orang tengah stalk

Monday, October 3, 2011

Antara Perkara Remeh Yang Boleh Trigger Kemarahan Aku..

1) Getah urat dekat atas lantai atau di mana sahaja asalkan dia tidak layak berada di situ.

Alah, getah urat, getah yang orang guna nak bungkus nasi lemak tu.. aku memang pantang tengok dia duduk dekat atas lantai ke atas meja ke... memang aku ambil dan buang dalam tong sampah terus! Annoying sangat but aku memang susah sangat nak explain kenapa.. getah urat sangkut dekat tombol pintu or tombol drawer pun aku pantang gak tengok.. memang aku ambil, aku buang!! Bagi aku, sangat-sangat mencacatkan pemandangan kot..

2) Pintu jamban tak bertutup.

Kalau kau masuk dapur, lepas tu kau sedang menikmati hidangan ayam goreng peha yang amat sedap dan rangup tiba-tiba kau terpandang mangkuk jamban.. amacam? So, sila pastikan pintu jamban anda sentiasa bertutup dengan sangat rapat yee..

3) Pintu bilik tidur yang tak bertutup dengan rapat.

Pintu bilik aku, kalau terkuak setengah inci pun aku dah tak boleh terima.. tambah-tambah kalau aku tengah tidur, dan terpaksa dikejutkan kemudian orang yang kejut aku tu, turun bawah tanpa menutup pintu dengan rapat, maka aku akan menjadi sangat marah lalu aku bangun dan..................menutup pintu.. dan sambung tidur.. tak boleh dengar pergerakan udara dari luar.. hahahah!!

4) Bunyi isi air dalam bekas kosong.

Macam nak toreh-toreh pokok getah bila dengar bunyi air yang memenuhi bekas kosong. Dulu, dekat office, aku pernah duduk sebelah water cooler. Orang lalu lalang isi air dekat sebelah aku, so kau orang boleh bayangkan tak tekanan aku dengar bunyi tu?? Kau orang tak faham kot..

5) Kereta tak ber'service'.

Ini memang boleh effect mood aku gila-gila punya.. kesian dekat kereta.. kalau dah sampai masa aku kena pergi service kereta dan aku tak pergi atas sebab-sebab tertentu, maka aku memang senang rasa nak marah.. pape je la.. pada aku, biar pokai service kereta jangan pokai nak repair kereta akibat tak pernah pi sevice kereta..


Eh.. banyak lagi nak type ni.. tapi cukup la.. malas dah.. hihihi..

Bye!




No comments: