orang tengah stalk

Tuesday, July 16, 2013

Itik Bakar

Aku terima email mengenai tawaran iftar di Menara KL dengan company's staff rate.

Aku ingat nak belanja Anas berbuka puasa dekat Menara KL bila-bila masa dalam bulan Ramadhan ni.

Sekali-sekala belanja suami. Apa salahnyakan.

Aku pun ceritalah dekat Anas perihal Iftar promotion tu.

Actually, aku dengan Anas bukan jenis suka berbuka di luar.

Kami lebih suka ke bazaar ramadhan dan sangat suka lepak dan berbuka di dalam rumah sahaja.

Lebih relaxing dan boleh sesuka hati je nak menonjolkan gaya makan yang kita mahu.

Maka terjadilah perbualan antara kami dalam kereta dalam perjalanan ke bazaar ramadhan.

Aku : Awak, saya dapat email iftar dekat Menara KL. Staff rate agak murah jugalah. Rasa nak belanja awak. Nak tak? Jom la..

Anas : Tak nak la.. saya lagi suka awak belanja saya itik bakar dekat bazaar ramadhan.

Aku terfikir sejenak, hari tu ke bazaar, memang kami ada lalu depan kedai itik bakar tu. Anas suka itik bakar tapi harganya agak mahal. Mahal like serious mahal ok! Jadi Anas tak beli. Maka kami pun berlalu pergi dari kedai itik bakar tu. Aku memang tak makan itik ok. Bau pun aku dah pening.

Aku terfikir lagi, kesian sungguh Anas, kadang-kadang terpaksa berkira untuk makanan sendiri sebab mungkin dia kena berjimat nak bagi aku makan. Apa yang aku nak dekat bazaar, dia bagi je aku ambil. Nasib baik dapat bini macam aku ni, makan simple-simple je.. hihi..

Rupanya dia teringin itik bakar tu.. kesian dia..

Macam mana nak cakap eh, aku tak reti nak buat ayat.. huhu..

Kadang-kadang, kita begitu yakin dengan memberikan sesuatu hadiah yang mahal untuk pasangan akan membuatkan pasangan kita gembira dan bahagia. Sedangkan kita patut pertimbangkan apa yang pasangan kita suka dan perlu. Siapa yang tak bahagia bila dapat benda yang kita mahu dan suka kan?

Dalam kes ini, Anas jenis tak suka berbuka di luar. Dia teringin itik bakar. Maka aku..

Aku : ok laa.. ok laaa.. nanti saya belanja awak itik bakar ok :)

Anas diam.. tanda excited terlebih dalam hati la kot :P

Macam aku juga, aku prefer kau orang belanja aku makan roti canai + teh ais dekat mapley dari bawa aku makan sushi king.

Ok bye~



Wednesday, July 3, 2013

Email Signature

Aku set caption di bawah sebagai email signature aku.

“I don't know the key to success, but the key to failure is trying to please everyone.” - Bill Cosby

Lama jugalah aku tak tukar signature tu sebab aku rasa bersemangat setiap kali aku baca email mengenai kerja dan scroll down some more lalu akan terlihat signature aku tu.

Pernah juga dapat email reply dari orang yang terima email dari aku, dia tertarik dengan signature itu. Sungguh bagus dan sentap membacanya. Kebetulan beliau sedang hangin dengan manager beliau yang mana dirasakannya gila kuasa. Hahaha!

Well, kita siapkan kerja kita untuk siapa sebenarnya? untuk bos atau untuk kepuasan diri sendiri?

Semua orang masuk office and akan ada few dedicated task untuk mereka. Ada task yang mereka suka dan ada yang mereka tak suka. Mereka terpaksa laksanakan dedicated task itu kerana apa? kerana takut bos atau untuk kepuasan diri sendiri?

Please bekerja untuk kepuasan diri sendiri. Maksud aku bila kau berjaya siap kan dedicated task atau pun task kau tu ada progress dari sehari ke sehari, dan kau tidak ada perasaan pun untuk impress produktiviti kau kepada orang lain. Tetapi lebih kepada kau punya self-satisfactory.

Namun haruslah diingatkan, kau haruslah serious bekerja dan jangan melengahkan kerja. Itu subset kepada self-satisfactory itu.

Kau tak perlu nak impress manager kau dengan cara mengipas-ngipas pinggul mereka tetapi jika kau bekerja dengan serious dan untuk kau punya self-satisfactory, percayalah, kau akan impress and please orang sekeliling secara tidak kau sedari.

Owh mesti akan ada yang cakap mereka tidak menyukai kerja mereka maka bagaimana mahu mendapatkan kepuasan bekerja kan?

