orang tengah stalk

Thursday, March 28, 2013

Hindari Riak

Guys, this article that I obtained from here is totally kind a wake up call for me.
Please read and selamat beramal~


Firman Allah dalam surah al-Ma’un ayat 4-6 yang bermaksud:

“Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak.”

Pengertian riak

Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.
Perkara yang diriakkan oleh manusia;

1. Riak dari segi badan
Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.

2. Riak pada pakaian
Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.
3. Riak dengan perkataan
Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata-kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.
4. Riak pada amalan
Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.
5. Riak dengan ramainya murid dan pengikut
Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.

Peringkat Riak

1. Riak Akbar
Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.
2. Riak Asghar
Riak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.
3. Riak Jali (yang terang)
Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.
4. Riak Khafi (yang tersembunyi)
Riak ini pula tersembunyi di dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.

Punca Riak

Sebab-sebab yang boleh membawa kepada penyakit riak ini antaranya ialah;
1. Sifat suka dipuji oleh orang lain.
Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk kelebihan kepada orang lain.
2. Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain.
Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur dan suka berpura-pura.
3. Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian.
Seseorang itu melakukan segala pekerjaan adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.

Bagaimana mengelakkan sifat riak?

Rawatan terbaik bagi segala penyakit di muka bumi ini adalah dengan menjauhi sebab-sebab dan punca terjadinya penyakit.
Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;
1. Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.
2. Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak.
3. Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.
4. Menanamkan di dalam diri bahawa melakukan sesuatu perkara kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu patut dijauhkan.
5. Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.
6. Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan. Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baik dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak.
Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun, untuk melakukan satu-satu ibadat pada permulaannya akan menyebabkan timbulnyaperasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit.
Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi, jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka.
Kbye~

Saturday, March 23, 2013

Kabel Besar

Hari tu berborak dengan ex-bos, dah xjd bos baru ada hati nak chit chat macam-macam kan.. kalau tak jangan harap la.. aku akan sentiasa pastikan ada gap dengan bos.. not too close..

Dia kata dia ada dengar yang aku ada relatives dekat company ni.. aku pun berkerut-kerut dahi memikirkan siapalah saudara mara aku yang kerja kat sini.. serious takdak atau aku yang dah nyanyuk..

sapa lah yang duk buat cerita..  kelakar betul..

terasa popular pulak aku.. ada gak orang nak bergosip pasal aku weh..

kalau ada pun so?

Friday, March 22, 2013

Dia Part 2

Semalam Dia scroll down Facebook Home.
Ada status one of her friend,

Subnahallah, indahnya ciptaan Tuhan tengok baby gerak-gerak dalam perut

Dia tunjuk dekat suaminya sambil bertanya,

D : Awak tengok ni, kenapa dia berani post macam ni ye?

S : Biarlah dia..

D : Saya serious benci gila..benci sangat.

Dia masih mengalami ketidakstabilan hormon.

Dia.. Dia.. Sabar je la mak nok!

Wednesday, March 20, 2013

Monday, March 18, 2013

Esok

Esok aku dah kena masuk office semula after about 2 weeks MC.
Perasaan yang amat malas kerana aku tengah takdak mood nak berdepan dengan orang ramai yang mengenali diri ini .

Malas nak guna otak untuk berfikir pasal kerja yang aku tak berapa minat, orang teratas yang tak berapa aku minat jua.

Anti sosial adalah lebih baik pada aku kadang2 berada di office. Bercakap hanya bila perlu.

Friday, March 15, 2013

Dia

Dia baru lepas keguguran dan masih berpantang sebelum kembali mula bekerja pada minggu hadapan.

Keseorangan di rumah tatkala suami keluar bekerja, maka melayari internet sahaja kerja Dia. 24 jam Dia mengadap FB, selain itu ada juga Dia melayari laman web lain untuk membaca pelbagai artikel mengenai perbagai jenis ilmu. Dia memang suka  membaca. Dia pantang juga terjumpa apa-apa brochures mengenai apa-apa sahaja artikel, Dia akan baca. Habis-habis bosan, Dia akan membaca majalah Gila-gila, worst case, Majalah Mangga.

Recently, dalam keadaan Dia yang sedang boleh tak boleh terima kenyataan yang dirinya telah mengalami keguguran, tatkala dirinya melayari FB, maka berkuyun-kuyun juga bakal ibu merangkap friendnya di FB, update macam-macam perkembangan mengenai kandungan mereka. Ternyata bakal ibu itu sedang melalui saat indah kehamilan mereka. Dia pun di awal kehamilannya sudah tidak sabar untuk melihat perutnya memboyot. 

