Ok, aku tengok satu persatu orang yang lalu lalang, maklumlah, tengah tunggu ayam peha quarter meal aku tak sampai-sampai.. lalulah sekeluarga depan kami, si bapak tolak stroller, ada anak dalam itu stroller tengah dok mengomel apa tah.. anak lagi satu, pangkat abang long kot, dok jalan dekat depan, yang si mak pula, dok dukung baby kecil lagi jalan paling belakang, masing-masing muka macam tak dak perasaan.. atau aku kah yang tak faham mereka? hmmm...
Banyak kali dah aku diserempakkan dengan situasi sebegini depan 2 biji mata aku, tapi kali ni, aku tak tahan aku terus tanya adik aku..
Aku tanya dia, macam mana, couple, dah kahwin, ada 2 3 orang anak, lepas tu, yang si bapak still lagi hot, tapi si mak, memang dah out of shape weh.. macam mana eh? masih ada sayang ke weh? Kalau tengah jalan-jalan dekat shopping complex, lepas tu laki hang yang tengah dok tolak stroller lepas tu dok melirik mata dengan perempuan muda lain, apa kes tu weh? Takutnyaaa.. takutkannnn..
Hidup ni memang macam inikah? Kita akan ada tendency untuk berasa bosankah dengan sesuatu yang telah menjadi milik kita? Kalau handphone pun setahun pakai dah tak sabar-sabar nak tunggu bonus nak tukar baru, kalau bini/laki, same cases kah?
Kenapalah akak tak jaga body kak.. akak sibuk dok jaga anak, laki akak tak nak jaga, kesian aku tengok laki kau kak, kesian, dia dok usha perempuan muda lain yang lalu sebelah dia jaa kak.. aduiiii..
ok, aku memang sesedap jari aku menaip dan sesedap otak aku nak fikir apa sebab aku anak dara lagi.. kau tunggu anida! kau tunggu masa kau nanti.. hahahahahahahah!!!! Takut wehhhh!!!
Aku tak nak laki aku pandang perempuan lainnnnnnnnnnnn!!! Aku kena jadi se hot mungkin ni!! nak jadi hot gila sampaiiiiiiiiiiiiii tua.. huhuhuhu!!!
Bye!
4 comments:
haha!! kadang2 org2 yang berkenaan cuma mempamerkan kecantikan untuk suami sahaja..di rumah kita tak tahu ape yang berlaku kan..
walau se HOT mana pon sang isteri, sang suami takkan lari.dari memandang wanita lain di luar..itu adalah hakikat di dunia ini..
salam ramadhan=)
powerzz...
hahaha (^v^)
p/s:usaha yg murni - teruskan (^_~)
Salam Nida..thanks singgah di blog auntie ya
perghhhhhh!posting kategori maut ni!tu jadi pengajaran
Memang menjadi lumrah, tatkala manusia mengecapi kebahagiaan diharapkan, seluruh jasmani dan emosi akan turut menghadapi perubahan. Sehingga kita terlupa apa perubahan yang berlaku kepada kita. Phenomena yang anda saksikan adalah sesuatu yang kita rasa macam pelik tapi itulah kenyataan. Itulah kehidupan.
Sesorang takkan pernah puas dari memandang kecantikan dunia selain dari isterinya, selagimana dia tidak menerapkan keimanan di jiwa untuk menjaga mata, dan pancaindera yang lain supaya berpijak di bumi nyata, dan menerapkan hakikat yang dia telah menjadi imam kepada sesuatu keluarga. Hakikat yang telah diketahui, tapi sengaja cuba mengkaburi.
Post a Comment