orang tengah stalk

Wednesday, October 5, 2011

Cik Bulan, Hamek ni!!

As per my conversation with cik bulan time breakfast tadi kami akhirnya end up dengan sebuah agreement untuk masing-masing post satu entry mengenai BEST FRIEND.

Apa-apa sahaja, aku akan menaip isi karangan aku ni berdasarkan pengalaman aku, so kalau tak setuju. ini tetap pengalaman hidup aku.. hohohohoho!!!

ARghhhhhhhhhhhhhh!! shit tak dak idea!!

tarik nafas.. hembus nafas.. datanglah kau wahai idea..

okay!!

Best buddy ialah someone yang tak perlu sama dari segi berfesyen, tak perlulah kalau kawan kau pakai tudung lilit leher sampai tercekik terbelahak terjojol anak mata kau pun nak pakai lagu tu juga.. tak perlulah kalau kawan kau suka pakai baju mahal-mahal beli dekat butik, kau pun nak ikut pakai sama sampai tengah bulan makan habuk ikan bilik rempeyek jaa.. itu tidak perlu melainkan kau memang jenis rasa best friend tu semua benda kena sama..

Ada orang pernah tanya aku, kenapa aku tak bertudung sedangkan kawan-kawan aku sangat ramai yang bertudung.. dengan kedegilan yang menebal dalam diri, aku akan cakap, aku tak suka ikut orang even kawan rapat aku pun.. orang tu akan cakap balik, dosa dia kerana aku.. aku nak diam je la boleh kan.. <-- ini macam dah lari tajuk ni.. tak pa lah!

My best buddy ialah someone yang tak perlu sama, tetapi dia ialah seorang yang tahu apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka dan dia kan cuba sedaya upaya untuk tidak melukakan hati aku.. pada masa yang sama, aku pun kenalah juga study apa yang dia suka dan tidak suka..

Apa-apa yang dia dan aku suka, kami akan saling terima dan respect cara masing-masing walaupun bukan cara itu yang kami pilih tetapi telah menjadi cara dan keselesaan best buddy itu kami akan respect juga.. senang cerita, selagi mereka tahu bagaimana untuk menjaga maruah diri, keluarga, bangsa dan agama, maka sokonglah apa sahaja dan jika diminta beri pendapat, berilah dengan jujur..

BFF ni kan, tak perlu melekat macam belangkas setiap masa pun pada aku walaupun sekarang ini melekat seperti belangkas itulah definasi standard BFF. Apa yang penting, bila kita nak telinga untuk dipinjamkan, shoulder to cry on, baju untuk hingus dilap when everytime kita berasa sangat sedih dengan kehidupan, dia sudi meluangkan masa walaupun sanggup korbankan sesuatu yang dia suka pada ketika itu..

oklaa.. hamek ko cik bulan.. jangan cilok idea i.. hahahah!!!

bye..

2 comments:

BULAN said...

hakhakhak!!okieshh nanti nak buang ingus bagitau i..i nak bawak baju i yang tak basuh lagi utk u guna lap ingus u!

okeih sekian..later i pulak bagi assignment kat u!

cimon said...

time kecik2 dulu pernah cimon dgar ustaz ckap...kalo kita meninggalkan solat sebab malass, boleyy qada' & dimaafkan (solat taubat). tp...kalo kita meninggalkan solat sebab ENGKAR...maka rosak lah iman & runtuh lah agama. (T_T)

p/s: hopefully cimon ingat betul lah pesanan ustaz tuh