orang tengah stalk

Thursday, December 13, 2012

Aku..

Aku tak suka makan western food.. tapi kalau orang belanja.. silakan..

Aku bukan jenis berfesyen ikut trend terkini.. aku pakai apa sahaja yang aku selesa.. tapi kadang-kadang aku demoralised gak sebab tak ikut trend, kdang-kadang aku rasa aku dah macam makcik-makcik.. tapi end up aku malas nak fikir, yang penting tak busuk dan dekat rumah haruslah cantik untuk hubby..

Aku cukup tak suka dengar orang bercakap panjang lebar sebab nanti aku akan hilang fokus, lost dan bosan.. end up nya aku akan tanya semula orang lain "eh, dia cakap macam alien, so i tak boleh catch up, u boleh explain kan sikit?" and most of the time, depa semua sangat baik hati, dan sudi explain sampai aku faham..

Aku sangat tak suka buat kerja updating-updating, reporting-reporting project progress to management, aku tak reti, and aku masih rasa ianya macam sampah.. may be sebab aku dah bertahun-tahun duduk dekat operation unit yang cool, best dan simple.. 

Aku nak pergi bercuti berdua-duaan dengan husband aku.. lagi sekali..

Aku rasa macam semakin hari semakin malas nak buat kerja-kerja rumah, namun aku gagahkan diri juga sebab wehhh.. haruslah setimpal dengan mas kawin dan hantaran yang dia dah bayar kat ayah aku kan??

Aku sangat benci bila hari-hari nak kena fikir nak pakai baju apa nak pergi kerja dan kena gosok tudung.. itu belum lagi part tak jumpa baju and tudung yang tak dak matched.. rasa nak ajak husband pergi downtown time tu juga nak pergi cari tudung.. haih..

Hari-hari balik kerja yang bosan, kena fikir nak kena naik tangga tingkat 4.. hari-hari paksa diri untuk positive.. bila lagi nak exercise?? dasar gemok!!!

Aku rasa bila kau hisap rokok dekat restoran, dan jarak meja kau dengan meja orang sebelah sangatlah dekat, kau hembus asap rokok, berkepul-kepul, kau ialah sangat kurang ajar.. kau ialah hodoh, kau ialah busuk.. nasib baik aku tak jerit "woi!!" semalam kat kau.. nasib baik aku dah habis makan.. so aku boleh terus balik..

Aku rasa kau sweet bila kau teman isteri kau yang pregnant jumpa doktor Jumaat hari tu, tapi kau memang good for nothing bila dah  nak dekat pukul 2, kau masih duduk dekat kerusi klinik sambil main ipad.. kalau aku jadi isteri kau, mesti aku dah paksa-paksa kau belah pergi solat jumaat.. tapi may be isteri dia dah suruh kot.. 

Aku dah penat.. penat sangat.. penat apa tah aku pun tak tau la.. aku nak makan lepas tu nak solat..

bye..

No comments: