orang tengah stalk

Wednesday, May 30, 2012

Kek Batik Ecah

Last Monday, time aku puasa, aku ym ecah, aku tanya dia bila dia nak buat kek batik lagi sebab aku dah mengidam ni.. mengidam bukan sebab preggy ke apa tapi biasalah nafsu orang berpuasa kan..

Kek batik ecah selalu buat air liur aku meleleh apabila aku begitu menginginkannya.. Kek batik ecah tak kedekut coklat dan ada hiasan manik-manik gula berwarna-warni di atasnya.. sangat-sangat membuka selera.. 
Tambah-tambah bila kek baru keluar dari peti ais, sejuk jaa.. 

Esok pagi, aku sampai office ecah cakap "i have something for you".. wahhh.. dia bagi sebekas kek batik dekat aku.. tapi bukan kek yang dia buat.. dia teringat yang aku teringin kek batik, dia pergi beli dekat kedai.. ok, sangat-sangat terharu dan aku rasa guilty pula sebab minta kek batik ecah semalam tanpa rasa segan silu.. hihi..

Aku tau ecah busy kerja tak dak masa nak buat kek batik ecah.. entah-entah dia pun rasa bersalah tak buat kek ecah untuk aku tu yang dia pi beli kat kedai tu.. Tengok la nama kek batik tu.. kek batik fadznida.. NIDA uuu.. nama i okayyy..


Okay, memang sedap tapi tak sesedap kek batik ecah.. :)
Aku suruh ecah email bahan-bahan ramuan asli kek batik ecah sebab nanti aku nak pergi beli bahan-bahan tu and kasi dekat ecah suruh ecah buat..

Kat bawah ni ramuan kek batik ecah:

Berikut adalah bahan2 yg diperlukan ye puan2..

1.       Milo sederhana besar
2.       Koko (sikit je pun xpe) nak satu cawan je
3.       1 butter (ape2 brand pun boleh) 250 g
4.       Biskut marrie satu bungkus (ape2 brand)
5.       1 tin susu pekat (ape2 brand)
6.       Hiasan warne-warni kalau nak :p

Haaaa... aku rasa sedap sebab ecah guna milo kot.. haaaa.. dap nyaaaa..

Thank you Ecah for the Kek batik Fadznida.. aku makan sampai habis okay.. 

Kbye.

p/s: Ecah ialah kawan aku time aku belajar dekat U, satu course selama 4 tahun, scholarship pun sama, so kalau ade apa-apa event organised by scholarship tu, memang kami pergi sekali, sekarang kami duk kerja satu office.. sungguh tak berkembang dunia aku dengan Ecah.. Ecah member husband aku juga.. tak berkembang, badan kami je kembang.. kbye..

Monday, May 28, 2012

Roti Planta Mamak


 Aku pun tak tau la kan, may be sebab hari ni aku puasa ke apa ke. Tapi dalam sedang aku duduk dekat office yang sejuk nak beku ni, tiba-tiba je minda aku terfikir bunyi picikan honk mamak roti yang selalu lalu depan rumah family aku.

Owh serious, kadang-kadang sebelum kahwin dulu, aku sampai je rumah, belum sempat masuk rumah letak bag laptop lagi, mamak roti lalu depan rumah.. dok honk-honk.. pittt pittt pittt.. aku terus lompat keluar from kereta kejar mamak roti okay, tak menyempat-nyempat kalau dalam kereta, aku sampai tahap boleh kejar mamak tu macam polis kejar penjenayah la..

Right now dan selamanya aku sedang craving for roti planta mamak tu.. selalunya dia sangkut roti tu kat paling atas sekali.. roti tu bentuk bulat tapi sebab terlalu lembut sampai dah terpenyek-penyek dah time aku beli tu, tapi lagi penyek lagi sedap wehhhhhhh.. haduiii... meleleh-leleh air liur aku time compose entry ni..

Pernah aku beli roti tu, satu paket ada lima bijik roti planta penyek lembut tahap dewa punya, habis kot aku dengan member aku makan okay.. memang sedap tak terkata yee.. huiii..

Roti dia sedap sebab lembut lepas tu ada planta dengan gula.. lepas tu planta dengan gula tu pula macam dah lembik-lembik, meresap secara harmoni dengan isi roti yang super lembut.. huarghhhhhhhhhhhh.... heavennya the taste.. huaaaa.. aku nak beli roti tu balik keje nanti.. i want it!! i want it!!! so badly!!!

Paling sedih bila kau dah penat-penat kejar mamak tu last-last rmamak roti cakap roti planta habis!! :( owh.. apakah yang lebih sedih dari itu bila kau memang benar-benar menginginkannya kan??  :( :( :(


Kbye..


