orang tengah stalk

Wednesday, November 28, 2012

Over Independent Could Be Harmful To Woman

Aku tau aku boleh buat semuanya sendiri-sendiri, aku memang lain dari perempuan lain, aku tak suka harapkan siapa-siapa pun sebenarnya.. sejak dari dulu aku rasa benda yang aku nak buat, aku akan boleh buat sendiri tanpa perlu mengharapkan sesiapa pun.. aku sangat kuat dan independent.. i am a woman with career and almost everything.. 

Namun, keburukan yang nyata aku nampak dari 'over independent' aku ni, orang lain tend to ambil kesempatan ke atas aku.. i used to 'terkena' before just because I am too dependent on myself!! Just because aku memang tak suka sesuatu benda di lengah-lengahkan.. just because aku tak suka sesuatu yang kalau aku rasa aku nak buat, aku boleh buat sendiri, aku malas nak get anybody involved in my business sebab akan melembap kan perjalanan hidup aku.. 

So sekarang, i have to remind myself, i am a woman, a woman shall depend on a man.. jangan jadi terlalu over independent kerana kelak orang akan ambil kesempatan.. serious.. kadang-kadang kena jadi manusia tak guna juga.. biar semua orang tau dan sedar tanggungjawab masing-masing. Aku percaya, sangat percaya, sebaik-baik mana orang tu, kalau hari-hari berdepan dengan orang yang terlalu baik, dia orang akan ambil kesempatan juga.. ok!!

Sebagai contoh, aku nak makan coklet, aku suruh husband aku belikan, aku tak boleh beli sendiri kaa? boleh je weh!! aku ada kereta, ada duit, boleh start enjin kereta and pergi kedai and beli coklet, tak payah tunggu husband aku balik kerja pi belikan coklet, tapi aku nak juga tunggu husband aku beli kan.. kalau dia lupa, aku akan remind la dia untuk beli kan.. kalau lupa, aku remind lagi, aku tak kan nak pergi beli sendiri.. sebab tanggungjawab dia kena kasi aku makan kan.. kalau dia lupa lagi, aku tunggu je la sampai dia ingat.. kalau dia ingat, itu rezeki aku la kan.. ini aku sekarang.. kalau dulu mungkin aku akan beli sendiri sebab nak tunggu dibelikan macam lama je lagi kan..coklet siap beli lebih lagi untuk di hadiahkan kepada semua.. so, si polan akan fikir, "owh takpe la, tak yah beli, nak take for granted la ngan permintaan minah ni.. sebab mesti si minah ni akan beli gak akhirnya..".. see!!!


Hari ni nak buat hal.. nak buat tak tau tentang apa sahaja yang bukan masalah aku .. bye!






Monday, November 12, 2012

Johnny's Style

Operasi menghabiskan daging korban bekalan ibu mertua..
 Aku hiris daging nipis-nipis, perap dengan bawang putih, bawang merah dan halia, perap lama-lama lagi sedap wehh.. lepas tu bakar dlm non-stick pan.. aku tak sure pan aku ni non-stick ke apa, but daging tak sticked pun, cuma bawang-bawang hangit je yang lekat.. tapi time nak basuh pan ni tak dak la masalah sangat.. nasib baik senang tanggal..




Wah.. terasa seperti makan di Johnny's restaurant pula..


Kbye!

Malam Semalam

Semalam, sebelum pejamkan mata untuk tidur, aku tiba-tiba menangis, rindu yang mendalam kepada papa, mama, adik-adik, nenek, rindukan my good old days.. aku menangis perlahan-lahan, sedut hingus srott sreet srott sreet perlahan-lahan, takut kantoi dengan husband dekat sebelah yang aku menangis. Entah kan bila, tau-tau aku sudah terlelap..

Sedang tidur, mimpi pula yang tidak enak. Aku mimpi husband keluar jalan-jalan tak bawak aku.. :(
Bila aku tanya dia nak pergi mana, dia tak nak bagitau.. sedih sangat.. dia terus tinggal aku terbaring atas katil seorang diri.. tiba-tiba, aku pun tersedar, fuhhh... raba-raba tilam, still ada lagi husband dekat sebelah.. siot je mimpi..

Terlelap kembali, mimpi dan-dan la bersambung, sakit hati betul rasa.. kali ni aku mimpi, aku sambung lagi tanya suami aku, "awak pergi maneeeeeeeee tadiiii?".. dia tak mau jawab jugak.. sedih sangat!! sedih okayyy kena tinggal.. aku buat-buat merajuk, dia tak nak pujuk pun.. owh serious pedih hati sebab tak kena pujuk..

Tersedar dek kerana alarm telefon berbunyi, jam pukul 6am.. macam biasa, tidur sekejap sampai alarm husband aku bunyi plak.. hahaha..  huahhhh.. husband aku tak pergi mana-mana pun.. ada ja tidur sebelah aku semalaman.. :)

hmmmm.. best sangat alam realiti bersama suami.. mimpi tak best!!

bangun mandi, prepare breakfast and chow pergi kerja.. 

:)