orang tengah stalk

Friday, July 27, 2012

How fast the time goes by you ols!

Aku kebosanan dekat office.. Al-maklumlah.. puasa kan.. kalau bulan tak puasa, dah lama aku keluar jalan-jalan cari makan kan..

Hmmm.. kebosanan, lalu aku buka folders gambar lama-lama yang ada dalam lappy aku ni.. tengok satu-satu gambar, gambar-gambar bersama kawan-kawan, gambar-gambar beronggeng-ronggeng, gambar ketika masih single mingle, gambar-gambar ketika pada ketika itu aku sendiri tak tau masa depan aku akan berkahwin dengan siapa.. huhuhuhuh..

Omg.. slim nya aku.. slimnya girlfriends aku semua dulu.. sekarang ni, hampir semua dah kahwin pun.. dah ada anak, dah pregnant.. ada yang nak kahwin.. Alhamdullilah.. 

Apa yang buat aku sebak, omgggggggg, betapa cepatnya masa berlalu wehhhh.. sangat cepat.. kejutan demi kejutan dalam hidup ni.. semalam kau bermain cinta dengan orang lain, tau-tau kahwin dengan orang lain, semalam kau kerja dekat company ni, tau-tau kau tukar kerja.. macam-macam warna-warni kehidupan dalam masa yang berlalu itu.. 

Alhamdullilah, Allah masih memberi peluang untuk aku terus bernafas sehingga sekarang.. dan telah berjaya menjadi isteri kepada suami yang baik ialah antara kemenangan sebagai seorang muslimah paling berharga dalam hidup aku.. bukan nak kata husband aku tu perfect, no one is perfect in the cakerawala.. aku just terima husband seadanya and i hope he does the same way too.. Allah dah bagi pinjam dia, sila jaga pleaseee.. sekarang ni aku nak train diri jadi isteri solehah yang bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam okayyy.. biasalah, bukan senang nak jadi isteri solehah, takut aku pi sekarat jalan ja.. jangannnnnnnn.. jangan lagu tu.. try istiqamah ye puan-puan.. huhuhhu :)

K la.. bye!

Friday, July 20, 2012

Tak dak perasaan

Depa dekat company aku kerja ni dok bising gaji naik.. depa dok kira-kira.. Kira bulan july ni, kami dapat la gaji revised, kira banyak sikitlah dari yang lama..

Aku? aku memang tak dak perasaan.. tak tau la kenapa tak dak perasaan..

May be sebab aku rasa sepatutnya gaji suami aku la yang patut kena bertambah sebab dia ketua keluarga.. kehkehkeh.. takpalah.. semoga company dia pun akan revise gaji baru juga.. kamonggggggggg la GLC...

serious dari zaman anak dara lagi memang tak dak perasaan time orang dok bising-bising gaji naik.. sebab aku duduk dengan family aku, makan pakai semua tersedia.. duit tak keluar sangat.. tak terasa.. just bayar kereta dengan bil hp jaa..

Sekarang ni pun macam dah kahwin, duit pun tak pakai banyak sangat, makan aku most of the time suami dah tengok-tengok kan.. lepas tu mana kami keluar sangat.. dah kahwin kerja duduk rumah menggemukkan badan jaa.. serious jimat banyak bila dah kahwin.. needless to say, dating time couple tu yang buat kau orang miskin sebenarnya.. tambah-tambah kalau dapat jantan jenis tak sedar diri yang dia jantan kira lebih tepat pondan la.. yang jenis harap duit perempuan.. kahwin tak nak, ambil kesempatan je kerja nya.. pondan sejati.. okay..so, kahwin la cepat-cepat.. :)

Ok, berbalik kepada hal revise gaji tadi.. apa-apa pun  bukan lah bila aku cakap aku tak dak perasaan means aku tak bersyukur, it just that aku malas nak over-over, tu je.. aku bersyukur sangat-sangat dengan apa yang Allah dah berikan kepada aku.. kebahagiaan ini milik Dia.. doaku agar Dia pinjamkan lah kepada aku kebahagiaan milik Dia tu untuk jangkamasa yang lebih lama lagi.. Aminnn (-_-)

Sunday, July 1, 2012

Tak tau la nak cakap apa.. penat dah otak ni..

