orang tengah stalk

Sunday, February 26, 2012

Situasi yang amat menjengkelkan aku.. dah lama dah rasa tapi semenjak dua menjak ni macam kian memuncak..

Dulu aku suka solat dekat surau cubical comel dekat office, lately ja aku rajin-rajinkan diri pergi surau official dekat company aku ni.. lagi jauh kaki aku melangkah ke surau, lagi banyak pahala kan? hihihi..

Lately juga sebenarnya perangai aku ni, aku tak suka nak berada dalam crowd of people yang ramai.. tak tahulah kenapa just aku lately aku rasa aku malas nak dengar orang buat bising di sekeliling aku, lately juga aku memang malas nak bercakap-cakap sangat dengan orang.. orang yang aku tak berapa nak kenal lagi la aku tak nak bercakap kan..

So, aku pun naik ke surau official dan masuk ke surau.. buka pintu.. haaa hambek ko!!! semua mata pandang kau.. ye laa.. standard la kan.. dah main entrance memang semua orang tertumpu dekat kau laa tambah-tambah pula orang yang berpewatakan menarik cam i ni.. *jelingkan mata ke atas sambil gerak-gerakkan leher*

Ok thats not my point..

Dekat surau aku tu, ada segerombolan wanita-wanita segenerasi dengan aku juga memang kebanyakan (memang banyak sampai sempit surau) hari depa akan solat combo dimana golongan yang akan solat zohor nak dekat-dekat asar, senang, tak payah nak naik turun surau banyak kali.. kau orang ingat office aku tu senang nak dapat lif kerrrr??? susah sikit laa.. nak tunggu lagi.. may be mereka seperti aku agak malas mahu tunggu lif..

Aku pun 2x5 ja laa kan kalau tak kan aku setiap kali aku masuk surau aku mesti ngadap muka makcik-makcik tu kan.. huhauahuahuah!!!

Thats not my point lagi..

Aku solat sorang-sorang ja.. tunggu masuk asar pun sorang-sorang, bosan tak tau nak buat apa, dok tengok-tengok handphone.. lepas tu dengarlah makcik-makcik belakang aku ni dok cerita-cerita pasal anak masing-masing, family masing-masing.. suara agak macam pakai healer yang cikgu-cikgu pakai time hari sukan sekolah tu laa kan..

Dia orang ni segenerasi dengan aku, ada yang baru kahwin, ada yang baru pregnant, ada yang mengandung semester kedua, ada yang dah masuk trimester, ada yang baru balik cuti lepas beranak.. haaaaaaaa... hebat tak aku.. kau orang tau macam mana aku tau status-status depa semua?

Sebabbbbbbbbb.. aku memang dengar diorang dok berborak-borak.. tak nak dengar pun aku memang akan terdengar..

Duduk berkumpul ramai-ramai dekat belakang, masing-masing tunggu turn nak cerita pengalaman beranak masing-masing laa... macam mana nak breastfeed laa.. hantar anak dekat rumah pengasuh laa..

HARI-HARI AKU DOK DENGAR CERITA YANG SAMA WEHHHHHHHHHHHHHH!!! HARI-HARI WEHHHHHHHHHHH!!! NASIB BAIK ADA SEMINGGU PERIOD.. KALAU TAK SEBULAN STRAIGHT AKU KENA DENGAR CERITA ULANG-ULANG MENGALAHKAN SIARAN TV ASTRO BUDAK-BUDAK TU!!

Tak kesahlah kan.. nak cerita-cerita kau orang ceritalah bisik-bisik.. ni cerita-cerita, cara duduk tak payah cakaplaa.. terkangkang-kangkang nasib baik pakai kain telekung.. kau orang boleh fikir tak manalah tau dalam surau tu ada di antara kita yang tak senasib dengan kau orang, yang belum ada anak lagi, yang tak boleh mengandung kaa.. yang andartu belum kahwin kaa.. budak-budak ni fikir ke tak tah kalau golongan-golongan ni terdengar ke? Tak ke macam terasa sikit eh?

Aku cerita dekat tunang aku mengenai kemenyampahan aku ni.. tapi dia cakap sebab aku tak rasa lagi.. entah-entah aku pun nanti sama.. huhuh.. omg!!! semoga aku tak ikutlah perangai makcik-makcik ni.. tapi aku ni kan memang jenis sedaya upaya tak kan buat benda-benda yang aku meluat tengok orang lain buat.. percayalah wehh..