Ada juga yang baru melahirkan cahaya mata, setiap masa akan post gambar bayi-bayi comel mereka dengan pelbagai mimik muka yang sangat comel dan ternyata telah menyentuh perasaan Dia. Membuatkan hati Dia tidak sabar untuk hamil kembali. Secepat mungkin kalau boleh.

Pada awalnya, Dia merasakan, apakah golongan mereka ini tidak sensitif terhadap hati dan perasaan orang yang senasib dengan dirinya? Dia juga merasa, terutama untuk bakal ibu, berani sungguh mereka update perkembangan kehamilan mereka di FB setiap masa. Tak takutkah mereka jika sesuatu terjadi kepada diri mereka sepertimana yang terjadi kepada Dia? Lenggok bahasa mereka seakan mereka sungguh yakin dengan kehamilan mereka yang sihat. 

Dia pula jenis takut untuk menjadi terlalu over confident seperti segelintir mereka itu. Di awal kehamilan, Dia lebih memilih untuk mendiamkan diri. Terlalu awal dirinya rasakan. Hatta, untuk share UPT result di blog pun Dia fikir sebanyak 300 kali. 

Ok, Dia nyata mencemburui mereka. Dirinya mengakui sifat itu. Cemburu dan kemudian Dia sudah lali. Lali sangat dengan mereka.  Buatlah apa sahaja mereka mahu kerana itu rezeki mereka. Mereka bersyukur atau tidak, itu urusan mereka dengan Penciptanya. Dia sudah lali.

Orang terdekat dan orang kesayangan, memberi sokongan kepada Dia, menyatakan bahawa masih belum rezeki. Dia mungkin boleh cuba lagi.

Dia merasakan dirinya harus mendekatkan diri dengan Allah untuk beroleh ketenangan dan kebahagiaan yang dirinya idamkan. Ternyata Dia merasakan yang dirinya sudah jauh dari Penciptanya. Maka mungkin kerana itu ujian ini diturunkan kepadanya. Sungguh hina Dia merasakan dirinya. Hina tidak terkata. Sungguh banyak dosa yang Dia lakukan. Dia sudah jauh. Semoga dengan ujian ini, Dia insaf.

Dan yang penting, semoga Dia tidak seover bakal ibu dan para ibu yang sentiasa ingin update perkembangan kehamilan dan bayi mereka. Dia pernah merasa kesakitan itu. Maka Dia akan cuba berpada-pada.

Chaiyok Dia. 

Allah bersama kita. Allah ialah sebaik-baik tempat mengadu.


Thursday, March 14, 2013

3h2m di puncak Cameron


Yuhuuuu.. memandangkan sedang berpantang and MC  dekat rumah selama 2 minggu.. maka ringan sungguh jari jemari aku ni nak update blog.. mana tak nya, husband kerja, so sunyi la duduk rumah..

So as per promised in my last entry, this is my honeymoon story, aku telah menjalani DnC on 5/3/13 and discharged on 6/3/13.. balik rumah rehat kejap then malam khamis 7/3/13, start packing untuk bercuti-cuti Malaysia.. yeayyyyhaaaa!!!

Before that aku ada tanya  doctor, boleh ka aku pergi cameron kan.. mana la tau kot-kot tak boleh.. kalau ikut nenek aku, dia memang tak bagi sebab suppose aku kena rehat, bed-ridden lagi ok.. serious tension mak kalau bed-ridden senah!!! Doctor senahhh.. tambah-tambah doctor modern... semua boleh.. yes!! yes!! doctor bagi!

Orang baru lepas miscarriage ni agak jiwa kacau kan.. so aku kira, percutian ni ialah untuk aku melupakan segala-galanya sebelum aku start kerja nanti.. ala-ala release tension dengan menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi.. :)

So, pagi-pagi buta 8/3/13, Friday, kami bertolak ke cameron. Singgah rumah mak ngah husband dekat Ipoh dulu, lepak-lepak, makan-makan dengan Mak Ngah.. lepas solat jumaat baru gerak Cameron.. 

Sampai dekat cameron, wah..wah.. baru pukul 3pm, tapi pasar malam Brinchang dah ada la sikit-sikit.. wahwahwah.. tak sabar nak pergi pasar malam tapi we all decided nak checkin hotel first dekat Tanah Rata.

Nahhh.. we stayed here in Century Pine at Tanah Rata for the whole 3 days :) Excited senah.. bulan 3 nak pergi bulan january hari tu aku dah booking.. hahahha!! honeymoon kot!