Apalah gunanya jika kita taksub menjaga hubungan dengan Tuhan tetapi hubungan dengan suami tidak dijaga.
Seorang wanita bila berkahwin, maka wajib taat, bersopan santun, lemah lembut dan menghargai suami dalam hidupnya. Kerana syurga itu terletak di bawah telapak kaki suami maka jika kita berbuat baik kepada suami, maka Allah akan sentiasa merahmati hidup isteri sebegini.
Sembahyang lama-lama, puasa tak pernah tinggal tetapi derhaka kepada suami?? 
Wahai isteri, ibadah wajib sepatutnya menjadikan kita seorang yang mampu mengikut hukum-hukum Allah dan jika kita para isteri masih menderhaka kepada suami tidakkah seperti ada something worng dalam ibadat you olzz tu?
Ingat 4 perkara ni, senang sangat perempuan nak masuk syurga:

1) solat 5 waktu
2) Puasa bulan ramadhan
3) Mejaga aurat/ maruah diri
4) Taat kepada suami selagi tidak menyalahi hukum Allah

Subhanallah, mudahnya  para isteri menempah tiket ke syurga Allah.. 

Sama-samalah mengambil iktibar, jadilah seorang isteri yang membahagiakan dan menenangkan jiwa raga sang suami. Isyaallah :)

Kfinebye!

p/s: aku terpaksa post entry ni sebab aku macam tak tau nak cakap apa dekat seorang hamba Allah yang keep complaining about her husband to me.. hmmmm.. aku ni bukan bagus pun, tak berani nak berdebat sebab aku tau aku masih mentah dan kurang ilmu agama dan tak mahu memandai-mandai cuma aku berharap semoga aku tdak mengikut jejak kau.. 


Tuesday, June 26, 2012

Entry Cilok : Hukum Membatalkan Puasa Ganti.

Aku pernah jumpa seseorang sedang berpuasa ganti dan sewenang-wenangnya membatalkan puasanya kerana tak tahan lapar dan member ajak makan, dalam hati aku "kenapalah banyak cantik sungguh muka kau?"..sejujurnya aku pun pernah buat macam tu juga.. tapi tu dulu-dulu zaman jahilliliah aku.. sekarang dah tak buat dah.. ngehngeh.. Terfikir apakah hukumnya, ada someone yang aku dah tak ingat siapa dia, pernah bagitau aku dosa kalau sengaja batal kan puasa ganti..
Lepas tu ada pula yang tanya kalau tinggal puasa ganti kena ganti double ke? aikk!! pelik betul.. mengapa begini sukar sampai kena double mable? lalu aku google dan mencari untuk menguraikan kehairanan dalam benak fikiran aku.
Last-last aku jumpa entry dari blog ni dan aku sangat boleh menerima the facts.
Dekat sini ingin aku tegas kan kepada siapa-siapa yang suka suki mak nenek jaa nak buka puasa ganti:





Sekian, Kbye.

Monday, June 25, 2012

Shopping Bag

Hari Sabtu di kebanyakan tempat membeli belah tidak akan menawarkan bag plastik atas dasar menyahut seruan kerajaan mengurangkan penggunaan beg plastik dekat malaysia ni..

Aku sebagai rakyat Malaysia yang amat menyayangi Malaysia adalah salah seorang yang menyokong usaha kerajaan ini walaupun aku nampak macam susah betul lah rakyat kita untuk tidak pakai beg plastik, mana tak nya weh, dah sejak berpuluh-puluh tahun pakai dan budaya tu dah sebati dalam diri, memang susah la nak luntur kan benefit beg plastik weh.. betui dak?

Macam-macam produk dah bagi shopping bag as a free gift bila kau beli product depa macam hari tu aku beli kasut primavera, dapat lah shopping bag colour hitam yang agak cool, aku dah bagi dekat husband aku, suruh dia letak dalam kereta dia. Baru-baru ni aku beli lotion vaseline, dapat lagi shopping bag free.