Suka hati kau lah nak cakap apa. Tapi kau kena fikir, Allah tahu kenapa dia tempatkan kau dekat tempat yang engkau tidak suka itu. Apa yang kau tak suka itu mungkin boleh jadi yang terbaik untuk kau. Walau macam mana kau tak suka kerja kau, kau kena serious dengan pekerjaan kau. Kalau ada rezeki kau dekat tempat lain maka adalah, tapi kau tetap kena serious dengan kerja sekarang sebab itu kerja kau! Jangan buat perangai.. Kalau tetiba bos kau fire kau, macam mana? haaaaaa!!

Owh satu perkara yang paling penting, jangan lupa hari-hari berdoa agar Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat tau. Untuk lebih spesifik, minta Allah permudahkan urusan di pejabat. :)

What about you guys? what do you guys think?

Ok thanks.







Monday, July 1, 2013

Kita sebenarnya insan yang kuat!

Tarikh hari ini, dalam sejarah, setahun yang lepas, ialah hari pertama aku menjejakkan kaki ke office baru. Semuanya serba baru. Suasana kerja baru, pejabat baru, management baru, rakan sekerja baru dan cara kerja baru. Semuanya BARU! Aku mengaku aku agak mengalami kejutan budaya kerana perubahan suasana yang mendadak di tempat kerja pada hari itu.

Di saat aku mula untuk membiasakan diri dengan suasana seakan-akan henjutan paradigma di pejabat baru, saat itu juga pekerjaan suamiku pada ketika ini memerlukan dia pergi outstation banyak kali. Boleh kata dalam sebulan, 10 hari je la kot duduk rumah. Melampaukan? tapi benar! 

Aku memang manja, memang mengada-ngada. Aku tak boleh jauh dengan suami. Tetapi apa boleh buat. Bila dia pergi outstation, setiap hari-hari tanpa suami, aku gagahkan jua diri, bangun pagi, bersiap-siap ke tempat kerja. Dalam hati sesungguhnya kerinduan yang menebal. Terlalu melampau aku katakan, sampai lemah kepala lutut aku sebab rindukan suami. Duduk buat kerja dekat office pun merindu.

Hari ini dalam sejarah juga, aku sangat tertekan dengan cara AGM dan manager aku mengemudi unit kami. Sungguh kurang bijak pada aku. Aku tak tahu apa yang berada dalam fikiran mereka. Adakah mereka merasakan yang apabila mereka merumitkan sesuatu keadaan yang mana akan melibatkan kerahan kerja yang banyak maka adakah itu melambangkan mereka rajin bekerja dan layak digelar pekerja cemerlang? Ya.. itu lah mereka di sini pada ketika itu!

Pada ketika ini, aku sungguh tertekan dengan AGM, manager dan juga suami yang sentiasa jauh. Aku tahu aku mengada-ngada. Pernah juga aku mengalami insomnia kerana terlalu memikirkan tahap kemerepekan ini. Perasaan ingin menjadi suri rumah juga membuak-buak.

Hampir setahun aku menahan.. ceh tak sampai setahun. Akhirnya suamiku berjaya bertukar ke tempat kerja yang lebih dekat dan tak perlu pergi oustation. Allah sahaja yang dapat merasakan betapa lega dan bersyukurnya aku kerana sudah tidak berjauhan lagi dengan suami selepas ini.
Rezeki suamiku. Bersyukur sangat-sangat.

Hampir setahun mengharungi cabaran melayan karenah management yang suka bermain dengan complexity when there was simplicity, maka pencen juga AGM tua itu. Maka mendapatlah kami AGM baru yang muda dan sangat-sangat tidak suka orang masuk meeting lambat dan tidak suka meeting lama-lama dan tidak suka staff dia buat kerja tidak berfaedah. Satu lagi perkara yang aku patut bersyukur. Seriously bersyukur. Sejak dari itu, aku mempunyai banyak masa untuk mendalami apa sahaja ilmu tanpa diganggu manusia complex! Lebih banyak masa aku dapat gunakan untuk meleraikan apa yang aku tak faham mengenai produk-produk syarikat selama hampir setahun aku buntu dek complexity. Aku bersyukur.

Keguguran pada March'13 hari itu, jiwa tertekan. Namun aku bersyukur. Banyak pengajaran dari pengalaman keguguran itu. Teramat banyak! Terkadang, dalam jiwa yang spoilt, ada terselit perasaan bangga sebab aku boleh mengharungi perasaan sedih ini. Bukan semua orang dapat rasa. I am the chosen one!

Selamat pindah rumah baru, rumah atas tanah. Sudah tidak perlu menaiki tangga. Aku bersyukur.

Hari ini, 1/7/13, aku masih di office, genap setahun aku berkhidmat di unit ini. New AGM, new direction that worth working out for.

Aku survive! Aku sebenarnya manusia mengada-ngada yang kuat! Sungguh tak ku sangka! Apa lagi yang aku nak? Allah dah memberi terlalu banyak! 


Now i got it! apa yang patut aku pinta ialah KEKUATAN untuk menghadapi segala ujian dari Allah. Nampaknya Allah bagi kekuatan tu. Aku rasa lah.. aku survive kot!

Kbye~