orang tengah stalk

Friday, March 15, 2013

Dia

Dia baru lepas keguguran dan masih berpantang sebelum kembali mula bekerja pada minggu hadapan.

Keseorangan di rumah tatkala suami keluar bekerja, maka melayari internet sahaja kerja Dia. 24 jam Dia mengadap FB, selain itu ada juga Dia melayari laman web lain untuk membaca pelbagai artikel mengenai perbagai jenis ilmu. Dia memang suka  membaca. Dia pantang juga terjumpa apa-apa brochures mengenai apa-apa sahaja artikel, Dia akan baca. Habis-habis bosan, Dia akan membaca majalah Gila-gila, worst case, Majalah Mangga.

Recently, dalam keadaan Dia yang sedang boleh tak boleh terima kenyataan yang dirinya telah mengalami keguguran, tatkala dirinya melayari FB, maka berkuyun-kuyun juga bakal ibu merangkap friendnya di FB, update macam-macam perkembangan mengenai kandungan mereka. Ternyata bakal ibu itu sedang melalui saat indah kehamilan mereka. Dia pun di awal kehamilannya sudah tidak sabar untuk melihat perutnya memboyot. 

Ada juga yang baru melahirkan cahaya mata, setiap masa akan post gambar bayi-bayi comel mereka dengan pelbagai mimik muka yang sangat comel dan ternyata telah menyentuh perasaan Dia. Membuatkan hati Dia tidak sabar untuk hamil kembali. Secepat mungkin kalau boleh.

Pada awalnya, Dia merasakan, apakah golongan mereka ini tidak sensitif terhadap hati dan perasaan orang yang senasib dengan dirinya? Dia juga merasa, terutama untuk bakal ibu, berani sungguh mereka update perkembangan kehamilan mereka di FB setiap masa. Tak takutkah mereka jika sesuatu terjadi kepada diri mereka sepertimana yang terjadi kepada Dia? Lenggok bahasa mereka seakan mereka sungguh yakin dengan kehamilan mereka yang sihat. 

Dia pula jenis takut untuk menjadi terlalu over confident seperti segelintir mereka itu. Di awal kehamilan, Dia lebih memilih untuk mendiamkan diri. Terlalu awal dirinya rasakan. Hatta, untuk share UPT result di blog pun Dia fikir sebanyak 300 kali. 

Ok, Dia nyata mencemburui mereka. Dirinya mengakui sifat itu. Cemburu dan kemudian Dia sudah lali. Lali sangat dengan mereka.  Buatlah apa sahaja mereka mahu kerana itu rezeki mereka. Mereka bersyukur atau tidak, itu urusan mereka dengan Penciptanya. Dia sudah lali.

Orang terdekat dan orang kesayangan, memberi sokongan kepada Dia, menyatakan bahawa masih belum rezeki. Dia mungkin boleh cuba lagi.

Dia merasakan dirinya harus mendekatkan diri dengan Allah untuk beroleh ketenangan dan kebahagiaan yang dirinya idamkan. Ternyata Dia merasakan yang dirinya sudah jauh dari Penciptanya. Maka mungkin kerana itu ujian ini diturunkan kepadanya. Sungguh hina Dia merasakan dirinya. Hina tidak terkata. Sungguh banyak dosa yang Dia lakukan. Dia sudah jauh. Semoga dengan ujian ini, Dia insaf.

Dan yang penting, semoga Dia tidak seover bakal ibu dan para ibu yang sentiasa ingin update perkembangan kehamilan dan bayi mereka. Dia pernah merasa kesakitan itu. Maka Dia akan cuba berpada-pada.

Chaiyok Dia. 

Allah bersama kita. Allah ialah sebaik-baik tempat mengadu.


2 comments:

cimon said...

Inna lillah wainna hirrajiun. Takziah. Moga awak tabah menghadapi ujian Allah Taala ini dan mendapatkan hikmah darinya.

In shaa Allah. Cuba la lagi. Chayo'x2!!

(^_^)

Anonymous said...

InsyaAllah.
Jgn jadi ibu2 yg sgt over everyday update psl baby