Masalah yang selalu aku hadapi ialah bila hari Sabtu pi shooping mesti terlupa bawa shopping bag, annoying sangat-sangat bila kau ada shopping bag tapi ianya hanya dijadikan perhiasan dan kau terpaksa bayar 20 sen untuk beli bag plastik sebab barang kau banyak. Selalu terlupa okay!!

Until  last Saturday, aku nak pergi membeli barang dapur, aku cepat-cepat bagitau husband aku yang kita ada shopping baggggg!!! yes! yes!! excited nak guna!! jangan lupa!!
So, aku pun memang awal-awal lagi carry the bag all the time dalam rumah sebelum pergi memang dah kena pegang dah takut terlupa.. sakit hati sungguh kalau terlupa...

Sampai carrefour, turun kereta, masuk dalam, alamak!! shopping bag tertinggal dalam kereta okay!! maka dengan penuh annoying kami pergi kat kereta dan ambil semula.. Kau bayangkan lah, selalu sangat  terlupa, selalu sangat bayar 20 sen tak pun bawak pakai tangan daging basah, keropok 2 3 packets, serious annoying menjadi pelupa..

Pada aku, cara tak nak kasi kau terlupa ialah dengan meletakkan shopping bag itu di dalam handbag kau atau letak saja dalam kereta kau, jangan nak bawa turun buat pekasam dekat rumah. Lepas tu biasa kan menghukum diri kau yang pelupa itu dengan apabila kau tertinggal dalam kereta, berusahalah untuk patah balik ke kereta untuk mengambilnya semula.. exercise la sikit.. tapi kalau dah tertinggal kat rumah tu, tak perlulah kot.. kau bayar jela 20 sen..so that after this kau dah takkan terlupa.. insyaallah.. :)



Haaaa.. banyak kan aku beli.. benda ringan-ringan je la pun yang aku letak dalam bag ni, kalau letak beras, memang 3 saat je la tahan.. lepas tu putus.. 

Kbye :)









Thursday, June 21, 2012

Cilok artikel : Sharing is caring right?

Alkisah rumah tangga di FB
Wartawan Sinar Harian
15 Jun 2012
Alkisah rumah tangga di FB

Alkisah rumah tangga di FB
 
“SUAMI saya outstation lah dua hari. Rindunya kat dia nanti...,” antara kata-kata yang sering dipaparkan dalam ruangan mana-mana status di laman sembang yang popular terutamanya
laman sosial Facebook (FB). Fenomena menulis ayat-ayat ‘cinta’ di samping memuat turun gambar yang agak keterlaluan untuk dipaparkan kepada umum dilihat kian menjadi-jadi dari semasa ke semasa.

Apakah rahsia rumah tangga sama ada di ambang bahagia atau sebaliknya perlu dijadikan tatapan ramai? Sedangkan apa yang dilalui pasangan itu adalah rahsia yang perlu tersimpan rapi dalam kamus hidup suami isteri. Situasi itu pastinya menimbulkan kesan negatif kelak tidak kiralah pada diri sendiri atau masyarakat sekeliling.


Mengundang keghairahan

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus dalam kuliahnya di sebuah masjid sekitar Shah Alam baru-baru ini berpandangan bahawa, kemungkinan besar insan yang memuat turun gambar di FB mahu berkongsi kasih sayang dan kebahagiaan mereka dengan orang lain.

“Hukumnya haram, menyiarkan gambar senyum sana senyum sini adalah fitnah. Nescaya mengundang dan menaikkan nafsu orang yang melihatnya. Tidak elok bukan, walaupun individu yang bergambar itu mempunyai perhubungan yang sah di sisi Islam.

“Ingatlah lafaz ini - aku terimalah nikahnya dengan mas kahwin tersebut itu maknanya aku terimalah dia menjadi isteri ku halal bagi ku mengikut garis syariat, yang pakai tudung pun apa kurangnya, senyuman dengan pelbagai aksi. Itu semua bagi menarik perhatian ramai dan akhirnya jadilah ia suatu perkara yang tidak elok,” ulasnya dalam ceramah tersebut.

