orang tengah stalk

Tuesday, October 2, 2012

Sedih

Sedih sangat bila kita tahu yang orang yang kita sangat sayang sedang menghadapi hari-hari yang sedih dalam hidup dia..



Tambah-tambah kalau kita tak dapat nak buat apa-apa untuk membantu, hanya boleh menjadi pendengar yang baik sahaja..

Disamping menjadi pendengar yang baik, hanya mampu memberi pandangan, nasihat juga..

Terkadang juga hanya mampu turut serta mengutuk, menyokong ceritanya dan memberi idea-idea penyelesaian masalah yang jahat.. yang ni aku memang expert la weh! haha!!

Dan yang paling tajam, hanya mampu mendoakan kebahagiaan untuk dia dalam setiap sujudku..

Ya Allah, andai dengan terpaksa aku merasa sedih, sakit dapat membuatnya gembira semula, aku rela dan pasrah..

Kegembiraan aku tak penting jika dia terluka.. :(
tetapi juga hanya Kau yang lebih tahu keseluruhan kronologi dan keindahan jalan cerita yang Kau gubah..



No comments: