orang tengah stalk

Wednesday, September 26, 2012

Moon Cake

Sweetkan my chinese friend name Ying? Ying gave me this yesterday because I have been wondering on its taste since last week. She bought me the halal one made of white lotus with egg yolk.

Malam ini mau rasa, semalam tak sempat nak rasa sebab tak sempat, balik kerja lambat!!

Relationship between western food and lazyness

Aku memang seriously tak suka western food. PIZZA & meat ball ikea je aku boleh belah sikit.
Spaghetti ke, steak ke, apa lagi yang seangkatan dengannya, please don't tell.. aku memang tak suka.. aku boleh makan kalau aku betul-betul sedang kelaparan.. i would rather go Mapley and eat roti pisang.. nyumnyum..

Pasangan yang baru berkahwin, dan mula nak belajar masak, but then masak spaghetti, serious itu pada aku, isteri yang mengelat.. pemalas.. kalau kau betul-betul nak masak, cuba masak nasi dengan lauk-pauk melayu please.. meluat la masak-masak western ni.. lepas tu canang-canang kau masak western.. tak interested betul aku nak tau..

Suatu masa dahulu, aku pernah mendatangi jamuan makan-makan, dan tuan rumah telah memasak spaghetti as the main dish okay.. MAIN dish.. yang lain ialah macam jelly, gula-gula.. woiiii.. come on, aku tau la kau tu pasangan muda but then, kau jemput orang melayu ramai, orang yang dah dewasa, kau expect dia orang mengadap spaghetti kau ke? orang datang perut kosong nak makan benda berat-berat yang sedap, ini hidang spaghetti masam.... memang balik singgah mapley la aku.. serious.. jangan seksa orang melayu macam aku ni sedemikian.. masak la nasi minyak ke, roti jala ke, nasi impit ke, mihun goreng pun dah ok.. 

Ok thanks bye!

Monday, September 24, 2012

Ayam Goreng

Sunday, lunch time, I am not sure whether it is "we love to eat" or it is just me who loves to eat a lot.

Super Pan Pizza

Sabtu lepas, aku berniat murni untuk belanja husband dinner. Aku nak belanja dia dekat Pizza Hut. And sebenarnya aku sendiri yang memang teringin nak try latest Super Pan Pizza.

Aku ingat boleh la nak pilih Super Pan Pizza ni but aku nak yang Haiwaian Chicken kan, last-last enggak boleh yaa.. disebabkan ini new promotion so kau kena terima ja apa yang they promoted dan ternyata bukan jenis Hawaian Chicken... wuuu.. sadness.. :(

Agak lama menunggu tapi takdak la lama sangat, serious ramai orang okay.. serious.. sampai tak menang tangan staff pizza hut tu.. dalam 15 minit lebih menanti, pizza pun sampai.. 


We all order set recommended for 2 persons, itu pun tak habis tinggal lagi 2 slices, lepas tu pula, dah la aku yang berniat murni nak belanja, tapi aku yang beria-ria makan.. over sikit la kan.. haha!!Dan, baru aku tau, yang husband aku tak berapa berahi sangat dengan pizza ni sebenarnya, sebab tu la muka macam tak interested pun bila nampak pizza.. ni yang aku nak cubit-cubit perut dia tau... aku dah confirmkan betul-betul dia nak tak makan pizza, dia kata dia ok.. ok sentiasa ye.. aku pun on je la pizza hut.. tengok-tengok tak berapa berahi.. aku je yang over-over makan.. 
We order kepak ayam with barbirian sauce gak... ini boleh la husband aku makan.. tu pun dia memang tak suka kalau ayam ni dah memang bercampur dengan sos.. pada dia nanti rasa ayam ni dah rosak sebab sos ni.. dia lagi suka kalau dia yang cicah sendiri dalam sos.. but then, dia makan je.. aku tibai la seketul kepak.. kiki..