Depan hotel...excuse my pucat face.. huhu..

Bilik kami.. excuse the katil please.. this is deluxe room with garden

             
Ok, so kami memang buat perkara standard yang pengunjung cameron selalu buat.. pergi minum teh and pekena nasi lemak sejuk (hahaha!! tapi sedap la.. tolong la weh En Bharat, sedia kan microwave tok panas kan..)

Teh tarik + teh ais + nasi lemak sejuk... aku kena minum air panas.. kena pantang tak leh minum sejuk.. pffttt.. owhhh, lihat itu.. RM15.. sungguh mahal bukan? ish3.. tp sebab lapar.. layan je la..
Pergi taman rama-rama, RM5 per adult..



This one yang sudah mati, we all jumpe tertonggeng atas daun. Sedih betul kan, terlalu cantik tapi jangka hayat pendek. That's my hubby, I never going to touch them.. takut!
Then, we went to Cameron Lavender,





Then, last sekali, this one memang the most recommended place to go bila korang pergi Cameron. Last 2 years aku pergi tak wujud lagi rasanya Time Tunnel ni, sebab aku baru perasan time aku pergi kali ni. Murah sangat, RM5 per adult dan sangat berbaloi-baloi pengalaman yang aku dapat bila aku masuk dalam tunnel ni.. Kalau tengok banner dekat depan sebelum masuk ni pun dah terasa tak sabar nak masuk.. 


Di dalamnya,






Owhh dah la.. tak boleh banyak-banyak nanti basi laa..  huhu.. kalau nak, pergi sendiri.. believe me, i almost cried the kat dalam tunnel ni sebab betul-betul aku terasa macam berada pada zaman silam.. fuhhh.. tak tau la maybe hormon wanita baru lepas keguguran ke kan.. tapi serious best!! sila pastikan anda membawa camera yang mahal, jangan setakat aku ni pakai tab je.. tak comey dah gambar..

Ok la.. sampai di sini sahaja penceritaan aku.. yang penting, aku sangat-sangat gembira dengan percutian ini, dan tak sangka dah setahun usia pernikahan kami, rasa macam baru semalam menikah, kalau tengok orang lain yang baru-baru menikah, aku pun rasa mcm baru menikah gak.. huhu..

Semoga hari-hari kita akan rasa seperti hari pertama jatuh cinta dengan hubby kita.. berbanggalah dengan hubby kita no matter who they are.. In shaa Allah, jika kita sayang, berlembut dan bermanja-manjaan dan taat kepada suami kita, Allah akan mengurniakan perkhabaran gembira untuk kita.. :)

Byebye~

Wednesday, March 13, 2013

Berita Keguguran Saya_Part 2

Entry ini akan lebih berkisar kepada pengalaman aku di wad di hukm dan pengalamam semasa DnC.

So, as per agreed, aku, hubby and nenek aku pun seawal pagi lagi dah pergi hukm. Konon kalu pergi awal, boleh cuci cepat and balik cepat. 

Sampai je hukm, tunggu sampai 2 jam lebih baru dapat jumpa doktor.. kemudian doktor arrangekan aku masuk wad.. and hanya waktu melawat je boleh jumpa family..aduiii.. kena warded juga ok.. benda yang paling aku taknak ialah tidur sorang-sorang tanpa hubby di sisi.. serious benci.. tapi nak buat macam mana kan.. aku just nak cuci cepat and belah dari hospital ni cepat-cepat.. trauma! tak suka hospital..!

Masa nama aku nurse panggil untuk kemasukan ke wad, aku, hubby and nenek pun bangun la untuk ke wad.. nurse tu tanya mana satu nurul anida, sebab dia pelik takdak sorg pun yang nak duduk dekat wheelchair yang dia bawa tu.. rupanya pesakit nak masuk wad akan kena tolak dengan wheelchair.. apa ni weh!! aku tak suka betul la tolak-tolak wheelchair ni.. aku boleh jalan sendiri.. serious meluat.. tapi aku takmo la bagi nurse tu mkn gaji buta maka aku pun duduk la.. bapak laju nurse tu tolak aku.. tak terkejar dek hubby and nenek aku... sampai dekat lif, nurse tu cakap dekat nenek aku 

"makcik, makcik jalan la slow-slow, tak perlu ikut saya, saya tolak laju.. " 
"awak sepatutnya tolak nenek saya bukan saya" aku pun reply la balik.. lepas tu kitrg gelak-gelak dalam lif..

