orang tengah stalk

Wednesday, October 31, 2012

Rentetan Peristiwa Sepanjang Hari Raya Aidiladha Yang Lepas

Lama betul aku tak update blog kan.. sebab malas pun ada, busy dengan kerja rumah pun ada, busy dengan kerja office pun ada..

So hari ni aku rajin sikit so aku nak cerita sikit macam mana aku celebrate raya haji..

Kami balik Alor setar hari khamis memang jem teruk woiiiiiiiiii.. bertolak from cheras pukul 10.30pm sampai alor star pukul 6am.. sakit-sakit badan aku dibuatnya.. lagi kesian dekat suami aku yang kena drive tu kan.. kesiannnnn dia.. dah la balik je kerja terus gerak balik kampung.. kesian dia..

Hari Jumaat, buat makan-makan dekat rumah mak mertua, goreng-goreng ayam, nugget, tiup lilin birthday 'pak aji' yang tengah goreng ayam tu.. lenguh hati tengok ragam pak aji sorang ni sebuk sangat nak pakai serban dia tu.. last-last tertinggal gak kat kedah..  lupa bawa balik.. hahaha!!

Hari raya kedua, family pak aji buat korban, so kami buat masak-masak dekat rumah tok pak aji.. memang meriah sungguh.. potong-potong daging, potong bawang, goreng daging, buat sup daging, daging masak kunyit, semua la  daging.. hihihi..

 

Hari ahad balik cheras. Hari Isnin kami cuti, dinner aku masaklah sup daging.. husband kinda love it!! :)



Ok la..

Bye!!

Friday, October 12, 2012

Time Flies

Rasa macam baru semalam aku hantar & ambil dia dekat matriks PJ, kadang-kadang seludup je bawak keluar..

Tau-tau hari tu kau dah grad..



Congrats sista!!!

Date : 7/11/12
Venue : UIAM Gombak

Tuesday, October 2, 2012

Sedih

Sedih sangat bila kita tahu yang orang yang kita sangat sayang sedang menghadapi hari-hari yang sedih dalam hidup dia..



Tambah-tambah kalau kita tak dapat nak buat apa-apa untuk membantu, hanya boleh menjadi pendengar yang baik sahaja..

Disamping menjadi pendengar yang baik, hanya mampu memberi pandangan, nasihat juga..

Terkadang juga hanya mampu turut serta mengutuk, menyokong ceritanya dan memberi idea-idea penyelesaian masalah yang jahat.. yang ni aku memang expert la weh! haha!!

Dan yang paling tajam, hanya mampu mendoakan kebahagiaan untuk dia dalam setiap sujudku..

Ya Allah, andai dengan terpaksa aku merasa sedih, sakit dapat membuatnya gembira semula, aku rela dan pasrah..

Kegembiraan aku tak penting jika dia terluka.. :(
tetapi juga hanya Kau yang lebih tahu keseluruhan kronologi dan keindahan jalan cerita yang Kau gubah..



Sunday Morning

Breakfast : Teh O Panas dengan Cekodok Ikan Bilis.