Last sekali, presenting budak yang tak suka pizza hut sebenarnya but buat-buat suka sebab nak jaga hati aku la tuu.. nampak sangat muka main-main, muka tak nak makan.. kkikiki.. anyway, thank you teman kan.. aku sebenarnya agak mengidam nak makan chicken soup dia cicah garlic bread dia.. sedap wehh.. :P


ok laa.. testimoni aku terhadap superpan pizza ni, ianya agak sedap, ok serious sedap.. aku tapau bawak balik yang remaining 2 slices tu, esok breakfast aku panas kan, dan kami makan dan kalau lapar dan makan benda yang sikit dan dikongsi berdua maka makanan itu akan berasa sungguh sedap sekali.. haha!!

owh yeah, one more thing, aku tak sure samada franchise pizza hut dekat rumah aku ni je yang kalau nak bayar customer kena beratur dekat counter, atau semua pizza hut's franchises nationwide mengharuskan customer beratur panjang dekat counter untuk buat pembayaran.. kalau kena beratur dekat counter,  dan bukan dengan menhantar bil ke meja customer, then whats the use of the service charge they charged us?   hmm.. just tak faham je..

Kbye :)

Friday, September 21, 2012

Walimatulurus yang diberkati

My dad memang dari dulu kalau ada event apa-apa, dia memang suka nak ajak aku sekali, aku ni kan anak yang baik dan tidak suka mengecewakan, kalau aku malas pun, aku gagahkan diri teman kan dia.
Dulu anak dara tak kahwin lagi, ok fine ja nak pergi berdua dengan my dad, so sekarang dah kahwin, my husband pun aku angkut sekali.. haruslah pergi mana-mana sahaja dengan husband ok.. i am attached to him kot!!!

Dalam bulan september ni juga.. oooo yaa.. the same day aku beli kasut C&K after faktab dengan HP punya stupid birthday vouchers tu kan, before that aku, husband and my dad pergi kenduri kahwin dekat Gombak. Aku semangat temankan papa sebab aku memang suka pergi kenduri and suka makan lauk kenduri. yes.. kami bertiga.. 2 laki-laki, seorang wanita cantik.. kahkah!

Ok.. kami naik kereta asing-asing sebab after kenduri, aku and husband ade komitmen lain.. so papa naik kereta dia..

Aku kalau pergi kenduri, aku memang akan kosong kan perut supaya aku dapat makan dengan gembiranya di kenduri itu nanti,  dewan kenduri tu dalam kawasan masjid.. aku pernah pergi tempat kenduri ni, the same dewan yang kawan aku buat kenduri 2 tahun lepas kot.. cari parking.. dan turun dengan perasaan lapar dan dahaga..

Time kami sampai, time tu kedengaran jemaah sedang menunaikan solat zohor dekat masjid.. shahdu sungguh.. aku, husband and papa jalan menuju entrance dewan..

Pengalaman yang tiada definisi bermula di entrance dewan, lorong muslimin dan muslimat diasingkan.. i was like.. ok fineeeeeeeeeeee!!! for sure dekat dalam pun nanti akan asing juga kan.. macam mana dengan diriku??? aku seorang je ni.. damn!!! damn!! ok, lagi satu, penyambut tetamu majoriti bertudung labuh, berpurdah, yang muslimin, berjubah, berketayap, berserban.. ala-ala ustaz akhil hayy..damn!... aku serious rasa down.. rasa macam i did not belong to this place..

I knew it!! memang dekat dalam kawasan makan, area makan muslimin & muslimat diasingkan.. lepas tu kawasan makan muslimat penuh.. mana mau duduk ni.. aku nak duduk dengan papa & husband pleaseee.. :(
tak kan la aku makan sorang dekat kawasan muslimat sambil tengok papa & anas berdua makan bersama.. sedih siot!! menyesal gila aku agree nak teman papa.. aku serious rasa nak lepak dalam masjid, selera makan aku hilang.. terus aku tak lapar langsung walaupun perut aku kosong..

ok fine, aku ambil makanan dan duduk sekali.. tau tak sebab apa? sebab ada ja muslimat yang duduk sekali dengan husband dia sebab depa ada nak kecik, so macam sukar nak makan, kena gilir-gilir jaga.. aku pun confident ja duduk semeja dengan papa and husband.. tapi serious jangggal, sebab aku ja muslimat meja situ.. aku makan pun laju-laju.. sebab macam segan la kan.. tapi lagi segan kalau aku duduk makan sorang-sorang kan..