Sampai dekat katil, doctor dtg drip tangan aku, sakit tak terkata, 4 kali ok ambil darah aku.. alasan darah aku xnak keluar.. menangis aku dibuatnya.. husband just pandang and gelak kan aku.. amboiiii.. gelak ehh.. tapi better dia gelakkan, at least ego & kental sikit hati aku nak tunjuk dekat dia yang aku ni bukan lembik.. huhu..

Aku kena puasa sebab lagi 2 jam nak masuk OT dah.. nervous tuhan sahaja yang tau.. tapi sebelum tu doctor dtg masukkan ubat dalam vagina sebab nak kasi bukak pintu rahim aku sikit.. dia kata aku akan rasa macam senggugut sikit.. aduiii.. serious tak berkenan betol laa sakit senggugut ni..  tapi tunggu punya tunggu tak sakit-sakit juga.. cuma discharge sahaja keluar banyak sangat tak terkata.. bleeding langsung takdak..

Tak berapa lama, nurse datang suruh aku tukar baju nak masuk OT. Sakitnya nak tukar baju bila tangan ber'drip'.. sakit yang amat.. first time kena drip la kata kan.. masa tengah bersiap-siap ni dah habis waktu melawat dah tapi nenek and hubby x balik, depa tunggu dekat luar.. kesian diorg.. masa ni rindu sangat dekat hubby and nenek.. kesian kat nenek sebab kena tunggu, dia bukan nya larat sangat..

Nurse pun tolak katil aku ke OT, nenek datang cium aku.. tapi hubby aku time tu p mana tah aku pun x tau la.. hahaha.. terlalu nervous nak masuk OT.. first time..

Sampai dekat OT, perghh!! serious trauma.. sebijik macam dalam drama.. lampu besar-besar.. bunyi alatan-alatan besi.. serious benciiiiieeyyy..

Doctor bius separuh dan diorg start cuci.. tak sampai 15 minit dah siap.. sekejap je cucinya.. tapi nak tunggu bukan main lama.. haduiii.. lepas cuci depa tak terus hantar aku ke wad tapi diorg letak aku dekat luar OT untuk monitor aku selama setengah jam.. lega sangat dah selesai.. tak lega jugak sebab kebas dari perut ke bawah tak hilang lg.. rasa x best sgt.. 

dah stable semua, nurse tolak ke wad.. masa tu nampak nenek and hubby.. yeayyyy.. sayang uolzzz.. kesian diorg tunggu lama.. masa tu dah pukul 5pm kot..  so diorg dah boleh masuk dalam wad teman kan aku..

lega sangat.. dapat tgk muka hubby and nenek.. pukul 7 mama and papa sampai.. sebab diorg kerja hari ni.. pukul 7.30pm waktu melawat pun habis.. mama, papa and nenek dah balik dl.. tinggal hubby and me.. tepat 7.30pm, pengunguman suruh pelawat keluar.. sedih bila hubby nak balik.. rindu gilaaaaaaa.. first time bermalam kat wad sorg2.. (T_T)..

Malam tu, sejam sekali hubby mesti call.. tanya aku tak tido lagi ke?? wahhhh,, terasa macam zaman-zaman sebelum kahwin.. sikit-sikit call.. huhu.. malam tu juga, bila ubat bius habis sepenuhnya, mula aku rasa sakit macam sengugut, tapi tak teruk pun, tak teruk pun tapi tak boleh tidur juga dibuatnya.. sebab tak selesa dengan kesakitan tu.. bak kata doktor, ubat bius tu akan bertahan dlm badan selama 6 jam.. selama 6 jam tu.. memang lumpuh tp slowly akan back to normal la.. lega bila dapat bangun sendiri and bangun pergi toilet sendiri..

Malam tu juga, beberapa org kawan wanita, msg aku tanya khabar.. wuuuu.. terharu.. at least hilang juga kebosanan..

Esoknya.. at 1pm, hubby and nenek datang ambil aku.. yeayyy nak balik.. tak sabar nak balik sangat..

cuba teka.. kos yg perlu aku and hubby tangung:

2 hari warded + cuci  = RM500

ok la kot.. so apa lagi.. kami pun share la duit.. sharing is caring right.. baru loving.. aku pun tahu, suami aku bukan bergaji besar pun.. maka kami dahulukan duit kami dan aku akan claim dekat pmcare nnti.. forsure!

so balik rumah, pantang macam biasa.. tak mkn benda sejuk and tak byk bergerak.. tp sekali sekala tak tahan, minta izin hubby nk minum air sejuk sikitttttttttttttttttttttttt je.. fuhhh.. lega..

I love you hubby.. i love you nenek.. i love you my family and friends...

