orang tengah stalk

Friday, July 27, 2012

How fast the time goes by you ols!

Aku kebosanan dekat office.. Al-maklumlah.. puasa kan.. kalau bulan tak puasa, dah lama aku keluar jalan-jalan cari makan kan..

Hmmm.. kebosanan, lalu aku buka folders gambar lama-lama yang ada dalam lappy aku ni.. tengok satu-satu gambar, gambar-gambar bersama kawan-kawan, gambar-gambar beronggeng-ronggeng, gambar ketika masih single mingle, gambar-gambar ketika pada ketika itu aku sendiri tak tau masa depan aku akan berkahwin dengan siapa.. huhuhuhuh..

Omg.. slim nya aku.. slimnya girlfriends aku semua dulu.. sekarang ni, hampir semua dah kahwin pun.. dah ada anak, dah pregnant.. ada yang nak kahwin.. Alhamdullilah.. 

Apa yang buat aku sebak, omgggggggg, betapa cepatnya masa berlalu wehhhh.. sangat cepat.. kejutan demi kejutan dalam hidup ni.. semalam kau bermain cinta dengan orang lain, tau-tau kahwin dengan orang lain, semalam kau kerja dekat company ni, tau-tau kau tukar kerja.. macam-macam warna-warni kehidupan dalam masa yang berlalu itu.. 

Alhamdullilah, Allah masih memberi peluang untuk aku terus bernafas sehingga sekarang.. dan telah berjaya menjadi isteri kepada suami yang baik ialah antara kemenangan sebagai seorang muslimah paling berharga dalam hidup aku.. bukan nak kata husband aku tu perfect, no one is perfect in the cakerawala.. aku just terima husband seadanya and i hope he does the same way too.. Allah dah bagi pinjam dia, sila jaga pleaseee.. sekarang ni aku nak train diri jadi isteri solehah yang bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam okayyy.. biasalah, bukan senang nak jadi isteri solehah, takut aku pi sekarat jalan ja.. jangannnnnnnn.. jangan lagu tu.. try istiqamah ye puan-puan.. huhuhhu :)

K la.. bye!

1 comment:

cimon said...

Blajar memasak cik puan!!

(^_^)