Thursday, May 24, 2012

Aku kan..

Dengan ini, secara officialnya aku declare with all my heart yang aku meluat tahap max dengan wanita yang fanatik politik.

Tak manis lah kau dok update-update pendapat obses kau dekat FB, dekat twitter, dekat blog yang kau tak puas hati dengan kerajaan.. memang lah nampak kau marah dengan kerajaan tapi kalau macam tu, kau packinglah barang pergi duduk negara lain.. 

Diam-diam je dah la.. serious tak manis.. kau tu berimage muslimah, lagi la kan.. dah la aku ni ada expectation yang sangat tinggi dekat wanita muslinah sejati okay.. aku expect kau kena lemah lembut, jangan menonjol dekat public (FB wall termasuk sekali).

Okay.. apa-apa pun lantak kau lah mungkin itu matlamat perjuangan hidup kau.. tapi kau carilah cara lain untuk berjuang membela nasib masyarakat.. politik is not appropriate for women.. serious..sebab pada aku kau tu wanita muslimah yang lembut..mungkin kau boleh berjuang membela maruah rakyat dengan menjual pakaian muslimah yang tidak menampakkan line pakai dalam mereka di blog.. bukan apa tau, sekarang ni aku tengok, fabrik semua jenis yang berat2 and melekap2.. sedap pak-pak arab pervert cuci mata tengok.. yang berperut berotot berlebihan seperti aku ini? eheheheh :P 

Kbye..

Wednesday, May 23, 2012

Hantaran

Dah 2 bulan lebih kahwin baru aku nak post entry ni kan. Aku bukan apa, sebelum ni aku dah canang-canangkan dekat kakak Office aku tu yang aku akan promote hasil air tangan dia menggubah hantaran aku dekat blog aku sebagai tanda berterima kasih..hiihi..

Sekarang ni aku nak share la.. secara keseluruhannya, aku amat berpuas hati dengan hasil kerja kakak office aku ni.. dia memang buat bisnes ni pun, so no wonder la kan. 

She asked me on my budjet untuk hantaran and dari situ dia akan usaha mencari barang-barang yang bersesuaian dengan budget aku tu.

Kau percaya tak, budget aku ialah rm20 satu dulang, kesian kakak office aku nak carik barang-barang rm2o sedulang je.. tapi aku memang tak nak spend banyak dekat  gubahan hantaran aku pun.. kedekut ek aku ni.. ihihi..

Kakak office aku yang hantar sendiri ke rumah aku sehari sebelum majlis akad nikah, sesat barat kak hailey, sian dia.. 

Sekarang ni kau orang tengok je la gambar hantaran aku ni, simple je gubahannya but very nice and i like it.
And satu dulang hanya menelan budjet rm20.. thank you kak hailey :)

Theme colour ialah kuning and kelabu ye..



Terima kasih kepada kawan mama and untie yang sudi sponsor barang hantaran sikit..ihihi..

Bye..:)

Friday, May 11, 2012

Marah Tak Jadi

Aku tengah tak tahan nak terkucil ni, kau faham lah kan perasaan dia macam mana sebab kita semua ada pundi kencing kan..
Aku masuk toilet, and sangkut handbag, tiba-tiba hp aku berdering, adui.. kau orang faham tak perasaan dia.. macam rasa nak marah pun ada sebab kenapa sekarang?
Owh, nenek call rupanya.. nenek aku memang akan call aku hari-hari buat pengetahuan kau orang ye.. kalau tak call, aku yang call dia sebab sehari tak call akan rasa cam lain macam even dah kahwin ni kan lagi lah dia call, dia macam risaulah, aku ni kan spoil semua tak reti nak buat.. goreng cekodok pun tak reti.. :P
Aku cakap kat nenek aku call dia semula nanti, aku dalam toilet.
Dalam kereta otw nak balik rumah, aku call nenek back, aku cakaplah,
"nenek call kak long, dah la kak long tengah cingcing (sopan kan?) td.."
pastu nenek macam diam..
pastu dia cakap..
"laaa.. mana nenek nampak kak long tgh cingcing.."
Eh ye la.. tak jadi nak marah even dalam hati pun tak jadi nak marah.. kalau marah memang bodo la..

Bye!

Monday, May 7, 2012

Aku tak pernah dikecewakan sebegini oleh cekodok pisang.

Weekend hari tu aku pergi pasar dengan suami beli barang dapur sikit, aku ambil pisang konon nak buat cekodok pisang for tomorrow's nya punya breakfast okayyy.. isteri mithali kot!!