Owh.. 6/3/13 aku balik rumah and 8/3/13 tak sabar nak pergi jalan-jalan bersama hubby.. oooo.. i is so tak sedar diri kan.. tak reti-reti nk berehat.. huhuhu..

next entry aku akan cerita mengenai destinasi bulan madu kami sempena our 1st year wedding anniversary  :) 


Tuesday, March 12, 2013

Berita Keguguran Saya_part 1

Hai semua.. baca tajuk entry mesti semua dah boleh agak kan..

Tanggal 2/3/13, tengah malam, sebelum tidur, aku ke toilet, tiba-tiba ada tompok kecil darah, Ya Allah, Allah sahaja yang tau perasaan cuak aku pada ketika itu.. aku terus inform hubby and hubby tenangkan aku, ternyata aku tak mampu bertenang, hubby google kalau bleeding time first trimester ni macam mana kan, ada yang kata tak semestinya miscarriage.

Omg, malam tu tak boleh tidur, tak senang nak pejam kan mata.. macam-macam aku fikir.. kami nekad esok pagi nak terus pergi hospital.. tak main dah klinik ni.. sebab cuak sangat.. 

Esok pagi, kami pergi hospital pantai cheras, pakar takdak, kalau nak panggil pakar datang hospital and scan semua kena charge rm500+.. gila cekik darah kan.. well, private la katakan..so medical officer tu buat surat refer aku dekat HUKM, lebih murah la dia kata..

Sampai dekat HUKM, aku terus masuk unit kecemasan ibu mengandung, buat UPT, scan baby semua..

before that, ada satu lagi ujian, well kami pasangan muda mudi kan, duit pun tak banyak so tanya la nurse boleh dak pakai PMCARE kan, so nurse kata aku kena issue GL.. hubby pun tolong call kan PMCARE contact centre kan, and this come the most sad part, orang pmcare tu kata yang status aku dalam database still single!!! kira aku masih x kahwin lagi so depa tak boleh cover apa-apa sahaja berkenaan dengan maternity.. dah la sedih bertambah-tambah sedih lagi.. berapa ribu riban aku nak kena bayar la kan..

dari situ, aku baru teringat, rupanya semanjak aku kahwin, aku tak pernah update status perkahwinan aku dekat HR company aku.. serious memang tauladan sampai mati laa.. menyesal sangat.. sila jangan buat main ye kawan-kawan.. serious sedih bila dalam keadaan mcm ni kami kena dahulukan duit kami.. kami terpaksa la share2.. 

ok back to the scan part, lepas buat UPT, aku scan, scan punya scan, baby mmg nampak, tapi heartbeat dah xde.. diam je dia dalam rahim aku.. suppose doctor cakap dia akan gerak2 dengan sgt laju.. tapi mine memang kaku je.. sedih sangat.. terbayang wajah hubby masa ni.. serious sedih.. masa ni dah 2 bulan la.. baby aku sebesar 20 cm..

selesai scan, terus keluar, dari jauh nampak muka hubby, serious nak nangis tengok muka dia.. tak tau macam mana nak inform dia.. sebelum sampai hospital, dia cuba nak tenang kan aku "alaaa.. takda pape punye la.. suma akan ok.. saya jamin"... hmmm.. (T_T)

so, doctor panggil kami berdua masuk dalam bilik, so aku biar doctor je yang explain kat hubby.. nampak muka hubby tenang sangat.. 

doctor bagi 3 options :

1) DnC (Cuci) - yg ni mmg kena admit sehari sebab lepas cuci doctor nak monitor keadaan aku.
2) masukkan ubat dalam vagina and janin akan keluar secara sendiri tapi yg ni sakit macam sengugut.. ni pun kena admit gak sebab takut ada bleeding kan..
3) balik rumah tunggu je janin keluar sendiri ala-ala period la..

so aku pilih untuk buat DnC!!! kena warded and semua org x boleh teman.. mesti aku akan rindu hubby so much.. aku tak terus buat DnC, aku decided nak buat on selasa (5/3/13) sbb aku tak bersedia nak masuk OT.. takut nye.. 

Balik rumah, dapat MC sampai hari masuk ward, sampai rumah, nangis tak henti-henti.. siapa tak sedih kan.. sedih sangat-sangat kot.. hubby la jadi crying shoulder.. 

owh, penat sungguh menaip, sambung next entry..

Bye bye~


Sunday, March 10, 2013

setahun sudah berlalu

happy 1st year anniversary to me and hubby on 9th march 2013.. to hubby, you are too good for words.. you just cant be described..