Dah habis makan, tengah jamah pencuci mulut, jemaah yang solat zohor masuk dewan dan MC dewan pun memulakan bicara.. dengan berdiri di atas pentas, menghalakan mulut ke microphone..

"Ok, kita baru sahaja menunaikan solat zohor berjemaah, dan ingin saya beritahu disini, di dewan ini, kita telah asingkan kawasan makan muslimin & muslimat, ini ialah undang-undang kecil yang telah kami tetapkan bagi menjamin keberkatan majlis dimana muslimin & muslimat tidak harus bercampur.. ye sila patuhi ye"

Damnnnnnnnnnnnnn.. aku serious dah agak MC ni mesti akan cakap pasal benda ni.. nasib baik aku dah sudah makan.. kau tau, semua orang  pandang aku.. pandang yang macam " haaa!! padan muka kau.. sapa suruh duduk sini??"

Aku buat tak tau ja.. haruslah buat tak tau je kan.. tak kan aku nak poyo-poyo angkat beg tukar tempat duduk.. tapi serious aku rasa macam sakit hati sangat sebab aku telah dimalukan.. mestilah malukan.. terang-terang kau duduk dekat meja yang salah..

Aku pun ajak husband blah.. sebab dah meluat sangat-sangat.. dan sejak dari peristiwa itu, aku terus macam fobia nak pergi mana-mana walimatulurus.. setiap kali nak pergi kenduri lepas hari tu, aku bitau husband

"awak, kalau kita kena duduk asing-asing, kita smpai, kita salam-salam, lepas tu balik.. tak yah makan"

And husband aku ok je.. hahahah!!

Hmmmm.. boleh tak lepas ni kalau nak asingkan tempat makan tu, asingkan laa.. tak salah... tapi boleh tak kalau husband & wife tu nak duduk sekali?? kalau yang jenis tak kenal orang & datang berdua, what do you expect?? nak makan asing-asing?

Lepas tu pula, MC tu boleh la kot, datang personally cakap dekat aku dulu, cakap la ini kawasan makan lelaki... sila blah ke sana.. at least aku boleh la jawab , kami dah kahwin dan itu ialah ayah saya.. perlukah saya blah juga? ni dok pi cakap kuat-kuat dekat mic tu pasaipa?? malu aku tau..

Oklaa.. padan muka aku juga.. aku degil.. sepatutnya, kalau aku datang kenduri orang, aku kena obeyla dengan depa punya rules kan.. kalau tak nak obey, face je la apa-apa sahaja yang bakal berlaku.. haish..Sorry sangat-sangat kalau aku telah terbuat maksiat dan mengurangkan keberkatan majlis walimah kau sebab aku duduk bercampur dengan laki-laki.. sorry ye.. my bad..

Kau orang tau, last-last, aku bagitau papa aku nak blah dulu.. tinggal la papa dengan member-member dia dekat situ..

Petang tu, papa story, pengantin dia bukan calang-calang, hat perempuan, nampak mata ja.. yang lain semua bertutup rapi.. perfect!

Owhhh, and i was like.. no wonder la depa mementingkan sangat keberkatan dari Allah..


sampai lupa manusia lain juga ada hati dan perasaan.. :(

 

Kfine bye!!


Thursday, September 20, 2012

Isteri Derhaka

Lepas ni, jangan nak salahkan isteri sorang je kalau isteri tu jadi derhaka, sebab isteri pun manusia biasa, ada hati dan perasaan, boleh marah, boleh sedih, boleh hilang sabar.. kalau dah suami meremehkan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepadanya, adalah wajar untuk isteri berasa kecewa dan apabila kekecewaan itu berpanjangan dek perangai suami yang tak menunjukkan perubahan positif, wajar juga si isteri hilang kesabarannya..
Seharusnya, tiap-tiap pasangan suami isteri kena arif tentang kewajipan masing-masing..
Entry dekat bawah ni aku dapat from this link:

http://www.ustazamin.com/2011/12/bicara-ilmu-41-ikim-10-sebab-isteri.html

Bicara Ilmu 41 – IKIM “ 10 Sebab Isteri Derhaka..”

