orang tengah stalk

Thursday, May 5, 2011

Dah lama aku tak update blogkan? Malas bercampur dengan last week aku pergi Phuket dalam 5 hari dari 25-29/4/11. Best sangat kot vacation kami. Ye la, semenjak bekerjaya ni, agak susah aku nak cuti panjang dan merehatkan minda. Kalau cuti pun, MC or EL sebab sengugut.. ngehngeh!! ;p

Ni ada gambar aku naik tuk-tuk dan gajah sebagai bukti, tak tipu woooo!! Aku tak panik pun naik gajah!! Pleaselah nak panik-panik..

Bye..






Thursday, April 21, 2011

Tiba-tiba nampak Akmal online, so aku tegurlah dia.






Friday, April 15, 2011

Carpet..

Tengah breakfast dengan budak-budak office ni, kami buka cerita pasal carpet.. semua terpercik-percik air liur cakap pasal mak depa tak suka carpet, nenek depa tak suka carpet, adik lelah..

Tiba-tiba yang lagi seorang budak office aku ni memecah keheningan pagi..

Dia kata mak dia tak suka carpet juga sebab mak dia kata:

" Mak dah basuh carpet ni, jangan guna!!"

Bye!!

Tuesday, April 12, 2011


Boleh tak kalau dalam sebulan aku tak rasa sengugut?? Boleh tak..?? Aku dah penat laa.. agak menganggu kualiti hidup aku la sengugut ni.. wuuuuuuuuu :(

Bye!!

Monday, April 11, 2011

Yang Mana Satukah?

Sebab tu bila tengah marah, kita kena duduk bersandar, tarik nafas dalam-dalam, dan marah akan perlahan-lahan reda dan kita akan perlahan-lahan dapat berfikir dengan waras semula dan tindakan respon kepada perkara yang menyebabkan kepada kemarahan itu tidaklah 100% hanya dipengaruhi oleh nafsu amarah semata-mata.
Ketika marah, kita akan merasakan diri kita betul, orang lain salah, dan lebih kelakar lagi untuk kelihatan lebih educated ketika marah, kata-kata hamburan berunsur agama akan digunakan..

Dulu kalau aku keluar dengan lelaki, kau kata aku dekati maksiatlah sebab keluar dengan lelaki bukan muhrim, lupa tuhanlah, aku teruklah, siap nak doa yang bukan-bukanlah.. sebab marah sangatkan.. aku pun degil kepala batu.. aku faham tu..

tapi sekarang ni kau pula yang beria-ia suruh aku keluar dengan mamat tu?? Kau kata kalau tak keluar macam mana nak kawan rapat? kau kata lagi kalau mamat tu ajak aku keluar, aku jangan tolak, keluar ja.. hmmmm.. ?? Aku bingunglah sebenarnya.. Habis tu kata-kata nasihat yang sangat menyentap aku dulu tu macam mana?? Mana satu ni?? <-- sambil garu kepala..

Keliru.. huhu..(*_*)

Sunday, April 10, 2011

Salah Ibu Mengandungkah??

Dalam perbualan telefon, tengah bercerita panjang dengan dia tiba-tiba ada orang ketuk pintu bilik dia, terbantut sebentar gosip-gosip antara kami dengan suara yang lebih kurang begini,

"Aku dah bayar seribu, bayar RM100 kalau nak settle.."

Lepas tu dia cakap dengan aku dia akan call aku semula, aku malas nak buat perangai mengada-ngada, aku byebye kan aja, kejap lagi dia call semula baru aku nak busy body korek-korek cerita..

Dalam durasi aku tunggu dia call aku semula tu, aku memang fikir yang bukan-bukan.. dia tu ada buat benda tak elokkah? Apakah? Aku pun tak tahan aku yang call dia tanya..

Rupa-rupanya, menurut penceritaan dia, kawan dia kena tahan dek polis, polis buat road block dekat jalan kawan dia nak balik rumah.. kawan dia tu, lesen dah mati, dan roadtax tak da.. memang point besar lagi relevanlah kalau pak polisi tu nak tahan dan sepak bontot kau ke lokap..

Kelam kabut kawan dia yang bonceng motor tu berlari balik rumah cari dia yang sedang bergosip dengan aku, sibuk suruh pergi dekat tempat road block tu tolong settlekan RM100 kalau tak balai cerita..

Kalau kau orang nak tau, polis tu yang minta RM100, kira macam bayar RM100, settle semua.. tutup cerita, duit masuk poket.. kawan aku tu lah yang kena bayarkannya, yang kena tahan dek polis tu duit tak dak.. polis tu siap bawakkan member aku tu pergi bank lagi tapi masa tu dah midnight, so ATM offline seketika so sebarang withdrawal tak boleh buatlah.. so polis tu dah malas nak layan, dia lepaskan jaa budak-budak tu.. apa yang aku jijik, aku dengar cerita lagi, polis bukanlah nak buat roadblock sangat dekat situ, cuma nak pau-mengepau pesalah jalan raya jaa..

Sekarang ini, nak marah dekat polis tu kaa?? Polis tu pun memang berdosalah kan pau duit orang, perut buncit penuh cacing la jawabnya.. tapi kalau kau renew lesen kau, renew road tax kau, pakai helmet, ikut semua rule jalan raya, aku tak rasa polis tu akan kacau kau.. nak marah-marah polis, polis tak nak saman tapi minta duit masuk poket buat tutup cerita, tapi sebab apa jadi lagu tu, sebab kau juga yang tak ikut peraturan jalan raya kan, kau pun buka peluanglah untuk polis itu tak jalankan tugas dia dengan betul.. kau yang salah..

Lepas ini, kalau kena tahan dengan polis dan engkau salah, engkau suruh jaa polis tu saman kau lepas tu bayarlah saman.. jangan nak bising-bising.. engkau diam sebab kau memang salah, polis pun dapat imej bersih..

Bye!

Thursday, April 7, 2011

Mulai dari sekarang, dekat office, walau sibuk macam mana pun..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku akan cuba dan kalau malas pun, aku akan lawan syaitan-syaitan yang letak bontot dia dekat badan aku untuk aku solat on time!!!
Sebab macam tertekan sangat bila aku banyak kerja dan sangat syoklah kononnya perhatikan kerja, bila dah pukul 4pm baru perasan " alamak!! siot laa.. tak solat zohor lagi!!" lepas tu pergilah solat selaju ekspres rakyat.. tertekan tu sebenarnya.. jadi solatlah on time.. baru tak kelam kabut..

Bye..