orang tengah stalk

Wednesday, August 29, 2012

Sepetang bersama Kak Ijan dan Ecah

Tak ingat the exact time and date but i was with them, time lunch kot dekat cafe dan aku tanya Kak Ijan macam mana dia uruskan rumah tangga dia, pada masa yang sama dia seorang wanita bekerjaya, seorang manager pleaseee..

So dia pun bercerita dengan sungguh detail, dekat office kerja macam biasa, balik rumah, masuk je garaj rumah, first thing, sapu halaman rumah, second angkat baju, lepas angkat baju dekat ampaian, susun hanger elok-elok dekat ampaian tu (ok yg ni aku memang dah terikut jejak kak ijan, sebab after angkat baju, aku memang sakit mata tengok hanger terjongket-jongket dekat ampaian).. lepas tu dia masak.. lipat baju.. kemas-kemas dapur.. teman anak dia buat homework.. omg Kak Ijan.. serious aku yang penat nak terima rutin  dia.. sangat penat..

Pada aku, balik kerja, aku nak lepak jap, mandi, dinner lepas tu lepak tengok tv dengan husband.. tu je.. :P

Ok, to be frank, selama ni, selepas kahwin, kalau weekdays, aku balik kerja aku akan singgah rumah mama ambil nasi, nenek masakkan.. sangat spoil bukan?? huahuahuaha.. until mama tanya nenek sampai bila nak masak untuk aku? alamak!!! sentap hati mak nak.. aku kena buat sesuatu.. kalau wanita lain boleh, kenapa bukan aku..

Aku tanya rakan-rakan wanita yang baru kahwin dekat office, kebanyakan masak sendiri untuk hubby.. kelam kelibut 5.30pm kemas meja sebab nak balik masak.. Aku rilex jaa nenek masak kan..

So, inspired by Kak Ijan, isnin lepas, for the very first time in my life, aku decided untuk masak for dinner. keluar office, singgah carrefour and pukul 7pm baru sampai rumah, husband tak balik lagi, dia memang akan selalunya lebih lambat sampai daripada aku.. so boleh la masak.. tak suka dia tengok aku masak.. nanti aku panik.. :P

Ok fine... aku cuba menenangkan diri, cuba buat slow-slow, masak nasi dulu, lepas tu baru work out untuk lauk.. ok aku berjaya tenang.. first time kot weh! Tiba-tiba panik menyerang setelah kedengaran enjin kereta husband.. omggggggggggggg!! he's back!!! panic attack!!! terus rasa tak pandai masak.. hahahaha!! tapi akhirnya aku berjaya tenang kan diri..

And at last!!!! pukul 7.15pm started memasak, pukul 8.15pm siap semua (^_^)v

tadaaaa..!! sup sayur +daging goreng kunyit....


Ok je secara keseluruhannya.. boleh ja aku masak sendiri even hari bekerja pun.. masak yang simple-simple la kan.. hmmmm.. 

Kbye..

Monday, August 27, 2012

Current progress skill memasak selepas bergelar isteri orang

Sekitar last week:

Bubur (Daging+kentang) for dinner
Husband kata sedap dan menjimatkan, tak habis, simpan dalam fridge, stock 2 hari okay.. memang menjimatkan ok..


Semalamnya:

Nasi putih + Pucuk paku masak lemak + ikan selayang a.k.a ikan sardin goreng rangup for lunch..

Testimoni : sedappppppppppppppppppppppppppp..



Pandai kan aku buat masak lemak.. hihi..sebijik macam mama buat.. Kbye!

Friday, August 24, 2012

3 keping Lempeng Manis

Husband kerja hari ni.. orang apply cuti seminggu, dia pulak pi apply sampai Khamis jaa.. haishh.. haaa.. sekarang merasalah nak jadi suri rumah sangat kannn..

So, this morning, i baked lempeng manis for myself.. tapi tak berapa nak manis la.. sebab kurang gula tapi sedap la juga.. nyumnyum.. :)

Simple jaa, tepung gandum 2 senduk, telur sebiji, gula 2 sudu kecil (ikut nafsu kemanisan masing-masing), garam secubit.

Nah!!

Kbye..

Friday, August 10, 2012

Iklan raya Bernas

Buka fb home aku pagi ni kemain ramai post video iklan raya from Bernas. Yang paling buat aku lagi bertambah nak tengok iklan tu ialah apabila membaca komen-komen, reviews from them.. 
Semua dok kata sedih gileeeeeeeeee la.. sebak la.. dan aku rasa agak tah apa-apa kalau ada yang declare iklan tu ialah iklan tersedih raya tahun ni.. oh come on, sila chill..