Apabila sebut mengenai isteri derhaka, tidak semua sebab terjadi demikian dari isteri. Tetapi ramai yang terus menyalahkan isteri dengan kesalahan 100% peratus diletakkan padanya.
Isnin 21 November dan 28 November 2011 jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Saya bersama DJ Fairuz membincangkan mengenai tajuk ini di dalam segmen SURI.
Ingin saya kongsikan secara ringkas mengenai isi perbincangan pada kesempatan ini.
10 Sebab isteri derhaka:-

1. Tidak berusaha untuk  iman. Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa hatta ada isteri para Nabi juga ada yang tidak berusaha ke arah iman dan akhirnya menjadi derhaka bukan sahaja pada suaminya, bahkan pada Allah.
Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat [1488] kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)". [1488] Maksudnya: nabi-nabi sekalipun tidak dapat membela isteri-isterinya atas azab Allah apabila mereka menentang agama (Surah at-Tahrim ayat 10)

2. Jahil.
Ada isteri yang derhaka kerana tidak tahu sifat dan sikapnya itu adalah menderhaka pada suaminya. 

3. Keras Hati
Ada jenis yang memang keras hati dan tidak mahu mentaati suami dan perintah Allah. 

4.Takabbur
Kebanyakkan perkara keempat ini berlaku jika isteri lebih berkedudukan dari suami. Dia mudah memandang rendah suaminya. 

Di celah-celah perbahasan ini, kami mengambil soalan dari pendengar. 

Haji Hayyi dari Kelantan

Bagaimana ingin menjadikan anak-anak sekarang ada perasaan respect pada mak ayah

Haji Yaakub

Macam mana nak wujudkan rasa hormat menghormati jika isteri suka buat sesuatu tak bagitau suami?
Suami selalu makan hati.

Puan Aida Amir 

Saya lebih ela bangun qaimullail dari melayan suami, macam mana ustaz?

Perbahasan kami di sambung lagi…

5.  Tiada Sifat Qanaah, akhirnya wujud membanding

6. Kurang tarbiah. Tidak semestinya orang kelulusan agama, dia mampu nak amalkan. Untuk mengamalkan sesuatu perlukan tarbiah. 

7. Wujud penasihat-penasihat yang jahat

8. Suami yang jahil
Ada isteri yang derhaka kerana suami yang jahil, bukan sahaja  tidak dapat mendidik isteri malahan menggalakkan isteri berbuat maksiat 

9.Suami yang dayyus
Ada suami yang terlalu takut pada isteri hingga isteri berbuat maksiat takut untuk ditegurnya. 

10. Suami yang zalim
kadang kala, suami yang menzalimi isteri menjadikan isteri melawan kembali suami. 

Inilah 10 sebab kenapa isteri derhaka.

“Ilmu Pelita Hidup”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
7 Muharram 1433/ 3 Disember 2011 jam 10.30 malam

Wednesday, September 19, 2012

Bihun Tumis

When the first time the chef told me about Bihun Tumis, I had totally no idea how is it going to look like. Sebab bila aku cakap " macam bihun goreng la kan??" pastu chef jawab " bukan.. awak tengok je la nanti bila dah siap.."


and once done.. tadaaa!!! 

Bihun Tumis

















So did not look like Bihun Tumis at all kan? 
But as per according to the chef, this is bihun tumisssssssssssssss..
Tang mana yang tumis pun aku tak tau laa.. 
Tapi cara nak masak dia simple je.
Tumis bawang macam biasa, masuk kan air, bihun, taugeh, tauhu, cili, garam, lepas tu gaul.
Macam masak bihun segara pama pun ada.. 
Makan kan je la!

Kbye!

