orang tengah stalk

Friday, May 29, 2015

Aku nak tulis

Hi semua..

adui la.. aku nak post entry..

tapi masa aku depan laptop pun kebanyakan masa di office.
Dekat office aku memang gila kerja sampai nak kencing pun malas.
Di rumah memang takda masa..

Aku akan cari masa okay..

Thank you.

#popularlasangat

Monday, February 9, 2015

Aku rasa bertanggungjawab untuk explain dekat kau orang pasal pengeluaran wang akaun 2 EPF untuk beli rumah pertama (beli dari pemaju)
.
Aku tak sure, tapi prosedur terkini macam rumit sedikit.. semua kena CERTIFIED!

Proses sebenarnya mudah jika kau ada document yang LENGKAP dan TEPAT.

Dokumen tersebut ialah:

1) Salinan IC
2) Latest bank statement (Certified by bank)
3) Copy of Loan bank offer letter (Certified by bank/lawyer)
4) Copy Sales and purchase agreement. (Certified by lawyer)
5) Borang 9C.. boleh dapat dan isi di EPF jika kau malas nk isi awal-awal..

Dokumen (1) and (2) masa time aku, memang mereka tak tengok pun. Tapi mereka tengok dokumen (3), (4) dan (5).

It is important for salinan dokumen kau orang, CERTIFIED  by banker/lawyer.. kalau tak memang EPF tak terima.

JANGAN cakap kau boleh bawa original copy and kau expect EPF untuk certify. Time aku, original copy aku, EPF tak tengok pun. Tapi aku standby bawa siap-siap..

PENTING! Sila pastikan, geran number dalam offer letter dari bank, sama dengan geran number dalam SPA. Time aku buat semakan dokumen, semua dokumen dah cukup, cuma ini je la kes yang menimpa aku dan membantutkan proses. Geran number dalam offer letter dan SPA tak sama. Memang serabut.

Balik rumah dan terpaksa aku call Maybank dan minta dia issue supplementary offer letter. Supplementary offer letter menyatakan geran number rumah kau ikut geran number yang dalam SPA. Nasib baik staff Maybank tu prepare supplementary offer letter dengan sangat pantas. Siap datang office aku dari Klang untuk hantar and certified. Aku sangat-sangat hargai jasa En Nazrul (Maybank Klang).

Puas hati juga dengan service staff EPF. Sangat baik, ramah dan sangat membantu walaupun aku macam stress jugalah dokumen tak lengkap hari tu. Keep up the good work..




Monday, January 12, 2015

Rutin harian selepas habis kerja setelah jadi mak orang:

5.30am: Bangun bersiap pergi kerja.
6.30am: siapkan anak untuk hantar ke nursery (tukar lampin pakai buang beliau, bermain bersama beliau)
6.45am: bergerak keluar hantar anak ke nursery lalu meneruskan perjalanan ke pejabat.
7.40am: sampai pejabat terus buka komputer riba dan terus buat kerja sampai tak ingat dunia.
5.30: terkejar-kejar nak punch card sebab nak balik ambil anak kat nursery.
6.30pm: sampai nursery anak. (ni kalau nasib baik tak jem la.. )
6.40pm: sampai rumah, main-man dengan anak, bagi anak makan solid food, mandikan beliau dan kami solat.
8pm: Anak aku memang rutin tidur dia start waktu ni.
8-9pm: solat, kemas barang anak ke nursery esok nya, mandi, makan ( kalau ada selera).
9-10pm: lepas tengok tv denagn suami.
10pm onwards: tidur.

Itu rutin biasa. Tak termasuk ko tengah basuh-basuh botol susu dekat dapur, then ko kena stop sekejap sebab anak ko terjaga nangis mengigau..tak termasuk ko kena basuh baju (pakai mesin basuh la tapi), kena sidai baju, kena kemas baju.. 

Ini aku tak memasak ok.. aku kalau dah penat, aku malas nk dinner.. aku tau nak tidur je..

aku memang respect orang balik kerja boleh masak lagi,, memang salute la..

lepas tu nak kena fikir baju kerja apa kau dan suami nak pakai esok, kena iron pula selepas itu.

Baju nak pakai tu kena decide the night before sebab kalau esok pagi nya baru nak decide memang lambat la kau sampai pejabat.

Kau orang tengok betapa awal aku hantar anak aku ke nursery.. aku sedih sangat-sangat,, pagi-pagi dah kena angkut anak ke nursery mengharap orang lain besarkan anak aku.. sedih gila weh!

Tapi kalau aku tak pergi kerja, memang tak mampu suami aku nak tanggung sorang.. haihhh..

pergi kerja pulak, pening dengan kerja, dengan bos, dengan vendor, dengan rakan sekerja.. sakit kepala weh..

lepas tu, pukul 5.30pm dah kena kelam kabut nak balik sebab tak nak lambat ambil anak.. stuck dalam kesesakan lalu lintas tak payah cakap laaa.. dalam kepala ni fikir anak je... takut lambat ambil..

penat weh,. penat sangat badan dengan otak ni.. 


sebab tu aku respect wanita bekerja dan menjaga family pada masa yang sama..

dan aku meluat dengan suri rumah banyak mengadu penat-penat bagai buat kerja rumah jaga keluarga.. at least kau orang tak sakit kepala mengadap perintah  bos kau yang totally bukan dari darah daging ko.. bos ko ialah suami kau dan anak-anak ko.. yang memang berbaloi keringat ko dikerah untuk meraka..  

penat tapi kau mampu lihat anak ko membesar depan mata ko 24 jam.. sakit sihat dia semua dengan ko.. apa yang ko bubuh dalam makanan dia semua kau tahu.. 

Aku yang dekat pejabat ni, meredam rasa memikirkan macam mana dia orang jaga anak aku.. haih..

sedih la.. emo sebab tu aku keluar post ni..

dah la,. bye!