orang tengah stalk

Tuesday, May 21, 2013

Black foot

Owh tidak.. susahnya mahu blog updating via iphone. Jari aku tembam-tembam, selalu sahaja typo. Mengundang kemarahan sungguh.
Ok, now I am on  my lappy. 

Masa baru lepas D&C hari tu, aku belajar-belajar untuk pakai stokin ke office. Berpantanglah kata kan. Aku pakai hari-hari ke office dan ke mana sahaja walaupun ke pasar malam.

Sehingga ke saat ini di kala aku menaip entry ini, aku masih memakai stokin hitam. Tampak sungguh smart sekali. haha!

Sehingga aku akan berasa janggal jika tak mengenakan stokin untuk keluar rumah. Kaki aku rasa selesa berstokin.

And guess what surprise Allah gives me?

Suatu malam beberapa hari yang lepas, Anas belek-belek tapak kaki aku,

Anas : Eh kaki awak dah ok sangat-sangat.
Aku : tu la.. sebab saya pakai stokin kot.. kelebihan pakai stokin 
Anas : hmmmmm (tanda setuju).

Owh yeah, tak sure korang dah aware ke belum, aku ialah penderita Eczema di bahagian tapak kaki, jari-jari kaki dan di celah-celah jari kaki since I was in secondary school at the age of 16. Dan sehingga sekarang masih tidak pergi jua Eczema itu.
Sangat teruk sehingga pernah juga aku menitiskan air mata.

Eczema ni sejenis alergy yang tak kan pulih, ia datang dan pergi, depending on ketabahan hati kita mengawal pemakanan dan menjaga kaki kita. untuk mengawal pemakanan, okay aku memang kalah di situ.. mana boleh aku tak makan ayam??!! please la.. tapi time preggy dulu aku tak boleh makan ayam.. nak muntah.. ok la, itu kes lain.. kesimpulannya aku memang tak boleh pantang makan.

Pakai sekipar dalam rumah?? supaya kaki aku tak kena direct contact dengan lantai. Kaki aku ni sangat diva ok!! diva melampau.. tak boleh pijak lantai yg berhabuk sikit.. serious.. kalau kotor sikit, dia kan start mengering dan sungguh bernafsu untuk menggarunya. Aku tak suka pakai selipar.. tolong laa!!! kenapa keluar rumah kne pakai selipar dan dalam rumah pun harus juga?? aku tak suka ada benda melekat dekat kaki dan menghalang pergerakan aku dalam rumah.. aku nak kaki aku bebas bergerak secara bogel.. hahahah!! please know what i mean.. :P


Alhamdullilah.. di samping aku istiqamah pakai stokin ke mana sahaja, aku akan letak krim kat kaki hampir setiap malam sebelum aku tidur untuk memastikan kaki aku sentiasa lembap. Tak boleh kering, nanti gatal, maka garu sepenuh nafsu.. bahaya.. Eczema ni, memang hidup bergantung dekat krim.. kalau putus krim, dia akan datang semula..

Ok, sebenarnya, semenjak ada Anas, beliau yang akan sapukan krim dekat kaki aku.. kalau beliau tak sapu , aku tak sapu.. sebab aku malas.. tapi bila gatal, aku rajin sangat garu..huhuhu.. Kadang-kadang terharu sungguh dengan kesanggupan dia.. 

Jadi penderita Eczema yang lain, cuba la pakai stokin.. :)


Kaki aku yang smart
                                    

1 comment:

cimon said...

Smart !!! (^_^)