Esoknya bangun pagi aku terus masuk dapur lenyek-lenyek kan pisang and buat la apa yang patut, alaaa.. procedure biasa orang buat cekodok pisang.. senang je kan.. 

Tengah sibuk-sibuk buat preparation, suami i bangun uuu, aku telah mendapati bahawa aku akan cepat panik dan akan tak keruan nak buat kerja kalau suami aku dah bangun, aku rasa semua nak kena buat cepat-cepat sebab nanti dia lapar pula kan.. lepas tu kalau aku dok sibuk kat dapur, siapa nak teman dia melepak tengok tv kan.. kesian dia sorang-sorang pula.. dia kata dia tak kesah tapi aku kesah.. kehkeh..

Aku pun start masak cekodok cepat-cepat..

Last-last u know apa yang berlaku, cekodok itu telah melekat di kuali, melekat bukan sikit tapi sesudah aku kuis-kuis kuali, habis hancur melebur cekodok itu.. hancur remuk hati aku melihatkan fizikal cekodok itu..
Aku bertambah panik dan keluar melaporkan keadaan kepada suami aku.. aku tak berputus asa, aku try lagi, 2nd round la.. cekodok yang first round tu, sambil-tunggu yg 2nd round tu masak, aku ngap-ngap la juga, sedap gila kot walaupun hodoh melekat dan melekit..weh!

2nd round MELEKAT JUGAK WEHHHHHH!!! varvi laaa...!!! aku keluar dapur, aku habag kat suami aku, "okay, saya dah give up!!!" lepas tu muka suami aku macam tak tau nak respon macam mana.. dia pun pergi la dapur and tengok keadaan cekodok tu.. memang hangit sbb aku tak berjaya-jaya nak kuis-kuis cekodok tu keluar dari kuali.. aku serious nak menangis ok. dalam kepala otak aku, pukul berapa kita orang nak boleh breakfast ni..haduiiii..

Last-last.. suami aku bancuh cekodok ikan bilis adabi tepung segera.. haaa hamek ko.. suami aku buat semua dari awal sampai habis sebab aku memang dah takdak mood!! dia memang banyak menenangkan keadaan..sayang awk la..segera siap dan terus makan.. rupa pun tak dak la hodoh.. comel je.. tak dak la pula nak melekat-lekat dekat kuali.. rileks ja dia timbul..

So hari ni aku google cara-cara tak nak kasi cekodok pisang melekat, so aku dengan yakin mengaku bersalah yang cekodok aku semalam kurang tepung.. patut laa..

Cuba kau refer link bawah ni.. sangat membantu.. aku akan terus try lagi buat cekodok pisang ni sebab ianya memang tak kan pernah luput dari minda dan hati aku sebagai one of the most delicious kuih in the world..




Bye!

 

 


Friday, May 4, 2012

Bisikan Bilis (itu bukan typo tapi cuba menjadi sopan sikit).

Aku tak tahulah masalah ini aku je ka yang hadapi atau ramai lagi wanita di luar sana mengahadapnya juga.
Baru kahwin dan menukar packaging. Sebelum ni apa yang tutup badan aku, semua yang tak berapa nak senonoh sangat, ketat la, nampak dada luas laa.
Dulu kalau tunang marah, masih boleh buat tak tau ye.. sekarang ni sila taat kepada suami please.
Okaylah, my new packaging is as per my own initiatvies eh, not being forced or apa, aku yang rasa tenang ambil keputusan nak jadi macam ni. I love my husband la kot kan so kena la tutup-tutup. Sampai bila nak degil-degil??

Ok laa.. masalahnya sekarang ni, setiap hari nak pergi kerja mahupun mahu keluar berjogging di hujung minggu, aku buka almari dan aku mendapati bahawa, HOIIIIIIIIIIIIIIIIMANABAJUAKUSEMUAKENAPASEMUABURUKGILA!!!!!!!
KENAPAMESTIBAJUKETATANDNAMPAKPINGGUL??NAMPAKDADA??
BENCIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!
Ketiadaan baju yang sesuai untuk packaging terbaru aku sekarang ni menyebabkan aku terpaksalah pakai baju yang aku sendiri tak confident dibuatnya.. rasa macam makcik-makcik pun ada,. rasa macam dah tak hot macam dulu *tangandidadaanakmatakeatasjelirlidahsikit*
seriouslah weh..sekarang ni aku pun tak tau kenapa, aku tak suka dah nak pakai baju ketat-ketat and nampak muntut.. seluar jeans pun dah malas nak pakai sebab tak masuk angin.. ihihihi..macam tak selesa dah.. dulu ok jaa.. sekarang ni alang-alang tutup rambut, tutup la muntut kot kan.. tak comel la kalau tutup rambut tapi ketat-ketat..