Menurutnya, FB adalah medium yang banyak manfaatnya jika digunakan sebaiknya antaranya mujahidin pembela agama ALLAH SWT di Chechnya mengaplikasikan penggunaan FB untuk menentang pencerobohan tentera Rusia, mereka menggunakan bahasa isyarat dalam FB yang tidak boleh dikemas kini tentera musuh, namun masyarakat kini bertindak sebaliknya.

Itulah yang berlaku apabila dunia berada di akhir zaman. Sementara itu, pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nabilah Yusof berkata, tidak
boleh mengharamkan penggunaan FB kerana ia adalah medium yang mempunyai kebaikan dan keburukan kepada pengguna. FB boleh dianggap sebagai pengikat (silaturahim). Laman sosial itu dilihat bermasalah apabila penggunanya tidak mengemudi FB kepada perkara sepatutnya.


Rahsia rumah tangga

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi ALLAH pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan
isterinya melepaskan hajatnya kepadanya kemudian dia menyebarkan rahsia itu.” (Riwayat Muslim).

Melihat kepada hadis di atas jelas menunjukkan janganlah beria-ria memuat turun gambar mahupun menaip status yang bukan-bukan di FB yang menjadi ikutan berjuta orang. Cukuplah jika anda dan pasangan tahu apa yang berlaku. Kegembiraan atau kedukaan usah dipertontonkan kepada orang lain kerana pada anda ia adalah perkara baik namun, bagaimana jika individu itu tersalah menilai.

Nabilah mengulas mengenai tindakan sesetengah pasangan yang hangat mempamerkan kisah cinta dan aktiviti mereka di FB dilihat kurang wajar kerana ia mengundang timbulnya perasaan meluat dan gejala negatif.

“Sebagai contoh, si isteri meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan suaminya, lalu dipaparkan di FB. Apabila kenalannya memberi komen yang berunsur mengapi-apikan, pasti pertengkaran akan wujud sekali gus merosakkan hubungan yang tersedia rapuh.

“FB ini bersifat serampang dua mata, digunakan dari aspek kebaikan maka baiklah jadinya jika tidak parah yang menimpa. Sekarang ini kita lihat isteri tak puas hati dengan suami, si suami pula geram dengan isteri, lepas ini ada pula anak melepaskan kemarahan pada ibunya dengan post di FB,” katanya kepada Rehal.

Menurutnya, perkara yang mahu dipaparkan di FB perlu ditapis, jangan semua benda mahu dikongsi, sifat malu itu perlu. Jangan berfikiran semua orang akan senang dengan tindakan yang
dilakukan.


Alternatif terbaik

Islam adalah agama yang sangat menjaga umatnya, setiap perkara yang berlaku hendaklah diselesaikan berlandaskan kaedah dan cara berdasarkan hukum dan tuntutan syariat. Nabilah menegaskan, sebagai manusia yangdikurniakan akal fi kiran waras, kita hendaklah tahu menyalurkan kemahuan ke landasan yang betul.

"Usah diikutkan kemarahan atau keghairahan yang tersemat di jiwa, melainkan apabila menghadapi saat-saat getir di mana bantuan daripada pihak tertentu diperlukan. Mungkin mula-mula post gambar atau update status di FB, si polan berkenaan tak rasa apa-apa, tapi sampai satu hari dia sendiri akan rasa malu dengan perkara yang dilakukan, sampai saat itu barulah menyesal," ulas anak kelahiran Johor ini.

Menurutnya, banyak alternatif yang boleh digunakan untuk menzahirkan kata cinta kepada pasangan.

"Usahlah dihebohkan secara melampau-lampau. Ramai juga suami isteri yang hampir bercerai disebabkan tersilap mengemudi medium sosial itu, pekalah dengan keadaan masyarakat sekeliling bukan semua boleh menerima cara kita kerana setiap manusia itu berbeza.



One more thing, simple yet powerful reminder for me and you :


Sekian, kbye..