Fruit Cocktail

What is it with fruit cocktail?
May be the moment campuran susu dan buahan-buahan di dalam cocktail yang sejuk itu masuk ke dalam mulut, ianya memberikan satu perasaan tenang yang sukar digambarkan dengan kata-kata.. 
Kau hanya akan berkata: 

"arrghhhh.. sedap nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee"

Dan apatah lagi bila husband kau puji kata fruit cocktail kau sedap.. bangga kan?? 

Lepas tu bila adik perempuan kau dengan muka terliur, bagi tau kat ayah kau yang kau buat fruit cocktail.. okay, family aku suka betul makan fruit cocktail.. bangga la kan??

Fruit Cocktail by me last Saturday.


Kbye :)

Thursday, September 13, 2012

Marketing Strategy yang obviously kurang cerdik dan nampak benar pembohongnya

End of last year dalam bulan November kot, aku dengan husband beli kasut hush puppies nak letak dalam dulang hantaran, lepas tu aku macam tertarik nak jadi hush puppies member la kan.. signed up and dapat birthday vouchers from them. RM150 tuu!!! that moment, rasa macam " wahhhh.. sayang hush pupies.. nak jadi regular customer la lepas ni.." Vouchers ni kena guna time birthday month kau je.. so bulan 9 ni kan bulan kelahiran aku so bertambah-tambah excited aku dibuatnya.


On 9/9/12, pagi-pagi lagi aku ajak husband pergi mid valley, nak pergi butik hush puppies nak beli kasut sebab aku rasa macam aku takdak kasut.. dan memang rugilah tak guna vouchers RM150 tu kan.. from Hush Puppies kot weh!!! Kau jangan buat main.. Dalam keadaan excited aku baca dekat bahagian belakang vouchers tu..

Ada tulis "Vouchers can be redeemed with minimum spend of rm300 in a single receipt"
I do not know what you guys could translate from that but what i understood is that, if aku beli kasut harga RM 300, aku hanya perlu tambah RM150. okay? itu yang aku faham. Seronok kot beli kasut dekat Hush Puppies tapi bayar RM150 je weh!! sebab memang kasut depa semua harga tahap nak cecah rm300..
Ok fine, then husband aku cakap sama ja beli kasut time sale, cuma aku dapat beli kasut tu awal je dari orang-orang lain sebab aku ada vouchers tu.. eh takpa laa..  dari situ dah nampak macam tak cerdik sikit strategi perniagaan mereka.. ada pula nak limit-limit minimum 300 la apalah.. dekat Aeon takdak pun limit macam tu.. kau dapat vouchers RM150, kau belilah sampai RM150 tanpa perlu tambah sesen pun.. thats Aeon (dulu Jusco la nama dia)..

Sampai dekat butik HP, aku tunjuk vouchers tu dekat promoter, promoter tu dengan muka masam tak senyum tak apa, macam mana bos kau boleh hire kau duduk dekat depan kedai ,aku pun tak tau la, sepatutnya kau duduk jaga store kasut jaa.. dia bagitau,

 "You must spend minimum RM250 for every RM50 vouchers..means you still need to pay minimum RM200.."

Pulak dahhhhhhhhhhhh.. belakang terms & condition kata lain, dah si promoter masam ni kata lain..

Kau orang faham dak? sekarang ni aku ada 3 vouchers, so aku kena beli 3 kasut yang berharga minimum RM250 each baru aku boleh guna RM50 vouchers for each. So kalau aku calculate, kalau satu kasut dah RM250, lepas tu aku guna RM50 vouchers tu, means i still have to pay RM200 each. Kalau nak habiskan kupon tu, aku kena bayar RM600!!! Wahhhhhhhhhhh!!! kayap la aku!!!

Sungguh obvious tah apa-apakan?? husband aku dah buat muka sememeh dengan ketahapaapaan itu.. aku pun ikut buat muka sama.. kita orang terus "ok la.. takpa laa!!".. terus belah..

owh kecewanya, dah la promoter tak peramah, strategi pemasaran yang apa ke benda tah.. tahk menggembirakan hati aku langsung.. aku jenis kalau aku nak beli kasut, aku pergi mid valley, aku akan pasti kan aku akan bawa pulang kasut.

