orang tengah stalk

Sunday, July 24, 2011

Tah Hapa-hapa Tah..

Aku pergi Nilai 3 dengan the beloved family semalam. Nak beli barang sikit. Mula-mula sampai memanglah rasa macam rambang mata sampai nak terkeluar biji mata sebab rasa macam semua aku nak beli walaupun duit dah tinggal taik gigi duit jaa hujung-hujung bulan ni..

Kami masuk satu persatu kedai cari barang yee.. sampai naik pecah tumit kaki aku al-maklumlah aku ni kan penderita eczema yang tegar, so aku memang tak boleh jalan banyak sangat..

Satu perangai aku yang memang aku mengaku itu memang perangai aku, aku tak suka survey-survey barang.. aku penat.. aku prefer masuk satu kedai dan bila aku nak barang tu, aku ambil dan aku bayar terus.. i repeat, aku tak suka survey-survey.. aku malas nak buang masa nak kasi sakit otak, nak survey-survey harga.. aku tau harga lebih kurang sama jaa dekat mana-mana kedai pun.. nak jalan lagi sampai pecah tapak kaki ke kedai lain-lain.. adoiiiiiiiiiiiiiiiiii... pedih kaki lepas itu aku mengantuk laaaaaa... :P

Tapi, akibat dari perangai aku tu, aku terpaksa menanggung perasaan terkilan dan sedih apabila aku singgah kedai lain dan aku jumpa barang yang lebih cantik dan memang barang tu lah yang aku nak tapi aku pula dah beli barang lain dekat kedai lain.. aduiiiiiiiiiiiiii!!! macam nak mencarut-carut wehhh!!!! kenapalah selalu macam ni weh?? dari dulu lagi kot!!

Akibat dari perangai aku ini juga, aku yang pada mulanya seorang yang sangat beria-ia dan penuh dengan angan-angan tentang sesuatu tetapi akhirnya aku hanya menjadi seorang yang ala kadar jaa.. disebabkan dah penat dan malas nak fikir.. asal ada barang lepas tu jalan!! hahahahahah!!!

Tapi, Allah pun suruh bersederhana dalam segala hal jaa kannn.. Semoga bakal laki aku nanti tak macam aku.. kalau tak memang ala kadar je la rumah kami nanti.. pintu jamban tak dak pun tak pa.. tak nakkkkkkkkkk... hohohohoho!! (^o^)v

Bye..


Saturday, July 9, 2011

Rama-rama Dalam Perut..

Pagi Sabtu yang kebiasaannya aku bangun lambat, aku bangun awal, lepas solat subuh, aku terus tak tidur sebab rasa macam tegang perut.. rasa nak muntah.. huarrgghhhhhhhhhh!!!

Dia tanya kenapa remove dia dari friendlist aku, dia kata aku dah berubahlah apalah.. ini jawapannya:

Kalau aku tak remove kau dari FB friend list aku, hari-hari aku rasa aku nak stalk kau.. lepas tu mungkin ada potensi untuk aku sentap.. so untuk mengelakkan potensi itu, i think that is the best move for me to take..

Yang lagi seorang itu, sentap juga sebab aku remove dia, 5 minit sekali post status dekat FB dok kutuk-kutuk aku.. otak hang otak 3 suku betul la.. lantak hang la..

Sekarang ni biarlah aku focus dengan kerjaya dan personal life aku yang mana aku rasa kenapalah aku tak dapat life yang macam ni dari dulu lagi?? kalau tak, tak lah aku bazir masa, buang duit ke arah sesuatu yang tak pasti.. dosa pun betimpa-timpa jatuh atas bahu.. tak dak aku sampai terpaksa bermusuh dengan orang yang tak sepatutnya aku bermusuh, tarik muka dan tak bercakap dengan dia.. tak bau syurga woooo!!!! takutnyaaa!!!

Tapi aku tau, Allah knows the best.. thank you Allah :)

Bye!!


Thursday, June 30, 2011

Menghitung Hari Adalah Agak Persetan Perasaannya..

Aku nak pergi kedai beli buah..

Aku nak pergi kedai jual buah..

Aku nak pergi kedai jual beli buah!!

Senang!!

Bye!

Wednesday, June 15, 2011

Dia Datang Lagi!!! Haih!!

Orang-orang yang terlalu baik, mengapa harus disakiti hati dan jiwanya? Ya Allah.. ternyata sangat sukar untuk mempertahankan kepentingan diri.. (T__T)

Tapi..

Jiwa dan hati aku macammana yaa?? Aku tak mahu buat silap lagi.. aku tak mahu dengan apa sahaja keputusan yang aku ambil, aku ternyata silap dalam keputusan itu.. aku tidak mahu.. Ya Allah.. Tolong berikan aku jalan.. tolong.. aku tak nak buat silap lagi.. tak nak.. aku sudah penat..
Sumpah penat.. sumpah..

wah.. tiada perkataan mencarut di dalam entry ini.. ada improvement.. :)

Thursday, June 9, 2011

Terpaku Diriku..

Lepak atas sofa seorang diri di carwash petang tadi, sedang asyik melihat lelaki berbangsa india cuci kereta aku, datang seorang lelaki warga cina.. aku rasa depa dua orang tu dah lama kenal dan memang suka berborak-borak.. alah, borak macam engkau borak dengan jiran kau time terjumpa beliau dekat supermarket..

Aku tengok je depa, bertambah berkerut dahi aku bila aku cuba focus on apa yang depa cakap kan..
memang terperanjat bila lelaki Cina tu berbahasa tamil dengan lelaki india tu!! omg!! gila fluent gila ok!! gila-gila!! tak tau nak cakap apa.. terpaku.. terpaku sampai aku rasa nak menangis.. tak sangka ada juga orang macam tu kan?? 1Malaysia sungguh laa..

Bye..

Memang Gila Betullah Weh!!

Apa benda yang boleh kalahkan dan mematahkan kehebatan dan betapa bombastiknnya hati dan perasaan? Even keegoaan yang melampau pun boleh kecundang dek kerana hati dan perasaan..

Tak boleh tipulah weh.. Kau rasa dan kau boleh simpan tapi kau sakitlah.. hahahahaha!!

Haishhh.. (-__-)7 <-- tongkat dagu..