orang tengah stalk

Tuesday, July 16, 2013

Itik Bakar

Aku terima email mengenai tawaran iftar di Menara KL dengan company's staff rate.

Aku ingat nak belanja Anas berbuka puasa dekat Menara KL bila-bila masa dalam bulan Ramadhan ni.

Sekali-sekala belanja suami. Apa salahnyakan.

Aku pun ceritalah dekat Anas perihal Iftar promotion tu.

Actually, aku dengan Anas bukan jenis suka berbuka di luar.

Kami lebih suka ke bazaar ramadhan dan sangat suka lepak dan berbuka di dalam rumah sahaja.

Lebih relaxing dan boleh sesuka hati je nak menonjolkan gaya makan yang kita mahu.

Maka terjadilah perbualan antara kami dalam kereta dalam perjalanan ke bazaar ramadhan.

Aku : Awak, saya dapat email iftar dekat Menara KL. Staff rate agak murah jugalah. Rasa nak belanja awak. Nak tak? Jom la..

Anas : Tak nak la.. saya lagi suka awak belanja saya itik bakar dekat bazaar ramadhan.

Aku terfikir sejenak, hari tu ke bazaar, memang kami ada lalu depan kedai itik bakar tu. Anas suka itik bakar tapi harganya agak mahal. Mahal like serious mahal ok! Jadi Anas tak beli. Maka kami pun berlalu pergi dari kedai itik bakar tu. Aku memang tak makan itik ok. Bau pun aku dah pening.

Aku terfikir lagi, kesian sungguh Anas, kadang-kadang terpaksa berkira untuk makanan sendiri sebab mungkin dia kena berjimat nak bagi aku makan. Apa yang aku nak dekat bazaar, dia bagi je aku ambil. Nasib baik dapat bini macam aku ni, makan simple-simple je.. hihi..

Rupanya dia teringin itik bakar tu.. kesian dia..

Macam mana nak cakap eh, aku tak reti nak buat ayat.. huhu..

Kadang-kadang, kita begitu yakin dengan memberikan sesuatu hadiah yang mahal untuk pasangan akan membuatkan pasangan kita gembira dan bahagia. Sedangkan kita patut pertimbangkan apa yang pasangan kita suka dan perlu. Siapa yang tak bahagia bila dapat benda yang kita mahu dan suka kan?

Dalam kes ini, Anas jenis tak suka berbuka di luar. Dia teringin itik bakar. Maka aku..

Aku : ok laa.. ok laaa.. nanti saya belanja awak itik bakar ok :)

Anas diam.. tanda excited terlebih dalam hati la kot :P

Macam aku juga, aku prefer kau orang belanja aku makan roti canai + teh ais dekat mapley dari bawa aku makan sushi king.

Ok bye~



1 comment:

cimon said...

Yup,berbuka di rumah laa best. Santai~~^^