orang tengah stalk

Thursday, February 7, 2013

Sementara masih berdua

Bulan depan genap setahun usia perkahwinan me and husband. Serious rasa macam sekejap ja masa berlalu.. orang kata kalau terasa sekejap maknanya kau bahagia.. bahagia ekk?? Alhamdullilah.. buat masa sekarang ni kami takdak la gaduh-gaduh sampai aku terasa macam nak balik rumah mak aku.. gaduh kecil-kecilan tu biasa laa.. merajuk tu memang asam garam menjadi wanita la kan.. dan memujuk pula memang kerja orang lelaki la kan.. 

Well, sempena hampir setahun perkahwinan, i would like to share with the readers apa yang aku telah enjoy selama kami berdua dan masih lagi berdua pada jam dan ketika ini..

May be sounds tah apa-apa to the few of you, but after marriage, aku terasa macam bebas sikit, sebelum kahwin, aku memang dijaga rapi oleh family, nak keluar malam, kalau balik lambat sikit, papa mesti call, mama call, nenek call tanya pasaipa aku tak balik-balik lagi until kau nak lepak luar lama-lama dengan member pun rasa serba salah.. but itu ialah bagus sebenarnya, tak terlalu bebas, bebas sangat pun tak elok kan.. maka selepas kahwin, aku boleh sesuka hati keluar malam pukul berapa sahaja yang aku nak.. nak balik pukul berapa sahaja yang aku nak... tapi keluar dengan husband la kan.. namun, kami mendapati bahawa selepas kahwin, kami lagi suka lepak di rumah.. nak buat apa keluar kalau kau boleh dating dalam rumah kan.. hihi!!

semantara masih berdua, kami boleh tidur pukul berapa sahaja kami mahu, dan bangun tidur pada hari weekend pada pukul berapa sahaja kami mahu.. lepas subuh, terus sembam muka dekat katil dan sambung tidur berdua.. suka-suki hati bangun lambat.. takdak komitmen la katakan.. My friend yang dah ada baby pernah wish us " well.. take your time.."... memang kami sedang take our time to the max la ni.. kahkah..

Sementara masih berdua, bosan-bosan, petang-petang, pergi tasik dekat rumah, jogging bersama. ok bukan jogging sangat pun more to berjalan laju-laju.. semput nak jogging dah sekarang ni.. bagi ikan makan kat tasik.. pergi jalan-jalan beli barang dapur dekat carrefour.. 

Sementara masih berdua, aku dan husband suka tengok you tube yang memaparkan haiwan-haiwan yang comel dan berperangai comel.. lepas tu kami macam tergedik-gedik "comelnya!! comelnya!!" "eh kenapa dia macam tu?" 

Ok.. lepas ni kalau bertiga.. hope akan jadi lebih happening!!

kbye!




No comments: