orang tengah stalk

Tuesday, June 26, 2012

Entry Cilok : Hukum Membatalkan Puasa Ganti.

Aku pernah jumpa seseorang sedang berpuasa ganti dan sewenang-wenangnya membatalkan puasanya kerana tak tahan lapar dan member ajak makan, dalam hati aku "kenapalah banyak cantik sungguh muka kau?"..sejujurnya aku pun pernah buat macam tu juga.. tapi tu dulu-dulu zaman jahilliliah aku.. sekarang dah tak buat dah.. ngehngeh.. Terfikir apakah hukumnya, ada someone yang aku dah tak ingat siapa dia, pernah bagitau aku dosa kalau sengaja batal kan puasa ganti..
Lepas tu ada pula yang tanya kalau tinggal puasa ganti kena ganti double ke? aikk!! pelik betul.. mengapa begini sukar sampai kena double mable? lalu aku google dan mencari untuk menguraikan kehairanan dalam benak fikiran aku.
Last-last aku jumpa entry dari blog ni dan aku sangat boleh menerima the facts.
Dekat sini ingin aku tegas kan kepada siapa-siapa yang suka suki mak nenek jaa nak buka puasa ganti:





Sekian, Kbye.

Monday, June 25, 2012

Shopping Bag

Hari Sabtu di kebanyakan tempat membeli belah tidak akan menawarkan bag plastik atas dasar menyahut seruan kerajaan mengurangkan penggunaan beg plastik dekat malaysia ni..

Aku sebagai rakyat Malaysia yang amat menyayangi Malaysia adalah salah seorang yang menyokong usaha kerajaan ini walaupun aku nampak macam susah betul lah rakyat kita untuk tidak pakai beg plastik, mana tak nya weh, dah sejak berpuluh-puluh tahun pakai dan budaya tu dah sebati dalam diri, memang susah la nak luntur kan benefit beg plastik weh.. betui dak?

Macam-macam produk dah bagi shopping bag as a free gift bila kau beli product depa macam hari tu aku beli kasut primavera, dapat lah shopping bag colour hitam yang agak cool, aku dah bagi dekat husband aku, suruh dia letak dalam kereta dia. Baru-baru ni aku beli lotion vaseline, dapat lagi shopping bag free.


Masalah yang selalu aku hadapi ialah bila hari Sabtu pi shooping mesti terlupa bawa shopping bag, annoying sangat-sangat bila kau ada shopping bag tapi ianya hanya dijadikan perhiasan dan kau terpaksa bayar 20 sen untuk beli bag plastik sebab barang kau banyak. Selalu terlupa okay!!

Until  last Saturday, aku nak pergi membeli barang dapur, aku cepat-cepat bagitau husband aku yang kita ada shopping baggggg!!! yes! yes!! excited nak guna!! jangan lupa!!
So, aku pun memang awal-awal lagi carry the bag all the time dalam rumah sebelum pergi memang dah kena pegang dah takut terlupa.. sakit hati sungguh kalau terlupa...

Sampai carrefour, turun kereta, masuk dalam, alamak!! shopping bag tertinggal dalam kereta okay!! maka dengan penuh annoying kami pergi kat kereta dan ambil semula.. Kau bayangkan lah, selalu sangat  terlupa, selalu sangat bayar 20 sen tak pun bawak pakai tangan daging basah, keropok 2 3 packets, serious annoying menjadi pelupa..

Pada aku, cara tak nak kasi kau terlupa ialah dengan meletakkan shopping bag itu di dalam handbag kau atau letak saja dalam kereta kau, jangan nak bawa turun buat pekasam dekat rumah. Lepas tu biasa kan menghukum diri kau yang pelupa itu dengan apabila kau tertinggal dalam kereta, berusahalah untuk patah balik ke kereta untuk mengambilnya semula.. exercise la sikit.. tapi kalau dah tertinggal kat rumah tu, tak perlulah kot.. kau bayar jela 20 sen..so that after this kau dah takkan terlupa.. insyaallah.. :)



Haaaa.. banyak kan aku beli.. benda ringan-ringan je la pun yang aku letak dalam bag ni, kalau letak beras, memang 3 saat je la tahan.. lepas tu putus.. 

Kbye :)









Thursday, June 21, 2012

Cilok artikel : Sharing is caring right?

