orang tengah stalk

Tuesday, January 11, 2011

Sebab Aku Memang Percaya Bahawa Akan Ada Hari..

Aku memang percaya bahawa suatu hari nanti akan ada hari, aku tidak akan disayangi oleh orang yang sekarang ini menyayangi aku..

Aku memang percaya bahawa suatu hari nanti akan ada hari, hubungan ini akan retak dek kerana kami sudah mula bosan dengan kehadiran masing-masing dalam hidup masing-masing..

Aku memang percaya bahawa suatu hari nanti akan ada hari, dia lebih selesa tanpa aku dalam hidup dia..

Aku memang percaya bahawa suatu hari nanti akan ada hari, aku bukan lagi makhluk ciptaan tuhan tercantik di hatinya..

Aku memang percaya bahawa suatu hari nanti akan ada hari, tuhan akan ambil orang-orang yang aku sayang dan menyayangi aku pergi jauh dari aku, lalu aku terkojol seorang diri jaa..

Senang cerita, akan boleh ada hari Allah akan tarik segala nikmat kegembiraan yang Dia pernah bagi ke aku.. takutnya.. sakitnya.. :(

Tapi aku lagi percaya bahawa Allah lebih mengetahui jalan ceritaNya.. Aku hanya harus berdoa dan tidak akan putus doa aku agar segala-galanya baik-baik aja dong..please Allah.. tiada tempat lain dah aku nak minta.. memang tak dak.. dan memang indah sangat-sangat bila mencintai cintaMu.. serious best..

Sekian..

P/S: Mood swings due to PMS agaknya aku ni.. huhu..

1 comment:

cimon said...

mood swing yg bagus...ala2 muhasabah diri (sila baca gaya ustaz motivasi) hehehe(^v^)

p/s: aku nak kasi ko baca 1 citer nih...sempena "mood swing" ko tuh (^_~) hihihi

http://tempeku.blogspot.com/2010/12/hadiah-malam-jumaat.html