orang tengah stalk

Monday, April 22, 2013

Kuali

Sangat annoying bila kau beli kuali macam di bawah ini, itu bukan kuali aku, aku dapat dari google image. Tapi lebih kurang kuali baru aku juga la..


Apa yang cuba aku sampai kan di sini?

Cuba korang perhatikan, kebanyakan kuali di pasaran, tak semua tetapi kebanyakan je ok, depa suka hati pergi tampal sticker company dekat tengah-tengah atau dekat bahagian dalam kuali. Sticker tu pula melekat kuat dekat permukaan kuali tu. Sampai rosak kuku mak bila terpaksa kuis-kuis sticker tu. Tak kan mak nak goreng ikan dengan sticker itu terendam dalam minyak panas kan.. kesian suami mak nanti makan ikan goreng sticker.

Sebagai wanita bekerjaya pada isnin-jumaat dan suri rumah sepenuh masa pada hujung minggu, aku sangat tidak boleh tolerate dengan perkara sebegini dimana masa aku dihabiskan dengan mengkuis-kuis sticker itu sampai tertanggal bersih tanpa sebarang kesan pada kuali.. ternyata sekeras mana usaha mengkuis, memang sticker boleh tertanggal namun kesannya masih tampak kelihatan.. sangat geli untuk menggoreng ikan di atas kuali itu..

Lalu aku pun mengadu dekat husband dengan sangat kronik juga memek muka aku akibat terlalu tertekan dengan approach pengusaha kilang melekatkan stickernya di kuali itu..

Aku : blanblabalnalkbalablabnabla#@$#%#$ 
Anas : Laaa ye ke... cuba tuang sikit minyak masak yang dah pakai.
Aku : boleh ke?

Aku pun try.. and what a surprise man!! memang tertanggal bersih tanpa sebarang kesan sticker.
Macam ni, korang tuang sedikit minyak masak yang korang buat goreng ikan tu kan, lepas tu sapu perlahan-lahan dulu selama 30 saat, lepas tu ambil sponge dawai, sental la.. tak perlu sental ganas-ganas pun, lembut-lembut ja terus keluar.. lepas tu bilas dengan sabun cuci pinggan.. haaa.. berkilat tau kuali i senahhh!!

Cuba la kalau tak percaya!

kbye~



Wednesday, April 17, 2013

Terkejut mak!

Semalam balik rumah, penat sebab bekerja kan, masuk rumah, rumah dah installed with tikar getah yang sangat cantik dan kabinet dekat dapur yang memang cantik. I like!

Depa gomo time aku and anas keluar pergi kerja.. haaaa.. patutpun nenek berkeras suruh aku hantar kunci rumah kat dia, konon nak datang tolong sapu-sapu ja.. haha.. over tauuu~

yes, rumah baru kami kena pakai tikar getah sebab lantai simen colour kelabu tu wehhh.. memang kaki aku tak tahan dengan simen tu.. memang boleh bertambah-tambah teruk penderitaan eczema aku kalau berjalan atas simen tu. So mama and nenek belikan kami tikar getah, and pasangkan sendiri tikar tu dekat seluruh ruang tamu dan master bed room dengan bantuan papa. Terbaik!! aku sendiri tak dapat bayangkan macam mana depa alihkan almari-almari, sofa semua time depa nak pasang tikar getah tu.. gila terharu sebab aku sendiri tak kuasa nak buat.. :P

Next, mama suruh pasang aircond plak.. aduiii.. parak la bayar elecric bil bulan-bulan.. huhu.. tapi memang panas la landed house ni.. sebelum ni duduk apartment tinggi sejuk la sikit.. tapi takpa la.. asalkan DAH TAK PERLU NAIK TURUN TANGGA!!! aku capitalkan huruf-huruf dalam ayat itu kerana itulah pencapaian terhebat yg memberi kepuasan optimum apabila kami berjaya menyewa landed house ini.

Dah feeling mcm Deco bersama Eric Leong gitu!!

Alhamdullilah. 

Kbye~


Monday, April 15, 2013

Moving In

Hi~

At office now and masih terasa kepenatan pindah rumah.

Apa?? Pindah rumah??

Haaa.. itu la story yang aku nak cerita..

Alhamdulliah, Allah telah mudahkan segala urusan kami suami isteri, Allah telah bagi kami rumah teres..

So lepas ni, tak perlulah kami hari-hari turun naik tangga tingkat 4.. lepas ni tak perlulah kami terasa malas bila nak keluar pergi jalan-jalan hanya kerana malas nak turun naik tangga.. lepas ni tak perlu la hubby nak kena turun naik tangga atau nak kena tunggu waktu nak pergi kerja pagi-pagi baru boleh buang sampah dekat dapur..

Wah, segalanya telah dipermudahkan oleh Allah.. Alhamdullilah~

ok laaa.. aku baru nak start type entry panjang lebar, dan-dan tu email kerja masuk.. haish..

ok la bye~

Wednesday, April 10, 2013

Berita Terkini

Hai~

I would like to announce that this week and probably to be drag until next week will be the most hectic and tiring week for me.

Wonder why?

Jeng..jeng..jeng!!

I will tell everything in my next entry.

Lepas dah hilang penat lelah semua k..

Bye~


Thursday, April 4, 2013

Ya Allah, sedih sangat..

Entahlah.. its been over 1 month but less then 2 months, hopefully its normal when its hard for you to move on after having miscarriage.

This morning, My boss keep on asking me update itu la, update ini la, yang memerlukan aku track balik email lama-lama.. thats fine for me, biasa la kan track email lama-lama..

Yang paling sadis, bila kau tengah track email kau, kau akan tengok tarikh kat sebelah kanan outlook kau..

Tarikh 1/3/13.

Ya Allah sedihnyaa tengok tarikh tu.. tarikh itu juga aku still pregnant and my last day of pregnancy before turun darah on 2/3/13.

Pada 1/3/13, aku masih menjalani kehidupan seperti bakal-bakal ibu yang lain, sedang mengalami satu perasaan yang indah bila tahu walau tension macam mana pun kau di office dan di rumah, dalam perut kau ada benih yang tersemai.. kau preggy kot.. thats anugerah ok.. serious indah.. hari-hari yang mana kau tahu suami kau sangat memberi perhatian sepenuhnya kat kau.. hari-hari yang mana suami kau akan jadi sangatttttt caring dan romantik..

Ya Allah, sedih sangat.. sedih sangat.. rasa nak exit outlook.. tak nak tengok tarikh-tarikh dan email bekas bakal ibu sebelum 2/3/13.. sedih nyaaa.. moment itu terlalu indah sehingga merentap-rentap,   merobek-robek, meremuk-remukkan hati perasaan dan jiwa aku sekarang... 

Most of the time, aku tak kuat.. tapi aku prefer untuk diam atau tukar topik dan  buat-buat happy.. :(