Alkisah rumah tangga di FB
Wartawan Sinar Harian
15 Jun 2012
Alkisah rumah tangga di FB

Alkisah rumah tangga di FB
 
“SUAMI saya outstation lah dua hari. Rindunya kat dia nanti...,” antara kata-kata yang sering dipaparkan dalam ruangan mana-mana status di laman sembang yang popular terutamanya
laman sosial Facebook (FB). Fenomena menulis ayat-ayat ‘cinta’ di samping memuat turun gambar yang agak keterlaluan untuk dipaparkan kepada umum dilihat kian menjadi-jadi dari semasa ke semasa.

Apakah rahsia rumah tangga sama ada di ambang bahagia atau sebaliknya perlu dijadikan tatapan ramai? Sedangkan apa yang dilalui pasangan itu adalah rahsia yang perlu tersimpan rapi dalam kamus hidup suami isteri. Situasi itu pastinya menimbulkan kesan negatif kelak tidak kiralah pada diri sendiri atau masyarakat sekeliling.


Mengundang keghairahan

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus dalam kuliahnya di sebuah masjid sekitar Shah Alam baru-baru ini berpandangan bahawa, kemungkinan besar insan yang memuat turun gambar di FB mahu berkongsi kasih sayang dan kebahagiaan mereka dengan orang lain.

“Hukumnya haram, menyiarkan gambar senyum sana senyum sini adalah fitnah. Nescaya mengundang dan menaikkan nafsu orang yang melihatnya. Tidak elok bukan, walaupun individu yang bergambar itu mempunyai perhubungan yang sah di sisi Islam.

“Ingatlah lafaz ini - aku terimalah nikahnya dengan mas kahwin tersebut itu maknanya aku terimalah dia menjadi isteri ku halal bagi ku mengikut garis syariat, yang pakai tudung pun apa kurangnya, senyuman dengan pelbagai aksi. Itu semua bagi menarik perhatian ramai dan akhirnya jadilah ia suatu perkara yang tidak elok,” ulasnya dalam ceramah tersebut.

Menurutnya, FB adalah medium yang banyak manfaatnya jika digunakan sebaiknya antaranya mujahidin pembela agama ALLAH SWT di Chechnya mengaplikasikan penggunaan FB untuk menentang pencerobohan tentera Rusia, mereka menggunakan bahasa isyarat dalam FB yang tidak boleh dikemas kini tentera musuh, namun masyarakat kini bertindak sebaliknya.

Itulah yang berlaku apabila dunia berada di akhir zaman. Sementara itu, pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nabilah Yusof berkata, tidak
boleh mengharamkan penggunaan FB kerana ia adalah medium yang mempunyai kebaikan dan keburukan kepada pengguna. FB boleh dianggap sebagai pengikat (silaturahim). Laman sosial itu dilihat bermasalah apabila penggunanya tidak mengemudi FB kepada perkara sepatutnya.


Rahsia rumah tangga

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi ALLAH pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan
isterinya melepaskan hajatnya kepadanya kemudian dia menyebarkan rahsia itu.” (Riwayat Muslim).

Melihat kepada hadis di atas jelas menunjukkan janganlah beria-ria memuat turun gambar mahupun menaip status yang bukan-bukan di FB yang menjadi ikutan berjuta orang. Cukuplah jika anda dan pasangan tahu apa yang berlaku. Kegembiraan atau kedukaan usah dipertontonkan kepada orang lain kerana pada anda ia adalah perkara baik namun, bagaimana jika individu itu tersalah menilai.

Nabilah mengulas mengenai tindakan sesetengah pasangan yang hangat mempamerkan kisah cinta dan aktiviti mereka di FB dilihat kurang wajar kerana ia mengundang timbulnya perasaan meluat dan gejala negatif.

“Sebagai contoh, si isteri meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan suaminya, lalu dipaparkan di FB. Apabila kenalannya memberi komen yang berunsur mengapi-apikan, pasti pertengkaran akan wujud sekali gus merosakkan hubungan yang tersedia rapuh.

“FB ini bersifat serampang dua mata, digunakan dari aspek kebaikan maka baiklah jadinya jika tidak parah yang menimpa. Sekarang ini kita lihat isteri tak puas hati dengan suami, si suami pula geram dengan isteri, lepas ini ada pula anak melepaskan kemarahan pada ibunya dengan post di FB,” katanya kepada Rehal.