Heyyyy.. susah nak cakap.. banyak benda lately aku meluat.. penuh dengan sifat mazmumah juga aku ni.. tapi serious laa weh!! rilex laaa... macam lah kau sorang je kahwin, macam kau sorang je bahagia, macam kau sorang je boleh get preggy, macam kau sorang je breastfeed.. aduiii.. aku serious menyampah dengar cerita kau orang.. tak kan aku nak tutup telinga dalam surau tu.. agak-agaklaa.. so, silalah sembahyang ontime la kot eh nurul anida so that kau tak payah jumpa mereka yang boleh mengandung dengan kadar segera ni.. orang lain macam susah nak mengandung kan.. kau je senang.. haaaa...

eh.. letihlaa.. hari ni aku nak pergi kenduri member aku and nak makan puas-puas..

Bye!


p/s: seminggu sebelum kenduri, aku nak diet.. siapa halang aku, memang aku.... owh please.. jangan la halang wehhhh!!!





Wednesday, February 22, 2012

Aku akan buat apa saja untuk kau.. jangan kau risau..

Kebahagiaan dan ketenangan jiwa yang sebenar ialah apabila kau menghabiskan setiap detik hidup kau dengan insan-insan yang kau sayang dan mereka pun berasa bahagia dan tenang juga menghabiskan setiap detik hidupnya bersama kau..

Sunday, February 19, 2012

Hati aku ni dari dulu lagi sudah terlalu kerap bertolak ansur.. kesian hati aku..

Dari dulu lagi.. kau faham?

DARI DULU LAGI,

Aku selalu tak jadi diri aku asalkan kau boleh jadi diri kau.. kau faham?
Aku selalu biarkan hati aku berdarah-darah asalkan hati kau tak ada setoreh luka pun.. kau faham?
Aku selalu telan ubat pahit asalkan kau nampak aku tengah makan gula-gula.. kau faham?
Aku selalu senang bila kau senang.. kau faham?

So, kau faham tak yang kalau kau remuk-remukkan hati aku sesungguhnya aku memang tak faham kenapa kau sanggup buat aku macam tu.. Aku sangat-sangat sudah terlalu sedih pada ketika ini tapi sebab aku nak kau senang, aku buat-buat senang..

Aku kalau boleh nak kau rasa apa yang aku rasa so that kau akan hargai apa yang aku telah cuba sedaya upaya korbankan untuk senangkan hati kau yang aku anggap milik aku..

Kau nak marah kan? aku tak kesah.. sebab aku memang bukan malaikat.. aku memang selalu buat kau rasa aku menjengkelkan..

Bye..

Saturday, February 18, 2012

Pe?


pe? pe? Okay.. kenapa colour pink kan? sebab mama aku la ni suka sangat colour pink.. ni semua sebab memenuhi kehendak mama.. kesian tunang aku yang agak kejantanan itu time nak bagi kad dekat kawan-kawan dia.. entah-entah kena gelak sebab colour pink kan.. Nasib baik dia jenis tak kesah.. terima jaa.. :)

Kad ni kita orang design sendiri dekat MESRA KAD KAHWIN. Kau datang sendiri kedai ni dekat Wangsa Walk dan kau bagitau la dia design macam mana kau nak.. macam aku, aku suka yang simple-simple saja..

The whole cost is RM850, 1000 pieces of invitation card, free 1000 kotak kecil, and 2 free buntings.. ini tahun lepas 2011 punya pakej.. tahun ni aku tak tau laa.. :) Mana-mana yang nak kahwin tahun ni tu, rajin-rajinlah pergi festival pengantin sebab dekat tempat-tempat macam ni lah kau orang boleh dapat pakej murah-murah.. kau orang banyak duit sangat ke wehhh nak kahwin ni.. aduiiii..

Bye!

Sunday, February 5, 2012

Tak dapat payment punnnnn..

Demi menyokong usaha Cik Bulan, kawan aku seorang ni, aku dengan bangganya memkenalkan restoran yang baru di buka oleh kawan beliau, Cik Bulan kira macam tolong-tolonglah.. aku faham, mula-mula nak start business ni kan, mesti banyak dugaan dan halangan yang mereka akan tempuhi tapi aku yakin Cik Bulan serta kawan-kawannya ini kuat dan mampu mengatasinya dengan tabah..

Haaa.. baca! baca! details tetang restoran steamboat mereka ni.. Cik Bulan kata nak buat kenduri kahwin dia dekat restoran steamboat dia ni.. perghhh!! memang aku orang first datang dan terakhir yang akan balik nanti sebab aku nak tapau.. huahuahua!! ingat senang ke nak jumpa orang kenduri dekat restoran steamboat??

kau orang bolehlah bawa family dan suami dan isteri, kawan-kawan berdating di sini yee.. dekat cyberjaya, quiet place sesuai untuk pencinta ketenangan..


All the best to you and team Cik Bulan.. :)