orang tengah stalk

Thursday, January 27, 2011

Entry Emo Tapi Bukan Aku Yang Emo..

Hari itu, tengah duduk dekat sofa sambil makan nasi, berdua dengan mama, tiba-tiba jaa dia emo.. dia dok sibuklah cerita anak kawan baik dia nak bertunang dengan arkitek dari JKR, owh, menantu kerja gomen, masa depan terjamin.. emo lagi, dok sibuk cakap, kalau aku tak nikah dengan orang kerja gomen, nanti anak aku susah nak dapat nak masuk asrama penuh, susah nak dapat tajaan JPA.. bla.. bla.. bla..

Emo lagi, dia dok sibuk mempertikaikan, kenapa selama 4 tahun aku belajar dekat universiti, tak dak seorang mamat pun yang berjaya mengorat aku ataupun aku yang mengorat mamat-mamat itu..

Emo lagi, dia boleh cakap, kalau dia jadi aku, dah lama dia mengorat doktor-doktor dekat UM time aku belajar dulu.. hahahaha.. lawaklah mamaku ini..

Aku diam jaa.. malas nak argue-argue.. i might worsen the situation.. so just diam jaa!!

Lepas ini kalau mama emo lagi, aku nak jawab macam ini,

" Ntahla ma, kak long lebih risau bila kematian kak long akan tiba dari bila perkahwinan kak long akan tiba.." <-- Agak-agak, boleh tempah penyepak tak?

Sekian..


5 comments:

BULAN said...

hoi!!ayat last ko tu memang terbaek la joyah..tapi agak kurang ajar sket..huhuhuhu..

Menyusur Akar Secara Senyap said...

sebab tu aku diam je time mama aku emo, mmg aku igt nk jwb cm tu je.. tp nanti kang, kecik hati mak lak.. so aku ckp dlm hati je la..

Anonymous said...

kalo menjawab, lg dua2 jd emo.. parah..payah..

cimon said...

mungkin ko boleyy pakej penjimatan PP (penampar & penyepak) skali kot.

hehehe (^v^)

p/s:aku pon diam jek bile mak da start membebel msuk bab2 gitu (@_@)

p/s/s:scholarship JPA suppose utk budak2 pandai shj, bukan khas utk anak2 gov servant shj (tp ramai yg pakai kabel dpt scholarship tsbt-sian bg yg tertindas)

arsnosatu said...

ok yang last tu sgt memberi makna pada aku