruan ombak tu!! omg!! tolong weh!! jantan tu weh!! luruh rambut aku baca status beliau..

Aku tak tau la aku ni kenapa kan, but aku memang jarang nak suka perkara yang terlalu ramai orang suka.. contohnya filem terbaru Deruan Ombak ni laa.. rimas aku tengok status kawan-kawan kat FB..

Eh, Ombak Rindu laaa.. silap, Deruan Ombak plak.. nampak sangat betapa aku teramat don't give a damn kepada deruan ombak itu.. eh silap lagi.. Ombak Rindu..

kbye.. free2 nanti aku tengok la eh.. tak pun kalau ada yang nak belanja, aku ok jaa..

Thursday, December 1, 2011

Crying Shoulder..

A shoulder to cry on, but when the shoulder itself that gives you the pain, that is when the real pain and cry you will have felt and made..

Until certain point, we are the best crying shoulder to ourself.. yesss.. memang betul pun..

Wahhh.. cakak omputih.. :P