orang tengah stalk

Tuesday, October 18, 2011

Single..

Aku ni kan, sebenarnya aku kena study sebab jumaat ni aku exam.. dan mentang-mentanglah company aku yang bayarkan exam tu, aku buat main-main je kan.. kuang hajaq sungguh kau anida!!! Aku lebih tertarik nak post entry ni, lepas post ni aku studylah okay?

Dengan sungguh lajunya jari-jemari aku menaip walaupun idea sangkut but aku still nak share sesuatu yang aku rasa..

Aku nak share apa yang aku nampak bila kita baru lepas putus dengan pasangan kita.. tak kira la putus couple ke, putus tunang ke, bercerai-berai ke tapi apa yang aku nampak, macam memang normal sangat langkah-langkah menghilangkan kesedihan yang diambil oleh kebanyakan orang.

1) Kalau dekat FB tu kan, post status yang nak motivatekan diri atau ada unsur-unsur keagamaan sikit, konon macam sangat tabah menghadapi dugaanlah.. malas aku nak kasi contoh kot..

2) Kalau yang jantan tu kan, kalau jenis yang cepat melatah dengan kekecewaan tu kan, lepas dah putus tu, huish, busy sebok add perempuan-perempuan, tak tau la dia ke yang add atau perempuan tu yang add.. hmmm.. lepas tu comment-comment tak payah cakaplah, berbau miang-miang, konon-konon moved on la sebab comment-comment miang dengan perempuan lain.. kira macam nak try others possibilities la..

3) status dekat FB, konon busy menjalani hidup dengan rakan-rakan.. sibuk betullah.. contoh, "Shopping time with memey with love", "berjimba bersama rakan-rakan ge girlzzzz <3" dan banyak lagi la.. checked in merata-rata.. kira macam nak bagitau EX depa yang depa tak dak takdak masa nak sedih..

4) time dah single ni lah nak buat apa yang kita tak boleh buat time berdua dulu pun, colour rambut jadi perang, pakai sexy-sexy (sebab dulu suami marah).. sekarang dah bebas, suka hati aku nak hidup macam mana aku suka..

5) Mungkin point ini redundant dengan point #2, lepas je putus, cepat-cepat nak cari perempuan lain, dah jumpa, cepat-cepat tukar profile picture.. nak bagitau dekat EX, aku dah ada yang barulah.. Ini, cara paling berkesan nak heal luka putus hubungan ye.. mencari pengganti dengan kadar yang segera.. sebab apa tau, hidup kita akan jadi sangat bahagia bila kita disayangi oleh orang lain, bahagia gila bila ada orang ambil berat tentang kita tambah-tambah lelaki dan lelaki itu lebih jauh lagi bagus dari lelaki terdahulu.. (Uit para perempuan, tok sah tipulah!).

hoooo dah la.. bye..

No comments: