orang tengah stalk

Friday, June 21, 2013

Farm In The City, Seri Kembangan


                                         
Hi Guys,

Dah lama tak update entry. I just could not think of good stuff to tell.
This entry is about me and Anas, we spent our last weekend at The Farm In The City.
Ramai orang tanya aku, dari sumber mana aku tahu mengenai tempat ini.
Aiyakkk!! tak sangka ada yang tak tahu.. cehwah!.. aku pun actually kalau tak tertengok rancangan kanak-kanak Bananaaaaa Squad kat TV3 tu pun aku tak kan tahu akan kewujudan tempat ni. 

Aku pun planned betul-betul dengan Anas and agreed nak pergi. Googled some info about the place and entries with gambar-gambar from other bloggers yang dah pernah pergi. Well, baca blog mereka dengan gambar-gambar how they enjoy all the activities there sahaja membuatkan aku sudah teruja nak pergi. 

Well, aku malas nak cerita apa yang ada dekat Farm in The City ni sebab aku percaya sudah terlalu banyak entries dari blogger lain yang lebih lengkap menceritakan pengalaman mereka. Kau orang boleh google. Sebab apa yang aku alami ketika pergi ke sana adalah sama sahaja dengan mereka.

Tapi aku nak ingatkan kau orang semua apa yang perlu kau orang bawa bersama ketika pergi melawat Farm in the city.

1) Kalau nak lebih selesa, sila pakai sport shoes atau Flat je.. Aku pakai sport shoes hari tu. Sungguh selesa bergerak ke sana dan ke mari sambil snap gambar dan bergelak tawa.. kahkah!

2) Kalau kau jenis cepat berpeluh macam aku ni, sila bawa kipas, nampak tak gambar aku kat atas pegang kipas nyonya tu.. haaa.. asal panas je aku kipas.. bertapa diva I ok! Panas kot!

3) Pastikan juga batteri handphone atau DSLR anda berkuasa 100% kerana anda pasti akan teruja untuk mengambil gambar dengan banyaknya nanti di sana. Tambah-tambah kalau yang datang bawa anak-anak, mesti teruja kan..Macam aku memang standby power bank dalam handbag. 

4) Paling penting aku rasa ialah, bawalah bersama anda bag pack. Senang letak barang dalam bag pack semua lepas tu minta suami galas kan.. huhu..

5) Jangan lupa bawa pakai topi juga kepada yang tidak tahan panas. Memang ada yang bawa payung tapi pada aku tak sesuai bawa payung sebab nanti mana kau nak pegang payung lagi nak pegang-pegang haiwan lagi. Leceh dan hanya menyusahkan diri sendiri. Lagipun tempat ni banyak pokok so kalau panas pun takdak la panas melampau.

Apa yang best dan buat kami rasa berbaloi??

1) Makanan haiwan for animal feeding adalah free sahaja ok!! best kan.. kau masuk sangkar burung, nanti ada penjaga akan datang dan brief kau pasal burung tu dan akan bagi kau makanan burung tu.

2) Haiwan dibiar bergerak bebas di dalam kawasan mereka dan kita boleh mendekati, usap-usap, ambil gambar dan sebagainya. Owh silalah google. Sungguh teruja!

3) Penjaga-penjaga haiwan juga sangat peramah. Seronok sangat!

4) Tempat ni bersih mungkin sebab masih baru. Bak kata penjaga kangaroo, baru setahun buka.

Owh ok la.. sampai di sini sahaja celoteh.
Kalau ditanya mahu tak aku ke sana lagi, jawapannya YA!!
Banyak perkara mengenai haiwan dan habitat mereka boleh dipelajari.
Bukan sahaja kanak-kanak akan teruja, orang dewasa pun teruja tau.
Owh ya, entrance fee for adult as of last weekend ialah RM30.
Cait! Dah naik harga. Aku google sebelum pergi tu RM28 je for adult.
Well, lama-lama aku rasa akan naik lagi so kalau mahu pergi, pergi la cepat-cepat.

OK bye~

No comments: