orang tengah stalk

Friday, July 27, 2012

How fast the time goes by you ols!

Aku kebosanan dekat office.. Al-maklumlah.. puasa kan.. kalau bulan tak puasa, dah lama aku keluar jalan-jalan cari makan kan..

Hmmm.. kebosanan, lalu aku buka folders gambar lama-lama yang ada dalam lappy aku ni.. tengok satu-satu gambar, gambar-gambar bersama kawan-kawan, gambar-gambar beronggeng-ronggeng, gambar ketika masih single mingle, gambar-gambar ketika pada ketika itu aku sendiri tak tau masa depan aku akan berkahwin dengan siapa.. huhuhuhuh..

Omg.. slim nya aku.. slimnya girlfriends aku semua dulu.. sekarang ni, hampir semua dah kahwin pun.. dah ada anak, dah pregnant.. ada yang nak kahwin.. Alhamdullilah.. 

Apa yang buat aku sebak, omgggggggg, betapa cepatnya masa berlalu wehhhh.. sangat cepat.. kejutan demi kejutan dalam hidup ni.. semalam kau bermain cinta dengan orang lain, tau-tau kahwin dengan orang lain, semalam kau kerja dekat company ni, tau-tau kau tukar kerja.. macam-macam warna-warni kehidupan dalam masa yang berlalu itu.. 

Alhamdullilah, Allah masih memberi peluang untuk aku terus bernafas sehingga sekarang.. dan telah berjaya menjadi isteri kepada suami yang baik ialah antara kemenangan sebagai seorang muslimah paling berharga dalam hidup aku.. bukan nak kata husband aku tu perfect, no one is perfect in the cakerawala.. aku just terima husband seadanya and i hope he does the same way too.. Allah dah bagi pinjam dia, sila jaga pleaseee.. sekarang ni aku nak train diri jadi isteri solehah yang bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam okayyy.. biasalah, bukan senang nak jadi isteri solehah, takut aku pi sekarat jalan ja.. jangannnnnnnn.. jangan lagu tu.. try istiqamah ye puan-puan.. huhuhhu :)

K la.. bye!

Friday, July 20, 2012

Tak dak perasaan

Depa dekat company aku kerja ni dok bising gaji naik.. depa dok kira-kira.. Kira bulan july ni, kami dapat la gaji revised, kira banyak sikitlah dari yang lama..

Aku? aku memang tak dak perasaan.. tak tau la kenapa tak dak perasaan..

May be sebab aku rasa sepatutnya gaji suami aku la yang patut kena bertambah sebab dia ketua keluarga.. kehkehkeh.. takpalah.. semoga company dia pun akan revise gaji baru juga.. kamonggggggggg la GLC...

serious dari zaman anak dara lagi memang tak dak perasaan time orang dok bising-bising gaji naik.. sebab aku duduk dengan family aku, makan pakai semua tersedia.. duit tak keluar sangat.. tak terasa.. just bayar kereta dengan bil hp jaa..

Sekarang ni pun macam dah kahwin, duit pun tak pakai banyak sangat, makan aku most of the time suami dah tengok-tengok kan.. lepas tu mana kami keluar sangat.. dah kahwin kerja duduk rumah menggemukkan badan jaa.. serious jimat banyak bila dah kahwin.. needless to say, dating time couple tu yang buat kau orang miskin sebenarnya.. tambah-tambah kalau dapat jantan jenis tak sedar diri yang dia jantan kira lebih tepat pondan la.. yang jenis harap duit perempuan.. kahwin tak nak, ambil kesempatan je kerja nya.. pondan sejati.. okay..so, kahwin la cepat-cepat.. :)

Ok, berbalik kepada hal revise gaji tadi.. apa-apa pun  bukan lah bila aku cakap aku tak dak perasaan means aku tak bersyukur, it just that aku malas nak over-over, tu je.. aku bersyukur sangat-sangat dengan apa yang Allah dah berikan kepada aku.. kebahagiaan ini milik Dia.. doaku agar Dia pinjamkan lah kepada aku kebahagiaan milik Dia tu untuk jangkamasa yang lebih lama lagi.. Aminnn (-_-)

Sunday, July 1, 2012

Tak tau la nak cakap apa.. penat dah otak ni..

Apalah gunanya jika kita taksub menjaga hubungan dengan Tuhan tetapi hubungan dengan suami tidak dijaga.
Seorang wanita bila berkahwin, maka wajib taat, bersopan santun, lemah lembut dan menghargai suami dalam hidupnya. Kerana syurga itu terletak di bawah telapak kaki suami maka jika kita berbuat baik kepada suami, maka Allah akan sentiasa merahmati hidup isteri sebegini.
Sembahyang lama-lama, puasa tak pernah tinggal tetapi derhaka kepada suami?? 
Wahai isteri, ibadah wajib sepatutnya menjadikan kita seorang yang mampu mengikut hukum-hukum Allah dan jika kita para isteri masih menderhaka kepada suami tidakkah seperti ada something worng dalam ibadat you olzz tu?
Ingat 4 perkara ni, senang sangat perempuan nak masuk syurga:

1) solat 5 waktu
2) Puasa bulan ramadhan
3) Mejaga aurat/ maruah diri
4) Taat kepada suami selagi tidak menyalahi hukum Allah

Subhanallah, mudahnya  para isteri menempah tiket ke syurga Allah.. 

Sama-samalah mengambil iktibar, jadilah seorang isteri yang membahagiakan dan menenangkan jiwa raga sang suami. Isyaallah :)

Kfinebye!

p/s: aku terpaksa post entry ni sebab aku macam tak tau nak cakap apa dekat seorang hamba Allah yang keep complaining about her husband to me.. hmmmm.. aku ni bukan bagus pun, tak berani nak berdebat sebab aku tau aku masih mentah dan kurang ilmu agama dan tak mahu memandai-mandai cuma aku berharap semoga aku tdak mengikut jejak kau..