Tak tahulah kau orang setuju dengan aku ke tidak kan, tapi aku rasa masa yang bergerak memang dah banyak merubah segala macam perkara dalam hidup kita ni.. sedari kita dilahirkan dan selari dengan perjalanan hidup kita melalui fasa-fasa kehidupan, tanpa kita sedari, setiap fasa yang kita lalui itu, kita akan mendapat dan pada masa yang sama akan kehilangan sesuatu yang mungkin kita suka dan kita tidak suka.. haaaaaa... complicatedkan ayat aku.. lantak kau orang.. hehe..
Klasifikasi terhadap fasa-fasa kehidupan ni agak subjektif.. sebagai contoh, aku ambil fasa-fasa kehidupan yang berubah-ubah dari segi umur yee.. masa berumur 20 tahun, budak-budak, single mingle lagi, so lepak-lepak, huhahuha dengan kawan-kawan, dengan scandal, dah nama pun single kan, setiap masa nak keluar lepak dengan depa.. memang BFF laa.. apa-apa jaa share sama-sama.. setiap masa ada untuk dia, dan dia ada untuk kita..
umur 22, habis belajar, masuk kerja, kenal kawan baru.. hari-hari keluar makan sama-sama, share macam-macam.. fasa baru ni.. kawan lama yang kurang kental, sentap, cakap kita dah tak ingat dekat dia.. aduiii.. lagu mana nak buat ni..
Masuk umur 23, dah ada boypren pula dah.. sayang bukan main dekat dia.. commit tak hengat punya.. dah sekarang ni fasa baru la ni pada aku okay.. dah kena bahagi mana nak keluar dengan BFF, mana nak keluar dengan boypren pula.. aduiii.. keluar dengan boypren teringat dekat BFF, dia dok makan apa la kan? selama ni dok makan dengan kita.. keluar dengan BFF teringat boypren.. rindu boypren so much pula dah.. BFF pula, kalau dapat yang tak berapa nak faham, confirm tuduh kita lupa ke dia.. lagi worst kalau boypren cakap kita dok busy keluar dengan BFF pula.. aduiiii.. pening.. pening..
Aku nampak, semakin kita tua dan perlahan-lahan dimamah waktu, janganlah kita tidak pernah untuk expect sesuatu itu untuk tidak berubah langsung kerana itu akan amat-amat mengecewakan hati sanubari.. sedangkan dari hari ke hari muara sungai boleh terhakis dan membentuk bentuk muka bumi baru, inikan hati manusia..
So macam inilah, sekarang ini, aku sayang semua orang yang sayang dekat aku.. aku tak boleh hidup tanpa kawan-kawan dan juga tanpa lelaki yang bertakhta di hati.. aku sayang dua-dua.. sayang gila babi okay.. tolonglah percaya..
Bye semua..
1 comment:
"sayang semua...." da mcm lagu arr pulak.
hahaha (^v^)
Post a Comment