orang tengah stalk

Monday, May 7, 2012

Aku tak pernah dikecewakan sebegini oleh cekodok pisang.

Weekend hari tu aku pergi pasar dengan suami beli barang dapur sikit, aku ambil pisang konon nak buat cekodok pisang for tomorrow's nya punya breakfast okayyy.. isteri mithali kot!!

Esoknya bangun pagi aku terus masuk dapur lenyek-lenyek kan pisang and buat la apa yang patut, alaaa.. procedure biasa orang buat cekodok pisang.. senang je kan.. 

Tengah sibuk-sibuk buat preparation, suami i bangun uuu, aku telah mendapati bahawa aku akan cepat panik dan akan tak keruan nak buat kerja kalau suami aku dah bangun, aku rasa semua nak kena buat cepat-cepat sebab nanti dia lapar pula kan.. lepas tu kalau aku dok sibuk kat dapur, siapa nak teman dia melepak tengok tv kan.. kesian dia sorang-sorang pula.. dia kata dia tak kesah tapi aku kesah.. kehkeh..

Aku pun start masak cekodok cepat-cepat..

Last-last u know apa yang berlaku, cekodok itu telah melekat di kuali, melekat bukan sikit tapi sesudah aku kuis-kuis kuali, habis hancur melebur cekodok itu.. hancur remuk hati aku melihatkan fizikal cekodok itu..
Aku bertambah panik dan keluar melaporkan keadaan kepada suami aku.. aku tak berputus asa, aku try lagi, 2nd round la.. cekodok yang first round tu, sambil-tunggu yg 2nd round tu masak, aku ngap-ngap la juga, sedap gila kot walaupun hodoh melekat dan melekit..weh!

2nd round MELEKAT JUGAK WEHHHHHH!!! varvi laaa...!!! aku keluar dapur, aku habag kat suami aku, "okay, saya dah give up!!!" lepas tu muka suami aku macam tak tau nak respon macam mana.. dia pun pergi la dapur and tengok keadaan cekodok tu.. memang hangit sbb aku tak berjaya-jaya nak kuis-kuis cekodok tu keluar dari kuali.. aku serious nak menangis ok. dalam kepala otak aku, pukul berapa kita orang nak boleh breakfast ni..haduiiii..

Last-last.. suami aku bancuh cekodok ikan bilis adabi tepung segera.. haaa hamek ko.. suami aku buat semua dari awal sampai habis sebab aku memang dah takdak mood!! dia memang banyak menenangkan keadaan..sayang awk la..segera siap dan terus makan.. rupa pun tak dak la hodoh.. comel je.. tak dak la pula nak melekat-lekat dekat kuali.. rileks ja dia timbul..

So hari ni aku google cara-cara tak nak kasi cekodok pisang melekat, so aku dengan yakin mengaku bersalah yang cekodok aku semalam kurang tepung.. patut laa..

Cuba kau refer link bawah ni.. sangat membantu.. aku akan terus try lagi buat cekodok pisang ni sebab ianya memang tak kan pernah luput dari minda dan hati aku sebagai one of the most delicious kuih in the world..




Bye!

 

 


1 comment:

cimon said...

hak3

(^v^)

p/s: sila lebeyykan kuantiti pisang supaya jd lebeyy sedap ;P

p/s/s: untung hubby ko jenis cool (^_~)