So aku yang dah tak sabar-sabar nak tengok kesedihan iklan tu, aku pun surf youtube.. aku tengok la kan..
Hasilnya, I ended up like "apa yang sedih nya? part mana? tau-tau dah habis ni..." Aku tak sedih at all please.. serious tak sedih.. aku marah sangat dengan budak-budak yang dok kata sedih la hapa laa.. ni yang aku tension ni.. selalu macam ni tau!!! aku baca review berapi-berapi perasaan aku nak tengok.. last-last aku tak rasa apa-apa pun..
Aku rasa aku tak sedih sebab aku dah boleh predict jalan cerita dia.. cliche laa.. sampai aku boleh predict and mine is correct!! tu yang lagi kecewa tu.. marah dengan hangpa-hangpa, awatlaa memoyo sangat dalam komen-komen tu..

Ok.. tapi aku admit, aku memang sebak tengok budak buta tu.. serious tak boleh tengok muka dia.. sangat-sangat innnocent.. aku tengok budak tu, aku teringat adik lelaki aku yang duduk dekat asrama dekat Raub tu.. adik aku tak buta la weh! its just suasana asrama dia, muka innocent dia sebijik macam adik lelaki aku.. storyline iklan ni, biasa-biasa aja..

Selalu macam ni tau.. samalah kalau aku nak tengok movie.. review orang sana sini cakap best.. last-last aku tengok sendiri hampeh..

So, janganlah kita cepat meletakkan harapan yang tinggi bila hanya kita membaca review berapi-berapi from reviewers kerana penerimaan orang terhadap sesebuah karya ialah sesuatu yang subjektif.. tapi aku selalu dah berharapan tinggi memuncak bila baca komen-komen orang.. cait!! aku wanita lemah..

Kfinebye!

Monday, August 6, 2012

Toilet Style Jahiliah

Ok, come on, this is Malaysia okay.. and Muslim's country.. Islam ialah agama yang suka kepada kebersihan tak kira tempat tinggal mahupun apa jua perkakasan yang kita guna.. okaylaa.. agama dan kepercayaan mana yang tak suka kebersihan kan?? you tell me..!

Last Friday aku diserang diarrhea yang tahap tak boleh handle lagi dah.. nak nangis sangat-sangat.. menggigil-gigil tau.. aku singgah toilet carrefour, lepas tu aku tolak pintu, lalu aku pun terfaktab kerana toilet itu ialah toilet jahiliah.. apakah toilet itu? sila tengok bawah ni.. 

Toilet yang style spray keluar dari toilet bowl.. aku dari dulu memang pantang yang teramat pantang toilet lagu ni.. apa ke punya barang ni?? siapa punya stupid idea to invent this? Come on, apa problem dengan menggunakan pipe hose? apa problem?

Wait a minute, cuba tengok iklan tu, HANDs-OFF???, kau basuh kencing dengan hands-off?? then macam mana nak tau dah bersih ke belum sehingga hilang bau, warna dan rasa?? of couse no proper cleansing, lepas tu lagi mahu hygenic kah? adehhhdehdeh...

Aku pernah terpaksa guna toilet jahiliah ni, dan bila aku buka air dia, kemain lagi pancutan air dia, sampai merecik-recik kena pintu dan handbag aku yang aku sangkut kat pintu.. memang betul la mengundang kemarahan.. ada juga yang kadang-kadang, air tu kecikkkkkkkkkkkkkk ja, macam mana mahu cuci meh?? Mau cedok di dalam toilet bowl itu kah?? kamu tidak cuci kencing kah? itu bukan amalan yang bersih itu.. itu amalan yang busuk yee..

Aduhai, macam manalah nak guna toilet ni weh?? Dah banyak aku try still macam tak user friendly la weh.. sangat menyusahkan masyarakat especially kepada orang yang suka basuh kencing.. tolong laa.. tolong la nak lempang laju-laju muka orang yang invent toilet ni..

Mungkinkah sebab nak jimat kan air, sebab kadang-kadang orang lupa nak tutup air paip getah? ataupun may be kadang-kadang orang suka biarkan getah paip menjalar atas lantai sampai loya tekak orang seterusnya nak pakai? Alamak.. aku pernah je nampak toilet jahiliah ni bocor keluar air tak berhenti-henti.. tak semestinya getah paip.. Apa problem sekarang ni weh??

Tau tak betapa bersihnya dan confident bersihnya bila guna getah paip, air memang di hala kan sendiri di kawasan yang hendak dicuci kencing itu.. lepas tu takda la merecik-recik kena pintu, merecik sampai keluar cubical toilet terkena orang tunggu turn nak kencing..

Aduiiii.. aku tak nampak la manfaat toilet ni kepada aku.. sorry la.. tambah-tambah bila aku terkena diarrhea hari tu.. jambanophobia (ok tak yah google, aku memandai-mandai jaa) kita tauuu... :P

Kbye!