orang tengah stalk

Friday, August 10, 2012

Iklan raya Bernas

Buka fb home aku pagi ni kemain ramai post video iklan raya from Bernas. Yang paling buat aku lagi bertambah nak tengok iklan tu ialah apabila membaca komen-komen, reviews from them.. 
Semua dok kata sedih gileeeeeeeeee la.. sebak la.. dan aku rasa agak tah apa-apa kalau ada yang declare iklan tu ialah iklan tersedih raya tahun ni.. oh come on, sila chill..

So aku yang dah tak sabar-sabar nak tengok kesedihan iklan tu, aku pun surf youtube.. aku tengok la kan..
Hasilnya, I ended up like "apa yang sedih nya? part mana? tau-tau dah habis ni..." Aku tak sedih at all please.. serious tak sedih.. aku marah sangat dengan budak-budak yang dok kata sedih la hapa laa.. ni yang aku tension ni.. selalu macam ni tau!!! aku baca review berapi-berapi perasaan aku nak tengok.. last-last aku tak rasa apa-apa pun..
Aku rasa aku tak sedih sebab aku dah boleh predict jalan cerita dia.. cliche laa.. sampai aku boleh predict and mine is correct!! tu yang lagi kecewa tu.. marah dengan hangpa-hangpa, awatlaa memoyo sangat dalam komen-komen tu..

Ok.. tapi aku admit, aku memang sebak tengok budak buta tu.. serious tak boleh tengok muka dia.. sangat-sangat innnocent.. aku tengok budak tu, aku teringat adik lelaki aku yang duduk dekat asrama dekat Raub tu.. adik aku tak buta la weh! its just suasana asrama dia, muka innocent dia sebijik macam adik lelaki aku.. storyline iklan ni, biasa-biasa aja..

Selalu macam ni tau.. samalah kalau aku nak tengok movie.. review orang sana sini cakap best.. last-last aku tengok sendiri hampeh..

So, janganlah kita cepat meletakkan harapan yang tinggi bila hanya kita membaca review berapi-berapi from reviewers kerana penerimaan orang terhadap sesebuah karya ialah sesuatu yang subjektif.. tapi aku selalu dah berharapan tinggi memuncak bila baca komen-komen orang.. cait!! aku wanita lemah..

Kfinebye!

1 comment:

cimon said...

Boleyy tahann larr iklan tuh. Oke lerr dari takda iklan lg thn nie. Huk3