So, tiap-tiap hari aku berasa down dan macam makcik-makcik, yang kerja human resourcespetang-petang turun cafe beli kuih sebab tak dak baju yang sesuai.. hari-hari ajak suami pergi downtown nak cari skirt labuh and baju sekarang yang labuh-labuh pakai dengan cardigan, memang sekarang aku gila cardigan weh!
Aku sampai nekad nak habiskan duit bonus aku beli baju jaa.. padan muka.. dulu pakai baju ketat-ketat kan.. sekarang padan la muka kau!!

Aku yakin, iblis memang hobi dia dok bisik-bisik dekat telinga aku ni, cakap aku macam tak cantik la, macam makcik-makciklaa.. saja je kau ni nak sesatkan aku kan!!! belah!! belah!! tak koser nak layan ko!! Gi la goda nora danish ke, rozita ke..

Tudung pun aku rasa dah macam satu malaysia aku jelajah, kira dah habis la tudung kat seluruh malaysia ni aku beli so that ada ala tudung setiap kali aku nak match kan dengan baju..
baju je aku tak reti nak beli hat lagu mana.. adehhh.. doakan la ye aku jumpa baju yang sesuai.. aku pening ni..

Bye!

Wednesday, May 2, 2012

Perangai segelintir individu yang boleh buat orang benci tahap klimaks kepada mereka..hakktuiii!!

Last Monday night, memandangkan esoknya labour day, aku dengan suami keluar pergi tengok wayang.. sepanjang sebelum kahwin kita orang tak pernah tengok wayang sama-sama ye.. tak tipu serious tak tipu sebab memang lebih baik guna duit untuk benda lain la kan..so macam agak kekok sikit..  ihihihi..
Sebelum Berani Punya Budak start pukul 9.20pm, kami jalan masuk dekat butik Padini ye.. beli-beli apa yang patut, pau suami apa yang patut.. :P
Time dekat kaunter nak bayar, belakang kami ada dua orang budak lelaki yang agak metrosexual berbincang dengan sungguh lantang vocalnya sampai aku boleh dengar.

Pondan A : Kau bayarlah pakai duit kau dulu, nanti aku bayarlah.
Pondan B : (Sambil Check wallet) Aku takde duit dow, serious haa takde. Kau bayar la.
Pondan A : Kau bayarlaa, nanti aku bayarlah kat kau.

Dan berlarutan la perbincangan itu sampai tetiba dua-dua macam diam.
Aku ni macam dah tak sabar nak keluar dari butik tu sebab dah tak sabar nak bergosip dangan suami aku pasal budak-budak tu.
Ternyata suami aku pun dengar juga, nampak sangat kuat sungguh suara mereka.

Macam ni lah, senang cerita, kalau aku berada di tempat PONDAN B, hari itu akan menjadi hari terakhir aku keluar dengan Si PONDAN A.
Aku betul-betul tak faham, macam mana kau nak pergi shopping baju tapi kau tak ambil duit dekat ATM.
Lepas tu terkebil-kebil minta kawan kau bayarkan dulu.. muka kawan kau tu macam berat je nak bayarkan dulu sebab memikirkan kau ni jenis muka liat je nak bayar hutang, macam senang-senang je buat-buat lupa hutang kau, macam manalah kau expect kawan kau nak keluarkan duit bayarkan dulu untuk kau. Meluat nak meninggal kot. Owh serious tak suka budaya "kau bayarkan dulu nanti aku bayar" ni..
Kalau kau deal dengan orang yang bertanggugjawab dengan hutang dia, then its ok, ni sampai dah 3456 kali hint diberikan tak reti-reti gak nak bayar, itu memang serious boleh undang kebencian orang terhadap kau.
Kau kena tahu, selalunya orang melayulah kan, memang menjaga hati, kalau hutang tak berbayar, dia orang suka ambil sikap berdiam diri dan mungkin akan bercerita belakang kepada rakan-rakan lain dan jika itu berlaku, tak ka nama kau busuk longkang?

Malaslah aku nak berleter panjang, nasihat kepada yang merasakan diri menjadi mangsa, sila jangan berkawan dengan orang-orang yang tidak suka bertanggungjawab membayar hutang tetapi menyuruh anda membayar dahulu sedangkan anda tidak suka berterus terang meminta duit anda daripada mereka demi menjaga persahabatan anda (haktuii.. sahabat apa lagu tu). Sila jangan berlembut dengan mereka jika anda masih mahu berkawan dengan mereka.

Sekian.