Menurutnya, perkara yang mahu dipaparkan di FB perlu ditapis, jangan semua benda mahu dikongsi, sifat malu itu perlu. Jangan berfikiran semua orang akan senang dengan tindakan yang
dilakukan.


Alternatif terbaik

Islam adalah agama yang sangat menjaga umatnya, setiap perkara yang berlaku hendaklah diselesaikan berlandaskan kaedah dan cara berdasarkan hukum dan tuntutan syariat. Nabilah menegaskan, sebagai manusia yangdikurniakan akal fi kiran waras, kita hendaklah tahu menyalurkan kemahuan ke landasan yang betul.

"Usah diikutkan kemarahan atau keghairahan yang tersemat di jiwa, melainkan apabila menghadapi saat-saat getir di mana bantuan daripada pihak tertentu diperlukan. Mungkin mula-mula post gambar atau update status di FB, si polan berkenaan tak rasa apa-apa, tapi sampai satu hari dia sendiri akan rasa malu dengan perkara yang dilakukan, sampai saat itu barulah menyesal," ulas anak kelahiran Johor ini.

Menurutnya, banyak alternatif yang boleh digunakan untuk menzahirkan kata cinta kepada pasangan.

"Usahlah dihebohkan secara melampau-lampau. Ramai juga suami isteri yang hampir bercerai disebabkan tersilap mengemudi medium sosial itu, pekalah dengan keadaan masyarakat sekeliling bukan semua boleh menerima cara kita kerana setiap manusia itu berbeza.



One more thing, simple yet powerful reminder for me and you :


Sekian, kbye..

Tuesday, June 19, 2012

Sangat Tak Selesa okay!

Annoying please..

Bila kau sedang berbicara dengan rakan sekerja duduk bersebelahan dengan kau dalam office, bos belakang kau sedang pasang telinga..
errghhhh!!!

Bila kau perempuan, kena duduk depan bos kau seorang lelaki.. dari 8.30am ke 5.30pm bos kau monitor belakang  badan kau..  ye la may be bos kau bukan seorang yang pervert tapi aku sendiri yang  tak selesa laa.. tak sesuai bos lelaki duduk dekat meja belakang staff perempuan.. tak elok.. walaupun mungkin ada yang kata aku kolot tetapi aku tetap rasa tak elok..

Kbye :)

Monday, June 11, 2012

fuhhhh.. seriously heaven..


Wahai Teh Ais dan Teh Tarik.

Kalau perokok tegar amat ketagih merokok, aku peminum teh tegar yang hampir setiap hari menginginkan teh.. tak teh tarik, teh ais.. asalkan teh.. yang pekat is prefferred because lagi heaven.. huiiii.. speechless yet priceless moment while having it.. 

Nak ajak husband lepak mapley la malam ni.. pekana roti kosong dan teh tarik..semoga menjadi kenyataan.. semoga aku tak kenyang selepas berbuka kejap lagi sampai dah tak selera nak makan apa-apa.. ngehngeh.. =P

Semua ini hanya best dinikmati di Malaysia tanah airku..

K bye!

Friday, June 8, 2012

Pelamin Nikah Aku

Buat kawan-kawan yang tak berkesempatan hadir ke majlis nikah aku, ni aku attach gambar pelamin buatan sendiri aku.. aku ialah seorang yang sangat-sangat tidak creative yee.. tetapi aku rasa aku boleh berbangga bila walaupun aku tau aku tidak creative tetapi aku masih berinisiatif nak buat pelamin nikah sendiri.. Aku rasa pelamin nikah tak penting, sekadar ada je la.. kebetulan dekat rumah mama aku ada ruang tingkap yang sangat-sangat sesuai untuk aku decorate pelamin even pelamin tunang pun buat dekat situ.

Tengok and judge laa.. aku tak kesah asalkan ada pelamin.. pastu selamat jadi isteri orang.. kehkeh.. tapi cantik pe kan???





Ianya sebenarnya hanya kerja-kerja membeli kain langsir dekat Nagoya dan buat langsir. Beli kain shiffon, pin kan dekat hujung langsir, pinkan juga manik-manik panjang-panjang bentuk scalop (aku beli dekat home deco eric leong).. lepas tu ambil bantal-bantal kecil yang colourful dekat sofa rumah, susun je atas kerusi.. kerusi pun memang yang dah sedia ada dekat rumah.. suruh orang lelaki gagah perkasa angkut and letak dekat tingkap tu.. hihihi.. Bunga-bunga bulat putih dengan pasu bunga dekat tepi kerusi tu pun recycle bunga time tunang that day.. senang cerita.. siap!!

