orang tengah stalk

Monday, April 4, 2011

Serba salah pun ada nak mempertikaikan perkara yang bakal aku pertikaikan ni tapi dah lama terbuku bersarang menjadi busut anai-anai dalam hati aku ni.. maka akan aku luahkan juga dan aku merayu, jika aku salah betulkanlah aku.. aku manusia yang sangat tidak sempurna..

Macam ni, aku sekarang ni kan, pergi mana-mana jaa, aku akan nampak geng-geng minah yang bertudung pelik dan memakai pakaian yang pelik macam nak kata era 70-80an punya fesyen tak beranilah nak kata tapi sangat peliklah.. dah macam alien pun ada.. aku rasa kau orang pun perasan kot.. ala, fashion ala-ala Yuna tu lah.. tudung berlilit-lilit macam nak tercekik, tu okay lagi, pakaian pula, dengan legging, skirt labuh, jaket, rantai, subang besar keluar dari tudung.. macam-macam lagilah, lagi sekali aku yakin kau orang dah aware kot dengan fenomena fesyen tu sekarang ni, memang tengah hangat menjadi ikutan para-para wanita kot.. nasib baik adik perempuan aku tak over..

Kalau difikirkan sejauh-jauhnya, biarlah mereka, tak kanlah cara berpakaian Islam tak nak berubah sejajar dengan peredaran masa dan kemajuan negara kan? Sampai bila Islam nak duduk dekat takuk lama? Tak nak memerima perubahan kan? Tak kesahlahkan.. asalkan mereka masih menutup aurat, baju lengan panjang, berkain labuh, legging (walaupun ketat) bertudung lilit-lilit menutup leher dan dada, baju besar yang terkadang berjaya menyembunyikan bentuk badan.. okay je kan??

Wanita ni, Islam dah cakap, jangan berpakaian sehingga menarik perhatian orang terutamanya lelaki.. ya betul.. takutlah kalau akan menaikkan nafsu syahwat lelaki yang melihat.. dah berdosa di situ..

Tapi apalah bezanya wanita yang berpakaian seksi dan wanita-wanita yang berpakaian pelik seperti yang aku jelaskan di atas? Tidakkah mereka mencuri perhatian orang juga? Atau aku sahaja yang kampung hulu, sepatutnya aku harus boleh terima yang fenomena kencang berpakaian seperti alien itu akan beransur redha sejajar dengan peredaran masa dan bila semakin ramai pengikutnya.. dan ianya tidaklah boleh disamakan dengan Rozita Che Wan yang berpakaian sexy okay!! Lainlah.. lain!!

Eh susahlah nak cakap dengan situasi budaya masyarakat kita zaman sekarang ni.. susah sangat!! Lantaklah mereka..

Bye!!




2 comments:

azieazah said...

Kadang2 ada orang lupa daratan bila berada di lautan.

Ada ramai yang suka ikut ikut orang kerana takut dikata ketinggalan.

Tapi dia sendiri tak tau apa yang dia ikut.

Malang sungguh, bila budaya dan amalan seharian dipraktik semata-mata kehendak masyarakat.

cimon said...

hmm...lg suke tgk pompuan pakai baju kurung cam dulu2...ayuu jek...tudung tak labuh sgat & tak singkat sgat (^v^)

p/s: ajaran Islam itu sempurna & sesuai hingga ke akhir zaman - tepuk dada tanya iman k (^_~)