Semalam aku tengok movie Janin dengan kawan biasa dan kawan amat luar biasa. Dia belanja makan dan movie itu. Aku bawa perut jaa..
Secara keseluruhannya, JANIN ni biasa jaa laa.. bukan tak ok.. ok jaa.. banyak touching lah sebab toyol budak yang kuat curi itu macam cute-cute jaa dan dahagakan kasih sayang ibu, seram takdak sangat.. nak dekat
Wayang pukul 9.15pm.. lepas dinner, kami solat maghrib, lepas itu usha-usha baju-baju
*cerita nak confident jaa macam ada duit*..
Nak dekat 9pm baru kami ke GSC beli pop corn. Tengah sedap-sedap menonton dan menutup mata dan telinga akibat ketakutan, handphone gua bunyilah pula..
Orang yang telefon gua itu, marah gua bro.. marah gua sebab gua tengok wayang malam Jumaat bro.. pada dia, malam Jumaat kena buat amal ibadat baca yassin semua bro.. banyak kali jugalah dia cakap gua teruk.. sampai kawan-kawan gua pun kena teruk sekali.. yang paling gua emo, dia cakap gua tak ingat tuhan weh sebab gua tengok wayang malam Jumaat dow!! Gua tak ingat tuhan??!!! What the hell??!! lepas itu, tanya gua keluar berapa orang, gua cakap bertiga, dia kata gua tipu.. frekuensi suara dia time basuh gua semalam tak perlu gua describelah, kalah frekuensi bunyi Concorde.. Gua memang rasa nak buat kurang ajar gua je la kan hang up but gua betul-betul tak sampai hati.. dia hang up.. gua sambunglah tengok Janin.. tapi seriouslah gua rasa nak menangis kot..
Lu marah gua, point-point lu memang betul, gua boleh terima.. tapi cara lu marah gua, gua tak berapa berkenanlah..
LU INGAT GUA NI BOHSIA KEEE??!! LU INGAT GUA JENIS PEREMPUAN KELUAR PERGI CLUBBING, MINUM ARAK, CHECK IN HOTEL, HISAP DADAH SEMUA KE??!!
Gua tak buatlah semua itu.. gua wanita bekerjaya lulusan degreelah *ceehh.. degree je pun*, sembahyang gua jagalah!! Bukan nak show off, tapi gua baca je Al-quran laa.. tak kan gua nak panggil lu duduk depan gua time gua baca Al-quran baru lu nampak gua INGAT TUHAN??!!
Okay.. emo sangat.. pemanggil semalam, saya rasa, anda yang sepatutnya INGAT TUHAN bila bercakap dengan orang lain.. awak jangan ingat awak seorang jaa ada perasaan.. orang lain pun boleh terguris juga dengan kata-kata awak.. kalau awak ingat tuhan sangat.. awak berdakwahlah dengan cara yang betul sebijik macam cara Rasul S.A.W kita.. terutama kalau awak nak bercakap dengan manusia kepala batu macam saya..
Awak, kalau saya tak ingat tuhan, saya tak solat maghrib semalam wak.. kalau saya tak ingat tuhan takkan la saya masih boleh kawal itonasi suara saya bila berkomunikasi dengan awak selepas awak kata saya macam-macam..
Kalau awak tak percaya saya tengok bertiga semalam, inilah dia;
Nampak?? nampak tak wak?? 1+1+1=3..
Sekian..
p/s: Maaf sangat ye kawan-kawan, gaya bahasa saya akan menjadi kasar, kelat, payau dan berkuman sangat kalau saya amat berkecil hati.. tambah-tambah bila saya sudah lama memendam kesedihan..
hmm lagi satu nak tanya, correct me cepat-cepat yaa if i am wrong, baca yassin malam jumaat tu ialah
bidaah hasanah ke? sila beritahu aku.. dah lama aku fikirkan benda ini.. sama-samalah kita menimba ilmu dan share.. sharing is caring :)