orang tengah stalk

Friday, October 21, 2011

Saya Sebiji Tomato.. Hai.. Makanlah Saya!

TOMATO atau nama saintifiknyaIycopersicon esculetumsememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.

Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.

Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.

Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki.

Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.

Anda boleh cuba petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato.

Mengecilkan liang roma

Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.

Merawat jerawat

Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

Membersihkan kulit muka

Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.

Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

Menyejukkan kulit yang rosak

Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.

Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.

Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

.

.

.

.

.

.

.

Facts dekat atas aku cilok from sini..

Sejak dari bulan ramadhan tahun lepas, aku train diri aku minum air tomato, kalau kau orang semua nak tau, aku sumpah tak boleh makan begitu sahaja buah tomato itu kerana kelembikan struktur fizikalnya amat menggelikan aku.. tapi memandangkan aku sangat aware dengan khasiatnya maka aku minum air tomato hampir setiap hari sehingga ke hari ini.. gigihlah kadang-kadang aku belender tomato dan kadang-kadang nenek aku yang tolong belender kan.. haih nama pun spoil bratkan.. cucu manja..

Aku belender dan aku minum tampa campur dengan apa-apa pun okay.. gula tak pakai, madu pun tak pakai.. pernahlah dulu try madu, but leceh la.. sekarang ni just naked tomato.. sampai tahap kalau aku tak minum sehari, aku akan rasa tension..

Ada perubahan ke? Pada aku dah setahun lebih aku ambil, macam tak nampak perubahan pun.. tak tau la macam mana orang lain tengok aku.. nanti aku nak tanya dia orang.. aku tengok cermin, macam biasa je.. cute dan jelita seperti biasa.. babiz kan statement.. hahahah!!! Tapi aku yakin, pasti kesan dia akan kelihatan dalam jangka masa panjang..

Walauapa pun terjadi, aku akan tetap setia minum air tomato.. dulu memang rasa macam tak sedap langsung sampai nak muntah-muntah, tapi sekarang dah boleh terimalah.. minum air tomato tau.. bukan ratah tomato macam makan epal tu, tu memang sampai sekarang tekak aku tak boleh terima.. wek!wek!

Oklah.. nak mandi.. bye..


..Aku ada exam CCNA pagi ni tapi aku rasa macam aku akan fail..

2 comments:

cimon said...

best tau tomato...i like(^v^)

p/s:badan cimon pon da mcm buah tomato...gebu (^_~)

p/s/s:tak tau pon khasiat tomato...just suke makan jek, thanks for the info (^o^)

Anonymous said...

tomato awet muda utk kulit :)