orang tengah stalk

Tuesday, December 6, 2011

Ustazah Aishah

Aku sekarang memang addicted dan obses gila mencari makna-makna bacaan ayat-ayat atau potongan ayat-ayat Al-Quran yang lazim kita baca sehari-harian. Kau tau sebab apa? Aku ni dah penat main baca jaa.. orang suruh baca aku baca, orang suruh hafal, aku hafal tapi aku tak tau pun tujuan aku buat semua tu.. yang aku tau benda tu bagus.. rasa baguskah kalau kau hafal tapi kau tak tau pun apa yang kau hafal tu? best kah? time muda-muda dulu best lah.. nak lulus exam, hafal ayat kursi, hafal ayat-ayat yang boleh kasi senang jawab exam.. makna takyah tau pun takpa.. dah tua and dah nak menikah ni, jiwa aku memberontak suruh aku sedar diri sikit.. buka mata jangan selalu sangat buat benda sia-sia walaupun kadang-kadang tertewas juga dengan keindahan sementara dunia..

So sekarang ni, aku nak share dengan kau orang makna ayat kursi. Aku start hafal ayat kursi time aku darjah 6. Aku memang nak ucapkan jutaan terima kasih kepasa Ustazah Aishah merangkap guru sekolah agama aku time darjah 6 dulu.. aku tak tau la ini berita bohong ke tidak tapi aku dengar Ustazah Aishah dah meninggal.. dah lama meninggal..Aku memang dah terus lost contact dengan arwah lepas darjah 6.. kalau betul, aku doa agar roh arwah di tempat kan di kalangan orang-orang beriman. Arwah memang ustazah yang tegas, hari-hari masuk kelas bawa rotan, arwah akan pastikan kami semua hafal ayat kursi, tak hafal siap la kena rotan. Alhamdullilah weh, berkat usaha dan ketegasan arwah mendidik aku, sampai sekarang aku hafal dan amalkan ayat kursi. Terima kasih sangat-sangat yang tidak terhingga kepada Ustazah Aishah..

Tapi tu la dia, dulu dok main hafal jaa.. lately baru ada kesedaran nak google maksud dia.. teruk kan? meh la tengok sama-sama dengan aku:

Maksudnya :

Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS : Al-Baqarah : 255)


Penjelasan:

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.


Khasiat Ayat Kursi:

  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)




2 comments:

cimon said...

mulia sungguh ayat2 al-Quran nih. thanks for sharing (^v^)

p/s:senang amalkan lepas solat fardhu & sblum tido (^_~)

julfy jr photography said...

salam,

sy mejawab soalan yg awk tnya di julfy-jrphotog. bole utk satu hari rm600~ tp sticky album, kena tmbah duit~