orang tengah stalk

Saturday, February 23, 2013

Mengidam

Before this, bila dengar cerita pregnant woman mengidam, aku akan rasa macam mengapakah sungguh mengada-ngada mereka itu?? Nak makan itu, nak makan ini, makan je la apa yang ada tak boleh ke??

okay, that was before okay!! now cannot feel that way anymore.. until today, i slowly getting to understand why pregnant woman mengidam.

okay, listen! listen! listen!! when i speak you listen!

Pregnant woman selalu rasa loya nak muntah kan, selalu rasa tak sedap badan.. so mereka ini akan tend to pilih makanan yang tak kan buat mereka rasa akan lebih lagi mahu muntah.. thats why kalau ada masak lemak ketam and  rojak ayam bellamy pun memang tak pandang sebab itu sungguh memuakkan dan menyumbang kepada kemuntahan.. serious weh! maka wanita akan pilih makanan yang tak meloyakan mereka seperti makanan yang bit masam.. thats why setengah mereka pilih untuk makan mangga muda.. memang mampu melegakan tekak yang loya..

Kesian pregnant woman, stop labelling them mengada-ngada when they request for something yang merepek.. they just wanted to have something that comfortable for them... tak larat weh rasa loya 24 hours.. 

Sedih sungguh pula rasanya saat aku menaip entry ni.. 

Kbye!




Thursday, February 7, 2013

Sementara masih berdua

Bulan depan genap setahun usia perkahwinan me and husband. Serious rasa macam sekejap ja masa berlalu.. orang kata kalau terasa sekejap maknanya kau bahagia.. bahagia ekk?? Alhamdullilah.. buat masa sekarang ni kami takdak la gaduh-gaduh sampai aku terasa macam nak balik rumah mak aku.. gaduh kecil-kecilan tu biasa laa.. merajuk tu memang asam garam menjadi wanita la kan.. dan memujuk pula memang kerja orang lelaki la kan.. 

Well, sempena hampir setahun perkahwinan, i would like to share with the readers apa yang aku telah enjoy selama kami berdua dan masih lagi berdua pada jam dan ketika ini..

May be sounds tah apa-apa to the few of you, but after marriage, aku terasa macam bebas sikit, sebelum kahwin, aku memang dijaga rapi oleh family, nak keluar malam, kalau balik lambat sikit, papa mesti call, mama call, nenek call tanya pasaipa aku tak balik-balik lagi until kau nak lepak luar lama-lama dengan member pun rasa serba salah.. but itu ialah bagus sebenarnya, tak terlalu bebas, bebas sangat pun tak elok kan.. maka selepas kahwin, aku boleh sesuka hati keluar malam pukul berapa sahaja yang aku nak.. nak balik pukul berapa sahaja yang aku nak... tapi keluar dengan husband la kan.. namun, kami mendapati bahawa selepas kahwin, kami lagi suka lepak di rumah.. nak buat apa keluar kalau kau boleh dating dalam rumah kan.. hihi!!

semantara masih berdua, kami boleh tidur pukul berapa sahaja kami mahu, dan bangun tidur pada hari weekend pada pukul berapa sahaja kami mahu.. lepas subuh, terus sembam muka dekat katil dan sambung tidur berdua.. suka-suki hati bangun lambat.. takdak komitmen la katakan.. My friend yang dah ada baby pernah wish us " well.. take your time.."... memang kami sedang take our time to the max la ni.. kahkah..

Sementara masih berdua, bosan-bosan, petang-petang, pergi tasik dekat rumah, jogging bersama. ok bukan jogging sangat pun more to berjalan laju-laju.. semput nak jogging dah sekarang ni.. bagi ikan makan kat tasik.. pergi jalan-jalan beli barang dapur dekat carrefour.. 

Sementara masih berdua, aku dan husband suka tengok you tube yang memaparkan haiwan-haiwan yang comel dan berperangai comel.. lepas tu kami macam tergedik-gedik "comelnya!! comelnya!!" "eh kenapa dia macam tu?" 

Ok.. lepas ni kalau bertiga.. hope akan jadi lebih happening!!

kbye!




Wednesday, February 6, 2013

Limau Sedap

Memandangkan CNY celebration dah dekat, mesti ada buah limau atas meja aku.. tak tahu la siapa pendermanya.. tapi aku memang suka limau ni.. sangat manis.. 

So hari ni saja, aku dah bantai 2 biji limau ni.. pagi tadi sampai office ada sebiji, lepas tu balik meeting petang ada lagi sebiji atas meja.. kenyang limau aku dibuatnya.. disebabkan aku tak makan nasi for lunch so agak bersemangat aku makan limau ni.. huhu..



memandangkan semua staff dekat office ni dapat limau, maka office aku ketika ini sangatlah berbau limaunya..

kbye!