orang tengah stalk

Wednesday, December 31, 2014

Anak Perempuan

The moment aku compose entry ni, aku sudah pun mempunyai anak perempuan berusia 5 bulan dan akan menjangkau 6 bulan pada 11/1/15 nanti.

Anak perempuan yang bermata sepet dan berambut halus.

Muka pan asian macam parents dia juga..

Tiba-tiba mood untuk menulis datang kembali.

Tapi aku rasa aku akan menulis bila aku emo.

Kalau tak emo memang takdak idea..


Monday, May 12, 2014

Because I am a boring person like that..

Tengok iklan morther's day dekat tv semalam laki aku terus tanya.. 

Anas : laaaa hari ni ke hari ibu?

Aku : Entah la wak.. ye la kot..

Anas : Habis tu kenapa nurul tak post dekat FB pun?

Aku : Entah la wak.. tak berminat..

Yeahh.. mungkin faktor ketuaan, aku dah tak berminat langsung nak mengekspresi kejiwangan aku untuk tontonan orang ramai.. 

Aku dah jadi manusia yang boring.. 

semalam lepak rumah mama, aku melantak nasi dagang yang mama masak.. sedap sangat.. 


Kbye~

Friday, May 2, 2014

Bogel

Owhhh tidak..!!! aku dah ketiadaan baju yang muat untuk aku pakai.. semuanya sudah sendat.. aku tension! Selalu juga aku menjerit dalam bilik setiap kali nak bersiap keluar rumah.. 

Kalau aku paksa juga diri sarungkan baju yang selalu aku pakai, memang dah menutup, tapi ketat dan membalut sendat woiii.. nampak bentuk pusat and bentuk perut.. 

Kalau free hair mesti comel je nampak curvy-curvy kan..

Kalau bertudung, aku rasa macam wanita bertudung yang bogel.. aku tak selesa dan hilang keyakinan diri..

Entahlah.. pada aku, once kita dah decide nak tutup aurat, marilah kita dari hari ke hari memperbaiki diri ke arah penutupan dan penjagaan aurat secara sempurna.. aku pun tak sempurna lagi.. jauh lagi perjalanan tapi rasanya macam dalam perjalanan.. biar lambat asal istiqamah ye dok?

Kbye~

Tuesday, April 15, 2014

Jumudkah aku?

Aku tak faham..

Kenapa jiran depan rumah aku ni keluar rumah pergi supermarket pakai tudung tapi bila siram pokok bunga, berborak dengan jiran wanita lain atau angkat kain di jemuran dekat halaman rumah dia free hair pula..

Aku dulu masa free hair, dalam dan luar rumah aku free my hair.. bebas sangat rasa..

Sejak dah ala-ala menjaga aurat ni, nak keluar buang sampah pun aku tunggu laki aku yang buat.. sebab aku malas nak bersiap-siap.. ataupun, alang-alang balik rumah dari tempat kerja, dalam keadaan berbaju kerja, aku masuk rumah, ikat sampah terus keluar buang sampah...

Owh.. jumudkah aku?










Thursday, February 13, 2014

Posisi bercangkung ketika buang air kecil/besar bagi wanita hamil

Aku memang tak suka guna toilet duduk. Kalau kena guna toilet duduk pun aku akan cangkung atas toilet duduk tu sebab aku geli nak kena kan kaki aku dekat mangkuk tandas.

Yes! memang bahaya tapi aku tetap geli.

So aku jadi paranoid. Macam mana nanti kalau perut dah boyot, selamat lagi ke nak kencing bercangkung? Even sekarang pun aku dah rasa macam perut menekan bila aku bercangkung. I am 4 months now. 

Rasa macam perut tertekan dan baby akan tersepit.

So last appointment dengan gynea, aku tanya dia selamat ke tak.

Dia cakap, dia scan tengok rahim aku, kedudukan cantik, ok.. alhamdullilah so still selamat nak bercangkung.

Other case yang bahaya ialah apabila rahim wanita hamil itu jatuh sikit.

Aku pelik juga, ada juga wanita  hamil rahim jatuh tapi aku iyakan sahaja lah. 

Yang aku tau doc dah bagi aku greenlight kencing bercangkung. 

Hehe..

My suggestion is, go get your doc and confirmkan selamat tak kaurang nak kencing bercangkung bagi yang betul-betul tak boleh terima tandas duduk macam aku ni. So that takdak la kauorang semua paranoid.

Thank you.