At last!!

 
Butik Charles & Keith memang favourite butik aku laa.. even handbags pun aku memang suka beli di C&K, thank you ye C&K.. kau penyelamat kedukaan.. tak la semahal HP but at least kalau C&K ada sales, takdak la over semenggah menipunya macam strategi birthday voucher tu!! 



Setakat pelanggan miskin macam aku ni tak effect apa-apa la kot eh kat HP, gaya promoter HP tu serve aku pun, macamlah aku ni takdak duit nak beli kasut hang.. tak hadap laa!! Kalau aku jadi bos kau, memang aku tak bagi commission kat kau..

Ok..ok.. jangan marah-marah.. sekarang ni aku dah dapat kasut baru..and macam dah kena tumpang kawasan rak kasut husband.. kahkahkah!!

Kbye!


Wednesday, September 12, 2012

26

  1. I turned 26 last 10/9/12.
  2. So my family had thrown out a birthday party yarrrr for me on the 10th. A very simple one but so much meaningful to me when having to celebrate it with the love ones. Thank you so much guys! love you guys forever and ever.
  3. First time celebrating birthday with my ' boyfriend'..
  4. A lots of lots of lots thanks to Icik for getting me a birthday cake and keropok roller coaster. I did not have guts to thank her verbally on that day.. yeah, I am such an egoist..
 Kbye!

Friday, September 7, 2012

Kisah tangga

Lepas kahwin, kami menyewa apartment berdekatan dengan rumah family aku.. senang sikitkan kalau ada apa-apa masalah.. 

Time aku balik kerja, aku kena naik tangga sampai 4th floor, rumah kita orang tak dak lift okayyyy.. so can you guys imagine?? hari-hari naik turun 4th floor.. but we already adapt to it.. 

Kisah perjalan naik turun tangga dekat apartment aku tu, memang aku nervous, ada dua halangan terbesar yang perlu aku lalui untuk memboleh kan aku berjaya naik dan turun dari/ke  4th floor  itu.

1) Kucing Pervert
    perghhhh i tell you laa.. i have been hating cat so much since i was in secondary school kot sebab dia kencing dekat kasut sekolah feveret aku.. since then, aku memang tak suka nak bagi muka kat kucing however, mendera kucing is a big no no!! macam mana aku nak dera kalau dekat dengan kucing pun aku dah kejang saraf tunjang???
   ok, kucing pervert dekat apartment aku ni selalu lepak 3rd floor, perghhh dah dekat sangat nak sampai rumah aku tu!!! tapi kalau aku nampak je kucing ni bersantai umpama menghirup udara segar di tangga A, aku sanggup guna tangga B, serious sanggup... dah la tangga B tu jauh sikit nak sampai rumah aku.. sanggup je weh!! 
  kenapalah kan aku panggil dia pervert?? sebabbbbbbbbbbbbbbbbbbb.. kucing jantan ni, ialah kucing yang berkepala besar, bermata bulat perang dan selalu mengiau kemiangan di senja hari.. ye la, mengiau2 dekat 3rd floor sampai aku dalam rumah boleh dengar weh.. kesian kat dia, tak dak ke kucing betina yang nak puaskan nafsu dia.. ish3..
 itu baru sikit,  the worst thing yang buat aku meluat dengan kucing ni, beliau sangat-sangat kurang ajar dan sangat-sangat degil, kau halau la, kau jerit la kuat macam mana pun, die tetap tak kan berganjak.. bila mata kau bertentang mata dengan mata perang dia tu, i tell you, ianya bukan tatapan mata ke mata yang romantik, ianya sungguh tidak comel.. selalunya kucing mata bulat haruslah comel kan?? tapi kenapa hari aku amat merasakan beliau tidak comel..
Bertambah-tambah meluat, kucing ni dah la jahat lepas tu kepochi gila, sebuk nak usha barang-barang yang kau pegang.. lepas tu, suka pandang sinis kat orang.. omg, you guys patut tengok, dia pandang sinis sampai lentok kan kepala dia.. serious aku sangat-sangat benci dan takut bila dia toleh dan lentok kan kepala dia bila dia pandang aku denagn mata bulat perang dia tu.. macam pelik gila kucing ni.. aku x suka kucing tapi aku boleh rasa which kucing comel and which not.. this one is totally not cute!!! at all!!
  To be frank, hari-hari aku dalam keadaan ketakutan time balik kerja seorang diri sebab kena naik tangga, paling takut bila sampai tingkat 3.. aku serious tak boleh tengok muka kucing pervert ni.. tolong la!!