Thanks so much to mama and adik perempuan aku yang banyak juga membantu menyumbang idea..

Walaupun tidak sehebat design para designer pelamin yang selambak di pasaran, tetapi ianya telah memberi seribu satu pengalaman dan makna juga value yang penuh sentimental buat aku..buatan sendiri kot.. aku ni mana banyak duit wehhh..

k bui bui..


Wednesday, June 6, 2012

Perkara yang lately merunsingkan aku dan antara positive dan negative nya kerunsingan itu

1) Aku sekarang sedang gila membeli pakaian online. Paling tak sedap bila sampai tahap suami kau tunjuk kan keratan akhbar mengenai 'tabiat berbeli secara online' dekat kau.."saya ke yang suka beli online tu?" "ye laa.." itu maknanya memang dah obvious sangat dah tu.. 
Adik aku pun kata aku asyik-asyik beli.. dalam bulan ni jaa, 2 3  kali juga posmen datang rumah mama hantar barang aku.. huahuahuah.. kerlaz!

 positive : 

aku rasa berbaloi sebab pakaian yang aku beli tu menutup aurat la juga, tak berapa ketat, labuh,   lengan panjang, baju aku sebelum ni semua tak bersesuaian nak pakai, even aku dah mixed and match pun still macam tak sesuai, nampak montot la, ketat la.. so aku rasa biarlah aku berhabisan demi keselesaan aurat aku. Tak dak la nak cakap aku perfect tapi aku sekarang sedang sedaya upaya menutup apa yang harus ditutup.. sedang berusaha sehabis baik okayyyy.. sila beri semangat pleaseeee.. :)

negative :

Duit habis la weiii.. kau ingat kau donald trump (ok aku x sure ejaan nama laki tu)?


2) Berat aku ialah 55 kg sekarang ni.. sebelum kahwin memang maintain 50-51kg.. kau bayang kan dalam masa 2 bulan lebih kahwin aku dah boleh naik 4 kg okay!!! aku rasa kadar banyak makan aku sama je macam dulu.. heheheh.. Adik aku cakap bulan depan may be berat aku jadi 60kg agaknya sebab dia tengok aku makan banyak.. memang dasar mulut tak dak insuran punya budak.. ok aku tension sebenarnya.. aku nak makan buah-buahan dan kurang kan nasi pas ni..

Positive :

 Being a gemok dan berpenyakit person ada ke kebaikan nya? please laa!!

Negative :

 Sarang penyakit, bila sakit akan menyusahkan banyak pihak.

3) Aku selalu cakap dekat husband, aku nak resign, nak jadi suri rumah, sebab 8.30am until 5.30pm aku pi kerja, balik kerja, nak buat kerja rumah pula..selalu rasa tension sebab tak cukup masa.. kalau aku jadi housewife mesti sempat nak buat semua kerja rumah, mesti rumah aku bersih berseri.. 
Pagi-pagi sebelum pergi kerja, selalu aku sibuk-sibuk nak kemas katil, susun bantal dekat sofa ruang tamu which is aku rasa macam penat dan ambil masa sangat-sangat.. dah la tempat kerja aku ni tak boleh lambat sikit, lambat je sikit terus tak dapat parking free.. kau nak bayar ke rm7 sehari? sebulan berapa weh?

Positive :

Membuat kerja rumah akan menjadi kan kau sihat dan kuat.. setakat rm7 sehari, tapi kau balik je kerja tengok rumah kau tak bersepah-sepah, senang la hati sikit kan..

Negative :

Kalau berhenti kerja.. mana cukup duit weh.. walaupun suami aku 1457 juta kali lebih handsome dari donald trump tapi dia kerja makan gaji jaa.. my husband is an orang biasa yang baik hati.. donald trump tu ialah seorang bussiness man kot..


OKlaa.. sampai di sini saja entry aku.. ada CCTV besar kat belakang aku.. kbye..





Monday, June 4, 2012

Projek Besar-besaran Dihari Ahad

Mee Tom Yam for our  lunch, berjemaah masak dengan suami. Rasa dan prensentation dia kan kalah yang dekat kedai tau.. kau reti?? :P


Kbyebyebye..