orang tengah stalk

Tuesday, March 12, 2013

Berita Keguguran Saya_part 1

Hai semua.. baca tajuk entry mesti semua dah boleh agak kan..

Tanggal 2/3/13, tengah malam, sebelum tidur, aku ke toilet, tiba-tiba ada tompok kecil darah, Ya Allah, Allah sahaja yang tau perasaan cuak aku pada ketika itu.. aku terus inform hubby and hubby tenangkan aku, ternyata aku tak mampu bertenang, hubby google kalau bleeding time first trimester ni macam mana kan, ada yang kata tak semestinya miscarriage.

Omg, malam tu tak boleh tidur, tak senang nak pejam kan mata.. macam-macam aku fikir.. kami nekad esok pagi nak terus pergi hospital.. tak main dah klinik ni.. sebab cuak sangat.. 

Esok pagi, kami pergi hospital pantai cheras, pakar takdak, kalau nak panggil pakar datang hospital and scan semua kena charge rm500+.. gila cekik darah kan.. well, private la katakan..so medical officer tu buat surat refer aku dekat HUKM, lebih murah la dia kata..

Sampai dekat HUKM, aku terus masuk unit kecemasan ibu mengandung, buat UPT, scan baby semua..

before that, ada satu lagi ujian, well kami pasangan muda mudi kan, duit pun tak banyak so tanya la nurse boleh dak pakai PMCARE kan, so nurse kata aku kena issue GL.. hubby pun tolong call kan PMCARE contact centre kan, and this come the most sad part, orang pmcare tu kata yang status aku dalam database still single!!! kira aku masih x kahwin lagi so depa tak boleh cover apa-apa sahaja berkenaan dengan maternity.. dah la sedih bertambah-tambah sedih lagi.. berapa ribu riban aku nak kena bayar la kan..

dari situ, aku baru teringat, rupanya semanjak aku kahwin, aku tak pernah update status perkahwinan aku dekat HR company aku.. serious memang tauladan sampai mati laa.. menyesal sangat.. sila jangan buat main ye kawan-kawan.. serious sedih bila dalam keadaan mcm ni kami kena dahulukan duit kami.. kami terpaksa la share2.. 

ok back to the scan part, lepas buat UPT, aku scan, scan punya scan, baby mmg nampak, tapi heartbeat dah xde.. diam je dia dalam rahim aku.. suppose doctor cakap dia akan gerak2 dengan sgt laju.. tapi mine memang kaku je.. sedih sangat.. terbayang wajah hubby masa ni.. serious sedih.. masa ni dah 2 bulan la.. baby aku sebesar 20 cm..

selesai scan, terus keluar, dari jauh nampak muka hubby, serious nak nangis tengok muka dia.. tak tau macam mana nak inform dia.. sebelum sampai hospital, dia cuba nak tenang kan aku "alaaa.. takda pape punye la.. suma akan ok.. saya jamin"... hmmm.. (T_T)

so, doctor panggil kami berdua masuk dalam bilik, so aku biar doctor je yang explain kat hubby.. nampak muka hubby tenang sangat.. 

doctor bagi 3 options :

1) DnC (Cuci) - yg ni mmg kena admit sehari sebab lepas cuci doctor nak monitor keadaan aku.
2) masukkan ubat dalam vagina and janin akan keluar secara sendiri tapi yg ni sakit macam sengugut.. ni pun kena admit gak sebab takut ada bleeding kan..
3) balik rumah tunggu je janin keluar sendiri ala-ala period la..

so aku pilih untuk buat DnC!!! kena warded and semua org x boleh teman.. mesti aku akan rindu hubby so much.. aku tak terus buat DnC, aku decided nak buat on selasa (5/3/13) sbb aku tak bersedia nak masuk OT.. takut nye.. 

Balik rumah, dapat MC sampai hari masuk ward, sampai rumah, nangis tak henti-henti.. siapa tak sedih kan.. sedih sangat-sangat kot.. hubby la jadi crying shoulder.. 

owh, penat sungguh menaip, sambung next entry..

Bye bye~


2 comments:

Zero said...

Assalam, salam takziah utk awak. Saya pon penah mengalami pengalaman yg sama. Kandungan baru nak masuk 6 minggu pastu gugur sebijik la cam awak, mlm nampak bleeding esok pg pegi hosp, tapi saya biar gugur cara normal, period pain sikit and blleding cam biasa. Alhamdullilah, bulan depannya, saya kembali mengandung, dan sekarang dah 7 bulan setengah. InsyaAllah tuhan akan bg kita rezeki anak, Dia yg maha mengetahui.

Menyusur Akar Secara Senyap said...

amboi cepatnya lekat semula ek.. kata doc, sy kena pantang lagi 3 bulan, lepas tu baru bleh plan nk pregnant again. sebab sy DnC so rahim saya kena rehat seketika sebab luka DnC tu..

Congrats atas kandungan.. take extra care ok :)