2) Jiran niger


  needless to say.. dekat tv dah banyak kes negative dia orang ni dah lakukan dekat Malaysia.. dekat apartment aku ada je dia orang ni, jiran depan rumah aku please.. bila depa buat party, mesti bau arak masuk dalam rumah aku.. dah la buat party, mabuk, lepas tu gaduh, bising sangat.. me and even my husband memang tak kan bukak pintu rumah kalau dengar depa pun bukak pintu, takut dia nampak kami.. last bulan puasa, we all nak keluar terawikh pun takut-takut sebab niger tu buat party and kawan-kawan niger dia orang dok keluar masuk rumah.. perghhh.. takut dow!! 
 hari tu hujan lebat, aku sampai rumah dulu, husband otw back, dalam keadaan tangga yang gelap, aku gagahkan diri naik tangga, hujan lebat so kucing pervert takdak la kan... tah mana si pervert tu lepak aku tak tau la.. aku pun lega dan naik tangga.. takut sangat sebab gelap.. sampai 4th floor, aku nampak,

 "eh apa screen telefon terapung tu?? "

Ok fine!! di dalam kegelapan, aku intai dari jauh, member niger tu tengoh nak call kawan dia dalam rumah suruh buka pintu dia nak masuk.. lama aku tunggu kat tangga, dia tak masuk-masuk gak dalam rumah, aku pun dengan marah, aku turun balik tingkat bawah.. hujan masih lebat ye.. aku call hubby, jauh lagi rupanye dia.. hujan lebat sangat, lampu koridor apartment turn on jam 7pm.. masa tu belum 7pm lagi tapi dah gelapppppp sangat-sangat.. dah la dah lambat, dah la aku nak memasak kan.. aku naik je.. mulut aku tak yah cakap laa.. kumat-kamit baca doa.. aku fikir aku hanya ada Allah je dalam gelap & hujan lebat ni.. hahaha.. so melodrama!! last-last aku berjaya naik.. dan masuk rumah.. fuh!!

Sekian luahan perasaan.. tahun depan, we plan nak duduk rumah lain.. but tak tau lagi.. susah betul duduk tingkat 4 dan tiada lift, takdak sapa nak datang.. kikiiki..

Kbye!



Monday, September 3, 2012

Susah hati wooo..

Lately aku sering diserang letih-letih badan yang mana aku suspect tidur malam aku yang tidak berkualiti.. may be sebab salah posisi tidur ke aku tak tau la kan.. tapi kalau kau bangun pagi dan rasa sakit badan dan meletihkan, itu memang sudah something wrong sebab tidur malam sepatutnya memberi rehat kepada tubuh badan kan???

Start dari beberapa hari lepas, perut aku berangin, saket pinggang sampai ke bawah perut, sampai peha rasa nak cramp.. aku yakin sebab angin dalam badan aku jadi macam ni.. aduiii.. sungguh moody dan tak selesa nak buat kerja rumah.. rasa malas je.. tapi bila mengenangkan sungguh banyak kerja rumah nak buat, aku buat jugak.. mana tahan tengok rumah bersepah, lantai penuh rambur gugur, berhabuk, baju tak basuh, bantal bersepah dekat ruang tamu, ikan laga tak makan, sampah tak buang, katil tak berkemas, bilik air berlumut.. warghhhhhhhhhh!!!

Lately aku telah diserang sakit kepala, sakit time malam-malam tau.. sakit macam migrain pun ada sebab sakit sebelah kanan je.. omg!!! sangat tak selesa..

Husband cakap aku banyak benda sangat aku fikir.. fikir nak kemas rumah, fikir balik kerja nak masak apa, fikir kalau-kalau husband tak suka apa yang aku masak.. hmmmm.. aku rasa he is so damn right!!!
Memang aku terlalu banyak fikir.. memang betul aku banyak fikir macam mana nak jadi seorang isteri bekerjaya at the same time rumah tangga dan suami aku terjaga.. sangat susah.. sangat tension..

Aku jadi tamak sangat kalau buat kerja rumah sebab aku rasa banyak benda aku nak kena settle kan.. aku banyak buat benda sekerat jalan sebab aku rasa banyak sangat benda aku nak buat sampai aku terlupa perkara terdahulu aku buat..
aku boleh pergi tadah air dalam baldi, lepas tu boleh pula pergi mengacau husband aku tengah vacum bilik.. pastu tiba-tiba terdengar air melimpah.. husband marah la kan..
aku boleh turn on  iron stim, lepas tu boleh pergi dapur jap masak air lepas tu boleh pergi mengacau husband aku surfing internet sampai kering air iron stim tu.. kena marah lagi.. kikiki..
aku juga boleh cabut semua sarung bantal, cadar untuk dibasuh lepas tu tahu-tahu je aku tengah duduk kat dapur memasak.. aku perasan aku kena basuh cadar and sarung bantal tu semua lepas husband aku marah..
" ni kenapa bukak sarung bantal dengan cadar lepas tu bantal selimut semua biar atas lantai lepas tu pergi masak-masak??"
and i was likeeeeeeeeeeeee " homaigod... saya terlupa!!!".. al-maklumlah, tulang rusuk kiri kan bengkok.. nasib baik ada tuan empunya tulang yang tolong luruskan.. luruskan elok-elokyaa.. jangan bagi patah.. :)

Aku terlalu merasakan aku banyak sangat kerja nak buat.. sampai kelam kabut otak aku.. husband nasihat aku supaya aku buat satu per satu kerja, bagi siap satu per satu kerja.. baru tak terlupa..

Aku tamak.. aku rasa kalau aku buat satu persatu, later akan makan masa.. aku nak rehat cepat.. hmmmm.. tapi hasilnya, kelam kelibut!!! Ini juga kesan daripada time anak dara dulu, jarang sangat-sangat buat kerja rumah.. duduk rumah mama, pergi kerja balik kerja semua tersedia, baju bergosok tersusun rapi di dalam almari, kasut pula, bukak je pintu, tinggal sarungkan kaki dalam kasut je, sebab nenek dah susun kasut tu elok-elok je.. nak makan, order je dengan nenek.. nenek akan buat (ok ini memang kedengaran macam cucu yang sangat-sangat spoil).. tapi nenek yang tanya dulu aku nak makan apa.. aku request je la.. ngeng3..

okay! So pagi tadi aku try untuk menjadi tenang.. aku settlekan satu persatu lah konon!! aku plan nak kemas katil lepas aku setel makeup and pakai baju semua.. lepas tu husband tanya " kenapa nurul tak kemas katil, kalau tak nurul yang pening-pening katil tak kemas lagi?" pastu dia yang kemas kan katil.. wahhhh!!! lepas dia kemas, dia landing balik atas katil yang dia kemas tu.. sabar je la.. kikikiki.. dia juga yang susun semua bantal dekat atas sofa walaupun agak 'tersusun' la sangat.. kikiki..

ok.. apa-apa pun.. aku nak beli robotic vacum nanti bila aku dah kaya sikit sebab aku dah tak tahan nak vacum lantai rumah aku yang hari-hari penuh rambut gugur.. kau orang tunggu je la.. nanti aku tengah lepak-lepak tengok tv, robotic vacum tu yang buat kerja-kerja vacum.. wah bestnya!!! bertambah gemuk gedempol lah kami berdua!!! hmmm.. robot untuk kemas katil, kalau ada pun aku mesti beli..!

Kbye!! jangan susah-susah hati, nanti sakit-sakit macam aku.. Allah kan ada.. (sebut sebanyak 3 juta kali) :)